Thursday, May 21, 2009

Papan Tanda

Perjalanan Ummi Abi berniaga sendiri adalah sesuatu yang menarik untuk dirakamkan. Sekadar untuk berkongsi pahit manis mengusahakan perniagaan sendiri sebagai usaha menyara hidup berkeluarga dan misi untuk menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat. Adik Ummi, Urwah minta agar perkongsian ini didokumentasikan. Tunggu lah masanya pasti akan tiba. Jeng..jeng..

Setelah memulakan perniagaan Enterprise (Perkongsian) pada tahun 2004, kemudian disusuli dengan incorporation atau menaik taraf kepada Sdn. Bhd. pada Jun 2006, alhamdulillah kami kemudiannya menimba pengalaman mengusahakan perniagaan dari sebuah premis di Melati Utama.

Lot pertama kami bernombor 73-2. Blok paling hujung dari Petronas, tingkat paling atas. Selama 2 tahun kami tiada papan tanda. Keh..keh.. Dah puas Ummi pujuk Abi naikkan signboard, tapi sampai kami dah keluar dari lot tu, memang Abi tak nak pasang signboard. Alasannya, "kita menyewa je.." Hmm...ok lah boss!

Jadinya...setiap kali customer nak datang,Ummi akan bagi landmark kedai orang: "cari kedai kami kat blok yang ada Restoran Nasi Dagang atau Restoran Rumah Thai...sori kami takde signboard lagi." Masa dah nak pindah, tumpang glamour satu kedai famous lain, "kedai kami betul2 atas kedai Secret Recipe, tp tingkat 2." Bila kenangkan balik, kelakar nye...

Dalam pertengahan tahun 2008 kami memutuskan untuk tidak lagi menyambung tenancy dengan landlord melalui ejennya, Mr Low yang sangat profesional dan baik orangnya. Dia orang pertama dalam hidup panggil Ummi dengan panggilan Mrs Ammar. :)

Dan pada 1 Januari 2009, kami berpindah secara rasminya ke Lot 37-1. Blok sebelah kedai lama.
Dan...dengan rezeki yang Allah kurniakan, kami beli lot tersebut. Hakmilik kekal! (sementara kat dunia ler). Dan tiada alasan lagi tak nak pasang signboard kan Abi kan??

Cerita nak pasang signboard ni pun panjang gak, sampai 2 bulan setengah baru berjaya pasang. Tapi bila dah naik papan tanda tu, kembang kuncup gak la senyum. Alhamdulillah.

120509 - 4 orang pekerja Neontech sampai di premis kami dengan 2 signboard: horizontal dan vertical

Tali guni terjuntai yang diikat dari tingkat 2

Tali diikat pada signboard. Ready untuk naik!

Yea! Dah naik!

Tu dia! Amacam, kacak tak? ;)

Thanx a zillion buat semua keluarga, rakan2, dan pelanggan2 yang menyokong kami.
Sounds cliche: "Tanpa anda siapa lah kami."

Tuesday, May 19, 2009

The Mind of Boys

Melihat Ulwan membesar dan mempunyai seorang abang, Ummi dan Abi selalu mengatakan, "Lainnya Ulwan berbanding Umar."

One feature that Ulwan is obviously so different from Umar is his FIERCENESS. I don't know exactly who should undergo Anger Management course, the Ummi or the son? !_! It seems the whole world belongs to him. Makan minum, toys, Ummi adalah hak milik Ulwan seorang. Tak boleh share!

Kalau kak Ulya peluk Ummi, marah.
Kalau abg Umar share lasy toys, marah.
Kalau Abi snap foto Ulwan, marah.
Kalau Ummi nak habiskan food yg tak habis, marah.
kalau semua orang marah Ulwan, dia marah balik!

Haru tak? Isk..isk..Bukan salah ibu mengandung..huhu..

Teman bergaduh selalunye kak Uyya!
Tapi bila semua orang dah marah, teman yang paling dicari kak Uyya!

Comel kan? ;)

Ok, let's not focus on the negative behaviour, but enforcing the positive side that's hidden in him.

Hopefully, Ulwan kan menjadi 'manusia logam' sebagaimana Umar Al-Faruq. Garangnya semasa jahiliyah, tapi Islamnya beliau terus menjadi sang penggegar musuh. Amin ya Rab.


Good Side of Ulwan

Ulwan baru menemui hobi baru -- CONSTRUCT LASY. This one thing that he has in common with Abg Umar.

Sekarang Abg Umar dah tahap advance. Binaan Abg Umar semakin kompleks. Tapi untuk tahap beginners macam Ulwan, not that bad. He can construct ship, house, bike of his version. And daaa...i can see the fruits of his imagination in reality. Alhamdulillah.

Umar's bug/beetle

Disebabkan Ulwan tak suka diambil gambar (don't know why, yg ni x sama langsung dgn abg kakak), Ummi terpaksa menjadi paparazzi sekejap.

Diambil gambar secara mengejut oleh Ummi semasa bermain Lasy di siang hari.

Di malam hari..


Pasang roda

Badan motor yang panjaaaang.


Boys Learn Differently

Melihat perkembangan anak-anak membesar di depan mata dan karakter mereka yang unik serta berbeza, menyebabkan Ummi tertarik untuk cuba memahami cara belajar anak lelaki.

Kredit buat Pak Utih yang mendedahkan mengenai penulisan karya Michael Gurian mengenai Boys. Dalam pendidikan, kita harus memahami cara berfikir seorang lelaki dan memahami fisiologi tubuh badan yang telah Allah ciptakan. Fitrah yang dicipta buat anak lelaki adalah berbeza dan sama sekali tidak boleh dibandingkan dengan perempuan. Sebab itu lah, kita perlu faham mengapa dikatakan Men from Mars, Women from Venus. Baca la sendiri baru best..hihi.

In short, the mind of boys different from girls because of boy:
1) one-directional, more focus
2) show interest in exploring
3) more likely to ignore voices - even PARENTS!
4) take hours to process emotion
5) rely heavily on non verbal communication

Ummi sedang pujuk Abi untuk beli buku Boys and Girls Learn Differently dari kedai buku kinokuniya. Kalau ada penemuan menarik lagi, akan Ummi share lagi kat sini ok.

So love our boys dearly. They are unique and have special place in our heart. Kesabaran kita para ibu membesarkan mereka akan menjadikan mereka lelaki pejuang untuk Deen ini pada masa depan nanti. Allahu Akbar!

Wednesday, May 6, 2009

Fikir dan Zikir



Fikir dan Zikir I: Dinosaur datang!!

Hujung minggu pertama bulan Mei baru-baru ni, Ummi Abi free daripada komitmen program yang biasanya penuh. Bila Abi tanya, "ok,nak bawa anak2 pegi mana?"...fikiran Ummi pun melilau untuk mencadangkan tempat menarik dan sesuai untuk anak-anak. Maklumlah, kami tiada kampung (the real kayu papan house in rural area). Popo TokBun (Abi's parents) stay in Bukit Jelutong and Opah TokAbu (Ummi's parents) stay in Tmn Sri Ukay. Hehe...kira2nya Bukit Jelutong tu jauh sket la (kurang dari sejam..kiki).

Kebetulan Ummi nampak iklan pada billboard di persimpangan Setiawangsa-Desa Tun Hussein Onn, mengenai Pameran Monsters & Dinasours di MidValley Mall. Apa lagi!! Ni peluang menarik.

Alhamdulillah pada 2 Mei, immediately selepas selesai solat Asar kami menuju ke MidValley. Ummi tak suka sangat datang sini sebab mall yang terlalu besar dan sangat ramai orang. Pameran Dinasours di Hall 3, Aras 3. Tiket yang kami beli berharga RM12 untuk Dewasa dan RM8 untuk Kanak2. Ulya dan Ulwan under-age, so FREE!

Ruang pameran tidak terlalu besar, dimulakan dengan pameran semut, tarantula, rama-rama di ruang depan. Dan ruang belakang adalah dinasour yang famous seperti T-Rex, yang ada tanduk tiga, yang ekor panjang..(sori x ingat nama). Dinosaur2 ni dikawal oleh robot mekanikal yang bergerak seperti real, ditambah dengan sound effect dan suasana seperti di dalam hutan menyebabkan anak2 Ummi teruja melihat makhluk Allah yang telah pupus ni.

Apa yang menarik adalah persoalan2 yang ditanyakan oleh anak-anak dari pemerhatian mereka. Terutamanya dari Umar dan Ulya, seperti:
"Dinasour makan apa, Ummi?"
"Dia makan orang ke?"
"Kenapa badan dia macam tu?"
"Kenapa bunyi dia macam tu?"
..dan macam-macam soalan lagi.

Bila balik rumah, Ummi ajak anak-anak belek ensiklopedia tentang Dinosaur. Semakin berfikir mereka tentang ciptaan Allah ni. Ummi sebut yang sebelum Nabi Adam diusir dari syurga dan dihantar ke bumi lagi, dinosaur telah dimusnahkan Allah, sebagai persediaan manusia hidup di bumi.

Kalau anak seusia Umar (6 tahun lebih), penceritaan perkara yang 'real' adalah sangat penting untuk dikaitkan dengan kehidupan yang nyata. Fikir dan Zikir! May Allah grant him wisdom to realize that the most real and eternal is PARADISE LIFE. Amin ya Rabb!


Fikir dan Zikir II: Laskar Pelangi

Ingat lagi obses Ummi tentang novel bersiri Laskar Pelangi tulisan Andrea Hirata, dari Pulau Belitong? Lihat sini. Surprise2! Isnin baru ni, Ummi dikunjungi teman baik Ummi, Dr. Aisyah (married to Indonesian and currently staying in Jakarta) yang pulang ke Malaysia untuk renew visa anaknya, Hamzah. Aisyah hadiahkan Ummi VCD Laskar Pelangi yang dah lama Ummi tunggu2. Yea!

Balik rumah, Ummi ajak anak2 tonton bersama. Tapi berhari2 anak2 tengok sebab kena tido awal. Movie yang diadaptasi dari novel LP ini mengangkat scene yang betul2 menarik dari keseluruhan kisah Ikal, Lintang dan Mahar yang bersekolah di SD Muhammadiah, Gantong (di Pulau Belitong).

Sambil menonton bersama, Ummi Abi ajak Umar berfikir, berkaitan dengan scene dalam movie tersebut.
"Tengok abang tu pegi sekolah naik basikal jauh-jauh, kena lalu kawasan buaya melintas lagi. Syukur Umar pegi sekolah naik kereta kan?"
"Sekolah dia buruk je, hujan je, kelas banjir."
"Abang tu belajar sungguh-sungguh waktu malam, pasang lampu pelita je."

Alhamdulillah, anak kecil ni berfikir dan dia buat kesimpulan, "Kena belajar rajin-rajin baru jadi pandai ke Ummi?" Ummi senyum meleret mengiyakan. "Umar kena bersyukur dapat semua yang Allah bagi, kena lagi rajin belajar."

Next target, nak buat tayangan video untuk Kelab Kelas Tahun 1 Al-Amin. Moga ada iktibar buat semua untuk terus Fikir dan Zikir.

Monday, April 27, 2009

Destinasi 3: Dandenong

Perjalanan kami dari Newcastle pagi 14 April tu memang rushing sungguh! Flight jam 11 pagi dari Sydney International Airport menuju ke Melbourne. Tapi kami dapat bertolak dari Kingfisher Grove seawal 8 pagi. Speedo bro! Kalau tak sempat check in ni, hangus terbakar lah tiket kami. Dan berapa Australian Dollar pula yang akan terbang.

Suspen juga rasanya. Sampai2 je kat depan pintu masuk airport, kami berlari cari kaunter utk flight ke Melbourne. Tup..tup...Alhamdulillah, masih ada 4 kaunter lagi dibuka dengan beberapa mat salleh masih beratur check in barang2 mereka. Jam dah 10.15 pagi. Rezeki Ulwan untuk ke Melbourne pagi ni juga. Cuma satu je kenderaan Ulwan tertinggal kat rumah Cik Wardiah--Stroller merah. Takpe lah..simpan utk baby nanti.

Setibanya di Melbourne Airport, Ummi Abi rasa keletihan sangat. entah kenapa..we just feel exhausted. And I missed my Umar and Ulya so much! I want to go home...STOP Ummi! This is the last pit stop, then only you can go home.

To Dandenong

Alhamdulillah, Sister Iman yang cute, datang ambil kami dan route ke Dandenong melalui kawasan yang tidak kurang menarik pemandangannya - Docklands (pelabuhan kapal2 besar berhampiran kawasan industri) dan Monash University at Clayton (dulu Ummi selalu dengar2 je tentang Uni ni). Perjalanan kami dari Melbourne Airport di Tullamarine ke Dandenong mengambil masa hampir 1 jam. Besar nye Melb ni.

Philip Island Tour

16 April - Kami berSEBELAS (including Ulwan and baby Wafiyah) menuju ke Philip Island. Ummi requested to have tour to zoo - not for me but for Ulwan to have great joy and experience. Dengan 1 MPV dan 1 kereta, kami ke Philip Island yang memakan masa 1 jam.

Bersama baby Wafiyah comel, anak Safwan dan Afrah

Nak habaq kat semua cantik sungguh2 la tempat ni, nanti hangpa kata aku saja buat jeles. So tunjuk gambaq saja lah ya. Tak tau nak tulis lagu mana chek oi! (senyum lebar2!)
Di San Remo, berhampiran dengan jambatan masuk ke Philip Island. Berhenti sejenak untuk melihat burung Pelican datang ke pantai untuk makan ikan - yang disajikan sebagai dayatarik pelancong.


San Remo

Kat Wildlife Park. First time bagi kangaroo makan kat tangan..mula2 memang geli dan menyeramkan sbb terasa lidah dia jilat tangan..lama2 ok. Ulwan pun berani!

Cokelat!!


Berhenti dan bentang kanvas kat celah2 pokok dan MAKAN! Ulwan sangat lapar..

Di kawasan pantai The Nobbies.


Ulwan nampak bas, "nak naik bas!" Ummi pun bawa dia dekat2..lepas tu atok2 tu layan la dia naik jap. Pastu muka dia dah cuak.


Layan blues jap...

Di hujung trek Philip Island. Dari sini boleh tengok Seal Rocks and the Nobbies (batu bongkah besar).

Dalam perjalanan pulang ke Dandenong. Scene ala-ala Ranjau di Sepanjang Jalan.

18 April - Oh Malaysia, kami pulang, oh tanah air ku!

Macam berjiwang2 pulak. Tapi Ummi memang dah tak sabar nak balik. hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. Hmm..betul ke? Kat Auckland hari tu ada je hujan batu (ais). keh..keh..

Anyway, kami bertolak awal pagi ke Melbourne City utk shopping di VicMart (Victoria Market). Selesai shopping, kami bergegas ke Melbourne International Airport selepas wida' dengan Safwan, Afrah, Ammar dll.

Moga Allah berkati dan redhai pengembaraan ini. Bukan untuk menyatakan keunggulan diri tapi untuk menginsafi kelemahan dan belajar dari sejuta hikmah yang diselitkanNya dalam kehidupan ini. Amin.

Kami mohon maaf buat semua andai ada yang terluka dan terguris. Moga ukhuwwah kekal abadi hanya untuk mencari redhaNya. Jazakumullahukhairan!



Di Victoria Market. Shopping buah dan souvenir sekadarnya.

Hari melabuhkan tirainya...

Destinasi 2: Newcastle

:: Matahari pagi dari ruang udara Australia

Kami mengembara lagi...kali ini ke IstanaBaru. Letaknya di bumi Koala dan Kangaroo. Heheh..nama glamour Newcastle di wilayah New South Wales. 2 jam perjalanan dari Sydney International Airport.

Perjalanan kami dari Auckland pada pagi 10 April itu mengambil masa lebih kurang 3 jam setengah. Laparnya tak terkata dalam kapalterbang Virgin Blue (ala-ala AirAsia gitu..nak makan semua kena beli). So kami dah belek2 ingredient, tanya fatwa hati dan iman di dada..lalu kami pesan Muesli. Kali ni makan ikut sunnah betul sebab kami kunyah lamaaaa sampai lah boleh telan. Ulwan pilih raisin je!!

Our healthy and nutritious breakfast in Virgin Blue :)

Beza masa Auckland dan Sydney adalah 2 jam. Ummi Abi pun dah pening dah. We lost sense of time and days. Apa-apa aje lah labu! Janji tau waktu solat dan makan.

The Newly Wed

Perjalanan kami ke destinasi ke-2 dipertemukan dengan sahabat kami, Harith dan Wardiah yang baru sahaja melangsungkan walimah mereka awal Januari 2009. Inai di jari pun belum habis lagi.


Rumah mereka di Kingfisher Grove memang best. Selesa dan boleh dimeriahkan dengan ramai orang sebab banyak ruang. Disebabkan lapang jugalah, Ulwan suka berlari-lari dan selalu minta makan nasi..walau pun dengan telur dan kicap je.


Autumn Gathering

Bersempena dengan cuti Autumn, adik2 pelajar Newcastle University mengadakan AG atau Autumn Gathering dengan pelbagai acara menarik. Bermula dengan Excursion, Sports Day, Palestinian Day dan Youth Day. Ramai kenalan baru yang kami jumpa. Tidak kurang menarik keluarga Abg Mizan dengan 3 orang puteri2nya, Alia, Balkis dan Isya yang menjadi teman sepermainan Ulwan di playground.

Sports Day sisters sangat menarik dengan permainan tradisional seperti lompat getah, baling selipar dan galah panjang. Kali ni Ummi minta maaf sebab tak dapat bermain dek melayan kerenah Ulwan.

Tidak kurang menarik juga, Abi bermain volleyball dengan bro-bro di The Forum. Bila time sports, rijal sebenar ramai yang muncul. Ehem..ehem..

Hari ketiga merupakan Palestinian Day. Kredit buat Abi yang pertama kali menyediakan slide dan menyampaikan tajuk Palestin dan Baitulmaqdis di hati Umat Islam dengan mantap. Bravo Abg cyg!! Ummi pun nak menumpang sekaki. Alhamdulillah dapat juga menyampaikan perkongsian Ummu Muhammad, isteri Asy-Syahid Abdul Aziz Rantisi yang datang ke Malaysia dalam bulan Mac baru-baru ini. Semasa hari ini berlangsung, di luar dewan meriah dengan pameran, jualan dan juga acara meneka jumlah batu dalam botol dan mencoret sebarang kata2 di atas poster The Wall.
Poster The Wall. Peserta diminta mencoret apa sahaja di atas gambar The Wall.


Antara makanan yang dijual untuk tujuan mengisi tabung buat Palestin. Cute sangat!

Pada petang hari selesai solat dan makan, acara dimeriahkan lagi dengan Auction utk tabung Palestin. Tiga item dilelongkan dengan nilai yang tinggi, khusus untuk INFAQ: VCD Konsert Nasyid, Thumbdrive bahan2 mengenai Palestin dan Handphone.

Walaupun masa kami di Newcastle bukan untuk berjalan-jalan, tapi kami puas kerana dapat menatap wajah-wajah baru para pemuda pemudi. Ummi doakan agar Allah sentiasa memberkatimu dan melimpahkan hidayah dan rahmah kepada adik-adik ini.

To Harith and Wardiah...thank you for your warm welcome and hospitality :)

Thursday, April 23, 2009

Destinasi 1: Auckland

Kiwiland! Here we come!

Alhamdulillah Allah izinkan kami mengembara ke bumi Kiwi i.e. New Zealand. Kata adik2 pelajar di sini, dinamakan Kiwi kerana ada buah Kiwi, burung Kiwi dan orang aslinya pun dipanggil Kiwi. Comel kan?

Perjalanan bermula pada 2 April, 9.30pm dengan flight MAS selama hampir 10 jam (dah tak ingat brp jam travel). Naik MAS ni memang best sebab selesa dan makan sangat nyummy!

Klakar betul bila Ulwan nampak kapalterbang lain dr tingkap sblm kami take-off, dia kata, "Nak naik kapatebbang!" Alahai sayang, kita dah memang naik kapatebbang la ni. Hihi..cumel2!

Ulwan was so excited and he didn't want to get buckled-up (another challenge for Ummi)

Suhu pada siang hari tidak terlampau sejuk, sekitar 18-20 degree Celcius. Menjelang petang (maghrib masuk jam 6.30 petang), kedinginan makin mengigit dengan suhu 16-17 degree. Kalau terbuka tingkap sikit pun terasa sejuk.

Berikut ringkasan perjalanan Ummi dan Ulwan..Abi ikut bro-bro main jauh2..hihi..

4 April - Rehlah di Outwithe Park dengan adik-adik Auckland Uni. Ulwan berjumpa sang kekasihnya, Kak Sarah. Ahaks. Sarah who? ...dan pada sebelah petang pula, Ain, Samey dan 2 sisters lagi bawa kami naik bas ke Mission Bay dan belanja kami makan aiskrim sambil menikmati pemandangan indah. Subhanallah! Burung seagull yang besar berterbangan, keluarga mat salleh berpiknik dan berekreasi di tepi pantai.

^ At Mission Bay

^ Ulwan makan aiskrim..lebih banyak tumpah dari makan..


I lurvvv this photo so much. It's only me missing..huhu..

6 April - Hantar Abi ke airport untuk Abi pegi Wellington (dalam 2 jam fly dr Auckland).Heading south. Kemudian Kak Ain bawa Ummi dan Ulwan jalan2 kat Harbour Port dan naik bas balik dari Britomart Transport Centre.


7 - 8 April - Ummi join excursion sisters ke Rotorua, empat jam perjalanan ke selatan pulau. Dengan 9 biji MPV hijau menyala, bertemakan 10 ciri muwasofat 
Muslim, kami menuju ke persinggahan menarik berhampiran Rotorua. Kami naik gondola
 untuk ke bukit tinggi berhadapan dengan sebuah tasik besar. 

Dari atas, kami dapat melihat pemandangan yang sangat indah serta udara yang sangat nyaman. Aktiviti kami yang bezz dari atas ni adalah meluncur turun bukit melalui trek sedia ada (ada 3 laluan: scenic, intermediate dan advanced) dengan LUGE!


First time turun, Ummi sorang je sebab Ulwan jual mahal. Second time dapat jugak bawa Ulwan (berkat gula2 dan coklat imbuhan kakak2). Dari bawah, kami akan menaiki chair lift. Tergantung2 di udara dan kabel membawa kami naik semula perlahan2. Fuh!

Selesai semua urusan, kakak2 bentang tikar atas padang rumput utk solat dan makan. Dek suhu yang sejuk, makanan yg awalnya panas dah menjadi dingin. Takpelah...lapar2 dlm kesejukan ni, makan apa pun enak rasanya..apa lagi kalau makan beramai2.














Singgah makan dan solat di Hamilton Garden Park :: Dari puncak bukit berhadapan tasik Rotorua 








9 April - Last day in Auckland. We picked up Abi from airport early in the morning and Ain bawa kami singgah di Cornwall Park dan menuju ke puncak yg dinamakan One Tree Hill (ishh..macam kenal je nama ni). Sangat..sangat..sangat sejuk (belum time winter lagi!). Ummi tak benarkan Ulwan keluar dari van sebab dia tak bawa extra jaket. Sejenak sahaja kami di atas cukup untuk merasai nikmat dan bersyukur atas kurniaan Allah dengan ciptaanNya yang sangat indah. Pasti ia bukan sia-sia.

One Tree Hill, Cornwall Park

Petang, sisters bawa kami round untuk hari terakhir, ke Davenport, menaiki feri. Di tanah seberang ini, kami melihat dari dekat kapal layar dan pelangi muncul selepas hujan gerimis. Subhanallah! Mulut pun ada kudap2annya...coklat!! Hehe...(Ummi gemok..gemok!) Pulang dari Davenport, kami singgah di kedai souvenirs untuk beli hadiah utk orang2 tersayang di Malaysia.


Nak beli bawa balik tak dapat la ye..

Di Davenport...(sangat susah ambil gambar Ulwan)


The end of the first stop. Take a deep breath...Next day...there'll be another pit stop, with new people, and other experience interestingly to find.

Luv u all sis!! 

Oh Poor My Little Girl!

Update blog ni dimulakan dengan cerita TIGA minggu lepas..sorrri..a bit 'basi'..huhu

Sejak awal bulan Mac lagi, kami sudah mula bersiap sedia untuk trip ke New Zealand dan Australia selama 16 hari. Persiapan penting juga adalah penyediaan emosi dan mental Umar dan Ulya yang Ummi Abi akan berpergian lama dan jauh meninggalkan mereka di Malaysia.

So, pada hari Ahad terakhir, 29 Mac sebelum kami berangkat, Ummi layan Umar Ulya habis-habisan. Bertemankan Maksu Silah, kami pergi ke KLCC park untuk bermain di playground, dan tepat jam 10 pagi...kedebush!..masuk kolam renang kanak-kanak yang airnya sedalam paras betis Ummi. Selepas puas main dan berenang, layan lagi...lunch di KLCC.

Dalam jam 1.30 petang kami pulang dan Ummi yakin anak-anak semua keletihan. Sampai di rumah, Ummi minta semua rehat di bilik. Tiba-tiba sedang Ummi asyik membaca suratkhabar, 'DUMM'!! Bunyi ada yang jatuh di tingkat atas..diiringi suara tangisan Ulya.

Lantas, Maksu Silah dengan panik menjerit, "Dagu Ulya terbukak!"

Ummi lari ke atas dan tengok Maksu Silah dukung Ulya dengan luka di dagu yang agak besar. Naluri Ummi berkata, "ni macam kena jahit je ni."

Tanpa berfikir banyak-banyak, Ummi terus capai kunci kereta dan bawa Ulya ke klinik. Tepat sekali tekaan Ummi, doktor kata kena jahit 2 jahitan.

@@ di klinik


Arghh! Seram jugak tengok doktor tusukkan jarum ke kulit dagu dan tarik benangnya. Menjerit menangis Ulya dibuatnya bila nampak jarum di tangan doktor. "Tak nak jahit! Tak nak jahit!"

Prosedur jahitan tak mengambil masa yang lama cuma luka jahitan sembuh hampir 2 minggu (termasuk waktu kami tiada di Malaysia).



Oh Poor My Little Girl, ada parut di bawah dagu. Moga Allah lindungi anak perempuan kami ini dari sebarang bahaya yang lebih besar.















Balutan pertama dibuka untuk membersihkan luka. Nampak tak garis hitam menegak, itu benang jahitan.