Showing posts with label not only with book and pencil. Show all posts
Showing posts with label not only with book and pencil. Show all posts

Thursday, December 23, 2010

Mural Artists

"Boring la Ummi..." keluh Umar.

Umar dah kebosanan sambil menghitung hari-hari bila sesi persekolahan baru akan dibuka. Tambah pula Ummi dalam pantang sepanjang 25 Nov (adik Zulfa lahir) hingga awal Januari 2011, lebih terbatas lagi pergerakan untuk beraktiviti. Kalau Ummi 'sihat', panjang la langkah anak2 ni sebenarnya. Nak tak nak, Ummi pun jenuh memikirkan idea 'aktiviti' harian anak2 di rumah -- selain menonton TV dan bermain game di komputer. TQ Abi belanja beli buku ni sebagai sumber idea.

Kebetulan pula, semalam kontraktor datang untuk mula kerja-kerja membaiki kerosakan di rumah (paip tersumbat, bocor dll.) dan juga akan mengecat bilik anak2, so boleh la Ummi benarkan anak2 'kerjakan' dinding yang dah jadi medium ekspresi seni mereka tu. Sebelum ni, siapa punya tangan kreatif ntah yang cop alamat Brotherhood Arts sepanjang ruang dinding tu. Arghh! Tapi cuba tanya semua orang yang ada anak kecik, mesti wajib ada 'secalit' contengan si kecil pada dinding rumah, kan?! Buat kenangan mak bapak dia. ~

So, semalam, Ummi baru teringat ada cat mural dalam kabin...apa lagi, jom little Einstein (program kat TV IQ Astro) kita kerjakan dinding kita!! Yeah!

Lepas tu jenuh la Ummi nak mencuci tangan dan kaki kanak2 bertiga ni. takpe2, yang penting no more 'BORING' word! Smile T_T


Umar: pokok, Ulya: kereta comel, Ulwan: yang calit2 warna warni tu adalah roket katanya!
(nampak tak ada kesan cop syarikat sepanjang dinding tu -- dah ummi cover dgn cat putih)

Tuesday, July 7, 2009

Rolling Time

Ni story lama da! Tapi Ummi nak citer gak sebagai rekod anak-anak buat kerja gulung menggulung ni. Sehari sebelum Hari Bapa, Ateh (adik Ummi) plan makan2 kat rumah Atok Abu & Opah. Maklum lah nak curi masa lapang Atok YB memang susah sikit.

So, Ummi plan buat popia gulung untuk pertama kali. Cari resepi yang agak-agak senang dan boleh buat, Ummi pun ke kedai beli bahan2 utamanya:
Kulit popia
Sengkuang
Carrot

Balik rumah, kerja penyediaan bahan pun bermula. Chef ada 2 orang assistant hari ini (tak termasuk Bibik yang sentiasa menjadi assistant tetap..hihi).

Grate the Carrot

Hiris Sengkuang

Pisahkan kulit popia yang melekat

Inti dah siap masak

Gulung

Lepas testing goreng...banyak sangat minyak, kita innovate sket, bake dalam oven..cuma rasanya tak sesedap goreng la kan?

Sebelum makan untuk jamuan Father's Day

Habis makan, semua pakcik makcik paksa anak2 amek gambo dgn semua cousins yang ada (i.e. Hanin je missing)

Friday, June 19, 2009

School Break Part III


As promised, Ummi bawa anak-anak dan Maksu Silah ke Pusat Sains Negara, di Bukit Kiara. Sebelum pegi, Abi dah warning, "sesuai ke bawa Ulwan? Enjoy ke dia?" Hmm...takpe lah, I'll take the risk. Kebetulan adik umi, Ateh & babynya dan 2 orang sepupu Ummi ada jugak dengan Maksu, so angkut la skali.

So we spent RM18.00 for 3 adults (cousin baru Form 1, tapi dah ada IC, so kena kira adult la), 3 school age kids, and 3 toddlers+baby (free).

Ulya & Ulwan happily playing in the pool of balls

Menarik gak macam2 kategori: fizik, astronomi, biologi, robotic dan macam2 lagi. Tapi sah sah la bila bawa Ulwan takde la jadi lawatan sambil belajar sangat, sebab dia excited lari dari satu pameran ke pameran yang lain. Alhamdulillah Pusat Sains ni sediakan ruang khas untuk kanak2 2 hingga 6 tahun yang sesuai dengan Ulwan. Ada juga ruang permainan berpendidikan untuk kanak-kanak kategori umur lebih besar.

Disebabkan besar dan banyak ruang pameran, nak terbengkok gak bawa kanak2 ni (terutama bila ada Ulwan yang bila dah sampai tahap malas nak berjalan! Hampir 2 jam dalam Pusat Sains tu kami meronda, akhirnya semua orang dah penat dan lapar. Orait! Jom cari makan pulak!

Monday, June 8, 2009

School Break Part II

Tok Abu a.k.a YB Pak Abu, officiated Karnival Cuti Sekolah.

Tak sah rasanya kalau cuti sekolah tak anjurkan apa2 aktiviti. Kali ni, Ummi dan makcik2 Wanita JIM Titiwangsa organize aktiviti cuti sekolah di Taman Warisan. Dan tiba-tiba Opah (mama Ummi) pun dapat idea untuk lancarkan Karnival Cuti Sekolah untuk semua kanak-kanak di kawasan terpilih dalam DUN Hulu Kelang. Antaranya adalah kanak-kanak Flat AU1, AU5, Kg. Fajar, Kg. Kemensah dan juga Taman Warisan.

Kali ni di Tmn Warisan, kami buat sukaneka dan sesi English is Fun. Meriah betul sukaneka ni. Sukan beraneka yang di'kitar semula' memang tak pernah basi. Hehe...Tak caya..cuba la main, memang best:
::Isi air dalam botol guna span
::Tiup gula-gula dalam tepung
::Baling telur
::Campak belon berisi air dalam baldi

On your mark, get set, go!



Game ikut tahap - ada Tahap 1 (darjah 1-3) dan tahap 2 (darjah 4-6). Kelakar betul la anak-anak tahap 1 ni. Berlari ikut laluan kumpulan, tapi bila perah span masuk botol air orang lain! Menjerit2 mak budak2 ni beri tunjuk ajar. Bila tiup tepung lagi best, amek gula2 dengan tangan letak kat mulut dan lari!! Apa2 pun..memang FUN lah!

Lepas rehat dengan jamuan makan kuih2 karipap, cek mek molek dan kasui air tangan Kak Seri, anak-anak pun masuk semula ke dewan. Ummi tayangkan movie Kungfu Panda hanya untuk 20 minit, dengan selang 3 kali berhenti untuk Teacher Zana mengajar English.
Teacher Zana attracting the students attention with the movie

They have to analyse the characters involved in the movie. Akhlaq and Aqidah lessons cross the movie:
(1) Can a mother pig married to the father duck get a panda son?
(2) Is it ok to tell lie (when Panda told his father duck that he was dreaming about noodle instead of kungfu fighting?)

For the younger ones, they were asked to spell name of animals. What a superb idea to be done just from watching a movie, right?

Alhamdulillah Umar had a great fun and yang paling best dia cop hadiah awal2 kat rumah (sebab Ummi tukang beli hadiah)! Hihi..

Happy holiday!

Wednesday, May 6, 2009

Fikir dan Zikir



Fikir dan Zikir I: Dinosaur datang!!

Hujung minggu pertama bulan Mei baru-baru ni, Ummi Abi free daripada komitmen program yang biasanya penuh. Bila Abi tanya, "ok,nak bawa anak2 pegi mana?"...fikiran Ummi pun melilau untuk mencadangkan tempat menarik dan sesuai untuk anak-anak. Maklumlah, kami tiada kampung (the real kayu papan house in rural area). Popo TokBun (Abi's parents) stay in Bukit Jelutong and Opah TokAbu (Ummi's parents) stay in Tmn Sri Ukay. Hehe...kira2nya Bukit Jelutong tu jauh sket la (kurang dari sejam..kiki).

Kebetulan Ummi nampak iklan pada billboard di persimpangan Setiawangsa-Desa Tun Hussein Onn, mengenai Pameran Monsters & Dinasours di MidValley Mall. Apa lagi!! Ni peluang menarik.

Alhamdulillah pada 2 Mei, immediately selepas selesai solat Asar kami menuju ke MidValley. Ummi tak suka sangat datang sini sebab mall yang terlalu besar dan sangat ramai orang. Pameran Dinasours di Hall 3, Aras 3. Tiket yang kami beli berharga RM12 untuk Dewasa dan RM8 untuk Kanak2. Ulya dan Ulwan under-age, so FREE!

Ruang pameran tidak terlalu besar, dimulakan dengan pameran semut, tarantula, rama-rama di ruang depan. Dan ruang belakang adalah dinasour yang famous seperti T-Rex, yang ada tanduk tiga, yang ekor panjang..(sori x ingat nama). Dinosaur2 ni dikawal oleh robot mekanikal yang bergerak seperti real, ditambah dengan sound effect dan suasana seperti di dalam hutan menyebabkan anak2 Ummi teruja melihat makhluk Allah yang telah pupus ni.

Apa yang menarik adalah persoalan2 yang ditanyakan oleh anak-anak dari pemerhatian mereka. Terutamanya dari Umar dan Ulya, seperti:
"Dinasour makan apa, Ummi?"
"Dia makan orang ke?"
"Kenapa badan dia macam tu?"
"Kenapa bunyi dia macam tu?"
..dan macam-macam soalan lagi.

Bila balik rumah, Ummi ajak anak-anak belek ensiklopedia tentang Dinosaur. Semakin berfikir mereka tentang ciptaan Allah ni. Ummi sebut yang sebelum Nabi Adam diusir dari syurga dan dihantar ke bumi lagi, dinosaur telah dimusnahkan Allah, sebagai persediaan manusia hidup di bumi.

Kalau anak seusia Umar (6 tahun lebih), penceritaan perkara yang 'real' adalah sangat penting untuk dikaitkan dengan kehidupan yang nyata. Fikir dan Zikir! May Allah grant him wisdom to realize that the most real and eternal is PARADISE LIFE. Amin ya Rabb!


Fikir dan Zikir II: Laskar Pelangi

Ingat lagi obses Ummi tentang novel bersiri Laskar Pelangi tulisan Andrea Hirata, dari Pulau Belitong? Lihat sini. Surprise2! Isnin baru ni, Ummi dikunjungi teman baik Ummi, Dr. Aisyah (married to Indonesian and currently staying in Jakarta) yang pulang ke Malaysia untuk renew visa anaknya, Hamzah. Aisyah hadiahkan Ummi VCD Laskar Pelangi yang dah lama Ummi tunggu2. Yea!

Balik rumah, Ummi ajak anak2 tonton bersama. Tapi berhari2 anak2 tengok sebab kena tido awal. Movie yang diadaptasi dari novel LP ini mengangkat scene yang betul2 menarik dari keseluruhan kisah Ikal, Lintang dan Mahar yang bersekolah di SD Muhammadiah, Gantong (di Pulau Belitong).

Sambil menonton bersama, Ummi Abi ajak Umar berfikir, berkaitan dengan scene dalam movie tersebut.
"Tengok abang tu pegi sekolah naik basikal jauh-jauh, kena lalu kawasan buaya melintas lagi. Syukur Umar pegi sekolah naik kereta kan?"
"Sekolah dia buruk je, hujan je, kelas banjir."
"Abang tu belajar sungguh-sungguh waktu malam, pasang lampu pelita je."

Alhamdulillah, anak kecil ni berfikir dan dia buat kesimpulan, "Kena belajar rajin-rajin baru jadi pandai ke Ummi?" Ummi senyum meleret mengiyakan. "Umar kena bersyukur dapat semua yang Allah bagi, kena lagi rajin belajar."

Next target, nak buat tayangan video untuk Kelab Kelas Tahun 1 Al-Amin. Moga ada iktibar buat semua untuk terus Fikir dan Zikir.

Sunday, September 14, 2008

Sew n Stitch

14 Ramadhan - Ummi should already recited 28 juzu' of Al-Quran (target this Ramadhan to khatam TWICE). But I'm SEVEN juzu' left behind. Huh!


'Umar had his pasta cream soup 'sahur' at 8.30am - watching cartoons - bathing - and again requesting Ummi to play the new downloaded animation "The Unstable Fables" (the new version of Tortoise and Hare Race fable--should watch it!) on Abi's pc. Hmm...enuff la sayang! Had too much watching. Let's do something fun!


So 'Umar got this idea of writing the names of 25 Prophets and 10 Malaikat on his gridline exercise book. Ok come Ummi, "Ummi tunggu sini, jadi teacher!" Ummi suggested that we use the flannel piece of cloth for our project. Ummi bought the material in 100YEN store in Fukuoka, Japan when we were there for ceramah trip in the year 2006. So colourful!
The colourful cloth

What shape do you want, sayang?
'Umar: spider!! (big fan of spiderman, transformers and BEN10)

'Ulya: flower

'Ulwan: (Ummi's assistant while playing his digger)
Bro.'Ulwan - Ummi's assistant :)

Just have a look at them enjoying this sew n stitch project!

Stitching onto my exercise book!

Tadaaa!!

Allah makes Spider

Saturday, July 19, 2008

Get Crafty Time!

< 'Umar dan MakSu Silah di hadapan sampel projek GetCrafty yang sungguh kreatif!



Isnin lepas, Ummi Abi saje ronda kat Great Eastern Mall berdekatan dengan simpang tiga Jelatek dan Jln Ampang yang sibuk tu. Kononnya nak tengok Mini Zoo yg direkomenkan oleh seorang teman. Rupa2nya Mini Zoo yg dikatakan adalah petshop..dan malangnya mereka sedang berkemas utk berpindak ke cawangan baru di MidValley.







Hari ini Ummi datang lagi dengan SATU tujuan. Melayan Umar dan ajak Wasilah teman juga. Kami ke kedai Get Crafty, sebuah kedai yang mengoperasikan art workshop (ala-ala Art Attack). Setiap sesi, pelajar perlu membayar RM45 dan memilih satu projek yang akan disiapkn.





Kami tiba di GE Mall sekitar jam 2.30 ptg. So, kami perlu pilih sesi jam 3.00 petang. Sementara mengisi borang pendaftaran, Umar dan MakSu bersungguh2 memilih projek yang nak disiapkan.





Umar pilih Swing Ben10 dan Maksu pilih handbag comel.



^ Drying up my painting..


Ok kids...time for CRAFT! And tadaaa...dah siap!