Showing posts with label Ulya. Show all posts
Showing posts with label Ulya. Show all posts

Tuesday, October 19, 2010

The Loving Daughter

Mempunyai anak dara yang seorang ini (buat masa ni la) cukup memberikan pelajaran buat Ummi Abi - beza membesarkan anak lelaki dan perempuan. Tidak mahu mencatatkan apa bezanya di sini. Cukup untuk berkongsi betapa istimewanya setiap anak di satu sudut hati Ummi dan Abi.

Ulya, anak perempuan kami ini, kasih dan sayangnya lebih--melimpah ruah.

Kalau sayang Ummi Abi, lepas solat, balik sekolah, mesti dia dakap erat Ummi Abi.

Kalau Ulwan menangis, pandai betul memujuk adiknya yang seorang ini. (kalau dah gaduh, masam muka juga!)

Kalau dengan sepupu2 kecilnya, Ilhan & Said cukup sayang..dibelai dan didukung, walaupun adik2 tu tinggi 3/4 dari ketinggiannya!

Kalau menangis, hiba dan sayu, ditambah berjurai2 air mata di pipi.

Kalau melukis dan mewarna, coretannya penuh 'I Luv Ummi..Ulya Luv Ummi'...

Bahasa cinta Ulya: I Luv U Umi / Ulya Sayang Umi

Dan alhamdulillah, anak ini, dengan bahasa cintanya telah Allah kurniakan kelebihan sehingga dianugerahkan Pelajar Terbaik Perempuan Amal Hidayah Pre-School dua tahun berturut-turut.


Ada yang bertanya, "Macamana boleh dapat terbaik ni?"

Ummi...tiada jawapan. Haza min fadhli rabbi. Yang pasti, SEMUA anak berpotensi besar untuk menjadi yang terbaik.

Terbaik akhlaqnya.
Terbaik hafalannya.
Terbaik bacaannya.

Biar semua bekal yang kita berikan, menjadikan anak-anak kita TERBAIK untuk masuk ke SYURGA-NYA!

To my dearest Ulya, our loving daughter...we'll always love you no matter who and what you are! Keep it up girl!

Friday, August 28, 2009

Ulya's Story

Ramadhan kali ni adalah tahun pertama Ummi test keupayaan Ulya berpuasa. Mencabar jugak nak pujuk dan layan girl Ummi sorang ni. Setakat seminggu berpuasa ni, berikut rekod Ulya:

Day ONE

Ulya sahur pukul 10 pagi dengan cereal, roti dan susu sustagen. Hari ni Ummi kena masak untuk bawa ke rumah Nenek Abi. So ramai la yang 'membantu' kat dapur. Mula pukul 3 ptg perut Ulya dah berbunyi agaknya, dia minta roti. Tak boleh sayang, belum lagi, lagi 4 jam. Kejaaap je. Lagi setengah jam, Ulya tanya Ummi lagi, dah boleh buka pose ke? Huhu..belum. Dan setengah jam lagi, sampai pukul 4.30ptg, Ulya dah nangis. Ummi suruh tanya Abi dulu boleh buka ke tak. Dia naik dan turun bgtau Abi cakap OK! So dia makan cereal depan Umar. Apa lagi, marah la Umar dan tak semena2 Umar menangis. Alahai si bujang. "Jangan bagi dia makan lagi!!" marah Umar.

Bila Ummi naik atas, tengok Abi tido. Ummi cakap kat Abi yang Ulya dah buka pose.
Abi: "Aik? Nape Ulya buka pose?"
Ummi: "Dia kata dah tanya Abi, Abi kata OK"
Abi: "Abi tido tadi takde cakap apa2 pun."
(memandai je Ulya ni. Atau kes dia tanya Abi boleh buka tak, Abi dalam tido mengangguk...hihi)

Sampai rumah Nenek, hidangan disusun atas meja dan sebagai layanan istimewa kami siapkan pinggan untuk Umar berisi ayam, kuih dan kurma. Jeng...jeng..ada orang jeles tengok Abg Umar dpt layanan istimewa. "Ulya nak jugak!!!" Mana boleh sebab tu untuk orang yang pose je. "Kalau camtu Ulya nak pose balik la!" Haha...pose balik pukul 7.15pm mana aci!!! Ulya..ulya..

Day TWO


Hari Ahad Ulya sahur lambat jugak pukul 10 pg. Tapi hari ni Ummi gagahkan dia supaya bertahan sampai maghrib. Dan janji dgn goodies! Nak tak nak kena umpan jugak. I'm not saying bribing ok.

Ulya dan geng budak2 masjid (kat belakang ruang solat di masjid wilayah,mereka bergumbira!)

Day THREE

Isnin cuti skolah, so semua duduk rumah. Ulya sahur on her official time as usual. =_= Malam sebelumnya Maksu Silah tido rumah, so Ulya ada kawan la. Dia leka main 'mak2' dgn Maksu, so blh la buy her time. Hari ni buka kat Surau Mardhiyyah, dia ada geng Shahidah & Nabilah. Masa buka Ulya minta Ummi siapkan pinggan berisi kuih 2 potong!, kurma, buah. Lepas habis makan, Ulya nak nasi. Nak pinggan lain, pinggan tu kotor. Ewah2..Ulya makan nasi dengan ayam goreng, berselera betul. Alhamdulillah.

Iftar kat surau.

Day FOUR

Hari ni kita iftar kat rumah Opah. Ummi masak Nasi Daging. Air asamnya Mak Ngah Nahdia siapkan. Kenyang betul kita makan hari ni. Tok Abu kata kita solat terawih semua kat rumah. Alhamdulillah another day Ulya berpuasa.

Day by day

Hari2 berikutnya seperti biasa untuk Ulya cuma bila masuk pukul 3.30 ptg, Ummi dah jadi macam Datuk Harimau sebab ada orang akan tanya pukul berapa? bila nak buka? dll.

Layan punya pasal, Ummi bawa Ulya gunting rambut kat salon. Kakak hairdresser beri puji-pujian kat Ulya, "comelnye, sayang kak potong rambut dia..bla...bla." Satu lagi motivasi Ulya supaya bertahan sampai buka pose.

Dan alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke-11 Ulya berpuasa. Satu kenikmatan semasa berbuka bagi Ulya. Dan setiap kali mencapai satu hari penuh berpuasa, Abi akan salam dan peluk Ulya tanda tahniah berjaya berpuasa sehari lagi. Tersipu2 Ulya senyum tanda gembira. 19 hari lagi sayang. You can do it!

New haircut. Cheeze!

Thursday, August 13, 2009

Bila anak-anak sakit..siapa yang susah hati?

Hari ni dah Jumaat, hari kelima anak-anak sakit. Bermula dengan Ulya demam pada malam hari Ahad, diikuti dengan Ulwan pada keesokan harinya. Dan last yang agak kuat bertahan, abang Umar pun demam jugak semalam.

Susah hati.
Runsing.
Tak tidur malam.

Siapa?

Siapa kalau tak Ummi?

Ummi pesan Abi beli orange juice untuk anak-anak minum.
Ummi beli Kool Fever patch tampal kat dahi anak2. Tak tahan begitu lama tapi ok lah, sekadar usaha.
Ummi beli yoghurt sebab Opah sms pesan minum susu dan makanan berasaskan buah-buahan.
Ummi paksa anak-anak telan habbatus sauda'.
Ummi basahkan kepala Ulwan dengan air asam jawa, dengan air zam zam. Huhu macam2!
Ummi bagi setiap sorang tuala kecik sendiri, nak bersin ke batuk ke guna tuala masing2.

Semalam muka Umar merah dan suhu naik sampai 38 darjah Celcius. Tak boleh tahan, jom gi klinik jumpa doctor. Doktor bagi antibiotik jugak sebab tekak dah merah.

Alhamdulillah hari ni Ulya dan Ulwan dah makin sembuh, cuma batuk2 sikit. Tapi Ummi tetap kuarantinkan dari pegi tadika. Umar pun wajib kuarantin dr sekolah. Takpe lah, kata Kak Sofy it's our social responsibility utk cegah anak orang lain dr berjangkit dgn anak kita. Hopefully next week will be brighter for all of us.

Sebab bila anak-anak sakit..siapa yang susah hati??? >_<

Tuesday, July 7, 2009

Rolling Time

Ni story lama da! Tapi Ummi nak citer gak sebagai rekod anak-anak buat kerja gulung menggulung ni. Sehari sebelum Hari Bapa, Ateh (adik Ummi) plan makan2 kat rumah Atok Abu & Opah. Maklum lah nak curi masa lapang Atok YB memang susah sikit.

So, Ummi plan buat popia gulung untuk pertama kali. Cari resepi yang agak-agak senang dan boleh buat, Ummi pun ke kedai beli bahan2 utamanya:
Kulit popia
Sengkuang
Carrot

Balik rumah, kerja penyediaan bahan pun bermula. Chef ada 2 orang assistant hari ini (tak termasuk Bibik yang sentiasa menjadi assistant tetap..hihi).

Grate the Carrot

Hiris Sengkuang

Pisahkan kulit popia yang melekat

Inti dah siap masak

Gulung

Lepas testing goreng...banyak sangat minyak, kita innovate sket, bake dalam oven..cuma rasanya tak sesedap goreng la kan?

Sebelum makan untuk jamuan Father's Day

Habis makan, semua pakcik makcik paksa anak2 amek gambo dgn semua cousins yang ada (i.e. Hanin je missing)

Sunday, June 7, 2009

School Break Part I

Cuti sekolah adalah saat yang ditunggu-tunggu Umar. Last day exam was on Thursday, dgn subjek Pendidikan seni Visual. Kat rumah, Umar dan Ummi (Umar 10% and me 90% actually) bincang tentang projek membina kenderaan dari bahan terpakai - so Ummi guna fail lama dan straw untuk dijadikan lori. Bahan2 disiapkan dari rumah dan dibawa ke sekolah untuk tempoh penyiapan selama 1 jam sahaja. balik dr sekolah, Umar cakap,"umar buat paling cantik, lps tu kawan tiru." ehem..ehem..ye ke tu? Anyway, glad to see him proud on his work. Sori takde gambo sbb dah bagi kat muallimah.

30 Mei - Sabtu

1st saturday of school break, Ummi bawa Umar dan Ulya ke Stadium MSN, Bukit Jalil untuk program Relay for Life. All cancer survivors, family and supporters came to gather on many events that run concurrently. Ada larian oleh survivors dan celebrity, ada booth for charity, ada performance on stage by all kinds of culture and arts, dan yang paling penting ada booth CAKNe (Cancer Associates and Kindred Newtworking) oleh Wanita JIM. CAKNe adalah kumpulan sokongan bagi pesakit kanser. Yang terkini CAKNe support cancer patient di kalangan kanak2 di HUKM pula. Dan kami akan anjurkan Hi-Tea bagi mengumpulkan dana pada 8 Ogos.

Famili pesakit kanser yang telah meninggal dunia kerana penyakit tu, menyalakan Luminaria. All dedication written on the paper bags..nice and very touching. sob..sob..

Banyak booth menarik sebagai aktiviti selari dengan larian (sepanjang malam) yang diiringi persembahan di pentas. Umar & Ulya enjoy betul hias cupcake & biskut marie dgn colorful buttercream, aktiviti cat batik, cat beg, cat wooden stick.

Umar was decorating his biskut marie.

Ulya smiled together with her cupcake ;)

Ulya and her batik canting

Dan yang paling menarik adalah Ummi bawa Umar jumpa seorang atok yang sakit. Umar agak berani untuk bersalaman dan ambil gambar dengannya. Tapi tengok le mukanya yang kelat2 mcm takut sikit. Ulya memang langsung tak nak salam. Bila jumpa dengan orang yang terlantar sakit macam tu, Ummi sebut tentang kita kena bersyukur sihat tubuh badan...bla..bla. Hope he understands.
Umar dan atok yang sakit terlantar. Atok ni tak boleh bercakap. Cuma hulurkan tangan shj utk salam. Nampak tak muka Umar mcmna? hihi...

Sebelum kami balik, stage untuk Kids' Corner sebelah booth CAKNe telah diambilalih oleh muda-mudi yang 'nak ENJOY!'...menari ala disko mengikut rentak lagu yang dipasang oleh disk jockey berhampiran. Kebanyakannya remaja India, tapi yang terkedunya bila yang enjoy sama dua anak gadis Melayu bertudung!! Umar, yang kecil dapat menilai, "Ummi, kenapa kat tempat ni ada aktiviti soleh, ada yang tak soleh Ummi?" Alhamdulillah he could sense it.

Honestly I enjoy that night because of the golden opportunity to expose my children to other culture and lifestyle. Most of the time, we (me and Abi) live in homogenous society where we speaks the same, wear the same and think the same. Let's get things out of the ordinary to refresh our mind! (of course in syar'ie manner!)

Leaving the stadium, have the last moment to look at the luminaria all round the field. Wish you all the best!

31 Mei - Ahad

Get ready! Hari ni je dapat 3 jemputan walimah. Satu di Johor, satu di Kuantan dan satu lagi di Taman Melati, KL. Malangnya, lepas balik teman Umar pegi swimming class, Ummi sakit belakang dan terbaring je atas katil. Mulut berkata NAK, tapi kudrat tak larat. Huhu...Anyway mabruk buat semua pengantin baru dengan pasangan masing2!
Nasibah TY & suami (my junior in Al-Amin, also ex-adik usrah)
Adda & suami (sis ex-UTP)
Uswah & suami (sis ex-UIA)

The two heroes (a.k.a cousins) go swimming! On the left: Haarith, Abi's nephew.

Warming up sebelum terjun kolam! Umar is on the second left of the row.

"Bubble!..paddle!" coach instructed. ONE-and-half hour in the pool, bubbling and paddling.

Thursday, April 23, 2009

Oh Poor My Little Girl!

Update blog ni dimulakan dengan cerita TIGA minggu lepas..sorrri..a bit 'basi'..huhu

Sejak awal bulan Mac lagi, kami sudah mula bersiap sedia untuk trip ke New Zealand dan Australia selama 16 hari. Persiapan penting juga adalah penyediaan emosi dan mental Umar dan Ulya yang Ummi Abi akan berpergian lama dan jauh meninggalkan mereka di Malaysia.

So, pada hari Ahad terakhir, 29 Mac sebelum kami berangkat, Ummi layan Umar Ulya habis-habisan. Bertemankan Maksu Silah, kami pergi ke KLCC park untuk bermain di playground, dan tepat jam 10 pagi...kedebush!..masuk kolam renang kanak-kanak yang airnya sedalam paras betis Ummi. Selepas puas main dan berenang, layan lagi...lunch di KLCC.

Dalam jam 1.30 petang kami pulang dan Ummi yakin anak-anak semua keletihan. Sampai di rumah, Ummi minta semua rehat di bilik. Tiba-tiba sedang Ummi asyik membaca suratkhabar, 'DUMM'!! Bunyi ada yang jatuh di tingkat atas..diiringi suara tangisan Ulya.

Lantas, Maksu Silah dengan panik menjerit, "Dagu Ulya terbukak!"

Ummi lari ke atas dan tengok Maksu Silah dukung Ulya dengan luka di dagu yang agak besar. Naluri Ummi berkata, "ni macam kena jahit je ni."

Tanpa berfikir banyak-banyak, Ummi terus capai kunci kereta dan bawa Ulya ke klinik. Tepat sekali tekaan Ummi, doktor kata kena jahit 2 jahitan.

@@ di klinik


Arghh! Seram jugak tengok doktor tusukkan jarum ke kulit dagu dan tarik benangnya. Menjerit menangis Ulya dibuatnya bila nampak jarum di tangan doktor. "Tak nak jahit! Tak nak jahit!"

Prosedur jahitan tak mengambil masa yang lama cuma luka jahitan sembuh hampir 2 minggu (termasuk waktu kami tiada di Malaysia).



Oh Poor My Little Girl, ada parut di bawah dagu. Moga Allah lindungi anak perempuan kami ini dari sebarang bahaya yang lebih besar.















Balutan pertama dibuka untuk membersihkan luka. Nampak tak garis hitam menegak, itu benang jahitan.

Thursday, February 19, 2009

Anger Management

Pernah tak dengan tulus, ikhlas serta polos, anak-anak kita menyatakan, "Ummi selalu marah Umar bila...."??

Pernah tak tanpa dipinta, anak-anak dengan sukarela dan sukahati menyatakan, "Tadi Ulya tolong Ummi tutup gate."??

Pernah tak selepas menyatakan terima kasih pada si abang dan si kakak, yang adik akan bertanya, "Ulwan pulak?"

Haaaa..tu la statement2 yang keluar anak-anak Ummi sejak 2menjak ni yang memberi satu iktibar buat Ummi. Hikmahnya dalam kehidupan dan dakwah juga.


Umar sebut, "Ummi marah Umar bila tetamu datang dan tumpahkan air." Menurut hawa nafsunya, wajar lah Ummi marah atau sebenarnya menegur dengan kata2 yg agak tegas (huh?). Tapi kalau menurut pendidikan cinta buat anak2 ini, tindakan marah bukanlah satu perkara bijak untuk meluruskan kesilapan mereka. Jadi, apa yang harus Ummi Abi lakukan? Apa lagi tatkala tetamu datang, they really show the 'true colors' just for the sake of getting parent's attention. Huwaaa..

Again, I'm referring to what Nancy Samalin says;
How to Express Anger without Doing Damage?
1) Take an Adult Time-Out
    When anger makes you see red, it means: Exit, Wait, Quit. Leave the room, put on earphones (of Al-Quran recital or calming nasyeed) or shut yourself in the bathroom. Briefly let your children know why you're leaving the scene. For example, you might say, "I'm feeling so furious right now that I don't want to see you until I've calmed down."

2) Hold your tongue
     We are at our most vulnerable & are least able to discipline effectively when we're upset. At those moments, remind yourself, "I will respond more effectively if I calm down first."

3) Maintain a perspective
    Sometimes kids will display annoying behaviour just to goad you into a reaction. Ask yourself before going over any particular issue, "How important is this?"

4) Recognize when you're at a risk
     Be aware that the temptation to lash out at your child, verbally or physically, is greatest when you're at your wit's end.

::::::

Kita sering tertarik untuk menegur kesalahan anak dan jarang2 sangat kita tertarik dengan positive deeds mereka. Ummi and Abi trained ourself to acknowledge every good deed and achievement of our kids. That's called Positive Reinforcement. 

And that's how my little Ulya and Ulwan trying to do when I 'missed' giving them apreciation/compliment. Ulya tolong buka kan gate sebelum kami ke kedai, dan tanpa segan Ulya dengan bangga menyatakan kebaikannya. Dan Ummi pun menyanyi2 mengucapkan terima kasih dengan persembahan ala2 di pentas orkestra. DAN...abang Umar pun menuntut ucapan terima kasih untuk kebaikan yang pernah dilakukannya (i.e. tolong letak sock Ummi di tempatnya). Haha..DAN...si kecil Ulwan pula menagih tuntutannya dengan dua patah kata, "ulwan pulak!"

Begitulah kehidupan sebagai muslim, menuntut kita merangkumkan SEMUA akhlak baik dalam satu perkara: JANGAN MARAH.

Malah belajar lah menghargai kebaikan orang lain walau sekecil mana pun.

p/s: terima kasih Abi yang selalu melayan kerenah Ummi :D



Wednesday, November 12, 2008

Umar Graduated















Last Saturday was Amal Hidayah Graduation Day. Held in Kuliyyah of Engineering in IIUM, Gombak. What a pleasant day for our children and us too. Seeing Umar in his robe and receiving the certificate made me proud. ^^Berbunga2 di taman hati Ummi^^ Cewwah...Well, Umar didn't get any Best Student Award in any category (pre-school shouldn't be that stressful) nonetheless he's cheerfully happy.  

The four-year old students performed Quranic recital, in their own way. AlFatihah-Al-Ikhlas-Al-Falaq-An-Nas. So chomelll! In the beginning
 Teacher Azian quite panicky due to Ulya's mood swing. She cried and didn't want me togo from the backstage. Alhamdulillah Abi had his 'magic' in calming her. 





:: at the backstage, before the performance, hmmm..not so happy, didn't let Ummi go..







Ulya was the group leader, guiding others in the team to recite the surahs:
"Assalamualaikum everybody
One..Two..Three...
Al-Fatihah..."
and lastly introduced herself;
My name is Ulya binti Ammar
I am four years old (showing her four fingers)"


 Umi stood up applausing for her great recital. (Huwaa....macam la mak orang lain tak bangga)


::Ulya second from left, in the pink baju kurung








The more chomelll performance was by level two students, my Umar and his classmates of course, ehem2! He wore pink shirt and black pant. The teachers made a polkadot tie (sticking white stickers on the black tie). Umar and all pink gentlemen fellow  hit kompang AFTER the kompang sound has been played. Funny isn't it? They just become dummy.


::Kompang dah berbunyi..pemalu kompang belum buat apa2 lagi.. keh..keh..




 The next performance was choral speaking. It's about the daily prayer. From the fajr till isya', what do they say when they wake up in the morning, how to take ablution and other prayers.





::The lil girl on Umar's left, Ain Syafiqah. He always been teased,"Ain Syafiqah girlfriend Umar ke?"




Umar graduated from pre-school and next year new challenge will come in Al-Amin school years. May Allah let him strive in this world with iman, great akhlaq and wisdom.







:: Teacher Azian on Ummi's right