Sisi cinta yang sangat mempengaruhi sulukmu, bermanfaat buat menempuh kehidupan duniamu dan cinta luar biasa demi mencapai kebahagiaan akhirat...Jangan silap anakku, kerana aku ingin kau cinta Allah, cinta Rasul dan cinta Islam.
Monday, May 19, 2008
La Taghdab Habibi..
12 Mei 08
Siang tu Umi & Abi pegi beli groceries yang dah kehabisan di Carrefour. Teringin pulak nak makan 'apple crumble', so Abi cepat2 ambil sebungkus gransmith apple 8 biji untuk di'crumble'kan. hehe..
Malam tu Umi request awal-awal tak nak ikut Abi pg meeting, dengan alasan baek punyer -- nak masak apple crumble.
Seperti biasa, aktiviti tepung menepung ni memang kegemaran anak-anak. Bermula dengan 'peeling' the apple, cutting the apple to slices hingga meramas tepung dengan butter yang beku. Untuk berlaku adil sebab sekarang dalam mangkuk besar tu akan ada 3 pasang tangan...belum campur Si Baby tu lagi..so, Umi siapkan sorang satu mangkuk berisi tepung. Main puas2!
Siap filling apple ditutup dengan topping crumble tu, anak2 mula main tepung yang dah bersepah atas meja marble bulat. Entah macamane Umar yang dok kat tengah2, sibuk mengumpulkan 'territory' tepung milik Ulya & Ulwan. Berkali2 jugak la Ulwan nak amek balik haknya.
Bila marah kuasai diri...si abang tanpa kawalan tolak Ulwan dengan kuat hingga jatuh dari bangku. Astaghfirullah!! Kuat betul Ulwan nangis.
Umi tengok bibir, darah ke? Rupa-rupanya, itu dentuman sudah kasi sebiji telur besar di dahi anak saya ni! Tersirap darah Umi! Umi pun naik marah jugak dengan Umar.
Umi cepat2 ambil ais batu dan tuam di benjol besar walau pun Ulwan menjerit2 kesakitan. Risau punye pasal,Umi terus pakai tudung dan bawa Ulwan ke klinik berdekatan. Alhamdulillah dia tak muntah dan doc kata, monitor dlm tempoh empat jam. Kalau muntah cepat2 ke hospital.
Ibu-ibu memang wajib lah tahu tentang pertolongan cemas ni dan sebenarnya bila panik, lagi lah menggelabah nak uruskan. Be calm! Yakin insyaAllah tak jadi yang buruk. BUT don't take things easily and for granted.
Allahumma yassir wa la tu'assir!
Labels:
ulwan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment