Friday, August 28, 2009

Ulya's Story

Ramadhan kali ni adalah tahun pertama Ummi test keupayaan Ulya berpuasa. Mencabar jugak nak pujuk dan layan girl Ummi sorang ni. Setakat seminggu berpuasa ni, berikut rekod Ulya:

Day ONE

Ulya sahur pukul 10 pagi dengan cereal, roti dan susu sustagen. Hari ni Ummi kena masak untuk bawa ke rumah Nenek Abi. So ramai la yang 'membantu' kat dapur. Mula pukul 3 ptg perut Ulya dah berbunyi agaknya, dia minta roti. Tak boleh sayang, belum lagi, lagi 4 jam. Kejaaap je. Lagi setengah jam, Ulya tanya Ummi lagi, dah boleh buka pose ke? Huhu..belum. Dan setengah jam lagi, sampai pukul 4.30ptg, Ulya dah nangis. Ummi suruh tanya Abi dulu boleh buka ke tak. Dia naik dan turun bgtau Abi cakap OK! So dia makan cereal depan Umar. Apa lagi, marah la Umar dan tak semena2 Umar menangis. Alahai si bujang. "Jangan bagi dia makan lagi!!" marah Umar.

Bila Ummi naik atas, tengok Abi tido. Ummi cakap kat Abi yang Ulya dah buka pose.
Abi: "Aik? Nape Ulya buka pose?"
Ummi: "Dia kata dah tanya Abi, Abi kata OK"
Abi: "Abi tido tadi takde cakap apa2 pun."
(memandai je Ulya ni. Atau kes dia tanya Abi boleh buka tak, Abi dalam tido mengangguk...hihi)

Sampai rumah Nenek, hidangan disusun atas meja dan sebagai layanan istimewa kami siapkan pinggan untuk Umar berisi ayam, kuih dan kurma. Jeng...jeng..ada orang jeles tengok Abg Umar dpt layanan istimewa. "Ulya nak jugak!!!" Mana boleh sebab tu untuk orang yang pose je. "Kalau camtu Ulya nak pose balik la!" Haha...pose balik pukul 7.15pm mana aci!!! Ulya..ulya..

Day TWO


Hari Ahad Ulya sahur lambat jugak pukul 10 pg. Tapi hari ni Ummi gagahkan dia supaya bertahan sampai maghrib. Dan janji dgn goodies! Nak tak nak kena umpan jugak. I'm not saying bribing ok.

Ulya dan geng budak2 masjid (kat belakang ruang solat di masjid wilayah,mereka bergumbira!)

Day THREE

Isnin cuti skolah, so semua duduk rumah. Ulya sahur on her official time as usual. =_= Malam sebelumnya Maksu Silah tido rumah, so Ulya ada kawan la. Dia leka main 'mak2' dgn Maksu, so blh la buy her time. Hari ni buka kat Surau Mardhiyyah, dia ada geng Shahidah & Nabilah. Masa buka Ulya minta Ummi siapkan pinggan berisi kuih 2 potong!, kurma, buah. Lepas habis makan, Ulya nak nasi. Nak pinggan lain, pinggan tu kotor. Ewah2..Ulya makan nasi dengan ayam goreng, berselera betul. Alhamdulillah.

Iftar kat surau.

Day FOUR

Hari ni kita iftar kat rumah Opah. Ummi masak Nasi Daging. Air asamnya Mak Ngah Nahdia siapkan. Kenyang betul kita makan hari ni. Tok Abu kata kita solat terawih semua kat rumah. Alhamdulillah another day Ulya berpuasa.

Day by day

Hari2 berikutnya seperti biasa untuk Ulya cuma bila masuk pukul 3.30 ptg, Ummi dah jadi macam Datuk Harimau sebab ada orang akan tanya pukul berapa? bila nak buka? dll.

Layan punya pasal, Ummi bawa Ulya gunting rambut kat salon. Kakak hairdresser beri puji-pujian kat Ulya, "comelnye, sayang kak potong rambut dia..bla...bla." Satu lagi motivasi Ulya supaya bertahan sampai buka pose.

Dan alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke-11 Ulya berpuasa. Satu kenikmatan semasa berbuka bagi Ulya. Dan setiap kali mencapai satu hari penuh berpuasa, Abi akan salam dan peluk Ulya tanda tahniah berjaya berpuasa sehari lagi. Tersipu2 Ulya senyum tanda gembira. 19 hari lagi sayang. You can do it!

New haircut. Cheeze!

4 comments:

fathiyyah said...

cumel2 si kecil ulya :)

ahl mujahideen wa syuhadaa' said...

best best cerite ni... hehe hanin tak pose lagi, tak tau nak cite ape..hehe

kiss kan ulya dari Uda. pesan kat ulya, insyAllah klu Ulya berjaya puasa habis, uda ada hadiah utk ulya! hehe.

Baitul SMR said...

Tahniah Ulya... bangga dengan Ulya dan Ummu Ulya.. bilalah Mujahid nak puasa jugak ni... :(

cairo boy said...

a wonderful blog of a mother to her children..i kinda like this blog..thanx!