Thursday, April 24, 2008

Insan-insan yang mengajarku

Jangan marah2 sayangku Ulwan..



anakku yang seorang lagi
'Abdullah 'ulwan nama diberi
oh sayang...jangan lah marah-marah
menghentak kaki ingin mahunya semua dituruti
sabar sayang
kerana umurmu yang setahun jagung ini
terlalu banyak yang ingin kau terokai
moga Allah jadikan kau seorang lagi Abdullah yang kental iman gagah perkasa

Our relationship like Jigsaw Puzzle


Dua hari sebelum tarikh ulang tahun perkahwinan kami yang ke-6, kami berperang lagi. Wah! Kali ini perang dinginnya panjang. Sebab apa? Biarlah ia rahsia...Hehe

Menjelang hari keenam barulah berjaya berdamai. Dan petang itu, Jumaat, 11 April, abi ajak umi makan di Secret Recipe. Kebetulan pula abi yang pegang beg umi masa sedang bawa Ulya ke toilet. Baru je duduk di kerusi Secret Recipe, umi pun buka beg dan tanpa disangka2 sekeping kad dengan sampul biru cair bertulis "Buat Si Comel" dijadikan 'surprise' pada petang itu.

Terharunyee....Benar lah kata kawan umi, gaduh boleh gaduh...tapi biar ia jadi gaduh yang terapiutik. Lps berdamai, makin erat hubungan. The card affirms our relationship -- we are the interlocking pieces. Neither him nor myself is better person. But we live together for the betterment of everybody.

Banyak pulak tazkirah mengena diri sendiri, mungkin peringatan yang Allah tujukan khusus buat diri sebagai isteri. Kebetulan tadi membelek majalah Anis keluaran Jun 2007 dengan fokus: Apa yang Seorang Suami Mahu?...
Aduh!

::Teman Hidup Dalam Kehidupan – Mana lagi hubungan yang paling intim dalam kehidupan ini selain hubungan antara suami dengan isterinya? Apa kemahuan suami, harap-harap dipenuhi oleh isteri. Begitulah sebaliknya. Tetapi mampukah semua kemahuan ini dipenuhi? Silapnya, kebanyakan kemahuan itu dipendamkan sahaja. Tidak diperdengarkan. Jika pun akhirnya diperdengarkan, tetapi menurut kolumnis Pahrol Mohamad Juoi, semua telah terlewat. Sudah jadi jeritan, bukan bisikan. ::

Moga Allah sentiasa memberi umi tazkirah di kala hati ini lalai dan leka.