Sisi cinta yang sangat mempengaruhi sulukmu, bermanfaat buat menempuh kehidupan duniamu dan cinta luar biasa demi mencapai kebahagiaan akhirat...Jangan silap anakku, kerana aku ingin kau cinta Allah, cinta Rasul dan cinta Islam.
Thursday, October 1, 2009
Tioman!!! Kami datang...(1)
Friday, August 7, 2009
Merah Hitam Kelabu Asap
Sori ler lambat update story Ummi. Havoc satu Malaya memperkatakannya. Yang kutuk, yang nak saman, yang rasa semangat juang dan macam2 lagi. Ye, Perhimpunan Mansuh ISA 1 Ogos di ibu kota KL. Dan Ummi serta keluarga tidak terlepas melakar sejarah. Biarlah apa kata orang tetapi sekurang-kurangnya kehadiran Ummi melaungkan 'ISA Zalim' adalah sumbangan Ummi untuk menyatakan kebencian kepada kezaliman. Umar pun excited nak pegi tapi Opah kata tak sesuai.
Seawal 11.30 pagi kami dah bersiap dengan pakaian tema merah hitam walau pun tidak tertera langsung perkataan ISA. Ummi, Abi, Tok Abu, Opah, pakcik makcik dan tidak ketinggalan Mak Su Silah, kami menaiki LRT menuju ke stesen Pasar Seni. Niat asal untuk ke Masjid Negara tetapi terlalu banyak sekatan jalan oleh polis, maka kami lepak la dekat Dayabumi. Dah nak waktu solat zohr, Opah ajak pegi toilet, so kami pun tercari2 toilet berhampiran dan akhirnya decide untuk solat terus di surau CM (Pasar Seni). Sedang kami bersiap untuk solat Opah terima panggilan dari Mak Ngah Nahdia yang dia dan mama & adik2nya ditahan polis. Lihat sini.
Ketegangan mula terasa. Selesai solat kami bergerak menuju ke Masjid Jamek dan sempat melihat sekumpulan demonstrator bertempiaran lari ditembak gas pemedih mata. Canister gas jatuh laju di hadapan Abi. Fuyyo!! Ini bukan movie bang, ni real! Kami pun patah balik ke CM dan merentas jambatan sini. Dari situ lalu depan Dayabumi dan ambil jalan utama menuju ke Dataran Merdeka.
And here's the battle began. In short, Ummi Abi dan Maksu Silah dalam kumpulan berhampiran terpisah jauh sikit dari Tok Abu dan Opah. Pak Ngah, Pak Lang dan Mak lang dah terlepas ke Dataran. Kami dapat penangan air semburan dan juga gas pemedih mata kat sini. Second attack, i.e. the tear gas memang gillerz! Kami lompat ke semak di tepi jalan dan meluncur turun ke belakang bangunan Galeri KL. Ummi pegang Maksu kuat2, tekup muka dengan tuala basah, pejam mata kuat2. Nak sedut apa pun semua rasa perit, mata, dada, hidung. AllahuAkbar! Sungguh Ummi terbayang wanita Palestin diserang bom fosforus di Gaza, terkenang syahid-syahidah first liner Palestin. Alhamdulillah dalam kekalutan, Abi ingatkan, "tenang2! jangan panik!" Kemudian kami rehat di tepi longkang belakang bangunan Galeri KL dan hanya menunggu hingga keadaan reda.
Dalam pukul 4.20 petang kami decide untuk jalan ke Bar Council dan tunggu adik2 Ummi yang lain di situ. What an eventful Saturday evening!? Nak tau tak? Sape yang dah pegi demo dan dah dpt penangan best merah hitam kelabu asap ni...CONFIRM nak pegi lagi!
MANSUH ISA! BEBAS TAHANAN!
p/s: Wawa & Ayai jangan jeles eh! >_<
Tuesday, July 21, 2009
Kecil tapi Besar Nilainya
Front: Ummi, Popo, Auntie Nisa
My dear Ayah masa sesi dialog. Ada interpreter Cina untuk terjemah speech Ayah sebab ada yang tak faham Bahasa Melayu!Selesai sesi dialog, Ummi sempat bersembang dengan Penny Tan, wakil JKKK Kuala Ampang. Penny akui dia adalah free-thinker. Baginya yang penting kita saling menghormati kepercayaan orang lain. Ummi sempat bertukar fikiran dan menceritakan tentang proses menikahkan seorang anak perempuan dalam Islam. Sebelum itu, dia merasakan Islam gender bias kerana hanya anak perempuan sahaja perlu WALI untuk proses akad nikah, sedangkan lelaki tidak perlu. Anyway, Ummi hanya menyampaikan mesej agar Islam tidak disalah tanggap. Ummi juga tawarkan pada Penny, "Would you like to explore more about ISLAM?" Penny ada jawapan tersendiri. It's ok. Kita akan berkenalan lagi, dalam facebook mungkin? (she's already added me in her fb)
Ummi round meja-meja bulat untuk mencuri kesempatan bersama non-Malay yang lain. Sempat juga duduk di sebelah nenek berbangsa India dengan anak dan cucunya. Tak banyak yang dapat dibualkan kerana keterbatasan bahasa Melayu. Tapi kata anak Patti (nenek) ini, cucu Patti yang bernama Roshni ni pandai. Bila Ummi tanya dah besar nak jadi apa? Roshni jawab, "Doktor." Dalam hati kecil ini, Ummi doakan anak berbangsa India ini akan mencapai cita-citanya mengubah nasib keluarganya nanti. Walau pun mereka minoriti di Malaysia, namun pendidikan punya nilai yang besar dalam kehidupan mereka.
Hari dah petang, gambar pun suram2 je. Yang berbaju merah tu semua AJKKK Kuala Ampang. Penny di kiri Ummi.Tuesday, July 7, 2009
benCinta
Entry ni adalah entry terpelik dalam sejarah didikcinta. Lebih aneh kerana Ummi memilih tema Bencinta. (Cane la Faizal Tahir kreatif sangat letak dua perasaan tu sekali?) Anyway just to express how sometimes I Love Him and some other time Don't Love Him. Him here referring to my hubby la, the Abi of the family.I rarely write about Abi in any of didikcinta stories. Well, memang la tujuan blog ni untuk citer pasal anak-anak. Tapi kali ni Ummi nak nyatakan PENGHARGAAN buat Abi yang turut sama menjayakan didikcinta secara low profile.
Kalau Abang baca jangan marah ek!
Abi ni masa mula2 kawen memang tak suka amek gamba. Keras dan kaku je posing dia. Kawen pulak dengan family yang rajin amek gamba, lama2..heh..pandai pulak dia senyum2 dan excited amek gamba!
Hari akad nikah kami. Ni je la satu2nya gambar kami berdua yang diambil dengan kamera biasa.Masa tu tak famous sangat lagi kamera digital nih.
Look at Abi's face! The day Umar was born.
Abi masa dengan anak-anak baru 2 orang.
Ni kat kedai.kepenatan dan tertidur dengan 3 orang anak. Abi can sleep all night cuddling baby.I DON'T LOVE HIM bila dia selalu ketawakan Ummi betapa jahilnya dalam bidang2 komputer dan teknologi ni.
I LOVE HIM because he's so tidy. Dia tak suka sepah2 and need things in their place.
I DON'T LOVE HIM bila barang hilang. Dia akan cari sampai jumpa. Selagi tak jumpa tak boleh keluar rumah!
I LOVE HIM so much bila dia rajin layan anak2. Dan sebenarnya Abi memang sangat pandai layan dan pujuk anak2. Ayat2 dia biasa lagi power terutamanya dalam meredakan Ulwan yang kuat tantrum.
I DON'T LOVE HIM bila dia marah anak2 or any stupid mistake that I did. Tapi, dia cepat cool dan akan pujuk dengan..."Malam ni nak makan char kuey tiaw tak?" atau apa2 je la utk pujuk anak2 or Ummi.
I LOVE HIM because he's such a very good listener whenever we have conversation...except bila dia tgh tekun kat depan PC!
I DON'T LOVE HIM bila dia ada nak cerita something, lps tu tak jadi sebab dia kata,"Ala,abang tak pandai cerita macam Anfal citer."
I LOVE HIM because he said: "Anfal comel! Sebab tu dapat anak2 comel!"
I DON'T LOVE HIM when he teased me. "Anfal tak gemuk la. Tapi sangat gemok!" Arghh!
the list goes on but last but not least,
I LOVE HIM because he always support me, encourage me in dakwah work and always seek for my consultation for his dakwah work.
May our marriage always showered with mawaddah wa rahmah! Amin ya Rabb!
Friday, March 13, 2009
Sape tarik janggut Tok Abu tu?!!!!
| Saidah Hairan | Foto Wan Zahari Wan Salleh Thu | Mar 12, 09 | 7:59:55 pm MYT | |
| SHAH ALAM, 12 Mac (Hrkh) - Ketua Pembangkang Dun Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo menarik janggut Adun Hulu Klang, Saari Sungib sambil memberi amaran keras supaya jangan membabitkan isterinya dalam isu pembelian dua kereta Mercedes dan sebuah Range Rover. Amaran keras Khir itu dilakukan di luar dewan Dun selepas Saari mendedahkan penyelewengan dalam Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) yang membeli sebuah Range Rover bernilai RM500,000. Katanya, Range Rover itu dibeli untuk kegunaan syarikat tetapi setelah kenderaan itu sampai ia telah diberikan kepada isteri Pengerusi KDEB. Khir yang menunggu Saari di luar dewan berkata; "'You' serang isteri saya. 'You' jangan serang isteri saya, you hendak serang saya tak apa, jangan serang isteri saya. Isteri saya tidak boleh memandu." Saari menjawab; "Saya bertanya untuk disiasat selepas itu beri jawapan, saya cakap ia diguna pakai oleh syarikat." Khir membalas; "Awak orang tua awak mesti semak dengan tepat, jika isteri saya terdakwa, saya tidak akan maafkan awak, tuntut di akhirat." Pada mulanya Saari beranggapan Khir hanya bergurau dengan menarik janggutnya tetapi ternyata Khir serius dan penuh emosi. Bagaimanapun, amaran itu tidak menakutkan beliau untuk terus mendedahkan segala penyelewengan yang telah dilakukan ketika Khir menjadi Menteri Besar demi kepentingan rakyat negeri Selangor. Sebenarnya, kata beliau, isu KDEB itu sudah lama diketahuinya sejak seminggu menjadi wakil rakyat tetapi hanya didedahkan dalam sidang DUN kali ini. Katanya dalam sidang penggal pertama dahulu perkara itu tidak sesuai untuk didedahkan sehingga perbahasan menjunjung titah ucapan Tuanku Sultan Selangor, tengah hari tadi. Beliau menganggap Khir bukan mengancam tetapi hanya menunjukkan rasa tidak puas hati dan beremosi. - lanh _ |
Sunday, September 14, 2008
MakSu tambah mata!!

Wawa dukung anaknya, Hanin. Depan: MakSu Silah dgn imej terkini bercermin mata. Sorang lg anak perempuan YB Pak Abu yg tiada di dalam gambar - Zilal (di Johor)









