Saturday, June 14, 2008

Turning 30




Lepas balik umrah, Umi terbayang-bayang dapat menjejakkan kaki lagi ke Tanah Suci. Nak cuci hati lagi. Nak rasa dekat dengan Rabbul Jalil. Dekat banget!



Tapi, biarlah duit tu disimpan dalam tabung untuk pegi haji. Turn Ummi Abi berjenggot lg kena tunggu - 2015. Harga makin mahal!



Kebetulan tadi jumpa Kak Ina ZB kat majlis pertunangan sepupu Umi di Gombak. Semangat giler nak tanya Kak Ina cane dia dapat pegi haji tahun lepas. Bila dia citer prosesnya, balik tu berkobar2 nak pegi haji tahun depan. Biiznillah wa tawakkal 'alalLah, nak sangaaaat pegi thn 2009.

2009 - i will turn THIRTY (30). Means 30 years living on this earth. Thank you Allah for allowing me to live proudly as a Muslim. 30 years been a daughter to mama and ayah. And insyaAllah, by the age 30, i want to complete all FIVE pillars of Islam. Hajj. Yes! Pegi tunaikan ibadah Haji.


Fikir punya fikir...masa ambil wudhu' datang satu perasaan, "Sempat ke aku pegi haji ni...panjang lagi ke umur ke hingga umur 30 ni??" Then teringat ayah.

Umi pakai telekung dan tak tangguh lagi, tiba-tiba rasa nak sms Ayah dan terus text:
"Rindu kat Ayah! Love u!"

Selang lapan minit, Ayah balas:
"Tadi pun ayah teringatkan ako! U konow ayah selalu teringat bila ako turns 30...uhhh..that means I miss my little comel koppal"

Touched deeply...I cried and pondering:

betapa kasihnya Allah
membenarkan aku lahir dari mama dan ayah
dibesarkan dengan nikmat Islam dan
diajar cintakan Allah
hingga aku menjadi sebagaimana aku hari ini

the little comel koppal
has turned big momma
to her three adorable children
and 'turning 30'
will never ever make me forget
how thankful I am to Allah
for blessing me mama and ayah






who made me who I am TODAY!






Happy Father's Day Ayah!









Monday, May 19, 2008

Kaabah sudah melambaiku





Kita merancang, Allah menentukan. Dan perancangan Allah pastilah yang terbaik. kerana tiada kebetulan berlaku dalam hidup. Ia pasti telah ditakdirkan.

We planned for Umrah last two years. Really need a spiritual journey to rejuvenate my iman. Really really need one. And this time, please Allah oh please make it happens.

Dan esok, 7 malam 20mei (skrg mengetuk di waktu malam,terasa hari itu belum sampai), Umi dan Abi akan menjejakkan kaki di rumah Allah yang agung, kiblat umat Islam seluruh dunia. Dan bermakna juga, 14 hari, anak-anak kesayangan kami, 'Umar, 'Ulya dan 'Abdullah 'Ulwan akan ditinggalkan. Sayu benar rasanya hati....Tapi kena kuatkan semangat, seperti Rin cakap, leave them to Allah to go for Allah. WOW! Kena tawakkal.

Beli sandal sudah, beli spek hitam sudah, pack beg sudah, kelengkapan dan jajan anak2 pun sudah. Entah apa lagi yang belum selesai, hati Umi rasa gundah gulana..Aiyoh! Can not sleep maaa..

Siang tadi alhamdulillah jemput mama ayah,umi abun, nenek, mak long, adik2, ipar duai dan jiran (Auntie Zahariah dan Mbak Sopi serta Cikgu Osman). Nyum..nyum..sedap betul penangan Mck Salmi dari Enak Rasa..ikan bakar, ayam goreng berempah, pucuk paku masak lemak dan ulam2. Plus, kek coklat moist yang ditempah melalui Nahdia. Semua puas hati alhamdulillah.

Doakan Umi Abi pergi untuk tunaikan ibadah umrah sebaiknya. Moga langkah ini lebih dekat untuk laksanakan rukun Islam ke-5 (haji...w/pun dah block turn haji kuota tahun 2015). Anak-anak Umi Abi, kami tinggalkan kalian di tangan Allah untuk hari mendatang yang lebih baik untuk kita semua! :)

La Taghdab Habibi..


12 Mei 08

Siang tu Umi & Abi pegi beli groceries yang dah kehabisan di Carrefour. Teringin pulak nak makan 'apple crumble', so Abi cepat2 ambil sebungkus gransmith apple 8 biji untuk di'crumble'kan. hehe..

Malam tu Umi request awal-awal tak nak ikut Abi pg meeting, dengan alasan baek punyer -- nak masak apple crumble.

Seperti biasa, aktiviti tepung menepung ni memang kegemaran anak-anak. Bermula dengan 'peeling' the apple, cutting the apple to slices hingga meramas tepung dengan butter yang beku. Untuk berlaku adil sebab sekarang dalam mangkuk besar tu akan ada 3 pasang tangan...belum campur Si Baby tu lagi..so, Umi siapkan sorang satu mangkuk berisi tepung. Main puas2!

Siap filling apple ditutup dengan topping crumble tu, anak2 mula main tepung yang dah bersepah atas meja marble bulat. Entah macamane Umar yang dok kat tengah2, sibuk mengumpulkan 'territory' tepung milik Ulya & Ulwan. Berkali2 jugak la Ulwan nak amek balik haknya.

Bila marah kuasai diri...si abang tanpa kawalan tolak Ulwan dengan kuat hingga jatuh dari bangku. Astaghfirullah!! Kuat betul Ulwan nangis.

Umi tengok bibir, darah ke? Rupa-rupanya, itu dentuman sudah kasi sebiji telur besar di dahi anak saya ni! Tersirap darah Umi! Umi pun naik marah jugak dengan Umar.

Umi cepat2 ambil ais batu dan tuam di benjol besar walau pun Ulwan menjerit2 kesakitan. Risau punye pasal,Umi terus pakai tudung dan bawa Ulwan ke klinik berdekatan. Alhamdulillah dia tak muntah dan doc kata, monitor dlm tempoh empat jam. Kalau muntah cepat2 ke hospital.

Ibu-ibu memang wajib lah tahu tentang pertolongan cemas ni dan sebenarnya bila panik, lagi lah menggelabah nak uruskan. Be calm! Yakin insyaAllah tak jadi yang buruk. BUT don't take things easily and for granted.

Allahumma yassir wa la tu'assir!

Thursday, April 24, 2008

Insan-insan yang mengajarku

Jangan marah2 sayangku Ulwan..



anakku yang seorang lagi
'Abdullah 'ulwan nama diberi
oh sayang...jangan lah marah-marah
menghentak kaki ingin mahunya semua dituruti
sabar sayang
kerana umurmu yang setahun jagung ini
terlalu banyak yang ingin kau terokai
moga Allah jadikan kau seorang lagi Abdullah yang kental iman gagah perkasa

Our relationship like Jigsaw Puzzle


Dua hari sebelum tarikh ulang tahun perkahwinan kami yang ke-6, kami berperang lagi. Wah! Kali ini perang dinginnya panjang. Sebab apa? Biarlah ia rahsia...Hehe

Menjelang hari keenam barulah berjaya berdamai. Dan petang itu, Jumaat, 11 April, abi ajak umi makan di Secret Recipe. Kebetulan pula abi yang pegang beg umi masa sedang bawa Ulya ke toilet. Baru je duduk di kerusi Secret Recipe, umi pun buka beg dan tanpa disangka2 sekeping kad dengan sampul biru cair bertulis "Buat Si Comel" dijadikan 'surprise' pada petang itu.

Terharunyee....Benar lah kata kawan umi, gaduh boleh gaduh...tapi biar ia jadi gaduh yang terapiutik. Lps berdamai, makin erat hubungan. The card affirms our relationship -- we are the interlocking pieces. Neither him nor myself is better person. But we live together for the betterment of everybody.

Banyak pulak tazkirah mengena diri sendiri, mungkin peringatan yang Allah tujukan khusus buat diri sebagai isteri. Kebetulan tadi membelek majalah Anis keluaran Jun 2007 dengan fokus: Apa yang Seorang Suami Mahu?...
Aduh!

::Teman Hidup Dalam Kehidupan – Mana lagi hubungan yang paling intim dalam kehidupan ini selain hubungan antara suami dengan isterinya? Apa kemahuan suami, harap-harap dipenuhi oleh isteri. Begitulah sebaliknya. Tetapi mampukah semua kemahuan ini dipenuhi? Silapnya, kebanyakan kemahuan itu dipendamkan sahaja. Tidak diperdengarkan. Jika pun akhirnya diperdengarkan, tetapi menurut kolumnis Pahrol Mohamad Juoi, semua telah terlewat. Sudah jadi jeritan, bukan bisikan. ::

Moga Allah sentiasa memberi umi tazkirah di kala hati ini lalai dan leka.

Saturday, December 22, 2007

Smile! Don't muncung your mouth ok dear!



Dah berhari-hari umi janji dgn adik umi sorang yang manja ni, Silah, nak masak Lasagna (sebut bunyi la-za-nia). Hari raya haji bawalah semua bahan2 dan peralatan ke rumah mama. Sampai la malam tadi, umi tewas gak...terpaksa beri reason kuat sekali lagi (ntah yg ke-berapa kali) nape malam ni tak leh nak masak.

Silah ni energetic. Ada je idea ni buat macam2 aktiviti. Umi masak lasagna ni pun blaja kat blakang kotak pasta lasagna brand San Remo. Senang je tp kena la try n error.

LASAGNA MAKSU SILAH
Meat Sauce;
Tumis 3 ulas bwg putih dicincang halus
Masukkan daging kisar, masak hingga tukar warna
Masukkan garam, gula, pepper
Tuang 1 tin sos Prego, 1 tin sup tomato Campbell
Tambah air sket (jgn banyak2 sbb ni sos pekat)
White Sauce;
Panaskan 4 sudu butter + 4 sudu tepung
Tuang 1 kotak low-fat milk
Masukkan 10 kepng cheddar cheese
Kacau hingga pekat
Layering;
Layer dalam mangkuk pembakar dimulai dgn meat sauce, pasta, meat sauce, white sauce, pasta, dan ulang lagi hingga dapat 4 layer. Topping atas mesti white sauce. Biar sampai pasta tenggelam.
pastu bakar la dlm 30minit.
Ta daa! Dah siap!