Sunday, January 10, 2010

HAJJ 1430H: Allah answered our prayer (5)

Alhamdulillah, setelah tidur sejenak dan bangun semula pada jam 11.30 malam, adik Ummi, Marwah (Wawa) dan suaminya, Shahrul (Sagol) datang ke khemah kami. Adik Ummi yang sedang menuntut di Jordan datang untuk mengerjakan haji bersama sekumpulan mahasiswa dari Jordan. Dengan perbelanjaan tidak sampai RM2,000.00, mereka menaiki bas selama hampir 2 hari dari Jordan ke Madinah dan ke Mekkah. MasyaAllah! Adventurous betul! Story Wawa kena baca kat sini.

10 Zulhijjah, 11.30 malam hingga 11 Zulhijjah, 2.30 pagi

Malam itu, kami (Ummi Abi, Wawa Sagol) dan 3 pasangan (teman sebilik Ummi Abi: Kak Sarinah & suami, Kak Yati & suami, Kak Fuziah & suami) berjalan kaki menuju Mekkah. Bunyi macam hebat je. Hehe…sebenarnya dengan kefasihan adik Ummi dan suami yang boleh bercakap bahasa Arab pasar, memudahkan kami untuk balik menaiki ‘public transport’ ke Mekah. Kami berjalan dari kawasan khemah di Mina ke ‘town’ Aziziah selama 1 jam. Dari situ, kami menaiki pick-up truck (kenderaan yg dah ‘tua’ dan pemandu yang ganaz!) menuju ke Mekkah. Orang tempatan akan sebut, “Al-Haram! Al-Haram!” sebagai tanda kereta sapu mereka menuju ke Mekkah. Perjalanan sejauh 7km tersebut mengambil masa 2 jam, kerana kesesakan jalanraya!!

Sagol dan Abi, berjalan melalui terowong Muaissem

Hampir saja rasa putus asa untuk menaiki pick-up truck tersebut kerana ‘traffic jam’ yang terlalu teruk. Ingin saja turun dan berjalan kaki pulang ke Mekkah. Tapi mengenangkan rakan sebilik yang agak berumur, kami teruskan menaiki truck tersebut.

Pemandu truck menurunkan kami berhampiran dengan Masjid Kucing (di belakang kawasan sa’ie, spesifiknya di Marwah). Dan kami berjalan pulang ke hotel dan jam sudah menunjukkan pukul 2:45 pagi. Penatnya tak terkata dan kami terus tidur untuk mendapatkan semula tenaga demi meneruskan manasik haji pada esok hari.

Tawaf dan Sa’ie Haji

Setelah selesai Tawaf Haji

Selesai menunaikan solat Subuh di bilik hotel dan juga MANDI selepas 3 hari tidak mandi (sejak 8 Zulhijjah), alhamdulillah terasa segar dan bertenaga semula. Kami berempat (Ummi, Abi, Wawa dan Sagol) berjalan menuju Masjidil Haram untuk melaksanakan Tawaf Ifadhah atau tawaf rukun bagi manasik haji kami. Subhanallah, kami bernasib baik kerana ruang tawaf tidak terlalu padat. Dalam masa 30 minit kami dapat menyelesaikan ibadah tawaf dengan penuh ketundukan dan kerendahan hati. Moga Allah terima ibadah haji kami!

Memandangkan kami belum bersarapan, Abi membuat keputusan agar kami bersarapan pagi terlebih dahulu sebelum meneruskan ibadah sa’ie haji. Ke manakah lokasi sarapan kami? Kami makan chocolate bun dan cinnamon roll di salah satu cafĂ© di dalam As-Sofwah Mall berhampiran Pintu Malik Abdul Aziz (pintu 1). Nyum..nyum. Alhamdulillah, bila perut dah kenyang, kami pun masuk semula ke dalam masjid dan naik escalator untuk ke Tingkat 4, ruang paling atas di kawasan sa’ie.

Sarapan kami berempat bernilai SR40++. Kenyang amat sangat!

Abi melaksanakan ibadah sa’ie dengan birasnya, Sagol, dan Ummi pula dengan Wawa (mereka berjalan lebih laju dari kami..huhu) Banyak perkara yang Ummi dan Wawa bualkan selepas itu. The best moment with my sister that I would never forget. Luv u Wawa!!

Ummi dan Wawa di Aras 4 tempat sa'ie

Sampai di Marwah setelah 7 pusingan, maka selesailah sa’ie haji kami. Dan syukur Alhamdulillah gugurlah baki 3 larangan ihram kami, menandakan kami telah bebas dari kesemua 13 larangan ihram.

Pulang ke Mina

Selepas solat Zuhr dan makan nasi Kabsah yang dibeli dari Tazaj (ala-ala fastfood tapi jual nasi Mandi, Maklouba dll.), kami menaiki pick-up truck di hadapan hotel menuju ke Mina. Kali ini, bahagian belakang truck terbuka. Oleh kerana ruang duduk dalam truck terhad, Abi, Sagol dan tiga lagi rakan kami menaiki bahagian truck yang terbuka di belakang. Wah! Enjoy la Abi.

Menaiki truck balik ke Mina

Mabit dan bermalam di Aziziah

Selepas mabit atau bermalam sebagai cukup syarat kami menghidupkan masya’eril haram, Ummi dan Abi bergabung dengan rakan-rakan Wawa dan Sagol, iaitu Ukht Asma’ dan suami serta Akh Khairi, berjalan pulang ke motel mereka di Aziziah. Kami berjalan lagi!

Dari kiri: Wawa, Sagol, Abi, Aiman, Asma', Khairi. Kami berjalan bersama mereka pulang ke motel di Aziziah

Malam terakhir kami di khemah di Mina

Menarik juga motel Wawa. Setiap unit ada 3 buah bilik dilengkapi bilik air dan dapur (boleh masak tapi tong gas dah hilang diambil orang). Ada kemudahan mesin basuh dan juga peti ais.

12 Zulhijjah: Kami nafar awal

Pagi itu, Sagol bawa kami bersarapan di mat’am (restoran) makanan Arab. Kami makan nasi dengan ayam golek dan juga ayam yang dipanggang atas bara. Kerja pelik juga pagi itu adalah kami minum air gas. Haha! Ini gara-gara makan nasi Arab (tak tau apa namanya) hingga kekenyangan. Itu pun kami ‘tapau’ (bungkus balik) sisa nasi, roti dan ayam yang tidak dapat kami habiskan. Burp! Alhamdulillah.

Selepas solat Zuhr, kami mulakan perjalanan kembali ke Mina untuk melontar ketiga-tiga jamrah buat hari terakhir (kerana kami melaksanakan Nafar Awal). MasyaAllah! Umat sangat ramai kerana selepas Zohr adalah waktu afdhal melontar. Unit polis yang bertugas mengawasi pergerakan para jemaah. Kami memilih untuk melontar di Aras 4 kompleks Jamarat kerana Aras 1 terlampau sesak. Kami sempat bergambar di ruang lapang selepas Jamrah Aqabah tetapi awas kerana guard mengarahkan kami bersurai segera.

Berjalan menuju Aras 4 Kompleks Jamarat

Abi and the boys al-hajj

Alhamdulillah tamat sudah KESEMUA manasik haji kami dan sekarang masanya untuk pulang terus ke Mekkah.

Jalanraya…jalan-jalan…

Jalanraya sesak dengan manusia, laluan kenderaan penuh dengan bas yang beratur tapi tidak dapat bergerak keranan kesesakan jalan. Sagol ada bertanyakan harga penumpang menaiki bas atau truck pulang ke Al-Haram, tetapi harga melambung tinggi! Dari sekepala SR50 ke SR100 dan juga SR200. Mahalnye! Akhirnya kami memutuskan untuk berjalan kaki terus ke Mekkah. Jarak yang harus ditempuh adalah 7 km.

Pemandangan jalan menuju ke Al-Haram dari Kompleks Jamarat

Bermacam ragam manusia

Fuhh! Bermacam ragam pemandu motorsikal, pick-up truck, bas di atas jalanraya. Bingit dengan bunyi hon. Penumpang dipadatkan di dalam dan di atas bumbung kenderaan. Kami pula enjoy berjalan kaki di kaki lima jalan, melalui simpang-simpang, menelusuri 2 buah terowong dan akhirnya setelah hampir TIGA jam berjalan kaki, kami sampai di Masjidil haram, tepatnya di ruang lapang berhampiran kawasan sa’ie.

Dan Ummi Abi seterusnya pulang ke hotel, manakala Wawa dan Sagol beserta 3 orang rakan mereka meneruskan perjuangan mereka untuk menunaikan Tawaf Wada’ memandangkan mereka akan menaiki bas pulang ke Jordan pada malam itu juga.

Penat dan puas tak terungkap dengan kata-kata. Kami hanya mengharapkan ibadah kami tidak dicemari dengan niat terpesong, dosa-dosa dan kata-kata yang keji. Alhamdulillah selesai sudah.

Perjuangan seterusnya adalah berISTIQAMAH mengutip 100,000 pahala bagi setiap kebaikan yang dilakukan, dengan menunaikan solat berjamaah di Masjidil Haram. Apakah Ummi Abi sudah ‘menang’ atau ‘ujian’ kami baru sahaja bermula? Wallahua’lam.

1 comment:

Anonymous said...

belajar banyak