Mempunyai anak dara yang seorang ini (buat masa ni la) cukup memberikan pelajaran buat Ummi Abi - beza membesarkan anak lelaki dan perempuan. Tidak mahu mencatatkan apa bezanya di sini. Cukup untuk berkongsi betapa istimewanya setiap anak di satu sudut hati Ummi dan Abi.
Ulya, anak perempuan kami ini, kasih dan sayangnya lebih--melimpah ruah.
Kalau sayang Ummi Abi, lepas solat, balik sekolah, mesti dia dakap erat Ummi Abi.
Kalau Ulwan menangis, pandai betul memujuk adiknya yang seorang ini. (kalau dah gaduh, masam muka juga!)
Kalau dengan sepupu2 kecilnya, Ilhan & Said cukup sayang..dibelai dan didukung, walaupun adik2 tu tinggi 3/4 dari ketinggiannya!
Kalau menangis, hiba dan sayu, ditambah berjurai2 air mata di pipi.
Kalau melukis dan mewarna, coretannya penuh 'I Luv Ummi..Ulya Luv Ummi'...
Dan alhamdulillah, anak ini, dengan bahasa cintanya telah Allah kurniakan kelebihan sehingga dianugerahkan Pelajar Terbaik Perempuan Amal Hidayah Pre-School dua tahun berturut-turut.
Ada yang bertanya, "Macamana boleh dapat terbaik ni?"
Ummi...tiada jawapan. Haza min fadhli rabbi. Yang pasti, SEMUA anak berpotensi besar untuk menjadi yang terbaik.
Terbaik akhlaqnya.
Terbaik hafalannya.
Terbaik bacaannya.
Biar semua bekal yang kita berikan, menjadikan anak-anak kita TERBAIK untuk masuk ke SYURGA-NYA!
To my dearest Ulya, our loving daughter...we'll always love you no matter who and what you are! Keep it up girl!
No comments:
Post a Comment