Wednesday, December 30, 2009

HAJJ 1430H: Allah answered our prayer (1)

Alhamdulillah wa syukrulillah ‘ala ni’amihil kiram. Subhanallah wa bihamdih, subhanallahil ‘azim. Syukur pada Allah rabbul jalil yang telah memperkenankan doa kami untuk melaksanakan ibadah haji pada usia 30 tahun yang jatuhnya pada musim haji tahun 1430H. Bermula dengan pandangan pertama pada kaabah ketika ibadah Umrah pada Jun 2008, hati kami merasa rindu yang amat sangat untuk bertandang lagi ke Baitullah, dengan harapan menjadi tetamu Allah dalam rangka menyempurnakan rukun Islam ke-5 iaitu haji. Alhamdulillah HE answered our prayer!

Labbaikallahumma labbaik!!


KT83, 16 November 2009

Cabaran kami bermula dengan tarikh penerbangan berubah sebanyak dua kali dari 22 Oktober ke 10 November dan yang paling final, 15 November. Selepas dipanggil masuk ke dewan taklimat di Kompleks Kelana Jaya (selepas salam dan peluk perpisahan dengan ahli keluarga tercinta), kami dimaklumkan penerbangan kami (KT83) delay dari jam 4 pagi 16 November ke jam 7 pagi. “Cobaan…,”terdengar gurau-senda para jemaah bagi melegakan keresahan di jiwa. Antara tidur dan tidak, kami menunggu di terminal KLIA sehingga masuk waktu subuh, tetap tiada panggilan untuk bersedia masuk ke pesawat. Rupanya flight delay lagi! Lebih kelakar lagi, flight KT84 berlepas sejam lebih awal berbanding kami. Namun, Alhamdulillah, flight kami berlepas juga pada jam 10pagi. Dan kami pun tidur lena menghilangkan lelah semalaman tidur-tidur ayam.

Mendengar taklimat dalam dewan di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya


Sebakul Sabar

Tiba di lapangan terbang Jeddah, kami melalui bermacam prosedur (health screening, imigresen, bag screening, dapatkan nombor bas) dan satu beg ‘kesabaran’ diperlukan lagi di sini. Ujian itsar (mengutamakan sahabat) juga bermula di sini. Sementara menanti bas untuk ke Mekkah tiba, kami berehat sebentar di ruangan khas di luar lapangan terbang. Setiap jemaah telah ditetapkan nombor bas dan bagasi masing-masing akan dibawa bersama ke atas bumbung bas. Pasport kami akan diserahkan pada pihak muassasah (pengurusan haji Arab Saudi) mulai dari kami naik bas di Jeddah dan akan diserahkan kembali hanya apabila kami akan terbang pulang ke tanah air.

Beratur untuk cop pasport di bhgn imigresen lapangan terbang Jeddah

Bas-bas untuk membawa jemaah ke Mekkah

Perjalanan ke Mekkah mengambil masa 1 jam lebih dengan melalui beberapa perhentian pemeriksaan bas. Setibanya di depan Hotel Sevilla Barakah, kami disambut mesra oleh petugas Tabung Haji Travel dan petugas hotel (bangsa Arab) dengan sedikit minuman air zam-zam, hadiah beg uncang berisi seutas tasbih.


Umrah selesaikan dulu

Memandangkan kami berniat Haji Tamattu’, kami perlu mengerjakan umrah terlebih dahulu sementara menanti masa untuk masya’er bermula pada 8 Zulhijjah. Abi tanpa lelah meminta Ummi berehat sebentar di bilik hotel (1129, Tingkat 11) dan segera bersiap untuk ke Masjidil Haram. Aduh! Penat belum habis lagi la bang. Kami pun terus ke masjid yang jaraknya 650 meter dari hotel untuk menunaikan solat jamak maghrib isya’ dan seterusnya menyelesaikan tawaf dan saie umrah kami. Selepas pusingan kedua saie (marwah-Safa), Ummi betul-betul keletihan dan duduk melunjurkan kaki di tepi laluan. Agak ringan terasa pada kaki, ibadah sa’ie diteruskan semula sehingga selesai. Setelah tahallul, gugurlah segala larangan ihram kami. Alhamdulillah.

Pemandangan kawasan tawaf setelah kami selesai Tawaf Umrah

Mas'a @ Laluan sa'ie dari Safa ke Marwah

Saturday, November 14, 2009

Terima kasih Allah!

Fuhh! Dah beghabuk dah blog ni kan? Citer Tioman (1) yang tak bersambung2..hehe..sori ye..

InsyaAllah in few hours time we'll be leaving Melawati to Kelana Jaya. Kena lapor diri untuk berangkat pergi haji malam ni pukul 9.30 malam. Flight esok pepagi waktu anak-anak Ummi tido. Isk..isk..

Posting ini didedikasikan khas buat Mama Ayah ummi yang telah membesarkan Ummi, mendidik dengan nilai2 Islam, mendaftarkan akaun Tabung Haji dan menjadi antara penyebab yang membolehkan Ummi pergi haji musim ini dan banyak lagi. Terima kasih Allah atas kurniaan ibu bapa ini buat diriku.
Me and Mama Ayah at the age of 30 (to me, i'm still their girl)

Dan Ummi baru mencecah umur 30 tahun Isnin baru ni, 9 November! Terima kasih Allah kerana mengizinkan ummi menjadi tetamuNya pada usia ini. Sangat bermakna rasanya kerana sejak tahun lepas, Ummi memang doa agar dapat dijemput Allah ke rumahNya pada usia 30. Yang paling penting ibadah ini dapat dilaksana dengan penuh ikhlas dan sabar.

Sebagai persiapan haji, banyak pesanan2 yang kami perolehi dari kenalan yang pernah menunaikan haji, titipan2 doa mereka, bahan2 bacaan dan rujukan buat bekalan ilmu di dada dan tak lupa juga meninggalkan wasiat.

Sekadar berkongsi, kami telah meminta pejabat peguam menguruskan surat wasiat dengan perincian pengagihan harta dan lain-lain. Pada bahagian awal surat tersebut ada dinyatakan tentang..."sekiranya saya mati, pengurusan jenazah mestilah mengikut cara Islam, kain kafan hendaklah yang sederhana tidak terlalu mahal...wajah saya mestilah dihadapkan ke kiblat ketika dalam kiblat..." Ahh! Sayunya rasa hati dan membayangkan Ummi pergi..dan tak kembali.


Melihat anak-anak yang ditinggalkan, mengenangkan jasa Mama Ayah yang menjadikan Ummi sebagai Anfaal Saari hari ini dan juga membayangkan perniagaan yang kami usahakan selama ini akan berpindahmilik. Ya Allah! Benarlah...hidup ini fana, dan akhiratlah yang baqa'.

Bersempena dengan pemergian kami ke Al-Haramain dari 15 November hingga 25 Disember 2009 ini, kami memohon seribu kemaafan buat semua kenalan baik jauh mahupun dekat sekiranya kami tersalah kata atau bicara yang mengguris sesiapa. Moga Allah terima haji kami sebagai haji mabrur. Doakan kami ya!


Thursday, October 1, 2009

Tioman!!! Kami datang...(1)

Raya kali ini memang sungguh luarrrr biasa. Kenapa? Sebab Tok Abu a.k.a Ayah ajak sumer bercuti di Pulau Tioman. Rezeki orang nak belanja, apa salahnya kan? ;)

Tok Abu tetapkan trip bermula dari 23hb hingga 27hb Sept...LIMA hari tuuu! Ok la tu utk Tok Abu yang kuat kerja utk umat. Skali skala nak take a long break. Kali ni beraya dengan ikan-ikan dan penyu2. Ummi & Abi jadi koordinator program, dari menempah feri, mengatur agenda, membahagi tugas dan menetapkan route perjalanan. Disebabkan kami dah tetapkan bajet, so Ummi bagi2 tugas adik2 utk bawa bahan masak dan makanan tambahan untuk elakkan makan di restoran atau hotel. Maklum lah yang menyerbu Tioman ni ada 11 orang dewasa, 2 kanak-kanak skolah dan 6 pre-schooler plus babies.

DAY ONE

Trip bermula seawal 4 pagi dari Sri Ukay menuju Mersing. Tiba di Mersing cari breakfast, tapi tak banyak choice sebab banyak restoran masih tutup dek cuti raya. Pilihan terakhir adalah di restoran mamak dengan mamak yang menggoreng roti canai basah lencun berpeluh kerana panas dan ramai yang order. Tawakkal 'alallah.

Kira2..semua beg cukup tak?

1 ptg - semua dah bersiap di jeti, menunggu feri jam 2.30ptg. Selepas load lebih kurang 20 bag ke feri, kami masuk dan take seat. Abi kata ni seat kapal terbang ni. Semua tertido, plg best Umar tido isap jari, mat saleh dok sebelah seat dia tersengih2 je tengok.

Tiba di jeti Tekek di Pulau Tioman, satu misi lagi iaitu unload beg2 yang banyak dari feri ke jeti, dari jeti yang panjang ke shuttle. Berfeluh2 sume orang. Naik shuttle sampai ke Berjaya Resort, terasa nyaman dengan pemandangan indah pantai yang bersih serta air laut yang jernih biru di kanan jalan. Selepas check in, kami decide Tok Abu, Opah, Atam, Maksu Silah dan Ummi Abi anak beranak menetap di apartment, jarak 2km dari lobi utama resort. Manakala keluarga2 kecil Pak Ngah Urwah, Pak Lang Muthanna dan Mak Teh Zilal menetap di 3 buah chalet berasingan berhampiran dengan lobi.

Naik shuttle Berjaya lalu tepi pantai..tenang seketika fikiran..

Enjoy the scenery..

Lepas load barang2 di apartment, apa lagi Ummi dan Opah sinsing lengan baju untuk terus masak. Menu? Tom yam, sardin, ulam timun & carrot beserta penyedap rasa: BUDU! Ni idea Opah la ni beria bawak sebotol budu, cili padi dan limau. Malam tu semua orang makan dengan penuh selera sebab tengaharinya kami tak lunch properly. Dan sesi perkongsian 'expectation' masing2 utk percutian kali ni. Biasalah Tok Abu dengan style YB demokratik..nak dengar pandangan semua.

Dan malam pun berlabuh untuk kami bersedia dengan aktiviti lebih hebat esok hari..SNORKELLING!

..to be continued


Satu Pagi di Hari Raya

Tahun ni alhamdulillah Allah izinkan Ummi berpuasa di akhir Ramadhan, dapat la full throttle beribadah memburu Lailatul Qadr. Tambah lagi Ummi dapat jemputan Sis Aliah, student CUCMS untuk sampaikan tazkirah tentang LQ, so Allah makbulkan doa Ummi untuk berkongsi kebaikan dengan orang lain. Ummi dapat membaca beberapa buku rujukan yang membincangkan tentang LQ. Subhanallah...amatlah rugi bagi mereka yang tidak berusaha merebutnya (bukan tunggu tanda2 dari alam sahaja tau,tapi mesti beribadah tanpa menunggu petanda2 tersebut.)

Dan tiba Satu pagi di Hari Raya...di mana kali ni giliran kami beraya dengan keluarga Abi di rumah baru. Full house sebab adik Abi, Auntie Nisa pun turn raya dgn famili Abi. Mcm biasa menu special dari PoPo: rendang daging pedas giler (untuk Ummi tak tahan sangat dengan pedas oghang Nogoghi), nasi impit, kuah kacang dan kuah lodeh (nyum2..love the fried tofu kering in the kuah so much!). Kemudian kami bersolat sunat eid di masjid berhampiran. Doa imam syahdu betul sampai Ummi tak tertahan2 mengalir air mata. Bayangkan kalau kita keluar dari madrasah Ramadhan tanpa dosa kita diampuni..isk..isk..Terimalah ya Allah doa kami..Amin.

Balik dari masjid, we surprised the kids dengan hadiah berpuasa penuh. Umar dapat buku a.k.a komik la sebenarnya. Ulya dapat activity book (ktorg tak jumpa barbie doll yang menutup aurat, sume sexy meksi..Fulla pulak pun tak jumpa).


Sesi bagi hadiah Ulya dapat puasa penuh (28 hari, ok la)

Selesai sesi bersalam-salaman dan bermaaf-maafan (so Melayu sound) sempat la keluarga maroon ni bergambar di rumah baru PoPo yang cantik tu. Kira boleh ganti studio lah. Nak amek gambar kat studio tunggu bila anak dah bertambah jadi 4..hihi..baru la ada perbezaan antara foto dulu dengan yang terkini.

Minta maaf Tok Bun

The maroon family :)

Destinasi utama kami adalah ke rumah Nenek Abi dengan menu yang tak terhingga lazatnya: pulut kuning, kari ayam dan acar beremph. Masa mula kawen dengan Abi dulu rasa pelik dengan menu raya keluarga Abi...lama-lama ternnti2 plak.

Bagi pihak keluarga kami, Ummi mengucapkan Taqabbalallahu Minna wa Minkum minal A'idin wal Faizin buat semua kenalan jauh dan dekat. Moga Ramadhan mendidik kita menjadi mukmin dengan fitrah baru.

Wednesday, September 30, 2009

Cerita Lama 2: Umar rongak tapi comel!

Pada majlis iftar Hidayah Centre pada minggu akhir Ramadhan di Putrajaya, telah berlaku kemalangan yang tidak disengajakan antara dua beradik- Ulwan dan Umar.

Kesannya Abg Umar telah kehilangan sebatang gigi kacip atas. Berdarah2 jugak gusinya sebab Abg Umar terlanggar kepala Ulwan yang tidak dinafikan memang keras (kepala semua org keras la Ummi!) dan gigi tu tercabut dengan akar2 skali. Cepat2 Ummi bawa Umar berkumur di toilet dan dapatkan ais ketul untuk menghentikan pendarahan.


Sekarang Umar senyum bertambah comel. Tadaaa!

Cerita Lama 1: Nuzul Al-Quran

Masa bulan Ramadhan mmg jarang2 Ummi dok depan komputer utk urusan lain selain kerja di kedai a.k.a ofis. Jeling2 je blog ni dan tengok update kwn2 kat facebook je.

Ummi sangat teruja nak citer pasal Umar yang sudah mula bertatih2 membaca Al-Quran menggunakan mushaf baru yang dihadiahkan Abi. Sekarang Umar sedang hafal Al-Bayyinah, sampai menitik air mata sbb dia kata susah. Mula2 susah, lama2 ok la sayang...


Tanggal 17 Ramadhan lepas (fuh..citer lama betul ni)..Ummi tanya Umar nape kita cuti hari ni? And the stories began on how Al-Quran revealed to our beloved Prophet Muhammad s.a.w. Yang menarik soalan Umar adalah:
"Apa makna tanda 'star' dalam Quran,Ummi?"
"Nape ada banyak tanda 'masjid'?

Nak tegelak bila Umar tunjuk simbol dalam Al-Quran spt yg disebutkannya (lihat gambar bawah):
Star = tanda Hizb
Masjid=Sujud Tilawah >_<

Dan ni jawapan Ummi:
"Tanda star ni maksudnya 'hizb'. Dalam 1 Al-Quran ada 30 juzu'. Umar kan sdg hafal Juz ke 30. Setiap Juzu' ada lebih kurang 4 hizb."
"Tanda masjid ni maksudnya ayat sujud tilawah. Bila jumpa tanda tu sebaik2nya kita sujud mengadap kiblat dan baca "sajada wajhiya lillazi khalaqahu wa syaqqa sam'ahu wa basarahu bihaulihi wa quwwatihi fatabarakallahu ahsanul khaliqin."

Best dan masyuk betul berinteraksi dengan Al-Quran. Lebih2 lagi kalau kita faham ayat-ayatnya tatkala Imam sedang membaca dalam solat. Boleh tangkap leleh sebab kita membayangkan tentang teguran Allah pada kita mengenai iman, kematian dan Hari Kiamat.

Ummi dan Abi doakan anak-anak kami semuanya hidup bernaung di bawah bayangan Al-Quran. Impian kami ada yang menjadi hafiz hafizah (sendiri nak jadi tak tau le bila). Allahumma amin!!

Friday, August 28, 2009

Ulya's Story

Ramadhan kali ni adalah tahun pertama Ummi test keupayaan Ulya berpuasa. Mencabar jugak nak pujuk dan layan girl Ummi sorang ni. Setakat seminggu berpuasa ni, berikut rekod Ulya:

Day ONE

Ulya sahur pukul 10 pagi dengan cereal, roti dan susu sustagen. Hari ni Ummi kena masak untuk bawa ke rumah Nenek Abi. So ramai la yang 'membantu' kat dapur. Mula pukul 3 ptg perut Ulya dah berbunyi agaknya, dia minta roti. Tak boleh sayang, belum lagi, lagi 4 jam. Kejaaap je. Lagi setengah jam, Ulya tanya Ummi lagi, dah boleh buka pose ke? Huhu..belum. Dan setengah jam lagi, sampai pukul 4.30ptg, Ulya dah nangis. Ummi suruh tanya Abi dulu boleh buka ke tak. Dia naik dan turun bgtau Abi cakap OK! So dia makan cereal depan Umar. Apa lagi, marah la Umar dan tak semena2 Umar menangis. Alahai si bujang. "Jangan bagi dia makan lagi!!" marah Umar.

Bila Ummi naik atas, tengok Abi tido. Ummi cakap kat Abi yang Ulya dah buka pose.
Abi: "Aik? Nape Ulya buka pose?"
Ummi: "Dia kata dah tanya Abi, Abi kata OK"
Abi: "Abi tido tadi takde cakap apa2 pun."
(memandai je Ulya ni. Atau kes dia tanya Abi boleh buka tak, Abi dalam tido mengangguk...hihi)

Sampai rumah Nenek, hidangan disusun atas meja dan sebagai layanan istimewa kami siapkan pinggan untuk Umar berisi ayam, kuih dan kurma. Jeng...jeng..ada orang jeles tengok Abg Umar dpt layanan istimewa. "Ulya nak jugak!!!" Mana boleh sebab tu untuk orang yang pose je. "Kalau camtu Ulya nak pose balik la!" Haha...pose balik pukul 7.15pm mana aci!!! Ulya..ulya..

Day TWO


Hari Ahad Ulya sahur lambat jugak pukul 10 pg. Tapi hari ni Ummi gagahkan dia supaya bertahan sampai maghrib. Dan janji dgn goodies! Nak tak nak kena umpan jugak. I'm not saying bribing ok.

Ulya dan geng budak2 masjid (kat belakang ruang solat di masjid wilayah,mereka bergumbira!)

Day THREE

Isnin cuti skolah, so semua duduk rumah. Ulya sahur on her official time as usual. =_= Malam sebelumnya Maksu Silah tido rumah, so Ulya ada kawan la. Dia leka main 'mak2' dgn Maksu, so blh la buy her time. Hari ni buka kat Surau Mardhiyyah, dia ada geng Shahidah & Nabilah. Masa buka Ulya minta Ummi siapkan pinggan berisi kuih 2 potong!, kurma, buah. Lepas habis makan, Ulya nak nasi. Nak pinggan lain, pinggan tu kotor. Ewah2..Ulya makan nasi dengan ayam goreng, berselera betul. Alhamdulillah.

Iftar kat surau.

Day FOUR

Hari ni kita iftar kat rumah Opah. Ummi masak Nasi Daging. Air asamnya Mak Ngah Nahdia siapkan. Kenyang betul kita makan hari ni. Tok Abu kata kita solat terawih semua kat rumah. Alhamdulillah another day Ulya berpuasa.

Day by day

Hari2 berikutnya seperti biasa untuk Ulya cuma bila masuk pukul 3.30 ptg, Ummi dah jadi macam Datuk Harimau sebab ada orang akan tanya pukul berapa? bila nak buka? dll.

Layan punya pasal, Ummi bawa Ulya gunting rambut kat salon. Kakak hairdresser beri puji-pujian kat Ulya, "comelnye, sayang kak potong rambut dia..bla...bla." Satu lagi motivasi Ulya supaya bertahan sampai buka pose.

Dan alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke-11 Ulya berpuasa. Satu kenikmatan semasa berbuka bagi Ulya. Dan setiap kali mencapai satu hari penuh berpuasa, Abi akan salam dan peluk Ulya tanda tahniah berjaya berpuasa sehari lagi. Tersipu2 Ulya senyum tanda gembira. 19 hari lagi sayang. You can do it!

New haircut. Cheeze!

Thursday, August 20, 2009

Kalau puasa penuh nanti dapat hadiah apa?

Ramadhan datang lagi! Pesta beribadah dan masa untuk merapatkan ukhuwah sesama keluarga. Ummi sangat suka dengan bulan best ni sebab masa untuk recaj bateri. Kalau tahun lepas alhamdulillah Umar dah dapat puasa penuh, kali ni nak test power Ulya pulak. Ulya dah 5 tahun dan harap2 dia boleh puasa makan DAN paling penting susu Sustagen dia.

Macam tahun lepas jugak, Bibik cuti mulai bulan puasa, cuma kali ni lebih awal, bermula 1 Ramadhan dan selama 40 hari. InsyaAllah anak-anak Ummi dah cukup besar untuk tolong cuci pinggan, lap meja, kemas bilik, kan? Dan Ummi akan kembali pada rutin mencuci baju, menyidai, melipat dan menggosok baju. Oh tidak!! I hate this chores, yg lain takpe. (pemalas punye Ummi) Baju ni akan sentiasa beranak pinak. Takpe2, akan kukerahkan sumber daya manusia yang ada di rumah ni. ^_^

Juadah Berbuka

Oh back to Ramadhan story! Sejak Ramadhan lepas, kami sekeluarga akan berbuka di Surau Al-Mardhiyyah, tak jauh dari rumah kami. Setiap hari akan ada majlis iftar di sana. Abi kata jimatkan masa dan tenaga memasak. Oh thank you Abg! (again lazy..huh!) Boleh la spend lebih masa tilawah Al-Quran dll. Dan kami seboleh2nya tak pergi ke Pasar Juadah. Kalau ke pasar juadah pun, spot kedai yg diketahui sangat best je. Dah beli, balik! Contohnya Abi ckp,"Beli tepung pelita SAHAJA!" Ummi pun terkebil2 mata, "Tu je ke bang?" Huwaaa!

Terawih

Bila ada anak kecik ni, kena target surau atau masjid yang child-friendly. Biasanya di rumah atau Masjid UIA. Kalau pegi solat 'orang tua2' ni, mesti ada je mata2 yang tenung semacam kat anak2 kita yang berlari atau buat bising. Habis tu dah namanya kanak2, tak kan la duduk macam tunggul je kan? Nanti solat pun jadi tak khusyu'.

Alhamdulillah sangat selesa dan tenang solat terawih di Masjid UIA sebab ramai jugak anak2 foreigners yang ikut parents mereka solat di situ dan mereka faham keadaan tersebut. Bagi meraikan Umar yang ikut serta kami solat terawih, kami buat 8 rakaat sahaja. Good enough for him.

Infaq

Ramadhan bulan terbaik untuk didik anak2 berinfaq. Kita perlu terangkan pada mereka tentang pahala bersedeqah di bulan mulia ini. Dan terlalu banyak pintu kebaikan yang dibuka untuk memberi peluang mereka berinfaq. Setiap hari ke masjid, Abi akan bawa sejumlah wang dan minta Umar masukkan ke dalam peti derma atau yang seumpamanya. Moga Allah jinakkan hati anak2 kita untuk sentiasa memberi dari menerima. Amin.

Reward Puasa

Anak-anak tetap anak kecil yang melihat material sebagai ganjaran terbaik. Ummi Abi selalu cakap buat baik dapat pahala. Baaaaanyak pahala! Tapi pada mata mereka, nilai tersebut adalah terlalu abstrak untuk difahami. So sebagai ganjaran puasa penuh, Abi hadiahkan permainan Ben 10 untuk Umar tahun lepas. Senyum telinga ke telinga la Umar tu! Dan berkobar2 nak puasa lagi.

Dan minggu ni Ummi ingatkan Umar lagi, kita dah nak masuk bulan Ramadhan, kena puasa lagi untuk TIGA PULUH HARI.

Jeng...jeng..

Dan soalan cepu emas dari Umar: "Kalau puasa penuh nanti dapat hadiah apa?"

Ngeee...jawab jangan tak jawab!






Thursday, August 13, 2009

Bila anak-anak sakit..siapa yang susah hati?

Hari ni dah Jumaat, hari kelima anak-anak sakit. Bermula dengan Ulya demam pada malam hari Ahad, diikuti dengan Ulwan pada keesokan harinya. Dan last yang agak kuat bertahan, abang Umar pun demam jugak semalam.

Susah hati.
Runsing.
Tak tidur malam.

Siapa?

Siapa kalau tak Ummi?

Ummi pesan Abi beli orange juice untuk anak-anak minum.
Ummi beli Kool Fever patch tampal kat dahi anak2. Tak tahan begitu lama tapi ok lah, sekadar usaha.
Ummi beli yoghurt sebab Opah sms pesan minum susu dan makanan berasaskan buah-buahan.
Ummi paksa anak-anak telan habbatus sauda'.
Ummi basahkan kepala Ulwan dengan air asam jawa, dengan air zam zam. Huhu macam2!
Ummi bagi setiap sorang tuala kecik sendiri, nak bersin ke batuk ke guna tuala masing2.

Semalam muka Umar merah dan suhu naik sampai 38 darjah Celcius. Tak boleh tahan, jom gi klinik jumpa doctor. Doktor bagi antibiotik jugak sebab tekak dah merah.

Alhamdulillah hari ni Ulya dan Ulwan dah makin sembuh, cuma batuk2 sikit. Tapi Ummi tetap kuarantinkan dari pegi tadika. Umar pun wajib kuarantin dr sekolah. Takpe lah, kata Kak Sofy it's our social responsibility utk cegah anak orang lain dr berjangkit dgn anak kita. Hopefully next week will be brighter for all of us.

Sebab bila anak-anak sakit..siapa yang susah hati??? >_<

Friday, August 7, 2009

Cuci Tangan Bersih2

Minggu ni Pengetua sekolah alert pada ibu bapa melalui mailing list SRIAAG-net tentang pihak sekolah berjaga-jaga dan bersiap sedia untuk menerima arahan untuk kuarantin sekolah jika kes H1N1 menular di sekolah Umar. Memang merisaukan apa lagi sekarang korban H1N1 dah meningkat menjadi 11 orang.

Umar pun dah peka tentang H1N1 sebab dia tengok iklan berulangkali dalam TV tentang simptom flu ni. Sampai satu hari ada serangga hitam kecik merayap kat buku Ulwan. Dia kata tu H1N1 tu! Tergelak besar Ummi. Macam mana la Umar tau, Ummi pun tak pernah tengok rupa benda alah tu.

Anyway, sebagai langkah berjaga-jaga, setiap pelajar diajar untuk mencuci tangan menggunakan sabun setiap kali keluar masuk tandas. Ummi belikan Umar hand sanitizer kat Vitacare. Brand Dettol dah habis! Beli je la brand lain tp same function.

Makan tengahari pun dah tak menggunakan dulang tetapi individual tray. Siapa yang tak sihat digalakkan bercuti dan yang asthma digalakkan pakai face mask. Ya Allah selamatkan lah anak-anak kami.

Dan 15 Ogos ni sekolah akan adakan GOTONG ROYONG PERDANA. Ummi Abi dan anak-anak akan turun padang bersihkan sekolah bersama2. Yeah!

Tengah cari2 pasal handwashing, Ummi jumpa video comel ni. Enjoy educating your kids on handwashing!


video

Merah Hitam Kelabu Asap

Dah nak balik dah ni.

Sori ler lambat update story Ummi. Havoc satu Malaya memperkatakannya. Yang kutuk, yang nak saman, yang rasa semangat juang dan macam2 lagi. Ye, Perhimpunan Mansuh ISA 1 Ogos di ibu kota KL. Dan Ummi serta keluarga tidak terlepas melakar sejarah. Biarlah apa kata orang tetapi sekurang-kurangnya kehadiran Ummi melaungkan 'ISA Zalim' adalah sumbangan Ummi untuk menyatakan kebencian kepada kezaliman. Umar pun excited nak pegi tapi Opah kata tak sesuai.

Seawal 11.30 pagi kami dah bersiap dengan pakaian tema merah hitam walau pun tidak tertera langsung perkataan ISA. Ummi, Abi, Tok Abu, Opah, pakcik makcik dan tidak ketinggalan Mak Su Silah, kami menaiki LRT menuju ke stesen Pasar Seni. Niat asal untuk ke Masjid Negara tetapi terlalu banyak sekatan jalan oleh polis, maka kami lepak la dekat Dayabumi. Dah nak waktu solat zohr, Opah ajak pegi toilet, so kami pun tercari2 toilet berhampiran dan akhirnya decide untuk solat terus di surau CM (Pasar Seni). Sedang kami bersiap untuk solat Opah terima panggilan dari Mak Ngah Nahdia yang dia dan mama & adik2nya ditahan polis. Lihat sini.

Ketegangan mula terasa. Selesai solat kami bergerak menuju ke Masjid Jamek dan sempat melihat sekumpulan demonstrator bertempiaran lari ditembak gas pemedih mata. Canister gas jatuh laju di hadapan Abi. Fuyyo!! Ini bukan movie bang, ni real! Kami pun patah balik ke CM dan merentas jambatan sini. Dari situ lalu depan Dayabumi dan ambil jalan utama menuju ke Dataran Merdeka.

Air pancut!

And here's the battle began. In short, Ummi Abi dan Maksu Silah dalam kumpulan berhampiran terpisah jauh sikit dari Tok Abu dan Opah. Pak Ngah, Pak Lang dan Mak lang dah terlepas ke Dataran. Kami dapat penangan air semburan dan juga gas pemedih mata kat sini. Second attack, i.e. the tear gas memang gillerz! Kami lompat ke semak di tepi jalan dan meluncur turun ke belakang bangunan Galeri KL. Ummi pegang Maksu kuat2, tekup muka dengan tuala basah, pejam mata kuat2. Nak sedut apa pun semua rasa perit, mata, dada, hidung. AllahuAkbar! Sungguh Ummi terbayang wanita Palestin diserang bom fosforus di Gaza, terkenang syahid-syahidah first liner Palestin. Alhamdulillah dalam kekalutan, Abi ingatkan, "tenang2! jangan panik!" Kemudian kami rehat di tepi longkang belakang bangunan Galeri KL dan hanya menunggu hingga keadaan reda.

Fedih mata ni!

Himpun peacefully

Dalam pukul 4.20 petang kami decide untuk jalan ke Bar Council dan tunggu adik2 Ummi yang lain di situ. What an eventful Saturday evening!? Nak tau tak? Sape yang dah pegi demo dan dah dpt penangan best merah hitam kelabu asap ni...CONFIRM nak pegi lagi!

MANSUH ISA! BEBAS TAHANAN!

p/s: Wawa & Ayai jangan jeles eh! >_<

Saturday, July 25, 2009

Just accept the fact: BOY & GIRL IS DIFFERENT

Alhamdulillah sujud dan syukur UMMI panjatkan pada Allah kerana dah selesai Seminar Keibubapaan anjuran Kelab Kelas Tahun SRI Al-Amin Gombak. Tarikh kali ni kena ON jugak sebab yang sebelum ni dah tunda due to ada AJK yang x boleh. Takpe la Encik Latiff, kita usaha la cari berapa peserta yang dapat..tak nak tunda2.

Peserta kebanyakannya parents Al-Amin dan sebahagian kecil guru sekolah dan tadika. We learnt a lot that day from our learned speaker, Pak Utih. Sesi kami dibahagikan kepada 3:
Slot 1: Bagaimana minda anak lelaki dan perempuan berbeza?
Sesi 2: Perbezaan Anak Lelaki dan Perempuan belajar
Sesi 3: Membantu anak-anak belajar dalam darjah Satu

The learned man



Subhanallah Allah menciptakan lelaki dan perempuan berbeza sesuai dengan fungsinya dalam kehidupan.
  • Lelaki mempunyai penglihatan 'zoom' sedang perempuan melihat secara 'wide angle'. Jangan suruh anak lelaki cari barang dalam almari sebab dia susah nak jumpa kalau tak organize elok2. Hikmahnya, lelaki melihat dengan pandangan jauh ke hadapan.
  • Telinga lelaki hanya berfungsi di sebelah kanan sahaja. Bila beri arahan, sebut satu persatu perkara, bukan 4 perkara sekaligus sebab telinganya hanya menangkap 1 atau 2 perkara sahaja. Contoh, "Umar, tolong ambil baju kotor dan letak kat laundry bag."
  • Lelaki kurang empati kerana tiada emosi. Satu survey menggambarkan seorang anak perempuan ditinggalkan di tepi jalan dan kamera tersembunyi diletakkan dari satu sudut menunjukkan dari ramai orang yang lalu lalang, hanya 1% lelaki yang akan singgah dan bertanya kepada anak perempuan tersebut. Selainnya adalah wanita yang akan prihatin spt, "Are you okay? Where's your mom? Do you want me to accompany you?" Sebab itu anak lelaki jangan ditanya: "Umar, apa perasaan hari ini?" Heh..tak terjawab dia! Bayangkan kalau lelaki lebih emosi, nak sembelih lembu korban mesti tak sampai hati. ;)
  • Anak lelaki sukakan BENDA, sedang anak perempuan suka pada ORANG. Sebab itu anak lelaki suka main robot, kereta, plane etc. Anak perempuan suka main doll, main masak2 etc. Apabila meningkat dewasa, lelaki memang lebih suka bermain berbanding perempuan.
  • Anak lelaki tidak mempunyai density color yang tinggi pada mata berbanding anak perempuan. Oleh itu, lelaki suka simple color (putih, hitam, biru, merah), dan perempuan appreciate more colors (sebab tu suka shopping!!)
  • Anak lelaki mempunyai energy yang banyak..sebab tu tak leh dok diam.
  • Anak lelaki berumur 7 tahun ke atas sangat memandang tinggi pada bapa. Maka, bapa memainkan peranan penting dalam mencorakkan peribadi anak lelaki.
Dengan memahami ciri khusus anak lelaki, maka kita perlu mengubah cara pandang dan metod pembelajaran anak lelaki seperti;
  • Skema jawapan anak lelaki dan perempuan tidak sama. Jangan bandingkan result mereka.
  • Mengiktiraf anak lelaki sebagai ketua atau menghargai keupayaannya memimpin dalam sebarang hal. Contoh: "Umar, Ummi nak Umar jadi imam solat sebab hari ni Ummi tak boleh solat. Ulya dan Ulwan ikut belakang ye."
  • Beri reward seperti stiker pada 'performance chart' bagi sebarang kebaikan atau peningkatan yang dilakukan
  • Dedahkan anak lelaki dengan aktiviti lasak agar tenaganya dialirkan, spt berenang, martial art dll.
  • Disiplinkan anak lelaki (dan perempuan juga) untuk meletak barang pada tempat yang spesifik. Reward setelah good habit ini berterusan.
  • Anak lelaki belajar dengan bermain. Oleh itu terapkan permainan yang sesuai untuk mencapai objektif pembelajaran. Anak boleh bermain kereta atau robot dalam proses mempelajari matematik.
  • Disebabkan anak lelaki cepat rasa jemu, biarkan dia bergerak/bermain seketika selepas 30 minit belajar.
  • Gunakan PETA MINDA (teknik Tony Buzan) untuk memudahkan ilustrasi pelajaran.
  • Jangan belajar di depan TV atau dengan keadaan bunyi TV. Disebabkan pendengaran anak lelaki kurang berbanding perempuan, maka dia perlu FOKUS dan tidak boleh ada gangguan.
Me and AJK Kelab Kelas Tahun 1 dgn Pak Utih (Mc.Azian, Pengerusi dah balik awal). Huhu..Ummi makin tembam!

Itu la sedikit sebanyak yang Ummi belajar. Dengan memahami perbezaan ini, kita tidak akan mudah menyalahkan anak lelaki dengan kata2: "Nakal! Tak tau duduk diam! tak macam kakak/adik perempuan, lagi rajin belajar." Terima lah bahawa anak LELAKI dan PEREMPUAN memang berbeza. Dan yang paling penting IBU dan BAPA perlu TEAM-UP untuk mendidik kedua-dua anak, baik lelaki mahu pun perempuan. Moga Allah berikan kita para ibu bapa semua kekuatan mendidik anak-anak, pemimpin ummah masa depan!

Wednesday, July 22, 2009

Oh! Polisi bertukar lagi...

Catatan menarik ini dipetik dari Cikgu Siti Aini. Tq dear Cikgu!

-----

Alhamdulillah, saya berkesempatan menghadiri Majlis Perhimpunan Warga Pendidik Kementerian Pelajaran Malaysia pada 21 Julai 2009 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Beberapa perkara ingin saya kongsikan daripada ucap utama Menteri Pelajaran Malaysia, Y.A.B Tan Sri Muhyidin Mohd Yassin.

Empat dasar baru yang diperkenalkan sejak beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Malaysia :
1) Penetapan had 10 matapelajaran untuk SPM.
2) Memperkasa Sukan Sekolah.
3) Cadangan Bahasa Inggeris (BI) sebagai syarat lulus SPM.
4) Memansuhkan PPSMI mulai 2012 digantikan dengan MBM MBI (Memertabat Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris).

Dasar 1 :
Penetapan had 10 matapelajaran untuk SPM.
Senario pada hari ini, pelajar mendaftar terlalu banyak mendaftar matapelajaran dalam SPM dan berlumba-lumba mengumpul sebanyak mungkin A. Ini tidak selari dengan hasrat kerajaan untuk melakukan anjakan iaitu dari sistem peperiksaan kepada sistem penilaian yang lebih menyeluruh ( jasmani, emosi, rohani dan spiritual ). Secara tidak langsung mengabaikan perkembangan pelajar secara holistik. Aspek "soft skill" yang amat penting dikuasai oleh pelajar supaya mampu bersaing dalam pasaran kerja yang sangat kompetatif pada masa ini, hanya dapat direalisasikan melalui suatu sistem pentaksiran yang lebih menyeluruh . 10 matapelajaran adalah mencukupi bagi menilai kemampuan pelajar dari segi akademik. Secara tidak langsung, tekanan kepada pelajar dapat dikurangkan dan dapat memberi laluan kepada pihak sekolah untuk melebihkan aktiviti ko-kurikulum dan sukan.

Dasar 2 : Memperkasa Sukan Sekolah.
Jurulatih sukan akan ditempatkan di sekolah-sekolah bagi mengurus sukan di sekolah. Institusi Pendidikan Guru untuk melahirkan jurulatih sukan akan diadakan.

Dasar 3 :
Cadangan Bahasa Inggeris (BI) sebagai syarat wajib lulus SPM.
Rasional : Untuk memastikan anak-anak menguasai BI dengan baik supaya mudah mendapat peluang pekerjaan. Penguasaan BI yang baik juga adalah nilai tambah bagi diri pelajar-pelajar supaya mampu menceburkan diri dalam sektor yang berdaya saing tinggi dan mampu memenuhi pasaran global. Terdapat pihak yang melahirkan kebimbangan terhadap cadangan ini. Keputusan SPM 2008 yang lepas, hanya 26.9% pelajar luar bandar lulus BI. Sekiranya BI adalah syarat wajib lulus SPM, ini bermakna 73.1% pelajar luar bandar akan gagal di dalam SPM. Walaubagaimanapun, kementerian perlu terus berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan pelajar lemah bagi menguasai BI. 'Leveling up' perlu dilakukan kepada pelajar luar bandar supaya turut dapat bersaing dalam pasaran kerja yang kompatatif. Syarat ini masih dalam kajian dan cadangan.

Dasar 4 :
Memansuhkan PPSMI mulai 2012.
PPSMI akan mula dimansuhkan pada tahun 2012 dan pada masa yang sama mengambil tindakan yang drastik untuk memperkukuh BI. Dasar Memertabat Bahasa Melayu dan memperkukuh Bahasa Inggeris (MBM MBI) diperkenalkan sebagai ganti PPSMI.

Pengajaran Matematik dan Sains di dalam Bahasa Melayu adalah penting untuk pelajar memahami konsep Matematik dan Sains. Kajian saintifik yang dilakukan oleh beberapa pihak menunjukkan, pelajar lebih mudah memahami konsep Matematik dan Sains di dalam bahasa Melayu atau bahasa ibunda.

Data rasmi menunjukkan, pencapaian Matematik dan Sains terus merosot semasa PPSMI dilaksanakan. Keputusan UPSR 2008, 30.6% pelajar darjah enam gagal BI. Ini menunjukkan penguasaan BI yang masih lemah. Kesannya, guru-guru menghadapi masalah menggunakan BI di dalam P&P Matematik dan Sains. Hanya 6-8% sahaja guru menggunakan BI melebihi 90% sewaktu mengajar Matematik dan Sains dan peratus ini hanya tertumpu di sekolah bandar.


Ada pihak yang tidak bersetuju dengan pemansuhan PPSMI

dengan alasan anak-anak mereka tetap cemerlang walaupun PPSMI dilaksanakan. Sebenarnya hanya segelintir sahaja pelajar yang dapat menguasai Matematik dan Sains di dalam BI khususnya sekolah yang berada di dalam kawasan 'elit'. Pelajar yang sederhana pencapaian dalam BI juga sukar menguasai Matematik dan sains yang diajar di dalam BI, apatah lagi pelajar yang lemah BI. Hanya 8% sahaja pelajar yang mampu menguasai Matematik dan Sains di dalam BI dalam negara kita. Majoriti pelajar yang sederhana dan lemah akan terus ketinggalan. Situasi 'knowledge defisit' akan berlaku kerana pelajar tidak dapat menguasai ilmu Sains dan Matematik disebabkan masalah bahasa.

UNESCO memperakui bahasa ibunda adalah bahasa penghantar yang terbaik khususnya di peringkat rendah. UNESCO juga memperakukan matlamat pendidikan untuk semua menggunakan bahasa ibunda.

Insentif khas akan diberikan kepada guru-guru BI yang mengajar di luar bandar.

Tuesday, July 21, 2009

Kecil tapi Besar Nilainya

Last weekend was quite interesting to Ummi. Bukan la grand happenings tapi sangat bermakna.

Friday Night

Kitorang adik beradik (Abi's site) belanja Ummi (my mother-in-law) dinner kat Rebung, Bangsar. First time jugak sampai kat sini. Bila kumpul ramai-ramai memang best. Alhamdulillah the most important thing is our Ummi is happy and she just reached another golden year. May Allah grant her happiness and bless her always! Luv u Ummi.

Popo surrounded by her eldest son, Abi and 4 cucu among 6.

Back: Auntie Caca, Abi
Front: Ummi, Popo, Auntie Nisa

Sunday Morning

Ummi and grup usrah Ummi set masa untuk duduk kat surau. Kitorang buat kelas hafalan. Hihi..kelas untuk ibu-ibu. Maklum la nak menghafal Al-Quran ni kena ada disiplin.

Lepas dengar perkongsian tentang Uyghur minggu lepas, yang mereka duduk bawah tanah DUA BULAN tanpa melihat sinar matahari hanya untuk mengHAFAL AL-Quran...hati Ummi jadi sebak! kesal! Sebab nikmat kebebasan yang Allah beri untuk kita gunakan disia-siakan begitu sahaja. Lepas tu, nekad! Mesti, mesti, mesti menghafal Al-Quran..especially mengulangkaji hafalan yang dah berkarat.

Alhamdulillah berjaya hafal Al-Mutaffiffin dengan lancar. Yang penting lepas ni ISTIQAMAH.

Sunday Evening

Ummi tolong Opah angkut barang2 ke Dewan Kuala Ampang. Petang ni ada Hi-Tea Muslimat PAS dengan Wanita Hulu Kelang. I really took this opportunity to chat with non-Malay. Ummi belajar tentang anutan Sikh dari Auntie Bachchan & Harjit Kaur. Belajar apa ritual orang Sikh, apa kandungan ajaran Guru Nanak dan bermacam lagi. Kata Auntie Harjit, "We welcome all to enter our Gurdwara (Sikh temple), regardless of any religion as long as they don't drink and smoke. We don't have any statue (berhala) in the temple, just big kitab (like your Koran)."

My dear Ayah masa sesi dialog. Ada interpreter Cina untuk terjemah speech Ayah sebab ada yang tak faham Bahasa Melayu!

Selesai sesi dialog, Ummi sempat bersembang dengan Penny Tan, wakil JKKK Kuala Ampang. Penny akui dia adalah free-thinker. Baginya yang penting kita saling menghormati kepercayaan orang lain. Ummi sempat bertukar fikiran dan menceritakan tentang proses menikahkan seorang anak perempuan dalam Islam. Sebelum itu, dia merasakan Islam gender bias kerana hanya anak perempuan sahaja perlu WALI untuk proses akad nikah, sedangkan lelaki tidak perlu. Anyway, Ummi hanya menyampaikan mesej agar Islam tidak disalah tanggap. Ummi juga tawarkan pada Penny, "Would you like to explore more about ISLAM?" Penny ada jawapan tersendiri. It's ok. Kita akan berkenalan lagi, dalam facebook mungkin? (she's already added me in her fb)

Wanita Hulu Kelang berbilang bangsa memenuhi dewan semasa sesi dialog.

Ummi round meja-meja bulat untuk mencuri kesempatan bersama non-Malay yang lain. Sempat juga duduk di sebelah nenek berbangsa India dengan anak dan cucunya. Tak banyak yang dapat dibualkan kerana keterbatasan bahasa Melayu. Tapi kata anak Patti (nenek) ini, cucu Patti yang bernama Roshni ni pandai. Bila Ummi tanya dah besar nak jadi apa? Roshni jawab, "Doktor." Dalam hati kecil ini, Ummi doakan anak berbangsa India ini akan mencapai cita-citanya mengubah nasib keluarganya nanti. Walau pun mereka minoriti di Malaysia, namun pendidikan punya nilai yang besar dalam kehidupan mereka.

Hari dah petang, gambar pun suram2 je. Yang berbaju merah tu semua AJKKK Kuala Ampang. Penny di kiri Ummi.

Banyak juga perkara baru yang Ummi belajar petang ni. Dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia, peluang berinteraksi sebegini penting supaya kita hidup saling bertoleransi dan memahami antara satu sama lain. Tanpa kenal, agak sukar untuk kita menyampaikan mesej Islam kepada mereka. Ya Allah, sungguh usaha Ummi terlalu sedikit dalam dakwah kepada Non-muslim. Kuatkan lah Islam dengan Islamnya bangsa Cina, India, Sikh di Malaysia ini!



Monday, July 20, 2009

parenTHINK!


Meh le ramai2 daftar dan hadir Seminar Keibubapaan ni. Penceramah best, humor dan berpengalaman, Shafiai Uda Jaafar or glam name's Pak Utih. Rugi kalau tak join! Cepat-cepat jangan terlambat umi, mama, mak dan pasangan masing2! Ilmu keIBUBAPAan milik ibu dan bapa, bukan concern IBU sahaja...

Wednesday, July 8, 2009

Ummi...dengar la Uwan tanya ni!


Bahasa jiwa Bangsa!
Syukurlah ibu itu banyak mengomel kerana Allah mengajarkan anak bercakap melalui ibunya.

Ya...malam ni Ummi nak cakap tentang bahasa. Bukan tentang sastera mahu pun puitis, tapi bahasa ungkapan anak-anak Ummi, seperti:

Ulwan: Ummi, dengar la Uwan 'tanya' ni!
..yang sebenarnya dia nak bgtau sesuatu, bukan tanya soalan.

Ulya: 'Hari tu' kan Ummi, Ulya main dengan Marwan.
..yang sebenarnya 'hari tu' baru sahaja berlaku beberapa jam sebelum itu.

Umar: Umar suka naik el at ri.
..yang sebenarnya El Ar Ti (LRT).

Alhamdulillah kesemua anak-anak Ummi boleh bercakap dengan ayat lengkap apabila berumur 2 tahun. Pelat tu lain cerita la. Insya Allah boleh develop lagi. Ulya bercakap pelat sehingga berumur 3 tahun lebih dan merisaukan kami. Tapi apabila Ulya ke tadika, kami pun tak perasan bila dia bercakap tanpa pelat.

Tuntut Perhatian

Ummi dan Abi enjoy dengar Umar bercerita dan adakalanya dialog Umar macam orang dewasa! Tapi disebabkan anak-anak Ummi ni rajin bercerita, kadang2 TIGA orang serentak nak bgtau story masing2. "Ummi! Ummi! Ummi!" So to be fair, kena minta ikut turn dengar story sorang2.

Yang paling menuntut perhatian adalah Ulya.
Ulya: Ummi...Ummi..
Ummi: Ya (sambil Ummi buat kerja lain spt. masak atau di depan PC, etc., Ummi tadah telinga dengar)
Ulya: Ummmi!
Ummi: Iyyer, Ummi dengar. Cakap la apa dia.
Ulya: Ummi pandang la Ulya.
Ummi: (ummi pun pandang Ulya)
Ulya: Nanti kita nak keluar kan?
Ummi: Hmm..He em (suara tak buka mulut)
Ulya: Ummi! Jawab la 'Ya'
Ummi: Ya, nanti kita keluar.
Ulya: Ok (baru diam)

Pelat tak Hingat!

Buat masa ni, kami sedang enjoy mendengar Ulwan bercakap. Sama je macam masa Umar dan Ulwan berumur 2 tahun setengah dulu. Berikut adalah antara vocab Ulwan:
- picang (pisang)
- cutu (= susu/sudu/tisu)
- itu lace (pintu rahsia..ni waktu main dgn abg kakak)
- beca (= besar/pecah)
- lubut (robot)
- alu (= baru/malu)
dan banyak lagi.

Tapi Ummi dan Abi akan cuba betulkan beberapa kali supaya Ulwan dengar perkataan tersebut dengan bunyi yang tepat. Memang geli hati kan bila tengok anak-anak mula pandai bercakap. Yang penting kita sebagai ibu bapa bercakap dengan bahasa yang betul dan bukan pelat supaya telinga mereka sentiasa mendengar bunyi perkataan dengan tepat. Moga anak-anak kita akan mengangkat nilai tamadun Islam ini melalui keindahan budi dan bahasa.

Tuesday, July 7, 2009

benCinta

Entry ni adalah entry terpelik dalam sejarah didikcinta. Lebih aneh kerana Ummi memilih tema Bencinta. (Cane la Faizal Tahir kreatif sangat letak dua perasaan tu sekali?) Anyway just to express how sometimes I Love Him and some other time Don't Love Him. Him here referring to my hubby la, the Abi of the family.

I rarely write about Abi in any of didikcinta stories. Well, memang la tujuan blog ni untuk citer pasal anak-anak. Tapi kali ni Ummi nak nyatakan PENGHARGAAN buat Abi yang turut sama menjayakan didikcinta secara low profile.

Kalau Abang baca jangan marah ek!

Abi ni masa mula2 kawen memang tak suka amek gamba. Keras dan kaku je posing dia. Kawen pulak dengan family yang rajin amek gamba, lama2..heh..pandai pulak dia senyum2 dan excited amek gamba!

Hari akad nikah kami. Ni je la satu2nya gambar kami berdua yang diambil dengan kamera biasa.Masa tu tak famous sangat lagi kamera digital nih.

Look at Abi's face! The day Umar was born.

Abi masa dengan anak-anak baru 2 orang.

Ni kat kedai.kepenatan dan tertidur dengan 3 orang anak. Abi can sleep all night cuddling baby.

I LOVE HIM because he's so good in computer, latest technology stuff and all applications. Dapat la menumpang ilmu sedikit sebanyak!

I DON'T LOVE HIM bila dia selalu ketawakan Ummi betapa jahilnya dalam bidang2 komputer dan teknologi ni.

I LOVE HIM because he's so tidy. Dia tak suka sepah2 and need things in their place.

I DON'T LOVE HIM bila barang hilang. Dia akan cari sampai jumpa. Selagi tak jumpa tak boleh keluar rumah!

I LOVE HIM so much bila dia rajin layan anak2. Dan sebenarnya Abi memang sangat pandai layan dan pujuk anak2. Ayat2 dia biasa lagi power terutamanya dalam meredakan Ulwan yang kuat tantrum.

I DON'T LOVE HIM bila dia marah anak2 or any stupid mistake that I did. Tapi, dia cepat cool dan akan pujuk dengan..."Malam ni nak makan char kuey tiaw tak?" atau apa2 je la utk pujuk anak2 or Ummi.

I LOVE HIM because he's such a very good listener whenever we have conversation...except bila dia tgh tekun kat depan PC!

I DON'T LOVE HIM bila dia ada nak cerita something, lps tu tak jadi sebab dia kata,"Ala,abang tak pandai cerita macam Anfal citer."

I LOVE HIM because he said: "Anfal comel! Sebab tu dapat anak2 comel!"

I DON'T LOVE HIM when he teased me. "Anfal tak gemuk la. Tapi sangat gemok!" Arghh!

the list goes on but last but not least,

I LOVE HIM because he always support me, encourage me in dakwah work and always seek for my consultation for his dakwah work.
May our marriage always showered with mawaddah wa rahmah! Amin ya Rabb!

Rolling Time

Ni story lama da! Tapi Ummi nak citer gak sebagai rekod anak-anak buat kerja gulung menggulung ni. Sehari sebelum Hari Bapa, Ateh (adik Ummi) plan makan2 kat rumah Atok Abu & Opah. Maklum lah nak curi masa lapang Atok YB memang susah sikit.

So, Ummi plan buat popia gulung untuk pertama kali. Cari resepi yang agak-agak senang dan boleh buat, Ummi pun ke kedai beli bahan2 utamanya:
Kulit popia
Sengkuang
Carrot

Balik rumah, kerja penyediaan bahan pun bermula. Chef ada 2 orang assistant hari ini (tak termasuk Bibik yang sentiasa menjadi assistant tetap..hihi).

Grate the Carrot

Hiris Sengkuang

Pisahkan kulit popia yang melekat

Inti dah siap masak

Gulung

Lepas testing goreng...banyak sangat minyak, kita innovate sket, bake dalam oven..cuma rasanya tak sesedap goreng la kan?

Sebelum makan untuk jamuan Father's Day

Habis makan, semua pakcik makcik paksa anak2 amek gambo dgn semua cousins yang ada (i.e. Hanin je missing)