Thursday, April 23, 2009

Destinasi 1: Auckland

Kiwiland! Here we come!

Alhamdulillah Allah izinkan kami mengembara ke bumi Kiwi i.e. New Zealand. Kata adik2 pelajar di sini, dinamakan Kiwi kerana ada buah Kiwi, burung Kiwi dan orang aslinya pun dipanggil Kiwi. Comel kan?

Perjalanan bermula pada 2 April, 9.30pm dengan flight MAS selama hampir 10 jam (dah tak ingat brp jam travel). Naik MAS ni memang best sebab selesa dan makan sangat nyummy!

Klakar betul bila Ulwan nampak kapalterbang lain dr tingkap sblm kami take-off, dia kata, "Nak naik kapatebbang!" Alahai sayang, kita dah memang naik kapatebbang la ni. Hihi..cumel2!

Ulwan was so excited and he didn't want to get buckled-up (another challenge for Ummi)

Suhu pada siang hari tidak terlampau sejuk, sekitar 18-20 degree Celcius. Menjelang petang (maghrib masuk jam 6.30 petang), kedinginan makin mengigit dengan suhu 16-17 degree. Kalau terbuka tingkap sikit pun terasa sejuk.

Berikut ringkasan perjalanan Ummi dan Ulwan..Abi ikut bro-bro main jauh2..hihi..

4 April - Rehlah di Outwithe Park dengan adik-adik Auckland Uni. Ulwan berjumpa sang kekasihnya, Kak Sarah. Ahaks. Sarah who? ...dan pada sebelah petang pula, Ain, Samey dan 2 sisters lagi bawa kami naik bas ke Mission Bay dan belanja kami makan aiskrim sambil menikmati pemandangan indah. Subhanallah! Burung seagull yang besar berterbangan, keluarga mat salleh berpiknik dan berekreasi di tepi pantai.

^ At Mission Bay

^ Ulwan makan aiskrim..lebih banyak tumpah dari makan..


I lurvvv this photo so much. It's only me missing..huhu..

6 April - Hantar Abi ke airport untuk Abi pegi Wellington (dalam 2 jam fly dr Auckland).Heading south. Kemudian Kak Ain bawa Ummi dan Ulwan jalan2 kat Harbour Port dan naik bas balik dari Britomart Transport Centre.


7 - 8 April - Ummi join excursion sisters ke Rotorua, empat jam perjalanan ke selatan pulau. Dengan 9 biji MPV hijau menyala, bertemakan 10 ciri muwasofat 
Muslim, kami menuju ke persinggahan menarik berhampiran Rotorua. Kami naik gondola
 untuk ke bukit tinggi berhadapan dengan sebuah tasik besar. 

Dari atas, kami dapat melihat pemandangan yang sangat indah serta udara yang sangat nyaman. Aktiviti kami yang bezz dari atas ni adalah meluncur turun bukit melalui trek sedia ada (ada 3 laluan: scenic, intermediate dan advanced) dengan LUGE!


First time turun, Ummi sorang je sebab Ulwan jual mahal. Second time dapat jugak bawa Ulwan (berkat gula2 dan coklat imbuhan kakak2). Dari bawah, kami akan menaiki chair lift. Tergantung2 di udara dan kabel membawa kami naik semula perlahan2. Fuh!

Selesai semua urusan, kakak2 bentang tikar atas padang rumput utk solat dan makan. Dek suhu yang sejuk, makanan yg awalnya panas dah menjadi dingin. Takpelah...lapar2 dlm kesejukan ni, makan apa pun enak rasanya..apa lagi kalau makan beramai2.














Singgah makan dan solat di Hamilton Garden Park :: Dari puncak bukit berhadapan tasik Rotorua 








9 April - Last day in Auckland. We picked up Abi from airport early in the morning and Ain bawa kami singgah di Cornwall Park dan menuju ke puncak yg dinamakan One Tree Hill (ishh..macam kenal je nama ni). Sangat..sangat..sangat sejuk (belum time winter lagi!). Ummi tak benarkan Ulwan keluar dari van sebab dia tak bawa extra jaket. Sejenak sahaja kami di atas cukup untuk merasai nikmat dan bersyukur atas kurniaan Allah dengan ciptaanNya yang sangat indah. Pasti ia bukan sia-sia.

One Tree Hill, Cornwall Park

Petang, sisters bawa kami round untuk hari terakhir, ke Davenport, menaiki feri. Di tanah seberang ini, kami melihat dari dekat kapal layar dan pelangi muncul selepas hujan gerimis. Subhanallah! Mulut pun ada kudap2annya...coklat!! Hehe...(Ummi gemok..gemok!) Pulang dari Davenport, kami singgah di kedai souvenirs untuk beli hadiah utk orang2 tersayang di Malaysia.


Nak beli bawa balik tak dapat la ye..

Di Davenport...(sangat susah ambil gambar Ulwan)


The end of the first stop. Take a deep breath...Next day...there'll be another pit stop, with new people, and other experience interestingly to find.

Luv u all sis!! 

1 comment:

samirah said...

Salam alaykum kak Anfal..Huhu..rindunya saat2 itu..Datangla semula ke bumi Kiwi ini =)..Maaf atas segala kekurangan sepanjang keberadaan akak dan keluarga di sini..
Terima kasih atas huluran ukhuwwah yg diberikan..
Jazakillah khair ukhti ..
Moga bertemu lagi =)
Luv u fillah..