25 Disember 2002 - tarikh keramat buat Ummi Abi dan seluruh warga keluarga Hj Saari dan juga Hj Mohd Zain. Bukan kerana ia cuti umum dek sambutan Krismas, tapi kerana lahirnya anak sulung dan juga cucu sulung bagi kedua-dua belah pihak keluarga. Wah! Special benar anak ini. Kami namakan 'Umar agar kewibawaannya seperti Dua Umar - Al-Khattab dan Abdul Aziz.
Dan hari ini), anak Ummi dah ENAM tahun. Haha..walau pun dari awal tahun kalau orang tanya umur brp?..Ummi jawab enam. Tahun depan TUJUH sbb masuk Darjah SATU.
Lagi seminggu lebih, Umar dah nak masuk sekolah..comel2! Pakai baju seragam biru, kopiah putih, stokin putih dan kasut hitam dengan menggalas beg besar dr empunya badan. Alhamdulillah sebelum berpergian empat hari, Abi bawa kami sekeluarga outing untuk beli kelengkapan sepatutnya dan belanja lunch di luar. Kata Abi, "Kita celebrate birthday Umar awal sehari lah. Esok Abi takde."
Malamnya, Umar tanya pulak, "Kalau birthday tak payah beli kek ke?" Hmm...rasanya semua kanak2 di dunia ini expect kek untuk birthday masing2 saban tahun, kan? Ummi pula, tak mahu idea tu tertanam dalam fikiran anak-anak Ummi. Kek tu tradisi, tak perlu jadi ikutan kalau kita ada cara sendiri. Takde kek = tak best la birthday tahun ni. Apa yang lebih penting adalah kebersamaan ahli keluarga dan orang yang tersayang (boleh makan benda lain yg best selain kek kan?) Serta yang paling penting ingatan dan juga do'a.
Ummi masih ingat semasa di Tingkatan 4, Ayah tak ingat langsung birthday Ummi. Beberapa hari lepas tu Ayah hadiahkan jam tangan, dan Ayah kata jam ni tak seberapa banding dengan Ayah lupa yang hari tu birthday Ummi. "yang penting ingatan," kata Ayah Ummi. Isk..isk..terharu2.
Ummi do'akan Umar dapat hadiah terbaik buat diri sendiri dengan pencapaian cemerlang-- hafal Al-Quran, jadi anak soleh dan pemimpin yang baik buat adik-adik. Tak dinafikan anak kecil pasti menilai barangan material sebagai imbuhan terbaik baginya kerana nilaiannya masih pada perkara konkrit bukan abstrak (cth: kasih sayang, akhlaq dll). Namun, kita ibu bapalah yang mencorakkan minda mereka agar timbangan kebahagiaan bukan terletak pada material semata-mata.
Ya Allah, jadikanlah anak ini orang yang bertaqwa dan menjadi imam bagi orang-orang yang bertaqwa. Amin!
1 comment:
Happy befday Umar. Semoga menjadi anak dan abang yang soleh. Jadi contoh kat adik2 ya..
Post a Comment