Tuesday, October 12, 2010

Umi Abi asyik salahkan Umar je!

Bersihkan sawang2 dulu dalam blog ni sebelum masuk...huhu..sori lama tak update (alasan common: Ramadhan--Syawal!)

~~~

Banyak story dari didikcinta sebenarnya. Saban hari....merenung setiap kejadian yang pasti meningkatkan nilai taqwa hanya jika kita mengambil ibrah di sebaliknya. Pemergian arwah Tok Wan Hj Jaafar Ismail pada 15 Ramadhan 1431H, pemergian bakal ibu muda Ukht Raihana dalam kemalangan pada akhir Ramadhan, kes pembunuhan jutawan Dato' Sosilawati dan juga akhir Ramadhan yang penuh tazkirah ruhaniyah buat diri Ummi...serta seribu satu macam lagi yang menginsafkan.

Tak perlu diperincikan, yang penting bagaimana kita mengambil pengajaran untuk menjadikan kita hamba yang lebih bertaqwa padaNya. Lebih amal dari cakap, lebih berkorban dalam apa jua hal.

Coretan kali ini adalah tentang anak sulung Ummi, Umar yang semakin membesar. Disember ini akan mencecah umur 8 tahun dan sejak bulan Syawal lepas, Ummi perasan beberapa karakter ketara pada diri si bujang ni.

Our big boy - the 'screen' generation! Kalau dalam kereta tak dapat main game kat iPhone Abi/tengok movie..dia akan cakap: Boring!

Memberontak.
Cepat bosan.
Bercakap dengan nada tinggi.
Mudah tak berpuas hati.
dan lagi..
dan lagi..

Raya memang BORING!

Satu insiden yang Ummi tak lupa pada hari ke2 Syawal di dalam kereta, bergaduhlah si abang dgn si kakak (Ulya) tentang punca apa-Ummi pun dah lupa. Secara automatik, Ummi toleh dan tanya, "Umar! kenapa adik nangis tu??"
Umar:"Ulya ni! Orang panggil tak dengar! Ummi mesti nak salahkan Umar kan!"
Ummi:..bla..bla..panggil adik baik2..bla..bla (I sounded just like my mama! ngee)
Umar: (nangis)...RAYA MEMANG BORING! ASYIK KENA MARAH JE!!
Ummi: (tersenyap)

Sampai la sekarang ni, jiwa Umar sensitif betul bila adik2nya menangis, Ummi Abi akan panggil Umar (sesi timbangtara sebenarnya) - tiada niat untuk menyalahkannya sebagai abang sulung, sekadar bertanya. Tapi itulah PERSEPSInya...'Umi Abi asyik salahkan Umar je!'

Proses Belajar buat Ummi Abi

Fasa Umar dah berbeza - 8tahun pasti lain cara tegurannya berbanding ketika dia berumur 5 atau 6 tahun. Adakalanya Ummi terasa gerun, menangis dalam hati andai Allah tidak menjaga urusan anak2 dek kelalaian kita sebagai ibu bapa menjaga urusan Allah.

Terbayang, kisah2 di suratkhabar tentang remaja hari ini yang melarikan diri dari rumah, merempit dan macam-macam lagi. Jauhkanlah ya Allah dari anak2 kami.

Dalam perubahan2 yang ada pada Umar, anak ini sebenarnya semakin suka belajar. Soalan2nya tentang kehidupan menambah nilai dalam pengetahuan dan bicara kami. Soalan seperti:
  • orang Islam semua masuk syurga ke?
  • great white shark tu apa?
  • elektrik lawan air siapa menang?
  • virus tu apa?
  • macam mana nak print?
  • dan macam2 lagi...
Nilai-nilai positif kami cuba terapkan dengan mencari bahan2 yang boleh menjadi visual aids melalui youtube, google, ensiklopedia. Umar akan mengamati ilmu2 baru dengan penuh minat. Apa yang diperolehinya diterjemahkan dalam bentuk lukisan. Ya! Umar suka melukis dan selalunya menakjubkan kami!

This is process of learning for me. To learn-unlearn-relearn.

Kami masih belajar menjadi ibu bapa yang baik. Bukan hanya dengan anak2 sendiri tetapi dengan semua anak2 di luar sana. We have BIG responsibilites for the ummah!

Akhirnya...kita berusaha dan hasilnya?...hasbunallah wa ni'mal wakeel!

5 comments:

Abu Khalid said...

Susah nak didik anak-anak ni

ummu ijlal said...

dah masuk umur 8 tahun..dah kena treat dia mcm kawan...dia suka berhumor tak? atau serius manjang?

Anonymous said...

hussaini: tunggu anta ada anak sendiri ;)

arasy: bila jd kawan, jd gaduh jugak! he's humurous but being so LOUD..kdg2 geram sbb ada je alasan..'asek umar je kena buat'

Hana said...

Masih segar di ingatan hana, di usia 8 tahun sebagai anak sulung.

Di malam hari, mak hana tidurkan adik-adik. tangan kanan gosok badan adik, tangan kiri tepuk punggung adik satu lagi. akhirnya hana menangis tersedu-sedu, sebab jealous dan sedih, mak tak dapat nak tepuk atau gosok hana, tak cukup tangan.

Pergilah bawa diri mengadu pada abah... sedih sangat masa tu... walaupun bukannya ingin ditepuk atau digosok, tapi ketidakmatangan fikiran masa tu hanya dapat melahirkan perception: perhatian terhadap diri ini semakin berkurang... mak bias, mak pilih kasih, mak lagi sayang adik-adik daripada hana...

Mungkinkah, itu yang Umar rasa...?

Anonymous said...

salam~
setuju dengan Hana....
saya sendiri anak pertama...
lpas dapat adik lelaki masa darjah dua...
mak saya kata, saya ada 'penyakit'..
penyakit saya time tu 'cakap sorang2'~
heee~
mak sangat2 risau...
sampai bawa pergi jumpa doktor..
tapi 'penyakit' saya tu melarat sehingga hampir masuk ke sekolah menengah...
berbalik kepada umar...
betul...
maybe dia rasa macam tu...
sebab selalunya anak pertama akan rasa;
everything aku kena mengalah dulu..
everything aku kena buat betul...
always kena jadi yang terbaik...
always kena jadi contoh terbaik kepada adik2...
etc, etc....
saya dan rakan2 yang anak pertama pernah berborak mengenai ini...
ni apa yang sering saya dan kawan2 saya rasa....
for kid yang only baru nak belajar...
dia rasa terbeban dengan tanggungjawab dia as no.1 child...

ni pendapat saya...
heee~=)