Dan Ummi pun teringat, eh! jom lah bank in duit raya anak2 dan juga duit simpanan Umar dari duit poket harian sekolahnya. Sebagai hadiah, Ummi Abi tambahkan lagi RM50 setiap seorang menjadikan jumlah duit raya untuk disimpan hari ini adalah RM200.
Saban tahun, semua simpanan anak2 kami letakkan di dalam akaun Tabung Haji. Akhir tahun, kalau rezeki bisnes alhamdulillah ok, kami berikan BONUS simpanan buat anak2.
Selepas mengemaskini buku akaun, fuh! ternyata berbukit dah simpanan anak2. Pulang dari ofis, Ummi Abi update la kat anak2 buku simpanan masing2.
Abi: Umar, tengok simpanan Umar dah RMXXXX!
Umar: Fuyyo! Banyaknye!! Umar boleh beli apa?
Abi: Duit ni kena simpan. Tapi kiranya dah boleh laptop ni (impian Umar untuk beli laptop dengan duit simpanan sendiri bila masuk sekolah menengah nanti, comel kan?).
Umar: Umar nak beli laptop dengan iPhone 4 la Abi!
Abi: hehe...zaman Umar nak beli bila besar nanti, dah ada iPhone 10 kot!
Ha! Tu la dia perbualan bapa dan anak gila gadget!
"nanti Ulya nak beli dompet dari duit ni ye Ummi!"
Yang paling penting, kena la ajar anak2 ni menabung dari kecil. Didik mereka tentang nilai 'untuk mendapat sesuatu yang diinginkan, perlu berusaha ke arahnya'. Tidak lupa juga penerapan nilai taqwa dalam mengurus duit, iaitu Rezeki itu dari Allah - kita kena berusaha sebagai sebab yang mewajarkan rezeki Allah diturunkan pada kita. Duit bukanlah segala-galanya untuk membeli kebahagiaan TAPI kita perlu ada duit untuk hidup dan terus mengabdi diri sebagai hambaNya, bukan meminta2 dari manusia.
Moga anak2 Ummi Abi tidak menjadi hamba duit, tapi bijak mengurus duit agar lebih KAYA di AKHIRAT sana nanti. Amin!
No comments:
Post a Comment