Showing posts with label opini. Show all posts
Showing posts with label opini. Show all posts

Friday, July 2, 2010

Non exam-oriented kids


Dua minggu lepas heboh satu Malaya tentang isu Pemansuhan UPSR dan PMR. Dan Ummi sangat tertarik dengan perkembangan semasa ini. Baik di radio, akhbar dan sembang2 sesama guru, semuanya hangat tentang cadangan Kementerian Pelajaran ini.

Semua perkembangan pasti ada pro dan kontranya. Tapi marilah kita lihat apa telah berlaku dalam dunia pendidikan di Malaysia hari ini:

1) Populasi pelajar perempuan memasuki universiti tempatan adalah antara 70 hingga 80%

2) Pelajar seawal usia 12 tahun (darjah 6) mengalami kemurungan dan ada yang membunuh diri kerana keputusan peperiksaan tidak mencapai sasaran cemerlang

3) Alam pekerjaan memperlihatkan persaingan sengit graduan yang ada 'advantage'-soft skill, kemahiran berucap dan interpersonal

4) Dunia hari ini dikuasai oleh golongan yang mempunyai maklumat. Maklumat di hujung jari boleh diperoleh dari 'perpustakaan gergasi' iaitu internet

5) Keupayaan mengurus Emosi dan Spiritual mampu menentukan integriti pelajar pada pegangan nilai - tidak terbatas pada Intelektual semata2

dan macam-macam lagi.

Ramai yang memberikan pandangan positif dan tak kurang para pendidik yang tidak setuju peperiksaan dimansuhkan atas alasan pelajar 'tidak akan belajar'. Ummi no comment atas alasan masing2, sebab semua pihak menilai berdasarkan pengamatan dan pengalaman sebenar mereka.

My Umar

Ummi pula melihat secara real pada Umar, yang dah masuk Darjah 2. Kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira) memang sangat kritikal pada fasa awal.

~ Bayangkan hampir semua matapelajaran menuntut Umar untuk menulis. Kalau tulisan buruk, tak faham dibaca memang SAKIT JIWA!

~ Dengan kemahiran membaca akan memperkayakan lagi anak seusia Umar untuk meneroka bermacam2 perkara (of course untuk google info dalam internet, membaca intisari rancangan pada suratkhabar, membaca label pada peket produk dan seribu satu macam lagi yang berhuruf).

~ Keupayaan mengira juga adalah survival kehidupan! Kenapa? Sebab dia akan belajar, sekadar contoh, berapa ringgit diperlukan untuk membeli sesuatu di kantin sekolah dan yang penting tidak mudah ditipu orang!

Semua kemahiran asas 3M (malah menurut Kak Rosnah, terkini ada 4M iaitu Menaakul-reasoning & problem solving) akan dinilai melalui Ujian Awal Tahun dan Peperiksaan Pertengahan Tahun. Melalui ujian, pelajar akan dinilai prestasi dan kefahamannya. Kalau semasa ujian bulan Mac lepas Umar dapat 52% (sebenar bukan contoh..hihi), lepas dah kena marah & leter & ulangkaji intensif oleh Ummi...peperiksaan baru-baru ni alhamdulillah dapat 86%. A great leap, son!

Tapi kan, kan, kan...kalau ikut Pak Utih, sistem pendidikan Malaysia adalah pro-feminin. Dan anak lelaki Ummi macam Umar perlu push, paksarela untuk perform dalam exam. Ada tak agaknya cara lain untuk menilai dan mentaksir kemahiran 3M tanpa exam? Ada ke? Ni kena bincang dan berdialog lagi dengan yang pakar.

Pembelajaran sepanjang hidup

We both believe in school as place for kids to socialise, learn values of sharing, bergaduh and adapting in real community life. At the same time, we don't totally disagree on great homeschooler like Coach Sha or Mamafiza. It is a matter of choice.

Yang paling penting adalah PENGLIBATAN AKTIF IBU BAPA dalam mendidik anak2. Mengajar nilai ilmu, iman dan ihsan (dekatnya Allah dengan kita untuk mengawasi). Pembelajaran berlaku secara formal dan tidak formal. Di sekolah atau di rumah. Sesama kawan di sekolah atau dengan ahli keluarga di rumah. Pasti ada cara untuk menilai keupayaan dan kemahiran 3M mereka dalam aktiviti harian mereka.

Let's think of activities that nurture the 3M values at home. Let's be an active parents! Because we wouldn't know what turmoil they will be facing in their future. Bak kata Saidina Umar Al-Khattab: Didiklah anakmu untuk hidup di zamannya.


Umar & Eksplorasi penyu - haiwan terancam


Ulya and girl cousins - belajar melawa & main mak2

Ulwan di alam sayuran - dia cuma faham nak MAKAN! =p

Tuesday, March 23, 2010

PS is a hot issue now!

Seolah-olah Allah nak membuka mata semua orang bila tahun 2010 mencatatkan terlalu banyak kes BUANG BAYI..bayi dihurung semut, bayi dibuang dalam tong sampah, bayi selamat tapi menggigil kesejukan dek basah dalam kehujanan dan bermacam2 kes lagi!

Astaghfirullahal 'azim...adakah ini bala buat umat dek kerana kita melupakan Nahi Mungkar secara agresif? Dan bila negara kita dikejutkan dengan laporan Berita Minggu, 21 Mac, Ahad lalu:


17,303 anak luar nikah didaftar 2009
Oleh Mohd Azis Ngah
2010/03/21

KUALA LUMPUR: Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang. Alwi menjelaskan dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya kepada Berita Minggu.

~~~~
Dan PS menjadi hot issue sekarang. PS bukan playstation tapi Pendidikan Seksual.
Menteri Wanita sarankan,
wakil Kementerian Pelajaran pun bincangkan...
di dada akhbar heboh meminta PS dilihat secara serius..
di corong radio para pendengar beriya2 memberikan komentar pro dan kontra...

TAPI..

sumber mana sebenarnya jadi rujukan kita?
agamakah atau sekadar silibus pendidikan yang diceduk bulat2 entah dari mana?

Sungguh! Sungguh! Sungguh menakutkan dan menggerunkan buat seorang ibu seperti Ummi. Menjaga maruah diri seorang wanita yang sangat mahal harganya untuk pembentuk generasi zaman ke zaman. Bagi Ummi, PS ini tidak salah malah perlu diterapkan mengikut kesesuaian umur.

Jika kita sebagai ibu bapa tidak mendidik mereka dengan cara yang benar, anak-anak akan meneroka sendiri malah mungkin dengan cara yang salah.

Dipetik dari sini:

"If you tell kids about sex, they'll do it. If you tell them about VD(venereal diseases), they'll go out and get it. Incredible as may seem, most oppositions to sex education in this country are based on the assumption that knowledge is harmful. But research in this area reveals that ignorance and unresolved curiosity, not knowledge, are harmful. Our failure to tell children what they want and need to know is one reason we have the highest rates of out-of-wedlock teens pregnancy and abortion of any highly developed country in the world."
What Kids Need to Know, Psychology Today, October 1986. Dr. Sol Gordon, Professor Emeritus, Syracuse University, and an expert on sex education

Dan juga dari sini:
It is our firm belief that facts about sex should be taught to children in a way commensurate with their age as they grow up both by the family and the school. We emphasize that this should be done within the total context of Islamic ideology and Islamic teaching, so that the youth-beside getting the correct physiologic knowledge become fully aware on the sanctity of the sexual relation in Islam and the grave sin of blemishing such sanctity whether under Islamic law, or far more important in the sight of God. Provided the Islamic conscience is developed we see no reason to shun sex education (unfortunately the rule in many muslim countries), and we believe it is better to give the correct teaching rather than leave this to chance and to incorrect sources and to the concomitant feeling of guilt by the hush-hush atmosphere in which this is done.

Ibu Bapa kena tingkat Ilmu

Ummi nak recommend buku tulisan Dr. Harlina Halizah Siraj & Noralina Omar bertajuk "Berbicara mengenai Kesihatan Reproduktif Remaja:Panduan untuk Ibu Bapa dan Guru". Beli dan bacalah (promosi nampaknya..) bagi membantu kita menerangkan pada remaja tentang PS.



Bagi Ummi pula yang mempunyai anak-anak bawah umur 8 tahun, Ummi gunakan buku Birds, Bees and Kids yang dibeli khas dari majalah Parenthink. Buku ni colourful dan penuh grafik yang comel (sesuai untuk tatapan kanak2). Senang nak cerita tentang reproduksi. Cuma ada bahagian yang memang tidak sesuai dengan Islam kerana penulis buku menyesuaikan topik ini dengan budaya di Barat (topik gay pun ada! huh!).


NAHI MUNGKAR

Dah baca, dah tahu, dah sedar...jadi apa perlu kita buat?

Jadi, Ummi mencadangkan kita semua menyumbang kepada usaha murni yang dilakukan oleh Pusat Perlindungan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah (RS). Sila lawati http://www.raudhatussakinah.com/ untuk melihat maklumat lanjut. Apa tunggu lagi? Jom sama2 laksanakan NAHI MUNGKAR ini!!

Wednesday, July 22, 2009

Oh! Polisi bertukar lagi...

Catatan menarik ini dipetik dari Cikgu Siti Aini. Tq dear Cikgu!

-----

Alhamdulillah, saya berkesempatan menghadiri Majlis Perhimpunan Warga Pendidik Kementerian Pelajaran Malaysia pada 21 Julai 2009 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Beberapa perkara ingin saya kongsikan daripada ucap utama Menteri Pelajaran Malaysia, Y.A.B Tan Sri Muhyidin Mohd Yassin.

Empat dasar baru yang diperkenalkan sejak beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Malaysia :
1) Penetapan had 10 matapelajaran untuk SPM.
2) Memperkasa Sukan Sekolah.
3) Cadangan Bahasa Inggeris (BI) sebagai syarat lulus SPM.
4) Memansuhkan PPSMI mulai 2012 digantikan dengan MBM MBI (Memertabat Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris).

Dasar 1 :
Penetapan had 10 matapelajaran untuk SPM.
Senario pada hari ini, pelajar mendaftar terlalu banyak mendaftar matapelajaran dalam SPM dan berlumba-lumba mengumpul sebanyak mungkin A. Ini tidak selari dengan hasrat kerajaan untuk melakukan anjakan iaitu dari sistem peperiksaan kepada sistem penilaian yang lebih menyeluruh ( jasmani, emosi, rohani dan spiritual ). Secara tidak langsung mengabaikan perkembangan pelajar secara holistik. Aspek "soft skill" yang amat penting dikuasai oleh pelajar supaya mampu bersaing dalam pasaran kerja yang sangat kompetatif pada masa ini, hanya dapat direalisasikan melalui suatu sistem pentaksiran yang lebih menyeluruh . 10 matapelajaran adalah mencukupi bagi menilai kemampuan pelajar dari segi akademik. Secara tidak langsung, tekanan kepada pelajar dapat dikurangkan dan dapat memberi laluan kepada pihak sekolah untuk melebihkan aktiviti ko-kurikulum dan sukan.

Dasar 2 : Memperkasa Sukan Sekolah.
Jurulatih sukan akan ditempatkan di sekolah-sekolah bagi mengurus sukan di sekolah. Institusi Pendidikan Guru untuk melahirkan jurulatih sukan akan diadakan.

Dasar 3 :
Cadangan Bahasa Inggeris (BI) sebagai syarat wajib lulus SPM.
Rasional : Untuk memastikan anak-anak menguasai BI dengan baik supaya mudah mendapat peluang pekerjaan. Penguasaan BI yang baik juga adalah nilai tambah bagi diri pelajar-pelajar supaya mampu menceburkan diri dalam sektor yang berdaya saing tinggi dan mampu memenuhi pasaran global. Terdapat pihak yang melahirkan kebimbangan terhadap cadangan ini. Keputusan SPM 2008 yang lepas, hanya 26.9% pelajar luar bandar lulus BI. Sekiranya BI adalah syarat wajib lulus SPM, ini bermakna 73.1% pelajar luar bandar akan gagal di dalam SPM. Walaubagaimanapun, kementerian perlu terus berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan pelajar lemah bagi menguasai BI. 'Leveling up' perlu dilakukan kepada pelajar luar bandar supaya turut dapat bersaing dalam pasaran kerja yang kompatatif. Syarat ini masih dalam kajian dan cadangan.

Dasar 4 :
Memansuhkan PPSMI mulai 2012.
PPSMI akan mula dimansuhkan pada tahun 2012 dan pada masa yang sama mengambil tindakan yang drastik untuk memperkukuh BI. Dasar Memertabat Bahasa Melayu dan memperkukuh Bahasa Inggeris (MBM MBI) diperkenalkan sebagai ganti PPSMI.

Pengajaran Matematik dan Sains di dalam Bahasa Melayu adalah penting untuk pelajar memahami konsep Matematik dan Sains. Kajian saintifik yang dilakukan oleh beberapa pihak menunjukkan, pelajar lebih mudah memahami konsep Matematik dan Sains di dalam bahasa Melayu atau bahasa ibunda.

Data rasmi menunjukkan, pencapaian Matematik dan Sains terus merosot semasa PPSMI dilaksanakan. Keputusan UPSR 2008, 30.6% pelajar darjah enam gagal BI. Ini menunjukkan penguasaan BI yang masih lemah. Kesannya, guru-guru menghadapi masalah menggunakan BI di dalam P&P Matematik dan Sains. Hanya 6-8% sahaja guru menggunakan BI melebihi 90% sewaktu mengajar Matematik dan Sains dan peratus ini hanya tertumpu di sekolah bandar.


Ada pihak yang tidak bersetuju dengan pemansuhan PPSMI

dengan alasan anak-anak mereka tetap cemerlang walaupun PPSMI dilaksanakan. Sebenarnya hanya segelintir sahaja pelajar yang dapat menguasai Matematik dan Sains di dalam BI khususnya sekolah yang berada di dalam kawasan 'elit'. Pelajar yang sederhana pencapaian dalam BI juga sukar menguasai Matematik dan sains yang diajar di dalam BI, apatah lagi pelajar yang lemah BI. Hanya 8% sahaja pelajar yang mampu menguasai Matematik dan Sains di dalam BI dalam negara kita. Majoriti pelajar yang sederhana dan lemah akan terus ketinggalan. Situasi 'knowledge defisit' akan berlaku kerana pelajar tidak dapat menguasai ilmu Sains dan Matematik disebabkan masalah bahasa.

UNESCO memperakui bahasa ibunda adalah bahasa penghantar yang terbaik khususnya di peringkat rendah. UNESCO juga memperakukan matlamat pendidikan untuk semua menggunakan bahasa ibunda.

Insentif khas akan diberikan kepada guru-guru BI yang mengajar di luar bandar.

Saturday, June 27, 2009

Penderitaan Manusia menyesakkan dada

Sebenarnya posting ini telah lama dieramkan tapi tak berkesempatan untuk menetas dek masalah cuaca. Hujan ribut minggu baru ni memang betul2 mengesani kami. Imagine how our life is soooo dependent on this 'creature'. Ayah once said 'dabbatul ard' (binatang yang merayap di bumi) yang akan muncul sebagai tanda Hari Kiamat berkemungkinan besar adalah Internet. Ngeri membayangkan 'creature' ini mengawal kehidupan kita.

Anyway, Ummi nak kongsi 2 movie bertemakan latar belakang sejarah yang sama iaitu Holocaust. Maaf sebab detail sejarah ini pun masih Ummi telaah dan baca. (Banyak tol nak baca, seerah Nabi dan sahabat pun belum betul lumat!) Yang menyesakkan dada adalah kerakusan bangsa Jerman (di bawah pimpinan Adolf Hitler dan tentera Nazi) melakukan ethnic cleansing. Yang senak perut bila melihat kekejaman Jerman membunuh Yahudi secara beramai-ramai.

Ohh! Tapi di mata anak kecil Yahudi itu, mereka tidak mengerti. The Boy in the Striped Pyjamas menggambarkan persahabatan Bruno, bangsa Jerman dan Schmuel, bangsa Yahudi dengan sempadan kawat duri yang tulus tanpa prejudis berakhir dengan tragedi menyayat hati. Baca lagi di sini.Sebab itu apa yang harus kita fahami adalah TIDAK SEMUA bangsa Yahudi itu berhati busuk dan keji seperti Yahudi Zionis. Ah! Kita semua selalu dikaburi dengan prejudis bangsa dan stereotype. "Berlaku adillah kerana itu lebih dekat dengan taqwa," YB Nga Kor Meng memetik dari Al-Quran.


Dan movie kedua (Defiance) yang berkaitan menggambarkan kisah benar sekumpulan orang Yahudi yang diketuai oleh Tuvia Bielski dan 3 adik-beradik lelakinya yang melarikan diri ke dalam hutan di Bellarusia, Poland. Hebat betul kesungguhan mereka untuk survival di dalam hutan, malah ketika musik sejuk 3 bulan dengan bekalan makanan terbatas! Baca lagi di sini.

Seharusnya, Yahudi Zionis merefleksi kejadian survival keturunan mereka ini dengan warga Palestin yang hidup dalam pelarian hari ini. Sekali lagi...mengapa sejarah tidak dijadikan iktibar dan pedoman buat manusia? Tidak buat golongan Yahudi Zionis ini, kerana mereka dinukilkan oleh Allah dengan jelas sebagai golongan yang TIDAK AKAN REDHA dengan Islam selama-lamanya!

Ya, penderitaan manusia memang benar-benar menyesakkan dada, jika kita benar-benar berfikir dan mengambil iktibar darinya. Anak-anak Ummi, renunglah kehidupan orang yang lebih susah dari kita, tidak sesihat kita dan tidak sebahagia kita...pasti kita akan BERSYUKUR! Usah diungkit apa yang kita tiada, tapi lihatlah apa yang kita ada.

Sunday, September 14, 2008

ISA lagi? untuk jaga ketenteraman siapa agaknye?

KENYATAAN MEDIA
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia

14 September 2008

JIM KECAM PENAHANAN AHLI POLITIK, WARTAWAN DAN PENULIS BLOG DI BAWAH AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA)

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) mengecam undang-undang tanpa bicara seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan penggunaannya ke atas Ahli Parlimen Seputeh yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok, wartawan akhbar Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng dan pengendali laman blog Raja Petra Kamaruddin.

JIM ingin menegaskan bahawa prinsip keadilan amatlah penting dalam perundangan. ISA menyalahi prinsip keadilan kerana mereka yang ditahan dinafikan hak untuk “tidak bersalah sehingga disabitkan kesalahannya” , dinafikan hak bela diri, dinafikan khidmat guaman dan boleh ditahan selama-lamanya tanpa dihadapkan ke mahkamah.

Walaupun wartawan Tan Hoon Cheng kemudiannya telah dibebaskan selepas 16 jam ditahan, namun JIM mempersoalkan penahanan tersebut atas kononnya untuk melindungi beliau daripada ancaman ke atas keselamatan beliau. Ini menurut Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar dalam sidang akhbar di Ibupejabat Polis Bukit Aman pada 13 September 2008. Bukankah suatu yang amat pelik apabila seseorang ditahan di bawah ISA untuk menyelamatkan beliau daripada ancaman keselamatan sedangkan lazimnya seseorang ditahan kerana beliau dituduh memudaratkan keselamatan negara?

Apakah dengan ini wartawan tersebut perlu berterima kasih kepada Kerajaan atau sepatutnya menyaman Kerajaan kerana merampas hak kebebasan beliau sebagai warganegara dengan alasan yang tidak munasabah langsung?

Perbuatan menuduh tanpa sebarang bukti adalah perbuatan yang haram dari sudut Syariah, kerana ianya sendiri merupakan sebab utama kepada keadaan huru-hara di kalangan masayarakat yang hilangnya kepercayaan antara satu sama lain.

Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Hujurat ayat 6, penyebaran perkhabaran dan maklumat yang tidak sahih lagi meragukan menyebabkan berlakunya pertimbangan yang tidak adil, lantaran mengundang kepada musibah fitnah yang melanda masyarakat.

Riwayat hadith Ibnu Majah dan Abu Dawud menyebutkan bahawa kadi yang menetapkan hukuman kepada seseorang bedasarkan sumber-sumber bukti yang tidak benar akan dicampakkan ke dalam api neraka sewajarnya cukup menjadi pengajaran bagi kerajaan untuk mengutamakan prinsip keadilan Islam yang rasional berbanding dengan sentimen-sentimen perkauman yang rapuh dalam menjaga kemaslahatan masyarakat.

JIM mengesyorkan mana-mana pihak yang terkesan dengan sebaran awam yang dianggap menghina Islam supaya tampil proaktif dalam memberikan penjelasan yang bernas terhadap isu-isu yang dibahaskan. Islam tertegak di atas nas dan dalil Al-Quran dan Sunnah yang jelas. Tuntutan untuk mengemukakan hujah-hujah Islam secara berhikmah dan beradab sudah termaktub di dalam riwayat hadith-hadith yang sahih.

JIM memandang penahanan wartawan Tan Hoon Cheng seolah-olah beliau bertanggungjawab ke atas kontroversi kenyataan perkauman Ahmad Ismail sebagai tidak wajar kerana Ahmad Ismail dan pengikut beliau sendiri yang sengaja memberikan provokasi perkauman tanpa sebarang kawalan emosi di hadapan wartawan-wartawan.

Penahanan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok pula merupakan satu ketidakadilan kerana dakwaan bekas Menteri Besar Selangor keatasnya telah dinafikan sekeras-kerasnya. Malah, masjid di Damansara yang dikatakan disuruh perlahankan bunyi azannya telah memberi penjelasan bahawa azan tidak berbunyi dengan kuat kerana alat pembesar suara azannya mengalami kesulitan teknikal, bukannya kerana ditentang penduduk bukan Islam.

Penduduk bukan Islam di kawasan perumahan sekitar sebuah masjid di Puchong pula dilaporkan hanya memohon supaya diperlahankan penggunaan pembesar suara untuk majlis kuliah bacaan ayat al-Quran, bukannya azan itu sendiri.

JIM berpendirian jelas bahawa apa juga alasan yang dinyatakan kerajaan atas episod penahanan terbaru ini samada sebagai “pencetus polemik ketakutan” atau “pencetus kegawatan”, ianya seharusnya boleh ditangani dengan pelbagai akta lain yang sedia ada.

Tindakan menggertak dan menangkap blogger, wartawan, para pengkritik dasar kerajaan khususnya dari kalangan parti pembangkang tanpa hujah yang konkrit hanya akan mengundang kemusykilan rakyat terhadap motif dan keikhlasan kerajaan dalam melaksanakan perubahan pasca Pilihan raya Umum ke-12 terutamanya dalam konteks lanskap politik negara kini. Tindakan ini hanyalah mengesahkan lagi bahwa ISA digunakan untuk tujuan politik parti pemerintah.

JIM amat kesal dengan tindakan parti politik pemerintah yang sanggup memainkan isu sensitif seperti perkauman dan agama demi untuk menutup pelbagai kelemahan kepimpinan sedia ada. Sebaliknya, adalah lebih baik pihak kerajaan berusaha menyelesaikan pelbagai kemelut yang terjadi di dalam negara sekarang ini tanpa menggadaikan suasana keamanan yang sedia ada. Hentikan politik perkauman, fitnah dan tuduh menuduh tanpa bukti lagi tanpa bicara dan kembalilah kepada Syariat Islam.

JIM menggesa Kerajaan untuk membebaskan Teresa Kok, Raja Petra dan tahanan-tahanan ISA yang lain dengan serta merta atau dakwa mereka di mahkamah. Nasib tahanan yang ditahan dalam tempoh yang lama sehingga 7 tahun juga perlu dibela.

Sebagai anggota aktif gabungan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), JIM menyeru rakyat yang prihatin untuk turut tampil membantah ISA dan penahanan berhubungnya melalui program-program yang dianjurkan oleh GMI. Dalam tuntutan keadilan dan kebenaran, tidak ada batasan agama, kaum atau budaya.


Syed Ibrahim Syed Noh
Timbalan Presiden

Thursday, September 4, 2008

MASJID ORANG TUA VS MASJID ORANG MUDA


Bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini, umat Islam tidak kira tua atau muda, kaya atau miskin akan berlumba-lumba mengerjakan ibadat. Saban malam, masjid dan surau akan dipenuhi dengan saf-saf manusia yang tidak mahu melepaskan peluang ganjaran tidak ternilai dari Allah s.w.t. Malah, terdapat surau dan masjid yang mengadakan majlis berbuka puasa setiap hari hasil sedekah dan infaq ahli qariah. Subhanallah, betapa indahnya bulan ini apabila segala kebaikan terhimpun di dalamnya.

Untuk catatan ini, saya berminat untuk menarik perhatian kita semua tentang senario beribadah di negara kita. Kebiasaannya, masjid dan surau diuruskan oleh golongan-golongan tua atau senior. Mungkin, setelah umur pencen, apa lagi yang mereka ingin lakukan melainkan memperbanyakkan ibadah dan merehatkan diri di rumah Allah. Dari urusan tok siak, pemegang kunci, muazzin, imam, hinggalah ke urusan mencuci tandas dan juga menghidangkan makanan. Sejuk juga hati melihat ada anak muda yang ikut membantu. Namun, senario yang biasa kita lihat adalah masjid menjadi milik orang-orang tua.

Anak-anak kecil ke Masjid

Panggilan untuk menunaikan solat sunat terawih menyebabkan ibu-ibu muda yang mempunyai anak-anak kecil turut sama hadir tidak mahu melepaskan peluang beribadah ini. Apakah sifat semulajadi anak-anak kecil? Duduk diam atau berlari? Pastinya mereka akan membuat bising dan menangis ketika bermain. Melainkan terdapat ruang khas di pinggir kawasan solat untuk mereka bermain. Jika tiada, nasib tak baik lah anak-anak kecil ini dimarahi oleh nenek atau datuk jemaah masjid. ”Apa bising-bising ni? Orang nak solat buat bising!!” Paling ringan, mereka akan ditenung tajam oleh jemaah yang lain. Ini lah nasib anak-anak kecil ini. Apakah jalan selamatnya? Jangan bawa anak-anak kecil ke masjid. Titik.

Saya juga berpeluang menunaikan solat di masjid sebuah universiti Islam berhampiran. Mungkin kerana jemaahnya adalah di kalangan Islam bukan-Melayu dan juga pelajar yang telah mempunyai anak, mereka tiada pilihan selain daripada membawa anak-anak kecil ini ke masjid. Allahu akbar! Hiruk pikuk dan penuh kanak-kanak berlarian ke sana sini. Hairan bin ajaib, tiada suara jemaah yang mengherdik mereka. Saya selesa di sini. Saya tidak terganggu beribadah walau pun ramai lagi anak-anak kecil lain. Tidak ramai orang-orang tua di sini. Yang berdiri, rukuk dan sujud kebanyakannya adalah orang-orang muda.

Saya tidak mengatakan masjid ini lebih mulia dan afdal. Tapi, saya menggambarkan sebuah masjid yang children-friendly. Masjid yang menjadi tempat berpaut hati anak-anak muda untuk terus mengimarahkannya. Apabila anak-anak kecil diraikan kehadirannya di masjid, sampai besar pun mereka tidak malu alah untuk menjejakkan kaki ke sana.
Sampai bila akan ada label masjid orang tua dan masjid orang muda pun saya tak tahu. Seharusnya, masjid itu adalah tempat berkumpul semua ahli qariah dan pusat aktiviti sosial. Tidak perlu dilekatkan papan tanda besar larangan-larangan yang tidak munasabah seperti ’Dilarang Tidur’ dan ’Had untuk anak-anak bawah umur 7 tahun’. Wallahua’lam.