Tuesday, October 26, 2010

Responsibility = Able to respond

Pagi ni, antenatal check up (seminggu sekali dah bermula) **lagi! Sementara tunggu giliran, Ummi baca buku (memang bawa bekal dalam beg) "How to Teach your Kids: Responsibility". Buku ni buku lama, Opah yang turunkan kat Ummi (nak kemas almari dia sebenarnya..hehe).

Memang menarik untuk faham macamana nak terangkan pada anak2 konsep berTANGGUNGJAWAB. For example: there should be time for PLAY, and time for WORK. Dan sebagai parents, kita kena faham, anak2 tidak dilahirkan untuk terus BEHAVE. Kita kena wujudkan sistem yang menjelaskan secara terang dan nyata, apa LIMITS, peraturan yang konsisten dan mudah dijangka dalam keluarga kita.

Baca dan baca, dan hari ni terus Allah nak bagi hands-on training lepas baca teori dari buku.

Nak tau apa?

Lepas selesai appoinment di Subang, Ummi Abi pun balik rumah, dalam pukul 2.30 petang. Kedengaran lah suara 3 orang kanak2 (Ulya, Ulwan dan sepupu diorang-Intissar) menjerit2, "Ummi jangan naik dulu! Tunggu bawah!" Apa la yang diorang dah buat tu? Tapi Ummi malas nak naik dulu sebab nak reheat lunch. Abi naik atas untuk lihat apa yang terjadi, jeng..jeng... terus kedengaran 'guruh kilat petir': @#%&

Apa yang kanak2 tu dah buat?
.
.
.
Diorang dengan rajin sekali nak bersihkan lantai pakir, end up jadi banjir dan air meresap dalam lantai kayu pakir!

Sebagai denda Abi bagi 'time-off', semua kena berdiri mengadap dinding. Ada la 20 minit kot diorang kena berdiri. Ummi (yang tak sampai hati) mula bersuara, "Dah la tu..kita bukan nak threat diorg sebab salah dengan denda. Kita ajar diorang consequences lepas terbuat silap. lepas ni biar tau limit." (sambil berusaha untuk apply apa yang dah dibaca pagi tadi..macam klaka je bunyi nye kan?!)

'Time-off'

Dan sesi tazkirah pun bermula, part ni memang ayat2 Abi power la! Dengan Ummi diorang memang tak berapa nak makan saman.

Abi: Semua beratur sini. Apa jadi bila air banjir kat atas lantai kayu?
Anak2: Basah..
Abi: Cuba tengok pakir kayu dekat tepi toilet, banyak yang reput dan tanggal sebab basah. Nanti kalau rumah kita semua dah takde pakir, cantik tak?
Anak2: Tak cantik..
Abi: Ulya suka ke rumah kita tak cantik?
Anak2: Tak..
Abi: Kalau nak cantik kena buat apa?
Anak2: Kena jaga..
Abi: Ha! macam tu lah..kena jaga elok2. Lain kali janji tak buat lagi. Senyum (dan buat funny faces)
Anak2: (dari muka serius dan sedih, terus tergelak! dan masing2 salam minta maaf)

Tazkirah session

What I learn today from the book and from the reality, kids learn to respond well when we as parents:
- communicate clearly
- reinforce by telling the consequences of misbehaviour, NOT by threatening
- provide them less ambiguous option (e.g. nak rumah cantik ke tak nak?)
- avoid blaming
- set standards as what we want the kids know our expectations (e.g. jaga rumah)

At the end of the day, we want the kids to be able to respond to any circumstances - face the problem - not hiding it nor avoiding it. Be brave, kids! Because you'll carry loads of responsibility when you grown up...da'ie of the Ummah insyaAllah!!

5 comments:

muna khaider said...

heheh comelnye kene time off tu..
waa ulwan dan besar, rindu ngan die yg garang tu heheh..

baca blog akk ni kadang2 terfikir sendiri, mencabarnye nak besarkan anak2.. takut pulak huhu.. banyak kena belajar dan kita takkan dpt predict mcm mana anak kita akan terbentuk... jazakillah khayr sharing.. ni boleh jd future reference hehehehe.. walaupun jauh lagi pjlnn nye bagi ana sendiri :)

ana doakan dipermudahkan akk urusan bersalin nnt :) smg selamat ibu dan bayinya :D

zura said...

~~Be brave, kids! Because you'll carry loads of responsibility when you grown up~~

nieyh yg susah nk terapkan..kna main peranan kan?? huhuhu

qumfaanzir said...

salam kak anfal,

very well said. kami kat UK ni belajat those theories, in fact we went to school to witness those theories being applied by teachers.

rase best sgt tgk budak2 tu di treat oleh cikgu2 mereka. very resembles tarbiyatul aulad yg spttnye :)


everything yg mrk buat semua akn di reason out. and they are taught to reason out when they did something. huhu hebat 'trbyh' kat UK ni.


kdg2 jeles nak jd budak2 balik tp dlm environment sini..huhu sbb rasa best dr kecil ditarbiyah begini oleh sekolah2 kat sini

- teacher to be
- murabbi in the making iAllah =p

ummu umar said...

muna: jgn takut, u'll learn along the way. We learn the best from mistakes, observation. Hehe..perjalanan awak tak lama lg je tu..

zura: peranan semua org!

qumfaanzir: murabbi in the making, pls share that priceless experience!

DIA Muhammad Ashraf Alexis said...

http://diamuhammadashrafalexis.blogspot.com/
salam.this is my novel..read if you have time and be my follower.i need around 200 blog follower to publish my novel...hope your support friend...thanks...
like your post..