Kami mengembara lagi...kali ini ke IstanaBaru. Letaknya di bumi Koala dan Kangaroo. Heheh..nama glamour Newcastle di wilayah New South Wales. 2 jam perjalanan dari Sydney International Airport.
Perjalanan kami dari Auckland pada pagi 10 April itu mengambil masa lebih kurang 3 jam setengah. Laparnya tak terkata dalam kapalterbang Virgin Blue (ala-ala AirAsia gitu..nak makan semua kena beli). So kami dah belek2 ingredient, tanya fatwa hati dan iman di dada..lalu kami pesan Muesli. Kali ni makan ikut sunnah betul sebab kami kunyah lamaaaa sampai lah boleh telan. Ulwan pilih raisin je!!
Our healthy and nutritious breakfast in Virgin Blue :)
Beza masa Auckland dan Sydney adalah 2 jam. Ummi Abi pun dah pening dah. We lost sense of time and days. Apa-apa aje lah labu! Janji tau waktu solat dan makan. The Newly Wed
Perjalanan kami ke destinasi ke-2 dipertemukan dengan sahabat kami, Harith dan Wardiah yang baru sahaja melangsungkan walimah mereka awal Januari 2009. Inai di jari pun belum habis lagi.
Rumah mereka di Kingfisher Grove memang best. Selesa dan boleh dimeriahkan dengan ramai orang sebab banyak ruang. Disebabkan lapang jugalah, Ulwan suka berlari-lari dan selalu minta makan nasi..walau pun dengan telur dan kicap je.
Autumn Gathering
Bersempena dengan cuti Autumn, adik2 pelajar Newcastle University mengadakan AG atau Autumn Gathering dengan pelbagai acara menarik. Bermula dengan Excursion, Sports Day, Palestinian Day dan Youth Day. Ramai kenalan baru yang kami jumpa. Tidak kurang menarik keluarga Abg Mizan dengan 3 orang puteri2nya, Alia, Balkis dan Isya yang menjadi teman sepermainan Ulwan di playground.
Sports Day sisters sangat menarik dengan permainan tradisional seperti lompat getah, baling selipar dan galah panjang. Kali ni Ummi minta maaf sebab tak dapat bermain dek melayan kerenah Ulwan.
Tidak kurang menarik juga, Abi bermain volleyball dengan bro-bro di The Forum. Bila time sports, rijal sebenar ramai yang muncul. Ehem..ehem..
Hari ketiga merupakan Palestinian Day. Kredit buat Abi yang pertama kali menyediakan slide dan menyampaikan tajuk Palestin dan Baitulmaqdis di hati Umat Islam dengan mantap. Bravo Abg cyg!! Ummi pun nak menumpang sekaki. Alhamdulillah dapat juga menyampaikan perkongsian Ummu Muhammad, isteri Asy-Syahid Abdul Aziz Rantisi yang datang ke Malaysia dalam bulan Mac baru-baru ini. Semasa hari ini berlangsung, di luar dewan meriah dengan pameran, jualan dan juga acara meneka jumlah batu dalam botol dan mencoret sebarang kata2 di atas poster The Wall.
Pada petang hari selesai solat dan makan, acara dimeriahkan lagi dengan Auction utk tabung Palestin. Tiga item dilelongkan dengan nilai yang tinggi, khusus untuk INFAQ: VCD Konsert Nasyid, Thumbdrive bahan2 mengenai Palestin dan Handphone.
Walaupun masa kami di Newcastle bukan untuk berjalan-jalan, tapi kami puas kerana dapat menatap wajah-wajah baru para pemuda pemudi. Ummi doakan agar Allah sentiasa memberkatimu dan melimpahkan hidayah dan rahmah kepada adik-adik ini.
No comments:
Post a Comment