Wednesday, May 6, 2009

Fikir dan Zikir



Fikir dan Zikir I: Dinosaur datang!!

Hujung minggu pertama bulan Mei baru-baru ni, Ummi Abi free daripada komitmen program yang biasanya penuh. Bila Abi tanya, "ok,nak bawa anak2 pegi mana?"...fikiran Ummi pun melilau untuk mencadangkan tempat menarik dan sesuai untuk anak-anak. Maklumlah, kami tiada kampung (the real kayu papan house in rural area). Popo TokBun (Abi's parents) stay in Bukit Jelutong and Opah TokAbu (Ummi's parents) stay in Tmn Sri Ukay. Hehe...kira2nya Bukit Jelutong tu jauh sket la (kurang dari sejam..kiki).

Kebetulan Ummi nampak iklan pada billboard di persimpangan Setiawangsa-Desa Tun Hussein Onn, mengenai Pameran Monsters & Dinasours di MidValley Mall. Apa lagi!! Ni peluang menarik.

Alhamdulillah pada 2 Mei, immediately selepas selesai solat Asar kami menuju ke MidValley. Ummi tak suka sangat datang sini sebab mall yang terlalu besar dan sangat ramai orang. Pameran Dinasours di Hall 3, Aras 3. Tiket yang kami beli berharga RM12 untuk Dewasa dan RM8 untuk Kanak2. Ulya dan Ulwan under-age, so FREE!

Ruang pameran tidak terlalu besar, dimulakan dengan pameran semut, tarantula, rama-rama di ruang depan. Dan ruang belakang adalah dinasour yang famous seperti T-Rex, yang ada tanduk tiga, yang ekor panjang..(sori x ingat nama). Dinosaur2 ni dikawal oleh robot mekanikal yang bergerak seperti real, ditambah dengan sound effect dan suasana seperti di dalam hutan menyebabkan anak2 Ummi teruja melihat makhluk Allah yang telah pupus ni.

Apa yang menarik adalah persoalan2 yang ditanyakan oleh anak-anak dari pemerhatian mereka. Terutamanya dari Umar dan Ulya, seperti:
"Dinasour makan apa, Ummi?"
"Dia makan orang ke?"
"Kenapa badan dia macam tu?"
"Kenapa bunyi dia macam tu?"
..dan macam-macam soalan lagi.

Bila balik rumah, Ummi ajak anak-anak belek ensiklopedia tentang Dinosaur. Semakin berfikir mereka tentang ciptaan Allah ni. Ummi sebut yang sebelum Nabi Adam diusir dari syurga dan dihantar ke bumi lagi, dinosaur telah dimusnahkan Allah, sebagai persediaan manusia hidup di bumi.

Kalau anak seusia Umar (6 tahun lebih), penceritaan perkara yang 'real' adalah sangat penting untuk dikaitkan dengan kehidupan yang nyata. Fikir dan Zikir! May Allah grant him wisdom to realize that the most real and eternal is PARADISE LIFE. Amin ya Rabb!


Fikir dan Zikir II: Laskar Pelangi

Ingat lagi obses Ummi tentang novel bersiri Laskar Pelangi tulisan Andrea Hirata, dari Pulau Belitong? Lihat sini. Surprise2! Isnin baru ni, Ummi dikunjungi teman baik Ummi, Dr. Aisyah (married to Indonesian and currently staying in Jakarta) yang pulang ke Malaysia untuk renew visa anaknya, Hamzah. Aisyah hadiahkan Ummi VCD Laskar Pelangi yang dah lama Ummi tunggu2. Yea!

Balik rumah, Ummi ajak anak2 tonton bersama. Tapi berhari2 anak2 tengok sebab kena tido awal. Movie yang diadaptasi dari novel LP ini mengangkat scene yang betul2 menarik dari keseluruhan kisah Ikal, Lintang dan Mahar yang bersekolah di SD Muhammadiah, Gantong (di Pulau Belitong).

Sambil menonton bersama, Ummi Abi ajak Umar berfikir, berkaitan dengan scene dalam movie tersebut.
"Tengok abang tu pegi sekolah naik basikal jauh-jauh, kena lalu kawasan buaya melintas lagi. Syukur Umar pegi sekolah naik kereta kan?"
"Sekolah dia buruk je, hujan je, kelas banjir."
"Abang tu belajar sungguh-sungguh waktu malam, pasang lampu pelita je."

Alhamdulillah, anak kecil ni berfikir dan dia buat kesimpulan, "Kena belajar rajin-rajin baru jadi pandai ke Ummi?" Ummi senyum meleret mengiyakan. "Umar kena bersyukur dapat semua yang Allah bagi, kena lagi rajin belajar."

Next target, nak buat tayangan video untuk Kelab Kelas Tahun 1 Al-Amin. Moga ada iktibar buat semua untuk terus Fikir dan Zikir.