Showing posts with label rohani. Show all posts
Showing posts with label rohani. Show all posts

Wednesday, January 5, 2011

Juzu' 30 & Hadiah umur 8 tahun!

Ralat nya rasa tak dapat tulis entry terakhir pada 31 Dis 2010 lepas. Anyway, alhamdulillah seperti yang dinanti2kan, Umar berjaya habis dan lancarkan hafalan surah An-Naba' sehari sebelum menyambut birthday nya yang ke 8.

Reward yang dijanjikan Abi pun berada dalam genggaman. Alhamdulillah! Yang kelakarnya, adik2-Ulya dan Ulwan pun mengendeng dekat sebelah Abi masa di kedai basikal, dengan suara comel, "Abi....boleh tak nak basikal jugak?" Ummi tak ikut masa tu, tapi tetap boleh bayangkan macamana rupa dua orang tu cakap perlahan2 dengan Abi (nada suara paling sopan dan baik...bisa buat hati cair!)

Anyway, harap usaha ini dapat menjadi motivasi untuk Umar terus menghafal dan juga contoh buat adik2. Yosh!

Thursday, December 23, 2010

An-Naba' by 25th Dec


Sejak awal cuti sekolah, Abi dah berjanji akan menawarkan hadiah lumayan buat Umar kalau habis hafal Juz 30. Maknanya, cuti kali ni target yang mesti dicapai adalah hafalan surah An-Nazi'at dan An-Naba'.

Satu hari 2-4 baris ayat. Ada hari yang tak menghafal. Bila ada yang lupa, kena ulang balik. Dah namanya budak, duduk menghafal Quran 30 minit terasa siksa yang amat banding dengan tengok TV 30 minit (part ni yang Ummi rasa nak cubit2 je). Maka tu yang dah nak habis cuti sekolah ni, tinggal lagi 3 ayat surah An-Naba' je belum Umar hafal.

Kebetulan birthday Umar hujung tahun, 25 Disember pulak tu, so Abi letak target kalau dapat hafal by 25 Dis, insyaAllah dapat la hadiah special tu.


Episod menghafal

Ada hari dengan Abi (patuh dan taat, tak main2).
Ada hari dengan Umi (boleh 'kawtim' kurangkan baris ayat untuk dihafal).
Ada hari mengulang sampai 1 jam sebab ingat yang baru, yang lama lupa.
Ada hari menghafal sampai menangis sebak sambil cakap "kenapa Al-Quran ni susah??"
Ada hari yang menghafal sampai tertidur kat couch.


Lagi 1 hari...
sempat kah Umar menamatkan hafalannya?
dan berjaya mendapat reward yang dijanjikan??
jeng..jeng..
kita tunggu ye.

Friday, August 13, 2010

Preggy Ummi in Ramadhan

Saat Ummi mengetuk keyboard, dah masuk 4 Ramadhan dan dah 3 hari Ummi berpuasa. Kali ini dalam keadaan 6 bulan pregnant. Alhamdulillah berpuasa dalam keadaan mengandung ni yang confirm adalah NO Off Mode, kecuali kalau ada faktor2 kesihatan yang membenarkan ibu tidak berpuasa.

Antenatal check-up

Isnin lepas adalah temujanji bulan Ogos Ummi di Klinik Desa Gombak Setia. Buku 'pink' wajib bawa untuk pemantauan dan catatan jururawat dan doctor. Pregnancy kali ini mula2 Ummi dapat stiker putih (Bagus) pada cover buku 'pink' dan semenjak 2 bulan lepas stiker putih bertukar Hijau (Ada Masalah sket..agaknya la maksudnya tu). Why? My blood pressure rendah, hemoglobin count below normal (<11).>_<

Atas nasihat nurse, Ummi pun perbaiki la pemakanan dengan mengambil lebih banyak makanan yang tinggi zat besi. Malangnya, checkup baru2 ni, makin turun kemoglobin count. Dari 10.9 ke 10.3. Lepas tu bila kepekatan darah rendah, nurse bagi la makan pil ferrous formate. Tapi...makan pil ni buatkan Ummi constipate pulak. So memandai sendiri, Ummi berhenti makan pil dan gantikan dengan banyak minum susu. Bila consult doctor, kena la sebijik! Apa katanya?
Doc: Awak tak boleh berhenti makan pil tu...kena minum air banyak...setiap hari makan buah tak?
Ummi:
Setiap hari tak la, tapi every week mesti ada..
Doc: ha, kan!! Kena makan buah setiap hari baru cepat serap ferrous tu dan badan awak banyak fiber..
Ummi: (sami'na wa ata'na)



Baby's Kick


Dr.Har dalam sesi usrah baru2 ini ada menyebut, "Ibu hamil minggu 20 ke 30 adalah paling ideal untuk berpuasa. Early pregnancy badan lemah sebab morning sickness. Late pregnancy perut dah sangat berat."

Alhamdulillah, I'm considered fine to fast this time. Bukan lah nak mencari alasan untuk tidak berpuasa TAPI Allah beri kelonggaran jika ibu hamil yang khuatir kesihatan dirinya atau dirinya dan bayinya, untuk tidak berpuasa. Sungguh indahnya agama Islam ini.

Dengan usia kehamilan Ummi, baby memang dah menendang2 dalam perut ni, especially:
- masa mengaji
- masa bersandar untuk rehat
- masa sujud (terhimpit kot!)

The kick move tickles me and a sign that the living creature inside me does react with what i'm doing. Subhanallah! Always..always and never fail to amaze me.

Tapi adakalanya baby movement agak kurang selesa bila perut rasa 'ketat' (macam perut penuh lepas makan). Sabar ye Ummi! Nak dapat pahala ni...

Tips Ibu Hamil bulan Puasa

So, kalau Ummi dan ibu2 hamil lain nak kejar pahala berpuasa, perlu ada strategi kesihatan juga. Pastikan badan kita cukup bertenaga untuk berpuasa dan juga kekal bertenaga untuk beribadah dengan tips berikut..(dipetik dari sini)

1. Hindari makanan yang mengandung gula tinggi saat sahur dan berbuka karena cepat dicerna sehingga mengakibatkan mudah lapar.

2. Saat sahur, pilihlah makanan yang lama dicerna seperti karbohidrat kompleks dan sayuran agar tidak mudah lapar. Hindari makanan dalam tin, makanan yang mengandung pengawet, tinggi lemak, tinggi kadar garam, dan tinggi kadar gula semisal makanan cepat saji.

3. Berbuka perlahan karena puasa memperlambat sistem pencernaan. Minum minuman manis dan jus buah diikuti makanan ringan. Hidangan makanan tetap harus seimbang baik karbohidrat, protein, vitamin, lemak, vitamin, dan mineral untuk pertumbuhan janin. Jangan lupa lengkapi hidangan dengan susu dan buah.

Wednesday, July 28, 2010

Ramadhan is coming!!


Baru-baru ini dalam usrah Ummi, kami diperdengarkan tazkirah mendidik jiwa yang dipetik dari buku Bahtera Penyelamat, Fathi Yakan. Zass! Tazkirah is something you already knew, but is repeated as a remembrance for us who always forget.

Sabda Rasulullah s.a.w kepada Abi Zar: "Sekiranya engkau akan mengembara, apakah engkau akan membuat persiapan?"
Jawab Abi Zar: "Ya"
Sabdanya, "Bagaima pula dengan pengembaraan menuju hari kiamat? Mahukah engkau mendengar sekiranya aku memberitahu kepadamu tentang bekalan yang berguna untuk menghadapi hari tersebut."
Jawab Abu Zar,"Bahkan mahu wahai Rasulullah, demi ayah dan ibuku."
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Berpuasalah di hari yang panas terik demi menghadapi kebangkitan,
Sembahyanglah 2 rakaat di tengah gelita malam demi menghadapi kesunyian dan kegelapan kubur,
Tunaikan haji demi menghadapi cabaran-cabaran besar (yang menanti),
Hulurkan sedeqahmu untuk si miskin,
Ungkapkanlah sentiasa kalimah yang benar,
Diam dan hindarkanlah diri dari bertutur dan melafazkan perkataan-perkataan tercela dan buruk."

Kuketuk Pintu Syurga

Sabda Rasulullah s.a.w pada Aisyah r.a.:
"Wahai Aisyah, hendaklah engkau senantiasa mengetuk pintu syurga dengan lapar."

OMG, berlapar tu br dapat ketuk pintu syurga...BELUM dapat masuk lagi!! Dan Ramadhan kali ini, insyaAllah jika tiada masalah kesihatan, Ummi dapat berpuasa penuh sebab pregnant yang ke4. Mengandung Umar dan Ulya alhamdulillah dalam bulan Ramadhan. Mengandung Ulwan hanya dapat 12 hari sebab Ulwan lahir pada 13 Ramadhan (puas la nak ganti lepas tu).

Berdasarkan hadith2 dan betapa banyaknya kebaikan sunnah Ar-Rasul yang mula berpuasa dari bulan Sya'ban, Ummi dan Abi menurut langkah. Agar dapat menjadi bekal dan bersedia memasuki Ramadhan dengan momentum yang tinggi.

Masa terbaik Mendidik Jiwa Anak2

Kali ini, kami sasarkan Ulya pula untuk bangun sahur bersama-sama (i.e. 5 pagi). Sebelum ni, sahur time Ulya adalah semasa bersarapan nak ke tadika jam 8.15 pagi. Perlahan2 sebagai latihan. Nak kejut Ulya ni kena pandai skill membelai jiwa sikit. Kalau Umar tu ada jiwa ke'abang'an, tak merengek bila bangun. Melalui bangun sahur, insyaAllah anak2 dididik untuk satu suasana baru, dinihari yang syahdu, diperdengarkan tilawah Al-Quran dan yang paling penting mengamalkan sunnah Ar-Rasul - SAHUR. Confirm lepas sahur, masuk waktu Subuh kena la solat Subuh.

Hopefully, Ramadhan kali ini Ulya dapat laluinya dengan baik. Hmm...tak dapat imagine Ulwan tu akan lalui fasa berpuasa ni..sebab? sebabnya dia KUAT MAKAN! Buka mata, terus sebut, "Lapar! Nak makan bla..bla..bla." Dia dah makan dulu, setengah jam lepas tu tengok abang kakak makan, dia nak makan lagi!! Kalau bagi dia makan, gerenti habis! Ish2 Ulwan ni!

Ramadhan is coming!!!! *overjoyed mode*


Monday, February 15, 2010

Hakuna Matata

CHANGE is the most dynamic thing in the world.

Melihat anak-anak semakin membesar. Tanggungjawab semakin bertambah. Dalam suka atau duka, dalam rela atau terpaksa, dengan ringan atau berat. Melihat kitar hidup produk bisnes: u need to revamp or differentiate or let them die off. Oh! Sungguh banyak perubahan. TAPI dinamism itu SIHAT, MAJU dan WAJIB mengikut sunnatullah.

Dengan perubahan, semua orang akan mengharapkan yang positif, ke arah lebih baik. Tiada siapa dalam dunia ini mahukan kehidupan semakin memburuk dan parah. Gilakah mereka jika ada?

Kalau pun perubahan dalam kehidupan, tersadung, terguris dan bermacam-macam lagi, ingatlah ia adalah ujian bagi menentukan siapakah yang terbaik amalannya:

"Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun."
(Surah Al-Mulk:2)

Seni Menikmati Ujian


Ummi sangat suka dengan buku ini. Membaca dan menghayati tips2 penulis dalam kehidupan sendiri menjadikan Ummi boleh 'enjoy' dengan ujian mendatang. Sudah tentu tiada siapa meminta diri diuji. Tapi, bila diuji bagaimanakah reaksi dan tindakan kita menghadapinya?

PERTAMA
Fahamilah bahawa Ujian itu Sunnatullah. Tiada siapa boleh melarikan diri dari ujian. Manusia sering mendapat nikmat dan merasa bahagia. Namun, hakikat yang mesti difahami adalah: Nikmat dan Kebahagiaan adalah dua perkara yang datang tiba-tiba dan tidak kekal.

KEDUA
Sedarlah bahawa nikmat hakiki adalah nikmat SYURGA abadi. Rasulullah s.a.w bersabda:
"Jibril pernah menemuiku seraya berkata, 'Wahai Muhammad! Hiduplah sesukamu, tapi sungguh engkau akan mati; cintailah orang sesukamu, tapi sungguh engkau akan berpisah dengannya; dan berbuatlah sesukamu, tapi sungguh engkau akan diberi balasan kerananya. Ketahuilah bahawa kemuliaan seorang mukmin itu terletak pada solat malamnya, dan kewibawaannya terletak pada sikap merasa cukup dari (bantuan) orang lain.'"

KETIGA
Yakinilah bahawa ujian adalah pemisah antara yang baik dan yang buruk.

"...Sekiranya Allah menghendaki, nescaya kamu dijadikanNya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberianNya kepadamu, maka berlumba-lumbalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah lah kembali kamu semuanya."
(Al-Maidah: 48)

Setelah faham, sedar dan yakin...next step adalah menghadapi ujian sebagai seorang MUKMIN, bukan hanya sekadar manusia biasa.

HAKUNA MATATA

Dalam bahasa Swahili, Hakuna Matata bermaksud No Worries atau tiada masalah. Jadi, semua orang ada masalah, tiada yang terlepas darinya. Jangan terrrrlampau risau dan runsing. Apa yang kita perlu buat adalah:

  • Tetaplah di atas keimanan dan berpegang teguhlah pada agama Allah.
    "Barangsiapa yang berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya ia telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus." (Ali-Imran:101)
  • Ikutilah petunjuk Ar-Rasul s.a.w
    Bila diuji, tenang dan jangan marah. Sebagaimana nasihat baginda buat sahabatnya: "Jangan marah, jangan marah, jangan marah."

  • Mengadulah, rintihlah masalahmu pada Allah

La Tahzan. Senyumlah saat hati susah untuk senyum. Hakuna Matata!


Sunday, January 10, 2010

HAJJ 1430H: Allah answered our prayer (5)

Alhamdulillah, setelah tidur sejenak dan bangun semula pada jam 11.30 malam, adik Ummi, Marwah (Wawa) dan suaminya, Shahrul (Sagol) datang ke khemah kami. Adik Ummi yang sedang menuntut di Jordan datang untuk mengerjakan haji bersama sekumpulan mahasiswa dari Jordan. Dengan perbelanjaan tidak sampai RM2,000.00, mereka menaiki bas selama hampir 2 hari dari Jordan ke Madinah dan ke Mekkah. MasyaAllah! Adventurous betul! Story Wawa kena baca kat sini.

10 Zulhijjah, 11.30 malam hingga 11 Zulhijjah, 2.30 pagi

Malam itu, kami (Ummi Abi, Wawa Sagol) dan 3 pasangan (teman sebilik Ummi Abi: Kak Sarinah & suami, Kak Yati & suami, Kak Fuziah & suami) berjalan kaki menuju Mekkah. Bunyi macam hebat je. Hehe…sebenarnya dengan kefasihan adik Ummi dan suami yang boleh bercakap bahasa Arab pasar, memudahkan kami untuk balik menaiki ‘public transport’ ke Mekah. Kami berjalan dari kawasan khemah di Mina ke ‘town’ Aziziah selama 1 jam. Dari situ, kami menaiki pick-up truck (kenderaan yg dah ‘tua’ dan pemandu yang ganaz!) menuju ke Mekkah. Orang tempatan akan sebut, “Al-Haram! Al-Haram!” sebagai tanda kereta sapu mereka menuju ke Mekkah. Perjalanan sejauh 7km tersebut mengambil masa 2 jam, kerana kesesakan jalanraya!!

Sagol dan Abi, berjalan melalui terowong Muaissem

Hampir saja rasa putus asa untuk menaiki pick-up truck tersebut kerana ‘traffic jam’ yang terlalu teruk. Ingin saja turun dan berjalan kaki pulang ke Mekkah. Tapi mengenangkan rakan sebilik yang agak berumur, kami teruskan menaiki truck tersebut.

Pemandu truck menurunkan kami berhampiran dengan Masjid Kucing (di belakang kawasan sa’ie, spesifiknya di Marwah). Dan kami berjalan pulang ke hotel dan jam sudah menunjukkan pukul 2:45 pagi. Penatnya tak terkata dan kami terus tidur untuk mendapatkan semula tenaga demi meneruskan manasik haji pada esok hari.

Tawaf dan Sa’ie Haji

Setelah selesai Tawaf Haji

Selesai menunaikan solat Subuh di bilik hotel dan juga MANDI selepas 3 hari tidak mandi (sejak 8 Zulhijjah), alhamdulillah terasa segar dan bertenaga semula. Kami berempat (Ummi, Abi, Wawa dan Sagol) berjalan menuju Masjidil Haram untuk melaksanakan Tawaf Ifadhah atau tawaf rukun bagi manasik haji kami. Subhanallah, kami bernasib baik kerana ruang tawaf tidak terlalu padat. Dalam masa 30 minit kami dapat menyelesaikan ibadah tawaf dengan penuh ketundukan dan kerendahan hati. Moga Allah terima ibadah haji kami!

Memandangkan kami belum bersarapan, Abi membuat keputusan agar kami bersarapan pagi terlebih dahulu sebelum meneruskan ibadah sa’ie haji. Ke manakah lokasi sarapan kami? Kami makan chocolate bun dan cinnamon roll di salah satu café di dalam As-Sofwah Mall berhampiran Pintu Malik Abdul Aziz (pintu 1). Nyum..nyum. Alhamdulillah, bila perut dah kenyang, kami pun masuk semula ke dalam masjid dan naik escalator untuk ke Tingkat 4, ruang paling atas di kawasan sa’ie.

Sarapan kami berempat bernilai SR40++. Kenyang amat sangat!

Abi melaksanakan ibadah sa’ie dengan birasnya, Sagol, dan Ummi pula dengan Wawa (mereka berjalan lebih laju dari kami..huhu) Banyak perkara yang Ummi dan Wawa bualkan selepas itu. The best moment with my sister that I would never forget. Luv u Wawa!!

Ummi dan Wawa di Aras 4 tempat sa'ie

Sampai di Marwah setelah 7 pusingan, maka selesailah sa’ie haji kami. Dan syukur Alhamdulillah gugurlah baki 3 larangan ihram kami, menandakan kami telah bebas dari kesemua 13 larangan ihram.

Pulang ke Mina

Selepas solat Zuhr dan makan nasi Kabsah yang dibeli dari Tazaj (ala-ala fastfood tapi jual nasi Mandi, Maklouba dll.), kami menaiki pick-up truck di hadapan hotel menuju ke Mina. Kali ini, bahagian belakang truck terbuka. Oleh kerana ruang duduk dalam truck terhad, Abi, Sagol dan tiga lagi rakan kami menaiki bahagian truck yang terbuka di belakang. Wah! Enjoy la Abi.

Menaiki truck balik ke Mina

Mabit dan bermalam di Aziziah

Selepas mabit atau bermalam sebagai cukup syarat kami menghidupkan masya’eril haram, Ummi dan Abi bergabung dengan rakan-rakan Wawa dan Sagol, iaitu Ukht Asma’ dan suami serta Akh Khairi, berjalan pulang ke motel mereka di Aziziah. Kami berjalan lagi!

Dari kiri: Wawa, Sagol, Abi, Aiman, Asma', Khairi. Kami berjalan bersama mereka pulang ke motel di Aziziah

Malam terakhir kami di khemah di Mina

Menarik juga motel Wawa. Setiap unit ada 3 buah bilik dilengkapi bilik air dan dapur (boleh masak tapi tong gas dah hilang diambil orang). Ada kemudahan mesin basuh dan juga peti ais.

12 Zulhijjah: Kami nafar awal

Pagi itu, Sagol bawa kami bersarapan di mat’am (restoran) makanan Arab. Kami makan nasi dengan ayam golek dan juga ayam yang dipanggang atas bara. Kerja pelik juga pagi itu adalah kami minum air gas. Haha! Ini gara-gara makan nasi Arab (tak tau apa namanya) hingga kekenyangan. Itu pun kami ‘tapau’ (bungkus balik) sisa nasi, roti dan ayam yang tidak dapat kami habiskan. Burp! Alhamdulillah.

Selepas solat Zuhr, kami mulakan perjalanan kembali ke Mina untuk melontar ketiga-tiga jamrah buat hari terakhir (kerana kami melaksanakan Nafar Awal). MasyaAllah! Umat sangat ramai kerana selepas Zohr adalah waktu afdhal melontar. Unit polis yang bertugas mengawasi pergerakan para jemaah. Kami memilih untuk melontar di Aras 4 kompleks Jamarat kerana Aras 1 terlampau sesak. Kami sempat bergambar di ruang lapang selepas Jamrah Aqabah tetapi awas kerana guard mengarahkan kami bersurai segera.

Berjalan menuju Aras 4 Kompleks Jamarat

Abi and the boys al-hajj

Alhamdulillah tamat sudah KESEMUA manasik haji kami dan sekarang masanya untuk pulang terus ke Mekkah.

Jalanraya…jalan-jalan…

Jalanraya sesak dengan manusia, laluan kenderaan penuh dengan bas yang beratur tapi tidak dapat bergerak keranan kesesakan jalan. Sagol ada bertanyakan harga penumpang menaiki bas atau truck pulang ke Al-Haram, tetapi harga melambung tinggi! Dari sekepala SR50 ke SR100 dan juga SR200. Mahalnye! Akhirnya kami memutuskan untuk berjalan kaki terus ke Mekkah. Jarak yang harus ditempuh adalah 7 km.

Pemandangan jalan menuju ke Al-Haram dari Kompleks Jamarat

Bermacam ragam manusia

Fuhh! Bermacam ragam pemandu motorsikal, pick-up truck, bas di atas jalanraya. Bingit dengan bunyi hon. Penumpang dipadatkan di dalam dan di atas bumbung kenderaan. Kami pula enjoy berjalan kaki di kaki lima jalan, melalui simpang-simpang, menelusuri 2 buah terowong dan akhirnya setelah hampir TIGA jam berjalan kaki, kami sampai di Masjidil haram, tepatnya di ruang lapang berhampiran kawasan sa’ie.

Dan Ummi Abi seterusnya pulang ke hotel, manakala Wawa dan Sagol beserta 3 orang rakan mereka meneruskan perjuangan mereka untuk menunaikan Tawaf Wada’ memandangkan mereka akan menaiki bas pulang ke Jordan pada malam itu juga.

Penat dan puas tak terungkap dengan kata-kata. Kami hanya mengharapkan ibadah kami tidak dicemari dengan niat terpesong, dosa-dosa dan kata-kata yang keji. Alhamdulillah selesai sudah.

Perjuangan seterusnya adalah berISTIQAMAH mengutip 100,000 pahala bagi setiap kebaikan yang dilakukan, dengan menunaikan solat berjamaah di Masjidil Haram. Apakah Ummi Abi sudah ‘menang’ atau ‘ujian’ kami baru sahaja bermula? Wallahua’lam.

Tuesday, January 5, 2010

HAJJ 1430H: Allah answered our prayer (4)

Kami tiba di Muzdalifah sekitar jam 10 malam dan guru agama memaklumkan mabit atau bermalam sejenak sehingga tengah malam di Muzdalifah adalah sehingga jam 11:30 malam. Selepas itu boleh bergerak ke Mina dengan menaiki bas yang akan tiba berperingkat-peringkat.

Muzdalifah, pada tengah malam

Sungguh, malam itu adalah satu pemandangan yang menarik dan tidak mungkin dilupakan kerana berjuta umat jemaah haji berpakaian putih, berhimpun di Muzdalifah cukup sekadar beralaskan tikar dan berbumbungkan langit.

Mengambil sunnah Rasulullah yang tidur pada malam tersebut, kami turut melabuhkan diri untuk tidur selepas kepenatan sepanjang hari di Arafah. Sekejap-sekejap Ummi terjaga dari tidur membetulkan posisi dan menunggu giliran menaiki bas.

Talbiah vs. Takbir Raya

Ustaz Zamri (DJ Ikim.fm) yang bertugas sebagai guru agama Maktab 73, mengingatkan bahawa amalan paling afdal di Muzdalifah adalah meneruskan talbiah. Semasa di dalam bas dari Arafah ke Muzdalifah pun, pemandu bas berbangsa Arab mengajak kami terus bertalbiah.

Malangnya, dengan kekurangan ilmu, ada jemaah dari negara Indonesia, yang berkumpul di hadapan ruang kami di Muzdalifah BERTAKBIR RAYA! Adus! Ajaran apakah ini? Lucu pun ada kerana tak lama selepas jemaah Indonesia bertakbir raya, guru agama atau petugas mereka menegur dengan berkata, “Aku bilang takbir pendek aja, Allahuakbar walillahilhamd. Ya udah. Berhenti-berhenti!” Kami terhibur seketika dengan gelagat mereka.

Bas oh Bas!

Ujian kami di Muzdalifah adalah jumlah bas yang datang mengambil jemaah Maktab 73 terlampau sedikit berbanding jumlah kami yang ramai. Dengan penggunaan system ‘taraddudiah’ (ulang-alik), bas yang sama mengambil jemaah Maktab 73 ke Mina dan berpatah balik ke Muzdalifah untuk mengambil penumpang baru.

Muzdalifah: ketika matahari memunculkan diri

Kami menunggu lagi sehingga masuk waktu Subuh. Di atas tanah lapang itu kami bersolat jemaah dan berzikir menunggu terbitnya matahari. Kami teruskan menunggu dan menanti bas yang tidak kunjung tiba.

Alhamdulillah bas akhirnya sampai satu persatu dan kami menaiki bas sekitar jam 10 pagi. Bermakna 12 jam kami berada di Muzdalifah. Walau bagaimanapun Abi mengucapkan syukur kerana dapat melaksanakan sunnah Rasulullah s.a.w kerana baginda turut berada di Muzdalifah sehingga selesai solat Subuh dan kemudian bergerak ke Mina. Alhamdulillah.

Mencari khemah di Mina

Bas yang kami naiki adalah bas Maktab 60, bermakna pemandu berbangsa Afrika (tak pasti Sudan atau Ethiopia, tapi dia mampu berbahasa Arab) tidak mengetahui secara tepat lokasi khemah Maktab 73. Ketika bas berhenti berhampiran dengan Maktab 70, dengan andaian Maktab 73 berada tidak jauh dari situ, seorang makcik dalam bas yang Ummi naiki menghalang kami semua turun. “Jangan turun, pandai-pandai je dia berhenti suruh kita jalan kat sini. Buatnye jauh nak angkut beg semua, tak ke susah. Semua jangan turun! Suruh dia cari Maktab 73 sampai jumpa!” Setelah pembantu pemandu bas turun sebentar untuk memastikan kedudukan Maktab 73, ternyata telahan makcik tersebut benar kerana dia tidak menemui maktab kami walaupun berada di lorong khemah Maktab 70.

Bumi Mina. Khemah-khemah adalah yang berwarna putih. (Gambar best diambil dari sini)

Bas kami pusing di laluan yang sama sebanyak tiga kali kerana tidak menemui jalan sebenar untuk ke lokasi Maktab 73. Sabar, sabar, sabar. 30 minit hanya di dalam kawasan Mina untuk mencari khemah. Dan umat manusia memenuhi jalanraya dan bagi jemaah negara lain yang tiada penempatan, mereka berkhemah di mana-mana. Di lereng bukit, di tepi jalan.

Khemah F, Tilam nombor 391

Itu la nombor tilam dan khemah Ummi sepanjang berada di Mina. Di Arafah dan juga di Mina, Ummi jadi penjaga pintu khemah kerana kedudukan tilam betul-betul berada di tepi pintu khemah. Jumlah jemaah wanita dalam khemah lebih ramai dan susunan tilam kelihatan lebih padat berbanding di Mina. Sepanjang berada di dalam khemah, Ummi perlu bertudung kerana suami jemaah wanita sekhemah Ummi akan menyelak pintu khemah, menjenguk dan mencari isteri masing-masing.

Suasana dalam khemah yang padat

Sang penjaga pintu dengan Makcik Zaleha dari JB

“Kalsom ada?”

“Hajah Lily ada kat dalam?”

Disebabkan Ummi menjadi ‘penjaga pintu’, Ummi pun akan menjerit memanggil nama isteri yang dipanggil. Kelakar kan?

Lorong-lorong antara khemah di Mina agak mengelirukan. Dan jemaah perlu melihat tanda-tanda huruf pada khemah dan juga pada persimpangan lorong. Kak Sarinah, teman sekhemah Ummi mengambil inisiatif menampal masking tape dan melukis gambar durian sebagai tanda khemah kami.

Tanggal 10 Zulhijjah

Hari itu 10 Zulhijjah, tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, kami tidak menyambut Eidul Adha dengan laungan takbir dan solat sunat eid mahupun melihat ibadah korban. Bagi para hujjaj, eid kami adalah selepas Tahallul Awal. Selepas makan tengahari dan menghilangkan penat di khemah, Ummi dan Abi beserta Kak Sarinah menuju ke Jamarat (tempat lontar Jamrah) yang terletak 3 km dari khemah kami. Kami tidak menunggu sehingga waktu malam untuk menyertai kumpulan kami yang dipandu oleh guru agama. Berani sendiri, tanggung le risiko! (Tawakkal ‘alaLLah sebenarnya)

Kami berjalan menelusuri terowong Muaissem (yang terkenal dengan tragedi jemaah mati dipijak akibat kesesakan pada tahun 1987) dan masuk ke bangunan Jamarat. Alhamdulillah, banyak urusan telah dimudahkan dengan pembangunan kompleks 5 tingkat tempat melontar jamrah. Binaan tempat lontaran juga lebih tinggi dan lebar, menjadikan manasik ini lebih selamat dilakukan.

Tempat melontar jamrah (Gambar sumber: Klik sini)

“Bismillah Allahu Akbar!” kami laungkan setiap kali anak batu dilontarkan. Tidak perlu sasarkan anak batu mengena pada dinding, cukup dengan melontar dan pastikan kesemua tujuh anak batu masuk ke dalam ruang yang mengelilingi dinding lontaran.

Selesai lontaran di jamrah Aqabah, Ummi bertahallul dengan memotong sedikit rambut. Allahu Akbar! Gugurlah 10 larangan ihram, berbaki lagi 3 yang akan selesai selepas Tahallul Thani (selepas Tawaf Haji dan Sa’ie Haji).

Botak chin!

Kami pun keluar dari kompleks Jamarat untuk pulang ke khemah. Di tepi-tepi jalan kelihatan ramai jemaah lelaki dibantu rakan mereka membotakkan kepala. Peluang bisnes pun lumayan juga! Jemaah haji Pakistan menawarkan SR10 untuk servis mencukur rambut. Abi perlu pastikan ‘blade’ yang digunakan benar-benar yang baru. Selepas 3 orang ‘pemangkas rambut’ ditanya, akhirnya Abi pun mendapatkan khidmat seorang jemaah Pakistan dengan bayaran SR10. Seram juga melihat kepala Abi dibotakkan kerana terdapat dua tiga bahagian yang luka. ‘Ala kulli hal, kami sudah Tahallul Awal dan Abi boleh menanggalkan kain ihram dan memakai pakaian biasa.

Botak!!

Selesai mabit di Mina (mesti berada di bumi Mina sekurang-kurangnya separuh malam iaitu hingga jam 11:30 malam), kami tempuhi pula pengalaman berharga perjalanan dari Mina ke Mekkah.

Monday, January 4, 2010

HAJJ 1430H: Allah answered our prayer (3)

Dalam khemah di Arafah

Waktu Subuh di Arafah masuk sekitar jam 5:15 pagi. Seawal 3:30 pagi Ummi telah terjaga dari tidur dan segera ke bilik air berdekatan untuk bersuci dan berwudhu’. Tak boleh lambat nanti panjang beratur plus tak tahan nak gi toilet! Qiamullail dan solat Subuh dilakukan di dalam khemah masing-masing memandangkan ruang solat dalam khemah ‘Surau’ Maktab 73 agak terhad. Selesai solat dan zikir, sejenak kemudian tatkala matahari mula memunculkan diri, barulah kami dapat melihat suasana sebenar keadaan di sekeliling kawasan khemah.

Terima seadanya kan ok?!

Dan perut pun mula berbunyi. Namun dalam keadaan jemaah yang ramai beratur mengambil makanan, dan makanan yang kehabisan lewat sedikit diisi semula, SABAR sekali lagi menjadi penguat jiwa. Ada nasi lemak, sambal habis, sambal sampai nasi pula habis. Isbirii! Kalau pegi mukhayyam pun biasa je makan ala kadar, kan? Ummi set minda untuk makan atau terima apa sahaja seadanya.

My breakfast >_<

Masa yang panjang antara Subuh dan Zohr, Ummi gunakan untuk berehat, tilawah dan membaca seerah Nabi. Energi perlu disimpan untuk waktu afdal selepas Zohr nanti.

Sejam sebelum Zohr, Ummi dan Kak Sarinah, teman sekhemah, bergegas ke kawasan menunggu bas di ruang depan khemah Maktab 73. Ini sahaja ruang kosong terhampir dengan ‘Surau’ khemah Maktab 73, untuk kami solat berjamaah dan mendengar Khutbah Arafah. Sistem siaraya maktab menghadapi masalah apabila bunyi dari mikrofon tidak dapat didengari dari tapak khemah yang agak jauh. Sebab itulah kami mencari peluang untuk mendapat posisi terdekat untuk mendengar khutbah.

Khutbah Arafah – ‘bestest’ ever!

Matahari mula tegak di atas kepala, dan kepanasan mulai terasa. Kami duduk di atas tikar yang dibekalkan dan memegang payung hadiah pihak penaja sambil mendengar khutbah yang dibacakan oleh Ustaz Mohd Noor, guru agama yang bertugas hari itu.

Pada saat itu, sungguh hati-hati kami tunduk merendah diri dan menginsafi kelemahan diri pada hari yang digambarkan seperti Yaumul Mahsyar, lalu mengalirlah air mata hangat di pipi memohon keampunan Allah pada hari terbaik, saat terbaik dan tempat terbaik iaitu pada waktu Zohr 9 Zulhijjah di Arafah. Ummi dan Kak Sarinah yang duduk bersebelahan menangis sepanjang khutbah. Turut kedengaran tangisan para jemaah wanita lain yang bersebelahan. Kami semua, tanpa mengira pangkat dan darjat, merasa lemah di hadapan Allah s.w.t. Semua berharap keredhaan Allah untuk ke syurga dan pelepasan dari azab kubur dan juga neraka dari tuhan yang esa, Allah rabbus samawati wal ard!

Menadah tangan mengadap langitMu di Arafah

Selesai solat, kami bersalaman dalam penuh kesyahduan. Kemudian kami makan tengahari bersama-sama di dalam khemah. Alhamdulillah lauk pun sedap! Setelah cukup rehat sekadarnya, Abi mengajak Ummi untuk mencari ‘port’ di luar pagar khemah Maktab 73 untuk berdoa. Ronda punya ronda, kami tertarik dengan kawasan khemah jemaah negara China. Berbekalkan muka Abi yang berdarah campuran Melayu-Cina, kami pun dengan selamba masuk dan bentang tikar di satu sudut ruang lapang di dalam kawasan jemaah China.

Kain rentang di luar pagar khemah jemaah China

Tangan ditadah memohon doa dengan penuh rasa insaf dan rendah diri. Air mata mengalir tak putus mengharapkan doa-doa yang dipanjatkan dimakbulkan Allah. Kami beroda dan terus berdoa sehingga waktu Asar. “Rabbana wa taqabbal du’a.”

Cari port best kat kawasan khemah China dan bentang tikar!

Bergambar kenangan dengan jemaah negara China

Jemaah negara lain memanjat bukit

Kedudukan khemah jemaah Asia jauh dari Masjid Namirah yang menjadi tumpuan jemaah untuk solat pada hari wuquf di Arafah. Oleh itu, kami tidak berpeluang melihat suasana jemaah yang memenuhi Jabal Rahmah kerana kedudukan khemah kami berbeza. Walau bagaimanapun, bukit-bukit kecil berhampiran kawasan khemah kami turut dipanjat dan dipenuhi oleh jemaah negara lain berpakaian serba putih. Satu pemandangan yang indah!

Zikir terus kami lafazkan dan rasa sayu menggamit jiwa apabila warna langit mulai berubah menjadi kemerah-merahan tanda sebentar lagi tamatlah 9 Zulhijjah. Dan berakhirlah peluang keemasan waktu mustajab doa di Arafah. Ummi menangis lagi…”Allah dengarkah doaku?”

Menunggu bas untuk ke Muzdalifah

Malam itu kami bersiap-sedia untuk ke Muzdalifah pula. Sebakul sabar lagi diperlukan untuk menanti giliran menaiki bas ke Muzdalifah. “Dahulukan orang tua,” nasihat Abi.

Dan malam di Muzdalifah nanti, pasti kami tak lupa!