Thursday, December 25, 2008

Bengkel Seni di Kg.Fajar berakhir..what's next?

Selesai menerima hadiah, semua peserta bergambar dengan YB dan isteri dgn Bro.Artis berlatarbelakangkan lukisan mural yang telah diwarnakan.


The other side of wall

Rezeki berkroni dengan YB (ehem..ehem)..Allah buka ruang dakwah untuk masuk ke dua lokaliti ini - Kg.Fajar dan Taman Warisan. Besar juga jurang perbezaan Ummi dan mereka. Cara cakap, kefahaman Islam dan budaya hidup.

Alhamdulillah, dengan semangat mesti berani cuba perkara baru...akhirnya Bengkel Seni siri terakhir di Kg.Fajar telah berjaya dilaksanakan pada 23 Disember lepas. Untuk jadi momento..bengkel ini telah dijayakan oleh bro. artis kita - Abg Mun dan Abg Amin yang telah sehari lebih awal melakarkan outline untuk anak2 ini mewarnakan lukisan mural di dinding dewan tinggalan UMNO ini. Fuh! Fenin juga menenangkan kanak2 seramai 25 orang ini daripada bergaduh berebut ruang dinding untuk mengecat, warna dan lain-lain.

Selama hampir dua jam mengecat (rasa sekejap je dua jam berlalu), akhirnya siaplah dinding penuh warna-warni hasil kerja tangan anak2 Kg.Fajar.

Tepat jam 11pagi, kami hentikan kerja-kerja akhir dan meminta mereka menjamu selera nasi impit kuah kacang yang disediakan oleh ibu2 di situ. Tak lama lepas tu, YB Pak Abu datang dengan isterinya dan PA nya (adik lelaki Ummi) untuk sesi penyampaian hadiah. Tak sia-sia Opah simpan goodie bags dr kenduri2 kahwin sebelum ni, dpat recycle utk jadi beg berisi hadiah untuk anak2 ini. Semua pun gembira. Alhamdulillah.

Persoalan besar menanti..apa SELEPAS ini? Dakwah ibu-ibu perlu dimulakan secara KONSISTEN! Mereka dahagakan ilmu dan fikrah untuk mencorakkan anak2 ini. Sayang seribu kali sayang jika anak2 ini membesar dan ada yang terjebak dgn najis dadah (menurut salah seorang makcik di sini, kekabu yang dah berbuah di pohonnya berhampiran dgn dewan tmpt kami berprogram - akan diambil oleh mat ganja utk dijadikan bantal dan dijual). Ya, Ummi harus lakukan segera. Ruang baru, medan baru harus diterokai - mengisi majlis ilmu ibu-ibu pula. InsyaAllah way forward in 2009!!

No comments: