Showing posts with label character. Show all posts
Showing posts with label character. Show all posts

Wednesday, January 5, 2011

Men from Mars vs Women from Venus



Di Jugra



Wall climbing (very manly, is it?)

Enjoy!

Sebagai penutup cuti sekolah, Ummi Abi izinkan Umar enjoy sepuas-puasnya bermula dengan cuti-cuti dengan keluarga Ummi di Jugra, kemudian mengikut Uncle Ihsan untuk aktiviti wall-climbing di sini bersama sepupunya, Haarith. Kiranya kami layan habis lah keinginan abang sulung ni.

Biasa la bila lepas beberapa hari enjoy, kadang2 big boy ni overlimit dan boleh jadi 'lupa diri'. Maksudnya bila balik rumah, penyakit M.A.L.A.S pun hinggap. Tambah kadang2 bercakap dengan adik2 pun kasar. Agaknya dah beberapa hari bercakap dengan sepupu lelaki, cara kejantanan, kena dengan suara yang kuat, maka terbawa-bawa lah dengan adik2.

Maaf! Ummi terlepas pandang

Insiden ini berlaku bila kami selesai makan malam dan Bibik pula bercuti sempena Tahun Baru. Kebiasaannya memang Bibik yang akan membereskan kerja-kerja mengemas dapur - cuci pinggan, lap meja, kecuali bila Ummi buat aktiviti memasak bersama anak2. Rutin biasa, selepas makan, anak2 perlu angkat pinggan masing2, buang sampah ke plastik dan letak di dalam sinki. So bila Bibik takde, Ummi minta masing2 cuci pinggan sendiri.

Dan kali ini (selepas Umar baru balik enjoy habis berjalan) Umar mencuci pinggan dengan penuh rasa M.A.L.A.S. Laju je cuci. Bila Ummi tengok, 'Aik! Ini berminyak lagi ni...cuci balik supaya bersih. Ummi tunjukkan caner nak cuci bersih2..' Apa lagi..dengan rebellious, Umar cuci ala kadar dan mukanya mula merah kerana menahan diri dari menangis.

Abi: Kenapa nangis? (bukan dengan nada marah)
Umar: Umar bukannya tau basuh pinggan! Basuh pinggan kerja orang POMPUAN (*dus!!)
Abi: Ummi nak ajar la tu macamaner nak basuh pinggan. Buat perlahan2..
Umar: Nanti asyik salah je! pastu kena cuci balik semua! (air mata pun berderai)
Abi & Ummi: Belajar kena sabar sikit (dan Ummi pun buat praktikal mencuci pinggan, cawan, sudu dll dengan bersih berkilat)


I was totally shocked bila dia cakap 'kerja orang perempuan'. Memang sangat2 terlepas pandang perkara ni hingga anak lelaki berusia seawal 8 tahun telah ada 'preconceived idea' apa dia kerja2 yang orang lelaki buat (cth: wall climbing) dan apa yang orang perempuan buat (cth: kerja dapur, jaga adik dll).

Selesai Umar mencuci hampir kesemua pinggan di dalam sinki dengan Ummi, Abi pun slow talk dengan dia. Sekarang ni memang fasa Umar lebih banyak dengar cakap Abi dari Ummi (agaknya Ummi bercakap lebih bunyi 'membebel' dan annoying to him kot!). Abi tanya dia kenapa cakap cuci pinggan kerja orang perempuan dan he reasoned out with 'ni kerja semua, abi, ummi, uncle masa kecik besar Umar pun dah buat kerja dapur, cuci pinggan, lap meja, bla..bla..bla'

Risaunya Ummi kalau anak lelaki seorang ni bila besar nanti dah kahwin, serah SEMUA kerja pada isteri. Sedangkan Ar-Rasul s.a.w., junjungan besar kita adalah contoh terbaik seorang lelaki yang baik pada ahli keluarganya. Baginda menggiling gandum, menjahit baju dan juga memasak. MasyaAllah! Tiada erti kerja 'perempuan' sebenarnya. Yang paling penting adalah saling bantu-membantu dan memudahkan dalam urusan rumahtangga.

Sorry ye anak2..lepas ni masing2 kena cuci at least pinggan sendiri. I learnt a lot from this incident.

Tuesday, October 26, 2010

Responsibility = Able to respond

Pagi ni, antenatal check up (seminggu sekali dah bermula) **lagi! Sementara tunggu giliran, Ummi baca buku (memang bawa bekal dalam beg) "How to Teach your Kids: Responsibility". Buku ni buku lama, Opah yang turunkan kat Ummi (nak kemas almari dia sebenarnya..hehe).

Memang menarik untuk faham macamana nak terangkan pada anak2 konsep berTANGGUNGJAWAB. For example: there should be time for PLAY, and time for WORK. Dan sebagai parents, kita kena faham, anak2 tidak dilahirkan untuk terus BEHAVE. Kita kena wujudkan sistem yang menjelaskan secara terang dan nyata, apa LIMITS, peraturan yang konsisten dan mudah dijangka dalam keluarga kita.

Baca dan baca, dan hari ni terus Allah nak bagi hands-on training lepas baca teori dari buku.

Nak tau apa?

Lepas selesai appoinment di Subang, Ummi Abi pun balik rumah, dalam pukul 2.30 petang. Kedengaran lah suara 3 orang kanak2 (Ulya, Ulwan dan sepupu diorang-Intissar) menjerit2, "Ummi jangan naik dulu! Tunggu bawah!" Apa la yang diorang dah buat tu? Tapi Ummi malas nak naik dulu sebab nak reheat lunch. Abi naik atas untuk lihat apa yang terjadi, jeng..jeng... terus kedengaran 'guruh kilat petir': @#%&

Apa yang kanak2 tu dah buat?
.
.
.
Diorang dengan rajin sekali nak bersihkan lantai pakir, end up jadi banjir dan air meresap dalam lantai kayu pakir!

Sebagai denda Abi bagi 'time-off', semua kena berdiri mengadap dinding. Ada la 20 minit kot diorang kena berdiri. Ummi (yang tak sampai hati) mula bersuara, "Dah la tu..kita bukan nak threat diorg sebab salah dengan denda. Kita ajar diorang consequences lepas terbuat silap. lepas ni biar tau limit." (sambil berusaha untuk apply apa yang dah dibaca pagi tadi..macam klaka je bunyi nye kan?!)

'Time-off'

Dan sesi tazkirah pun bermula, part ni memang ayat2 Abi power la! Dengan Ummi diorang memang tak berapa nak makan saman.

Abi: Semua beratur sini. Apa jadi bila air banjir kat atas lantai kayu?
Anak2: Basah..
Abi: Cuba tengok pakir kayu dekat tepi toilet, banyak yang reput dan tanggal sebab basah. Nanti kalau rumah kita semua dah takde pakir, cantik tak?
Anak2: Tak cantik..
Abi: Ulya suka ke rumah kita tak cantik?
Anak2: Tak..
Abi: Kalau nak cantik kena buat apa?
Anak2: Kena jaga..
Abi: Ha! macam tu lah..kena jaga elok2. Lain kali janji tak buat lagi. Senyum (dan buat funny faces)
Anak2: (dari muka serius dan sedih, terus tergelak! dan masing2 salam minta maaf)

Tazkirah session

What I learn today from the book and from the reality, kids learn to respond well when we as parents:
- communicate clearly
- reinforce by telling the consequences of misbehaviour, NOT by threatening
- provide them less ambiguous option (e.g. nak rumah cantik ke tak nak?)
- avoid blaming
- set standards as what we want the kids know our expectations (e.g. jaga rumah)

At the end of the day, we want the kids to be able to respond to any circumstances - face the problem - not hiding it nor avoiding it. Be brave, kids! Because you'll carry loads of responsibility when you grown up...da'ie of the Ummah insyaAllah!!

Tuesday, May 26, 2009

Career Woman and Latte

Look who's talking? Mc.CAI in the middle as moderator, Kak Dian is the other panelist

Last weekend was quite interesting for me. I was being appointed in my JK Wanita JIM Pusat in a meeting last 2 weeks to be one of the panelists in a forum called Wacana Wanita dan Kerjaya. Being a homely type of sister and want-to-stay-at home mother in the beginning, then my life turned to be a biz-woman. When we asked our son, "What do you want to be?"...his answer is,"Jual barang macam Ummi Abi."

Haha..jual barang pun kerjaya jugak kan! Glamour term is 'Business man'. Ehem..ehem!

Alhamdulillah the crowd was fairly from the Gen-Y (born 1980 till 1990) and other senior working mothers too. What striked my attention was the presentation by Ustazah Maznah, on Tasawwur Kerja seorang wanita yang digariskan dalam Islam.

Here are the Tasawwur Kerja outlined by Ustazah:
SATU :: Untuk mencari nafkah membantu keluarga - hukumnya harus, bukan WAJIB
DUA :: Untuk menyumbang kepakaran dan memenuhi keperluan fardhu kifayah terhadap masyarakat
TIGA :: untuk infaq fi sabilillah, sebagaimana Zainab binti Jahsy, isteri Rasulullah yang menyama' kulit kambing dan sedekah hasilnya
EMPAT :: Kerja untuk pangkat dan kemasyhuran - Big NO!

Biasa dengar, "kalau I tak kerja, sampai mati la tak boleh nak beli pinggan mangkuk baju cantik2 yang I nak. Bila minta dengan suami, macam menyusahkan aje!" Yang ni masuk dalam Tasawwur Kerja keEMPAT tu.

Astaghfirullahal 'azim, takutnye Ummi if I fall in the forth category - bekerja bagi mengelakkan terperap di rumah dan nak cari kawan di luar.

Ummi luruskan niat balik, nape yang Ummi sibuk2 tolong Abi berniaga ni. Kata Ustazah lagi, di akhirat nanti subjek utama yang akan ditanya Allah pada seorang wanita adalah hal KEIBUANNYA! Apakah dia telah menunaikan tanggungjawab sebagai ibu dengan baik?

Muhasabah buat kita semua, adakah kita bekerja kerana sebab yang betul dan syar'ie serta tidak mengabaikan tanggungjawab asasi?


Latte
Petang selepas Wacana, Abi panggil balik cepat sebab kena pegi rumah parents-in-law. Auntie Noora, my mom-in-law's new neighbour and a very heartwarming lady, invited all of us to her house for hi-tea. The food are all fantastic. Yummylicious! Surprise2! She did all by HERSELF without any servant. She cooked bakso, breadpudding, cheese tart, santan pudding, and not-to-forget, her LATTE!

When she served the first round cups of latte to the gentlemen, Abi requested Ummi to learn how to make one. Heh..Camano tak tau?!

Auntie Noora took out her perkakas and showed me how in her neat and tidy kitchen.
"Use Farmhouse or Marigold brand of freshmilk, heat the milk in microwave oven just for 1 min."
"Mix the coffee, my favourite brand is Vira (aiyoo! auntie, saya guna kopi biasa je) with susu pekat manis. Not too sweet b'coz we need to get the coffee strong taste."
"Here is the secret, use this Bodum electric frother to make the heated milk frothy."
"Or you use this coffee presser to pump the milk till it becomes frothy."
"Pour the coffee mixture in a cup, then pour the froth, and sprinkle Cinnamon Powder on the milk froth."
"For kids, you may make chocolate drink and sprinkle cocoa powder on the milk froth."

Ummi, my mom-in-law, Auntie Noora and Auntie Fadilah

Punye la baik hati Auntie hadiahkan Ummi bodum electric frother sebab dia dah ada coffee presser. Thank you so much Makcik yang baik hati!

Electronic Frother (guna bateri)..yea yea dpt yg ni!
Coffee press yang sebelah kanan tu, dia tunjuk je sbg contoh.

Auntie beli semua perkakas canggih manggih masa dia kerja dulu. See? Wanita bekerjaya biasanya ada duit untuk beli apa yang dia mahu. Well, for me, Abi is the banker. I don't keep the money with me. Do I have to be liberated from this policy? Wallahua'lam. My hubby knows the best and weak part of me, i think. Tepuk dada tanya iman ye Ummi ;)

Tuesday, May 19, 2009

The Mind of Boys

Melihat Ulwan membesar dan mempunyai seorang abang, Ummi dan Abi selalu mengatakan, "Lainnya Ulwan berbanding Umar."

One feature that Ulwan is obviously so different from Umar is his FIERCENESS. I don't know exactly who should undergo Anger Management course, the Ummi or the son? !_! It seems the whole world belongs to him. Makan minum, toys, Ummi adalah hak milik Ulwan seorang. Tak boleh share!

Kalau kak Ulya peluk Ummi, marah.
Kalau abg Umar share lasy toys, marah.
Kalau Abi snap foto Ulwan, marah.
Kalau Ummi nak habiskan food yg tak habis, marah.
kalau semua orang marah Ulwan, dia marah balik!

Haru tak? Isk..isk..Bukan salah ibu mengandung..huhu..

Teman bergaduh selalunye kak Uyya!
Tapi bila semua orang dah marah, teman yang paling dicari kak Uyya!

Comel kan? ;)

Ok, let's not focus on the negative behaviour, but enforcing the positive side that's hidden in him.

Hopefully, Ulwan kan menjadi 'manusia logam' sebagaimana Umar Al-Faruq. Garangnya semasa jahiliyah, tapi Islamnya beliau terus menjadi sang penggegar musuh. Amin ya Rab.


Good Side of Ulwan

Ulwan baru menemui hobi baru -- CONSTRUCT LASY. This one thing that he has in common with Abg Umar.

Sekarang Abg Umar dah tahap advance. Binaan Abg Umar semakin kompleks. Tapi untuk tahap beginners macam Ulwan, not that bad. He can construct ship, house, bike of his version. And daaa...i can see the fruits of his imagination in reality. Alhamdulillah.

Umar's bug/beetle

Disebabkan Ulwan tak suka diambil gambar (don't know why, yg ni x sama langsung dgn abg kakak), Ummi terpaksa menjadi paparazzi sekejap.

Diambil gambar secara mengejut oleh Ummi semasa bermain Lasy di siang hari.

Di malam hari..


Pasang roda

Badan motor yang panjaaaang.


Boys Learn Differently

Melihat perkembangan anak-anak membesar di depan mata dan karakter mereka yang unik serta berbeza, menyebabkan Ummi tertarik untuk cuba memahami cara belajar anak lelaki.

Kredit buat Pak Utih yang mendedahkan mengenai penulisan karya Michael Gurian mengenai Boys. Dalam pendidikan, kita harus memahami cara berfikir seorang lelaki dan memahami fisiologi tubuh badan yang telah Allah ciptakan. Fitrah yang dicipta buat anak lelaki adalah berbeza dan sama sekali tidak boleh dibandingkan dengan perempuan. Sebab itu lah, kita perlu faham mengapa dikatakan Men from Mars, Women from Venus. Baca la sendiri baru best..hihi.

In short, the mind of boys different from girls because of boy:
1) one-directional, more focus
2) show interest in exploring
3) more likely to ignore voices - even PARENTS!
4) take hours to process emotion
5) rely heavily on non verbal communication

Ummi sedang pujuk Abi untuk beli buku Boys and Girls Learn Differently dari kedai buku kinokuniya. Kalau ada penemuan menarik lagi, akan Ummi share lagi kat sini ok.

So love our boys dearly. They are unique and have special place in our heart. Kesabaran kita para ibu membesarkan mereka akan menjadikan mereka lelaki pejuang untuk Deen ini pada masa depan nanti. Allahu Akbar!

Thursday, February 19, 2009

Anger Management

Pernah tak dengan tulus, ikhlas serta polos, anak-anak kita menyatakan, "Ummi selalu marah Umar bila...."??

Pernah tak tanpa dipinta, anak-anak dengan sukarela dan sukahati menyatakan, "Tadi Ulya tolong Ummi tutup gate."??

Pernah tak selepas menyatakan terima kasih pada si abang dan si kakak, yang adik akan bertanya, "Ulwan pulak?"

Haaaa..tu la statement2 yang keluar anak-anak Ummi sejak 2menjak ni yang memberi satu iktibar buat Ummi. Hikmahnya dalam kehidupan dan dakwah juga.


Umar sebut, "Ummi marah Umar bila tetamu datang dan tumpahkan air." Menurut hawa nafsunya, wajar lah Ummi marah atau sebenarnya menegur dengan kata2 yg agak tegas (huh?). Tapi kalau menurut pendidikan cinta buat anak2 ini, tindakan marah bukanlah satu perkara bijak untuk meluruskan kesilapan mereka. Jadi, apa yang harus Ummi Abi lakukan? Apa lagi tatkala tetamu datang, they really show the 'true colors' just for the sake of getting parent's attention. Huwaaa..

Again, I'm referring to what Nancy Samalin says;
How to Express Anger without Doing Damage?
1) Take an Adult Time-Out
    When anger makes you see red, it means: Exit, Wait, Quit. Leave the room, put on earphones (of Al-Quran recital or calming nasyeed) or shut yourself in the bathroom. Briefly let your children know why you're leaving the scene. For example, you might say, "I'm feeling so furious right now that I don't want to see you until I've calmed down."

2) Hold your tongue
     We are at our most vulnerable & are least able to discipline effectively when we're upset. At those moments, remind yourself, "I will respond more effectively if I calm down first."

3) Maintain a perspective
    Sometimes kids will display annoying behaviour just to goad you into a reaction. Ask yourself before going over any particular issue, "How important is this?"

4) Recognize when you're at a risk
     Be aware that the temptation to lash out at your child, verbally or physically, is greatest when you're at your wit's end.

::::::

Kita sering tertarik untuk menegur kesalahan anak dan jarang2 sangat kita tertarik dengan positive deeds mereka. Ummi and Abi trained ourself to acknowledge every good deed and achievement of our kids. That's called Positive Reinforcement. 

And that's how my little Ulya and Ulwan trying to do when I 'missed' giving them apreciation/compliment. Ulya tolong buka kan gate sebelum kami ke kedai, dan tanpa segan Ulya dengan bangga menyatakan kebaikannya. Dan Ummi pun menyanyi2 mengucapkan terima kasih dengan persembahan ala2 di pentas orkestra. DAN...abang Umar pun menuntut ucapan terima kasih untuk kebaikan yang pernah dilakukannya (i.e. tolong letak sock Ummi di tempatnya). Haha..DAN...si kecil Ulwan pula menagih tuntutannya dengan dua patah kata, "ulwan pulak!"

Begitulah kehidupan sebagai muslim, menuntut kita merangkumkan SEMUA akhlak baik dalam satu perkara: JANGAN MARAH.

Malah belajar lah menghargai kebaikan orang lain walau sekecil mana pun.

p/s: terima kasih Abi yang selalu melayan kerenah Ummi :D



Monday, February 9, 2009

Work and Play


Doing his Mathematics homework. 

Umar dah masuk fasa baru kehidupannya - Alam Persekolahan. Dan satu pakej bersama alam ini adalah HOMEWORK! Umar's homework means Ummi's work too! Tada! 

Umur macam Umar ni (baru 6 tahun 1 bulan) memang la tak boleh pesan buat kerja sendiri. Mesti nak ada yang tunggu duduk sebelah dia untuk siapkan. Asking Bibik to help is a big NO! So kena la adjust masa untuk teman Bro.Umar ni siapkan kerja2 dia. 

Kerja-kerja rumah setakat 5 minggu sekolah ni:
1) Bahasa Melayu

-menulis huruf2 abjad Besar dan kecil berulang pada buku latihan 3 garis (biru merah). Ingat tak Ummi? ;) This is not too bad at all.

2) English

-basic writing like Good Morning, My Name...bla2..Again not that hard to him.

3) Tulisan Jawi, Bahasa Arab & Tasawwur Islami

-mengulang huruf2 hijaiyah Alif, Ba, Ta dan juga huruf dalam pelajaran jawi seperti Pa, Ca, Nga
-menulis perkataan asas Bahasa Arab: Haza Abi, Hazihi Ummi
-mewarnakan kalimah Lailahaillallah

Al-Lughatul 'Arabiyyah :)

Tang ni haru sket. Curve seperti Jim, Kho, Dho agak susah bagi Umar. Kadang2 titik Dho sama besar dengan saiz Sukun. Boleh bayang tak? Nak siapkan satu mukasurat untuk tulis secara ulangan ni kadang2 rehat 2 kali. Umar..Umar (Ummi geleng kepala).

Mula2 suara Ummi berintonasikan suara ala-ala ibu penyayang, lepas tu tegas...heh..dah lama2 macam suara Opah (mama Ummi) berleter. Huhu...Amacam? Baru masuk Darjah 1 kan?!

Ummi: "Umar kena rajin, tekun, sungguh2. Siap cepat nanti boleh rehat."
Umar: "Tekun tu apa?"
Ummi: "Buat kerja beri perhatian, buat sampai siap."
Umar: ...tukar topik..tanya hal lain..bla..bla..

Pada masa yang sama, Bro.Ulwan pun nak buat homework juga. Apa dia buat nak tau? Ummi suruh dia koyakkan kertas. Then dia conteng kertas kosong dengan magic pen. Then dia pegang gunting & snip hujung2 kertas, sebab dia belum lagi pandai buka gunting selepas sekali snip. 'Buku belajar' Ulwan adalah 1 set pocket boardbook on Transports (6 buah: Trucks, Cars etc.)

Playtime
Walaupun dah masuk Darjah 1, takkan la tak boleh main langsung kan? Umar masih lagi main role play dengan Ulya & Ulwan, construct Lasy, main computer games dan main dengan cousins kalau diorang datang rumah.

Umar construct Lasy jadi bentuk robot Wall E. Sumber inspirasi dari bookmark KrafHati. Tulisan Umar pada Lasy: Well E :)

Sis Ulya construct Lasy jadi Boo (katanya lah). Based on watak apa wallahua'lam.

Wednesday, February 4, 2009

Dirimu sumber inspirasi


Kisah Bro.Nick ni menyentuh hati Ummi. Kesungguhan dan ketabahannya mengharungi hidup bukti tiada batas dalam mengeluarkan potensi diri. The sky is only the limit. Dalam kehidupan, membesarkan anak2, dalam apa jua perjuangan dan dakwah, kita banyak disekat oleh halangan dalam fikiran (mental block).

"Aku tak mampu"
"Memang aku tak pandai"
"malu nanti orang kata aku ni apa"

Dengan anak-anak pula, kita sebagai ibu bapa lah yang membuka ruang demi ruang untuk mereka menggilap potensi diri. Setiap anak itu unik, jangan lah dibanding-bandingkan. Contoh terdekta di depan mata Ummi sendiri. Umar sangat kreatif. Perspektif karya seninya luar biasa! He always think out of the box. Proud of him though he is always hard to stay long for something that needs FOCUS (e.g. homework). 

Ulya pulak, the normal girl, yang rajin nak belajar. Kalau sakit, nak cepat baik sebab nak pergi tadika cepat2. Belajar Iqra' sekali duduk boleh 3 mukasurat. Bila latihan menulis, subhanallah, rajin tulis banyak2.

And our special Ulwan (bukan sbb dia 'anak istimewa)...setakat pemerhatian kami, sangat FIZIKAL. Aktif dan sekarang fasa menggunakan motor halusnya - MENGGUNTING. 

Setiap anak ada 'sensitive period' (baru belajar term ni kat kursus baru2 ni)...pada saat dan ketika dia suka panjat tangga, biarkan..jangan dihalang kerana akan merencatkan. Jika anak dah melepasi sensitive period, suruh macam mana pun dia tak nak buat.

So mothers out there, just observe and understand your child's needs. Santuni mereka secara fitrah agar diri mereka terus menjadi inspirasi buat umat dengan potensi mereka yang luar biasa! Boleh jadi pendakwah cilik macam Iza ni...


Thursday, December 25, 2008

Umar sudah 6 tahun


25 Disember 2002 - tarikh keramat buat Ummi Abi dan seluruh warga keluarga Hj Saari dan juga Hj Mohd Zain. Bukan kerana ia cuti umum dek sambutan Krismas, tapi kerana lahirnya anak sulung dan juga cucu sulung bagi kedua-dua belah pihak keluarga. Wah! Special benar anak ini. Kami namakan 'Umar agar kewibawaannya seperti Dua Umar - Al-Khattab dan Abdul Aziz.

Dan hari ini), anak Ummi dah ENAM tahun. Haha..walau pun dari awal tahun kalau orang tanya umur brp?..Ummi jawab enam. Tahun depan TUJUH sbb masuk Darjah SATU.

Lagi seminggu lebih, Umar dah nak masuk sekolah..comel2! Pakai baju seragam biru, kopiah putih, stokin putih dan kasut hitam dengan menggalas beg besar dr empunya badan. Alhamdulillah sebelum berpergian empat hari, Abi bawa kami sekeluarga outing untuk beli kelengkapan sepatutnya dan belanja lunch di luar. Kata Abi, "Kita celebrate birthday Umar awal sehari lah. Esok Abi takde." 

Malamnya, Umar tanya pulak, "Kalau birthday tak payah beli kek ke?" Hmm...rasanya semua kanak2 di dunia ini expect kek untuk birthday masing2 saban tahun, kan? Ummi pula, tak mahu idea tu tertanam dalam fikiran anak-anak Ummi. Kek tu tradisi, tak perlu jadi ikutan kalau kita ada cara sendiri. Takde kek = tak best la birthday tahun ni. Apa yang lebih penting adalah kebersamaan ahli keluarga dan orang yang tersayang (boleh makan benda lain yg best selain kek kan?) Serta yang paling penting ingatan dan juga do'a.

Ummi masih ingat semasa di Tingkatan 4, Ayah tak ingat langsung birthday Ummi. Beberapa hari lepas tu Ayah hadiahkan jam tangan, dan Ayah kata jam ni tak seberapa banding dengan Ayah lupa yang hari tu birthday Ummi. "yang penting ingatan," kata Ayah Ummi. Isk..isk..terharu2.

Ummi do'akan Umar dapat hadiah terbaik buat diri sendiri dengan pencapaian cemerlang-- hafal Al-Quran, jadi anak soleh dan pemimpin yang baik buat adik-adik. Tak dinafikan anak kecil pasti menilai barangan material sebagai imbuhan terbaik baginya kerana nilaiannya masih pada perkara konkrit bukan abstrak (cth: kasih sayang, akhlaq dll). Namun, kita ibu bapalah yang mencorakkan minda mereka agar timbangan kebahagiaan bukan terletak pada material semata-mata.

Ya Allah, jadikanlah anak ini orang yang bertaqwa dan menjadi imam bagi orang-orang yang bertaqwa. Amin!

Monday, November 24, 2008

Ummi berpergian TIGA hari




:: With my best buddies in JKPW, Kak Roha & Mck.Ros

Saban tahun, Ummi wajib hadir Perhimpunan Perwakilan Wanita Nasional (PPWN) dan juga Perhimpunan Perwakilan Nasional (PPN) JIM. Tahun lepas di Pulau Pinang, semua gerabak Ummi diangkut bersama. Tahun ini di Cheras. Jadi anak-anak tinggal di rumah dengan Bibik. Keluar pagi-pagi, balik malam-malam. Ummi pun dah mula dapat komplen Ulya girl,"Nape Ummi balik lambat?"

Tapi anak-anak Ummi sayang, alhamdulillah Ummi pergi TIGA hari bukan saja-saja, bercuti atau rilek2. Ummi dengar Mbah PM Dr Har berucap panjang tentang gagasan wanita pemangkin perlaksanaan syari'ah. Fuh...untuk anak-anak juga dari Generasi Z mewarisi dan menikmati syari'ah ini. Ummi dengar atuk nenek pakcik makcik bahas ucapan panjang Atok Zaid Presiden JIM.


:: Atok & Opah datang sbg tetamu

Ya anak-anak. Tok Abu, Opah, Ummi dan Abi dan semua yang gigih ini berusaha bersungguh-sungguh untuk menegakkan Islam agar rahmat syari'ahnya dirasai oleh semua. Dirasai generasi anak-anak hingga akhir zaman.

Kali ni, Ummi diberi ruang berbahas ucapan Mbah Dr Har dan juga Atok Zaid. Baru sebut nama Ummi giliran keberapa, jantung Ummi dah berdegup laju. Opah Ros kata baca Alam Nasyrah 7x letak tangan kat dada. Huwaa...lajunya jantung Ummi. Jatuh pengsan ke nanti nak naik pentas, berdiri kat rostrum, bercakap kat microphone menghadap 400 orang perwakilan dan pemerhati. Rabbisyrah li sadri...


Ummi yang kedua selepas YDP JIM Selangor. Cakap aje lah apa dah rancang nak cakap. Mata Ummi tak pandang orang, terus letak jauh di dinding nun. Bismillah tawakkal 'alalLah. And Yes I did it.

Jangan segan jangan malu, anak-anak Ummi pasti boleh menyatakan satu hari nanti; "Ya! Islam agama yang benar di sisi Allah. Tiada lain yang lebih tinggi darinya melainkan ia."

AllahuAkbar!


Friday, October 31, 2008

Tak Pandai la Ummi..


Ada sorang kawan Ummi cakap, orang Mesia ni nak jalan senang, cakap je "Tak pandai lah..." kalau diminta buat sesuatu. Sejauh mana kebenaran tak pasti pulak kawan Ummi dah pernah buat research ke survey ke. 'Tak pandai' sebenarnya adalah another 'limiting belief' atau kepercayaan yang membataskan. Sedangkan jika tak pandai, pasti ada cara untuk pandai walau dengan cara apa pun. Resipinya adalah berusaha dan jiddiah (bersungguh).

Bercerita ttg hal ini, anak-anak Ummi pun mudah sebut, "Tak pandai la Ummi", jika diminta:
> tolong sidai towel kat ampaian
> tolong lipat selimut kecik
> tolong sapu roti dengan jem
dan macam2 lagi.

My answer always, "Cuba dulu...siapa kata tak pandai?"

Dan Ummi kena ambil masa sikit, ajar Ulya sidai towel sendiri. Umar dah boleh sidai towel dengan kemas, cuma kalau 
datang angin malas dia letak je towel terperuk ATAS ampaian...bukan sidai! 

Cerita Umar

Ummi akan minta Umar kemas tempat tidur bila bangun pagi. Walaupun selimut kecik pada pandangan Ummi, dia rasa selimut tu besar dan susah nak lipat. Ummi ajar pegang bucu ke bucu...dan biasanya dia lipat versi sendiri..Ok la..

Cerita Ulya
Ummi: Ulya pegang hujung towel kanan, Ummi pegang hujung kiri..letak atas ampaian dan tarik biar jatuh ke bawah..tangan lagi satu tolak towel sampai sebelah belakang dah turun separuh...ok kemaskan kanan kiri biar rata
Ulya: ...macam ni? (dia buat sendiri dengan bantuan Ummi)
Ummi: ha..macam tu..goodgirl!
Ulya: (senyum tersipu2 malu)



Cerita Ulwan
Our sweetie pie ni semua nak buat sendiri. Dia belum boleh cakap "tak pandai". Kiranya dia lagi pandai laa dari semua orang kat rumah ni! He can spread peanutbutter on his toast. Ulwan boleh pasang permainan lasy dan construct menjadi aeroplane & helicopter versi sendiri. 


Kadang2 kita mak2 ni rasa ala lambat la diorang ni, kita buat lagi cepat. Well, hello! assalamualaikum! itu namanya menCACATkan anak sendiri. Anak kita semua pandai, genius. Jangan kita pulak yang degeniuskan mereka. They need help. We offer them guidance. 

Don'ts of Teaching Independence:

SATU
Jangan terlalu cepat beri bantuan. Selesaikan masalah anak mungkin buat kita rasa lega, tapi kalau kita empower anak untuk selesaikan sendiri dia akan rasa lebih lega.

DUA
Jangan risau macam2..kl buat sendiri luka, terjatuh, tersilap. Biarkan anak belajar dalam kawalan sendiri. Life is uncertain.

TIGA
Jangan cepat meremehkan perasaannya jika ada masalah. Bila anak tersilap, dia akan frust dan marah. Tanya apa perasaannya. Iktiraf emosinya.

EMPAT
Jangan push lebih dari kemampuannya. Elakkan dari mengatakan, "Abang kan dah besar...tak takut kan?" Ni pun Ummi baru tahu, sebab biasa je cakap macam ni sebelum ni..haha.


Do's of Teaching Independence:

SATU
Biarkan anak belajar consequence. Tak salah untuk tersilap, terjatuh. Yang pasti dia akan bangkit dan bangun.

DUA
Berikan bimbingan. "Lain kali tak nak jatuh kena buat apa?"

TIGA
Empati. Dengar dan ladeni perasaan mereka. It's OK to feel sad,angry, frustrated etc.



Thursday, September 11, 2008

Ketuk-ketuk Ramadhan


Ketuk-ketuk Ramadhan

As promised, Abi brought Umi to Nagoya Textile at Carrefour to buy the 56.1 metres long lace material for our house sheer curtain. It is not that I really want it but the HOUSE need it. The sheer in the hall has already torn here and there and already aged for 15 years! High time to take it off!
Well, as usual what we will never miss is to stop by at the newstore and get our monthly copies of magazine:
Abi’s :: Chip, Mobile World
Umi’s :: Majalah I (Mamak always mistakenly heard it as Hai magazine..keh..keh), Parenthink, and sometimes Anis or Aniqah
Umar’s :: Aulad

This time round, this recipe book “Ketuk-ketuk Ramadhan” is so eye-catching that made me spontaneously grabbed a copy of it. Nampak macam senang jo!! Haha..tunggu le bila nak masak.




The 5-cousins happily buka puasa together..khas dlm dulang..jgn kaco ktorg makan kat meja eh..


Umar’s Appetite

Ketuk punya ketuk…our Umar managed to fast from Day 1 ‘till Day 11. Alhamdulillah. What amazed us, really, he eats a LOT when breaking fast. Today, in surau he ate nasi and ayam pedas (my son hardly eat spicy food), siap tambah lagi!!..then kuih..and jelly..and he only stop eating when jama’ah already finished maghrib prayers. Balik rumah..kokokrunch, roti..MasyaAllah! Lapar betul anak Ummi..:)) Pastu gi toilet..haha..

Kena ketuk-ketuk

Today, Ummi and ‘Ulya have iftar at Ila’s house (K2, Kampung Baru) with all my adik-adik usrah presence (except Dayah..blk Klang). Almost 3 weeks we missed usrah due to exams, break and ramadhan. Thanx to adik2 for cooking tomyam and telur dadar…and not to forget the kurma castard pudding (kena kurangkan gula lg nih). Alhamdulillah, managed to give a short tazkeerah and mutabaah their ‘amal.

Ummi: Ok, brp orang dapat baca Al-Qur’an 1 juzu’ sehari?
Adik2:…(senyap)
Ummi: Ok, Z, brp mukasurat sehari?
Z: tiga ke empat muka je
Ummi: ok…macamane nak tingkatkan dari empat muka tu jadi lebih lagi?
Adik2: ..kena rajin lagi la!!

The idea of accelerating our ibadah in the month of Ramadhan lies inside us. There’s no syaitan around to whisper. But we have to push ourselves..yes! ketuk-ketuk la! Nevertheless, in order to have that inside out motivation, you must have knowledge on what’s so special that you can never miss in this blessed Ramadhan? So…why is it Soooooo Special?

Yes! We can be wealthy with thawab (pahala) just by doing these righteous deeds. Here are the 5 Wealth in Ramadhan:
1) Tilawatul Qur’an
2) Solat Tarawih
3) To go and be in Masjid
4) Zikrullah during Fajr ‘till Dhuha time
5) Infaq

Anyway, Happy Ketuk-ketuk in Ramadhan!!

p/s: nak try resipi dlm buku Ketuk2 Ramadhan esok..