:: With my best buddies in JKPW, Kak Roha & Mck.Ros
Saban tahun, Ummi wajib hadir Perhimpunan Perwakilan Wanita Nasional (PPWN) dan juga Perhimpunan Perwakilan Nasional (PPN) JIM. Tahun lepas di Pulau Pinang, semua gerabak Ummi diangkut bersama. Tahun ini di Cheras. Jadi anak-anak tinggal di rumah dengan Bibik. Keluar pagi-pagi, balik malam-malam. Ummi pun dah mula dapat komplen Ulya girl,"Nape Ummi balik lambat?"
Tapi anak-anak Ummi sayang, alhamdulillah Ummi pergi TIGA hari bukan saja-saja, bercuti atau rilek2. Ummi dengar Mbah PM Dr Har berucap panjang tentang gagasan wanita pemangkin perlaksanaan syari'ah. Fuh...untuk anak-anak juga dari Generasi Z mewarisi dan menikmati syari'ah ini. Ummi dengar atuk nenek pakcik makcik bahas ucapan panjang Atok Zaid Presiden JIM.
:: Atok & Opah datang sbg tetamu
Ya anak-anak. Tok Abu, Opah, Ummi dan Abi dan semua yang gigih ini berusaha bersungguh-sungguh untuk menegakkan Islam agar rahmat syari'ahnya dirasai oleh semua. Dirasai generasi anak-anak hingga akhir zaman.
Kali ni, Ummi diberi ruang berbahas ucapan Mbah Dr Har dan juga Atok Zaid. Baru sebut nama Ummi giliran keberapa, jantung Ummi dah berdegup laju. Opah Ros kata baca Alam Nasyrah 7x letak tangan kat dada. Huwaa...lajunya jantung Ummi. Jatuh pengsan ke nanti nak naik pentas, berdiri kat rostrum, bercakap kat microphone menghadap 400 orang perwakilan dan pemerhati. Rabbisyrah li sadri...
Ummi yang kedua selepas YDP JIM Selangor. Cakap aje lah apa dah rancang nak cakap. Mata Ummi tak pandang orang, terus letak jauh di dinding nun. Bismillah tawakkal 'alalLah. And Yes I did it.
Jangan segan jangan malu, anak-anak Ummi pasti boleh menyatakan satu hari nanti; "Ya! Islam agama yang benar di sisi Allah. Tiada lain yang lebih tinggi darinya melainkan ia."
AllahuAkbar!
3 comments:
alhamdulillah.. tahniah ummi. ada gaya laa..gaya YB
tahniah!
satu ucapan perbahasan yang mantap! hebat betul ummu umar nih!
-najah-
takbiiirrrr!!!ALLAHU AKBARRR!!! :)
Post a Comment