Wednesday, July 8, 2009

Ummi...dengar la Uwan tanya ni!


Bahasa jiwa Bangsa!
Syukurlah ibu itu banyak mengomel kerana Allah mengajarkan anak bercakap melalui ibunya.

Ya...malam ni Ummi nak cakap tentang bahasa. Bukan tentang sastera mahu pun puitis, tapi bahasa ungkapan anak-anak Ummi, seperti:

Ulwan: Ummi, dengar la Uwan 'tanya' ni!
..yang sebenarnya dia nak bgtau sesuatu, bukan tanya soalan.

Ulya: 'Hari tu' kan Ummi, Ulya main dengan Marwan.
..yang sebenarnya 'hari tu' baru sahaja berlaku beberapa jam sebelum itu.

Umar: Umar suka naik el at ri.
..yang sebenarnya El Ar Ti (LRT).

Alhamdulillah kesemua anak-anak Ummi boleh bercakap dengan ayat lengkap apabila berumur 2 tahun. Pelat tu lain cerita la. Insya Allah boleh develop lagi. Ulya bercakap pelat sehingga berumur 3 tahun lebih dan merisaukan kami. Tapi apabila Ulya ke tadika, kami pun tak perasan bila dia bercakap tanpa pelat.

Tuntut Perhatian

Ummi dan Abi enjoy dengar Umar bercerita dan adakalanya dialog Umar macam orang dewasa! Tapi disebabkan anak-anak Ummi ni rajin bercerita, kadang2 TIGA orang serentak nak bgtau story masing2. "Ummi! Ummi! Ummi!" So to be fair, kena minta ikut turn dengar story sorang2.

Yang paling menuntut perhatian adalah Ulya.
Ulya: Ummi...Ummi..
Ummi: Ya (sambil Ummi buat kerja lain spt. masak atau di depan PC, etc., Ummi tadah telinga dengar)
Ulya: Ummmi!
Ummi: Iyyer, Ummi dengar. Cakap la apa dia.
Ulya: Ummi pandang la Ulya.
Ummi: (ummi pun pandang Ulya)
Ulya: Nanti kita nak keluar kan?
Ummi: Hmm..He em (suara tak buka mulut)
Ulya: Ummi! Jawab la 'Ya'
Ummi: Ya, nanti kita keluar.
Ulya: Ok (baru diam)

Pelat tak Hingat!

Buat masa ni, kami sedang enjoy mendengar Ulwan bercakap. Sama je macam masa Umar dan Ulwan berumur 2 tahun setengah dulu. Berikut adalah antara vocab Ulwan:
- picang (pisang)
- cutu (= susu/sudu/tisu)
- itu lace (pintu rahsia..ni waktu main dgn abg kakak)
- beca (= besar/pecah)
- lubut (robot)
- alu (= baru/malu)
dan banyak lagi.

Tapi Ummi dan Abi akan cuba betulkan beberapa kali supaya Ulwan dengar perkataan tersebut dengan bunyi yang tepat. Memang geli hati kan bila tengok anak-anak mula pandai bercakap. Yang penting kita sebagai ibu bapa bercakap dengan bahasa yang betul dan bukan pelat supaya telinga mereka sentiasa mendengar bunyi perkataan dengan tepat. Moga anak-anak kita akan mengangkat nilai tamadun Islam ini melalui keindahan budi dan bahasa.

2 comments:

nida' ul-iman said...

Salam ziarah..

Jazakillah kak anfal sbb buat aza tersenyum sorang2 kat airport colombo nie bile bace entri nie..hihi ^_^ tgh transit nak balik msia..iAllah..

Doakan permusafiran nie penuh barakah..

-Zaza Aberdeen, yg penah jumpe kak anfal sekali-dua-

coachsha said...

Assalamu'alaikum ummi n family,

Hahah! This entry tickles me especially the part 'mesti pandang their faces bila bercakap' and part suara tak bukak mulut. Me guilty as charged! Fun mum u are! Barakallahu fik