Saturday, December 22, 2007

Adakah percaya akhirat sama dengan percaya Tuhan?

Mesti terkezut tengok umi letak gambar korean movie ni...fan sangat ke? Ops silap...alam umi 'hantu' citer2 cintan hong kong ke bolly ke filipin ke jepun ke dah berlalu. Cewwah! :D

Dulu memang suka sangat la follow satu2 citer tu. Sampai kalau balik dr sekolah dulu, tak sempat tukar baju, beg ntah kat ruang tamu je dan menghadap tv nak tengok citer hong kong kol 6-7 petang. Pastu ayah mama puas berleter, "Kakak tu tengok citer cina tiap2 hari, bukannya pandai cakap pun bahasa tu!" Yang lagi klaka masa umur teens dulu, tau dah semua org akan tengok citer tu, tp sampai skolah pagi2 mesti tanya "awak tengok tak apa jadi kat heron tu semalam?" Klaka kan? Bila umi camtu perangai nye dulu, tak heran la anak2 remaja skrg bertukar2 DVD nak marathon sampa ke pagi. Well, anak2 umi pulak kena tahu la batas jatuh cinta dgn citer2 cintan camni. Ada komen? Pls komen.

Apa citer sbnrnye ni oh umi? Kebetulan sambil lipat2 baju dpn tv td, tertukar channel 8 yang anak2 akan slalu cakap,"Umi, ni tak bagus lah!" Ish...best pulak citer budak remaja korea ni gi dengar nostalgia kisah cinta atuknye yang terpisah dgn first lovenya selama 50 tahun! Yang menarik adalah perbualan remaja berdua ni;
((huh..umi tak ingat le ape ke name depa berdua nih!))
P: awak percaya atok awak akan jumpa cinta pertama dia di akhirat?
L: awak percaya ke ada akhirat?
P: abes tu awak percaya ke ada tuhan?
L: beza ke percaya ke akhirat ngan percaya ke tuhan?

Well, umi pun tak ingat la pulak apa jawapan seterusnya sbb tgh pegi on lampu toilet utk ulya masuk toilet. But my point is, bagi non muslim ni, bila bab2 kebahagiaan, cinta, nak pulak tunggu di alam lain. Bab pembalasan, kebangkitan untuk dihisab amal tak pulak jd perkara besar utk dipikir dek akal.

Jadi, kita ni kena la ajar anak untuk cinta Allah kerana hanya Dia yang layak memberikan ganjaran mahupun pengampunan atas apa yang telah kita lakukan di dunia ini.

"Katakanlah, 'Jika engkau (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang'." (Ali Imran: 31)

No comments: