Wednesday, December 19, 2007

Cinta Solat


Setiap kali ada peluang untuk solat berjamaah, Abi pasti akan ajak Umar solat bersama. Semua anak-anak umi pasti akan meniru aksi solat dengan rukuk 'kepala terus ke lantai dan tangan tidak di lutut', ketika mereka baru mula faham ajakan 'Jom Solat!'. Abdullah Ulwan pun begitu juga. Dengan kedudukan sejadah yang tidak menghadap kiblat pun, si kecik ni akan rukuk cara dia di atas sejadah. Comelnye!!


Saat Umar solat bersama Umi dan Abi, matanya selalu menjeling ke arah jari telunjuk Abi ketika bertasyahhud. Bagaikan 'ketam mengajar anak berjalan', Umar sering memperbetulkan jari telunjuk Abi sedangkan jari telunjuknya pun tidak pula lurus sebagaimana sepatutnya. Ketika tarikan program TV yang sangat digemari Umar menguji 'keimanannya', umar akan berkeluh kesah jika rakaat solat itu terasa panjang. 'Empat rakaat?...ala...dua je la Abi' Pandai pulak tu jd negotiator. Ada je akal budak ni kadang2.


alhamdulillah, dengan nikmat yang Allah beri...kita seharusnya bersyukur apabila dipermudahkan untuk mendidik anak cintakan solat. bayangkan ibu bapa di luar sana yang tidak dipilih Allah untuk merasakan solat sebagai agenda penting kehidupan yang wajib diajar pada anak-anak.


Teringat umi sekitar tahun 2004, umi join sebuah program di Port Dickson. Antara aktiviti yang harus kami lakukan adalah mendekati masyarakat yang berada di kawasan pantai. Sasaran umi adalah seorang anak remaja berusia 14 tahun. Lupa pulak namanya. Sambil sembang2 berkenaan pengetahuannya mengenai Masjid Al-Aqsa, adik ni tanya umi, 'Kak, semayang tu wajib ke?" Huh! Itu pun tanya ke? tapi memandangkan umi kena la cover rasa tekezut tuh, tanya la dia balik, "Adik rasa kalau tak semayang masuk syurga ke neraka?" Wajib le dia jawab masuk neraka...Nauzubillah! Umi tanya lagi, 'Adik kat rumah mak ayah ajak solat tak?' 'Huh! Cane nak solat...diorg pun tak solat.'


So ibu-ibu di luar sana...jom kita didik anak2 kita bersolat. Hati sebening mata air ini jangan disia2kan. Sucikanlah mereka dengan kembali kpd fitrah ilahi. Moga dgn cinta solat, jiwa mereka telah terdinding dr segala fasad dan mungkar. Amin!




No comments: