Thursday, August 13, 2009

Bila anak-anak sakit..siapa yang susah hati?

Hari ni dah Jumaat, hari kelima anak-anak sakit. Bermula dengan Ulya demam pada malam hari Ahad, diikuti dengan Ulwan pada keesokan harinya. Dan last yang agak kuat bertahan, abang Umar pun demam jugak semalam.

Susah hati.
Runsing.
Tak tidur malam.

Siapa?

Siapa kalau tak Ummi?

Ummi pesan Abi beli orange juice untuk anak-anak minum.
Ummi beli Kool Fever patch tampal kat dahi anak2. Tak tahan begitu lama tapi ok lah, sekadar usaha.
Ummi beli yoghurt sebab Opah sms pesan minum susu dan makanan berasaskan buah-buahan.
Ummi paksa anak-anak telan habbatus sauda'.
Ummi basahkan kepala Ulwan dengan air asam jawa, dengan air zam zam. Huhu macam2!
Ummi bagi setiap sorang tuala kecik sendiri, nak bersin ke batuk ke guna tuala masing2.

Semalam muka Umar merah dan suhu naik sampai 38 darjah Celcius. Tak boleh tahan, jom gi klinik jumpa doctor. Doktor bagi antibiotik jugak sebab tekak dah merah.

Alhamdulillah hari ni Ulya dan Ulwan dah makin sembuh, cuma batuk2 sikit. Tapi Ummi tetap kuarantinkan dari pegi tadika. Umar pun wajib kuarantin dr sekolah. Takpe lah, kata Kak Sofy it's our social responsibility utk cegah anak orang lain dr berjangkit dgn anak kita. Hopefully next week will be brighter for all of us.

Sebab bila anak-anak sakit..siapa yang susah hati??? >_<

6 comments:

Hatiku Berbicara... said...

salam..
nk tanya kt mana saya boleh dptkan habbatus sauda tu..

ummu umar said...

yg ni mak saya bagi.Adik saya kirim dr jordan,dia blaja kat sana.kalau yg kat sini sy x pasti dijual di mana tp mmg ada rasanya.maaf ye.

Khazinatul_Asrar said...

Semoga anak2 akak cepat sembuh! Back to sunnah, madu , habbatussauda etc..Syafakumullah~ Akak juga, jaga kesihatan ya :)

Muthanna Saari said...

paklang baru baik skit dari demam yg tersangat dahsyat...ilhan kena chicken pox dan badan panas..kakak insyirah pulak dah berjangkit kena chicken pox baru nak kena...tak boleh gi main sama kak ulya dan abg ulwan

Hatiku Berbicara... said...

assalamualaikum..
saya dh dpt habbatus sauda (biji2 kaler hitam) betul ke mcm tu yg ori. maaf ya nk tanya cara bg anak2mkn, mkn mcm tu terus ke @ kena rendam? brapa biji skali mkn..kna mkn tiap ari ke?

maaf ya byk tanya...

ummu umar said...

to hatiku berbicara: sori sy bg kat anak saya yg jenis minyak (extract dr biji2 hitam tu). Blh la cb bg anak2 kunyah biji hitam tu 1 sudu kecik tiap2 pagi.