Tuesday, May 11, 2010

Weekend of Abi and kids ONLY


Photo shooting session--phew!

It has been weeks that my weekend was occupied with programs...But last weekend was special (*suka hati) because Bibik took off work and Ummi has to be in Shah Alam the whole weekend, SO...the kids need to stay with somebody. With whom? Yea!! With Abi!

Saturday morning, Abi bawa anak2 dan anak2 kawan Ummi ke studio untuk photo shooting tshirt MuslimTjr. kami. Dah lama dah tertunggu2 moment ni sebab menanti semua baju siap dari kilang. Huh! Berjanggut rasanya...

Illy, our designer, bought a pack of BigApple donut for the kids as a treat and to brighten the day before the shooting session begin. But, just imagine how to make sure 8 kids turn to be ok while they will fight for stuff and merajuk and boring and sulking...bla..bla (boleh agak tak anak sape yg merajuk tu??....anak Ummi->Ulwan la!!)

Abi kata 2 jam lamanya nak shoot budak2 model amatur ni. Lepas habis sesi shooting, Abi hantar semua balik rumah dan belanja anak2 & staff kami pegi makan. Sampai rumah, FLAT!! Patut le Ummi call tak angkat2 fon.

Malam tu pulak ada Konsert Lifeline for Gaza, dan sekali lagi Abi kena rush bawa anak2 ke Shah Alam dengan barang2 dagangan Brotherhood Arts. Ummi pula ambil staff dari Setia Alam, Klang selepas maghrib dan janji untuk berjumpa Abi di Stadium Malawati. Kami pasang satu 'offer bin' di celah2 canopy gerai lain dan longgokkan baju2 untuk dijual. Rasa macam peniaga pasar malam pulak. Selesai set-up gerai, Abi bawa anak2 masuk ke dalam stadium untuk berkongsi semangat perjuangan bebaskan Palestin. Moga semangat juang turut mengalir dalam jiwa anak2 kami.

Selesai majlis dan urusan gerai malam itu, Abi bawa anak2 balik rumah dan Ummi uruskan staff dan kembali ke tempat program di Shah Alam. Gitu gini, alhamdulillah dapat tidur jam 2 pagi. (Ibu ngandung ni tak sedar diri,pushing herself so hard as if she's so strong to do everything..hihi)

Ahad pagi, Abi perlu ke Subang untuk beri penyampaian, sekali lagi diangkut semua anak2. Dan kata Abi sepanjang perjalanan dalam kereta, Abi buat kuiz, contest tengok bangunan tinggi, nasyid ramai2 dan tak kurang juga kena melayan Ulwan yang bergaduh dan merajuk dengan Ulya (regu main dan juga bergaduh!)

Sekitar jam 10 pagi Ummi dapat call dari Abi, tapi yang bercakap kat telefon adalah anak2. "Happy Mother's Day Ummi!!" Bahagianya rasa...(senyum sendiri kat tmpt program)

Dan malam itu kami berjumpa semula di rumah dengan seribu satu cerita dari anak2. Ummi hulurkan tangan pada Abi,"TQ jaga anak2 hujung minggu ni!" A weekend of Mother's Day celebration with Abi taking care of the kids...