Thursday, March 18, 2010

Connecting People


Selasa baru-baru ini Ummi dan Abi mengambil kesempatan untuk menyertai Seminar Penyelesaian Elektronik anjuran Malaysian Productivity Corporation (MPC) di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya. Dah lama sangat tak pergi seminar macam ni. Ada perkara memang dah tahu tapi bila dengar paper presentation dari orang-orang yang dikira dah berjaya dalam Internet Business ni, kami jadi lebih bersemangat untuk berinovasi dan berkreativiti dalam mengembangkan bisnes.

This is My Card!

Apa yang menarik adalah peluang untuk bertemu dengan macam-macam kategori pengusaha IKS (Industri Kecil Sederhana) atau SME. Dari pengeluar coklat (Ummi jumpa 3 pengeluar dalam 1 seminar) ke penjual produk kesihatan, cendawan beku dan juga khidmat Master of Ceremony (MC). Dalam ruang macam ni, kena buat muka selamba sambil menghulurkan kad bisnes, "this is my card!" (macam Sam je bunyi nye!)



Kami sedar kami bukan lah orang korporat yang memakai suit, tie dan high-heel shoe. Tapi kami mahu belajar ilmu survival dalam dunia perniagaan ini. Sebab dalam pasaran internet serba luas ini, konsep Parallel Thinking sebegini sangat penting diaplikasikan supaya kami tahu bagaimana untuk terus maju menghadapi cabaran persaingan.

Terlalu banyak pemain dalam industri yang sama dengan kami,
tapi persoalan pokoknya apakah Unique Selling Point (USP) kami?
Apakah konsep kami yang menjadikan kami berbeza dari orang lain?
Poin ini akan menjadikan satu titik besar yang membezakan kami dengan produk orang lain.
Dan satu perkara lagi, R&D (research and development) tidak boleh berhenti!
Ya! Jangan pernah berhenti untuk maju!
Kerana sifat IHSAN, melakukan yang terbaik dalam amal menuntut kita menuju Total Quality!

Connecting People

Puan Dayang Lily, pengasas webstore ummikusayang.com berkongsi pengalamannya mengusahakan kedai online ini 10 tahun lalu dan telah mengembangkan konsep bisnesnya dari e-shop kepada e-community dan events. Ummi sangat sangat suka dengan konsep beliau. Konsep bisnes bukan semata-mata meraih keuntungan sahaja tapi adalah SHARING (berkongsi).

Me and Kak Lily yang tidak lokek berkongsi ilmu.

How I wish our dream will some day come true?! Young Muslim Designer Community. Bayangkan kita dapat kumpulkan budak2 seni yang lepak di Central Market, mengekspresi seni mereka di dinding2 dgn grafiti airbrush mereka atau siapa2 sahaja karyawan seni (seni lukis, seni tampak, seni arca dan macam2 lagi) dengan niat untuk mengangkat martabat Islam! Doakan impian ini akan menjadi realiti satu hari nanti.

Bertemu dengan ramai orang juga sebenarnya adalah agenda 2 dalam 1. Mendapatkan contacts juga adalah aset untuk bisnes dan juga DAKWAH! Tapi niat yang mana datang dulu? Untuk poket sendiri atau dakwah? Sendiri mau MUHASABAH laaa!!

Tuesday, March 9, 2010

Up and Down in Raising Kids

We did this TOGETHER!

Lamanya tak update blog ni. Tiap hari bukak je tp nak tulis posting pendek pun malas tak sempat.


Sangat banyak update sebenarnya dalam 2 minggu ni,
..dari cuti CNY,
..BBQ time dengan family Abi kat BJ,
..kemudian Family Day Hj Sungib kat JB(dah upload gambar kat fb…pictures tell 1000 words, rite?)
..then ber’camping’ di PD (fuh! Lamanya tak jadi peserta camping),
..dan meraikan Umar dalam Hari Sukan sekolahnya,
..juga menghadiri walimah Hanisah (ex-adik usrah yg best!)
..serta wedding grand Illy (staf Umi Abi)
..hinggalah ke hari Ahad yang lepak kat rumah melayan anak2 je!

Tapi…dalam sibuk dan juga lapang, anak-anak Ummi lah yang menjadi warna-warni kehidupan. Menjadi ibu dan isteri kepada suami yang sibuk bermakna Ummi harus berfikir dengan pantas tentang masa lapang anak2 yang perlu diisi dengan aktiviti bermanfaat. Bukan sekadar satu gerabak (setakat ni baru 3…hihi) yang akan mengekor Ummi ke mana2, tetapi sebagai satu perjalanan ’program’ buat mereka.


Ambil peluang yang ada

Sebagai contoh, sambil ke FRIM menyampaikan small talk dengan remaja, Ummi bawa Umar dan Ulya berinteraksi dengan alam di kawasan air terjun di dalam FRIM. Ada daun besar boleh dijadikan perahu. Ada batu besar untuk didaki. Ada aliran air yang sejuk dan mendamaikan. Dan ada kehidupan di dalam air iaitu ikan kecil. Subhanallah! Siapa ciptakan? “Allah,” jawab mereka.

Bertemu sanak-saudara juga merupakan peluang untuk Ummi terangkan maksud 'sepupu', 'dua pupu' dan juga akhlaq sesama ahli keluarga. Nilai memberi ‘buah tangan’ pada orang yang kita ziarahi adalah suatu perkara yang boleh kita terapkan secara tidak langsung. Bila Ummi beli biskut sebagai buah tangan, anak-anak minta sikit untuk makan, Ummi jawab, “Ni kita beli untuk adik Iman. Hadiah untuk dia sebab dia baru baik sakit.” (harap diorang faham la)


Sabar sebahagian dari Iman

Tapi dalam membawa gerabak ini ber’program’ pastinya ada suka duka. Terutamanya ke tempat-tempat yang sesak dan ramai orang seperti majlis perkahwinan. Fuh! Masa kita bertemu teman lama dan nak bersembang, masa itu jugaklah anak-anak tarik baju tangan kita ajak balik sebab dah rasa rimas dan panas. Kena lah gunakan kebijaksanaan atau hikmah untuk menjawab supaya mereka boleh bertoleransi dengan Ummi. Pada masa yang sama nak kena jaga ‘waterface’. (macam pernah alami je kan?kan?) Dan biasanya sebelum turun kereta, Ummi dah siap2 beri amaran, “Makan nasi dulu…BAAARU boleh makan gula2, ok?” Tambah haru bila pengantin ada sesi potong kek bertingkat, ada jugak anak Ummi yang cerdik nak colek jari merasa krim pada kek yang indah menawan tu! Haha…sekali lagi, mata Ummi kena pantas mengawasi jari2 comel mereka. Tapi alhamdulillah setakat ni tiada adegan yang tidak diingini berlaku pada mana2 kek pengantin.

Kalau pun tiada ‘program’ khas buat mereka, di rumah pada masa lapang pun harus ada satu agenda khusus buat mereka. Dalam hal di rumah, Ummi tidak lah sampai buat jadual yang sangat ketat…cukup sekadar time-up untuk tengok TV, now solat time, baca Iqra’ dan buat hafazan atau boleh main apa2 sahaja KECUALI game di komputer. Yang menariknya bila musim puzzle datang lagi. Seronok tengok tiga2 orang tekun nak siapkan satu set puzzle. Tapi tak seronok bila ada yang ajak Ummi main sama2, tapi last2 yang kena siapkan puzzle yang complex tu adalah UMMI sorang2!!

Melayani kerenah dan menyantuni keperluan anak-anak sememangnya melahirkan perasaan yang bercampur-baur: enjoy, puas, gerrrram, melatih sabar dan macam2 lagi. Nak tak nak mereka adalah sebahagian dari elemen dalam institusi yang bernama KELUARGA. Janganlah dek kerana hilang sabar, sudah tercabut perikemanusiaan dan dengan sekelip mata meruntuhkan institusi keluarga ini, sebagaimana yang berlaku pada adik Syafia Humairah . Allahumma ya Allah, lindungilah kami dan keluarga kami dari fitnah akhir zaman!

Tuesday, February 16, 2010

Day without Plastic Bag


Disclaimer: Untuk sahabat2 di luar negara yang dah biasa dengan budaya 'tanpa plastik' janganlah gelakkan tau sebab kejakunan Ummi ni...hihi..

0#0#0#

Permusafiran Ummi dan Abi baru-baru ini ke France membuka mata kami tentang konsep: Conserve Energy, Reuse, Recycle. Kita sering mendengar tentang kepentingan memelihara dan memulihara tenaga dari alam sekitar kita. Namun dengan BUDAYA atau kebiasaan dalam masyarakat kita di Malaysia, berapa orang yang sanggup atau rajin untuk:
  • mengasingkan sampah2 kita kepada kategori: Plastik, Kertas, Tin, Kaca dan juga sisa makanan
  • kumpul kategori2 sampah dan membuangnya di tempat kitar semula kelolaan Alam Flora atau tong-tong Recycle for Charity
  • shopping hanya dengan membawa 'grocery bag'. Dengan kata lain NO PLASTIC BAG!
  • beli makanan bungkus dengan membawa bekas kosong sendiri. Maknanya tidak menggunakan pek polystyrene atau plastik.
  • menukar lampu luar rumah kepada jenis sensor. Pada waktu malam, lampu sentiasa terpadam tetapi akan terpasang apabila sensor mengesan kewujudan objek/orang yang bergerak di bawahnya.
Reaksi biasa: "Hish! Leceh! Ngengada je!"

Well, kenapa di negara lain seperti di Jepun, Perancis, Australia (sekadar menamakan beberapa negara) budaya tersebut boleh dilaksanakan oleh masyarakatnya? Kerana apa? Kerana wujudnya KESEDARAN tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan FAHAM tentang bahan-bahan pencemar yang terkandung dalam plastik dan polystyrene. Dan budaya itu telah dimulakan dan menjadi satu amalan yang diteruskan secara sihat.

Maceh Mama!

Ummi dan adik-beradik telah dididik oleh Mama (Opah panggilan anak-anak Ummi) untuk membuang sampah kotak/kertas, plastik, botol kaca dan tin ke dalam bakul yang telah disediakan di satu sudut di dapur rumah kami. Kami akan mencuci kotoran terlebih dahulu dari kotak (susu dll.), botol kaca (sos, kicap, dll.) atau tin (tomato paste dll.). Kalau Mama terjumpa sampah yang tidak sepatutnya dibuang ke dalam tong sampah biasa, dia akan bising, "Siapa yang buang ni?" >_< style="font-weight: bold;">

Hari tanpa Beg Plastik

Sejak 1 Januari 2010, kerajaan negeri Selangor telah mengeluarkan pekeliling ke semua premis-premis perniagaan agar menjadikan hari Sabtu sebagai Hari tanpa Beg Plastik. Di bawah exco YB Elizabeth Wong, usaha ini sangat-sangat dipuji kerana memulakan satu budaya yang baik. Jika pelanggan mahu menggunakan beg plastik, caj 20sen dikenakan. Baik la melabur lebih sikit beli shopping bag besar untuk load barang-barang kan?

Bila Ummi ke France baru-baru ini, Ummi melihat sendiri supermarket langsung tidak menyediakan beg plastik kerana semua pelanggan akan membaw shopping bag sendiri, atau meletakkan barang-barang yang telah dibayar ke dalam troli semula (dan akan load ke dalam container di dalam kereta masing2). Hidup je kan tak guna beg plastik??

Tadi Ummi dengan ditemani Ulya pergi shopping sedikit groceries di Carrefour Wangsa Maju, langsung terlupa azam untuk tidak menggunakan beg plastik dan hanya membawa shopping bag dari rumah. Tapi ketika Ummi beratur untuk membuat bayaran, Ummi cakap dengan adik cashier,"Dik, tak payah guna plastik beg ye." Cashier dengan wajah terkejut,"Ha! Boleh ke? Takpe ke kak?" Tersenyum Ummi sebab tengok wajah 'kaget'nya.

So, lepas scan item, cashier terus serah barang2 pada Ummi dan tidak memasukkannya ke dalam beg plastik Carrefour. Cik Ulya yang baik hati yang telah sedia duduk di dalam troli membantu Ummi menyusun barang2 kami.

Fuhh! Not bad for a start. Lepas ni kena INGAT bawa shopping bag!

So kawan-kawan, especially mothers, please start this good culture to protect our environment. Bukankah Syariah ini diturunkan untuk melindungi manusia dan ALAM??

Monday, February 15, 2010

Hakuna Matata

CHANGE is the most dynamic thing in the world.

Melihat anak-anak semakin membesar. Tanggungjawab semakin bertambah. Dalam suka atau duka, dalam rela atau terpaksa, dengan ringan atau berat. Melihat kitar hidup produk bisnes: u need to revamp or differentiate or let them die off. Oh! Sungguh banyak perubahan. TAPI dinamism itu SIHAT, MAJU dan WAJIB mengikut sunnatullah.

Dengan perubahan, semua orang akan mengharapkan yang positif, ke arah lebih baik. Tiada siapa dalam dunia ini mahukan kehidupan semakin memburuk dan parah. Gilakah mereka jika ada?

Kalau pun perubahan dalam kehidupan, tersadung, terguris dan bermacam-macam lagi, ingatlah ia adalah ujian bagi menentukan siapakah yang terbaik amalannya:

"Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun."
(Surah Al-Mulk:2)

Seni Menikmati Ujian


Ummi sangat suka dengan buku ini. Membaca dan menghayati tips2 penulis dalam kehidupan sendiri menjadikan Ummi boleh 'enjoy' dengan ujian mendatang. Sudah tentu tiada siapa meminta diri diuji. Tapi, bila diuji bagaimanakah reaksi dan tindakan kita menghadapinya?

PERTAMA
Fahamilah bahawa Ujian itu Sunnatullah. Tiada siapa boleh melarikan diri dari ujian. Manusia sering mendapat nikmat dan merasa bahagia. Namun, hakikat yang mesti difahami adalah: Nikmat dan Kebahagiaan adalah dua perkara yang datang tiba-tiba dan tidak kekal.

KEDUA
Sedarlah bahawa nikmat hakiki adalah nikmat SYURGA abadi. Rasulullah s.a.w bersabda:
"Jibril pernah menemuiku seraya berkata, 'Wahai Muhammad! Hiduplah sesukamu, tapi sungguh engkau akan mati; cintailah orang sesukamu, tapi sungguh engkau akan berpisah dengannya; dan berbuatlah sesukamu, tapi sungguh engkau akan diberi balasan kerananya. Ketahuilah bahawa kemuliaan seorang mukmin itu terletak pada solat malamnya, dan kewibawaannya terletak pada sikap merasa cukup dari (bantuan) orang lain.'"

KETIGA
Yakinilah bahawa ujian adalah pemisah antara yang baik dan yang buruk.

"...Sekiranya Allah menghendaki, nescaya kamu dijadikanNya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberianNya kepadamu, maka berlumba-lumbalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah lah kembali kamu semuanya."
(Al-Maidah: 48)

Setelah faham, sedar dan yakin...next step adalah menghadapi ujian sebagai seorang MUKMIN, bukan hanya sekadar manusia biasa.

HAKUNA MATATA

Dalam bahasa Swahili, Hakuna Matata bermaksud No Worries atau tiada masalah. Jadi, semua orang ada masalah, tiada yang terlepas darinya. Jangan terrrrlampau risau dan runsing. Apa yang kita perlu buat adalah:

  • Tetaplah di atas keimanan dan berpegang teguhlah pada agama Allah.
    "Barangsiapa yang berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya ia telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus." (Ali-Imran:101)
  • Ikutilah petunjuk Ar-Rasul s.a.w
    Bila diuji, tenang dan jangan marah. Sebagaimana nasihat baginda buat sahabatnya: "Jangan marah, jangan marah, jangan marah."

  • Mengadulah, rintihlah masalahmu pada Allah

La Tahzan. Senyumlah saat hati susah untuk senyum. Hakuna Matata!


Thursday, February 11, 2010

Memujuk: Satu kerja yang memerlukan MASA


Antara agenda penting dalam sehari dalam hidup Ummi dan Abi adalah ‘memujuk’ anak-anak. Sebagai contoh, untuk keluar dan meninggalkan anak-anak di rumah perlu MASA yang khusus untuk menerangkan soalan-soalan berikut:

Tajuk perbualan: Ummi & Abi nak keluar kejap ada urusan
Soalan-soalan:

· Pergi mana?....kedai/rumah kakak2

· Ada apa?...kerja/usrah/meeting dll.

· Kenapa tak boleh ikut?...sebab bla..bla..bla..

· Kenapa abg umar/ulya/ulwan je blh ikut?

Kalau Ulwan lain pula halnya, Ulwan sangat cepat merajuk. Istilahnya “majuk”! Ummi tidur mengiring menghadap Abi, dia kata: “Ummi ni tak sayang wan pon!” Kalau tegur sesuatu dengan suara yang agak tinggi, katanya: “Ummi/Abi ni asek malah (marah) wan je! Tak nak sayang sudah!”

Fuh! Macamana la anak kecil umur 3 tahun dah pandai guna ayat-ayat cinta ni. Ha ha..

Poin Ummi tulis adalah kerana tugas memujuk anak-anak mengambil masa. Adakalanya di saat semua orang telah bersiap dan rushing untuk keluar, pada saat itu lah tersilap kata dan teguran boleh membawa padah, kerana Ummi dan Abi perlu mengambil MASA untuk memujuk. (This case applicable to toddler age like Ulwan)

Girl pulak lain kisahnya. Kalau tak cakap dengan terus terang, air mata akan meleleh di pipi. Sayu pulak Ummi tengok. Ambil masa sikit untuk pujuk Ulya (the only girl at the moment), peluk dan kiss dia bagi tenang.

Menjadi Ibu Bapa Proaktif

Dari pengalaman Ummi, sebagai ibu bapa kita pun haruslah bijak mengendalikan situasi ini dengan mengambil tindakan proaktif dengan:

1) Bincang lebih awal dengan anak-anak dalam membuat sebarang keputusan (contoh: ada yang boleh ikut, ada yang tinggal di rumah) bagi mengelakkan ada hati kecil yang terguris. Bila anak dah menangis, kita sendiri pula rasa bersalah.

2) Bercakap dengan telus. Tidak perlu menipu. Anak kecil pasti faham.

3) Jika ada giliran untuk bawa keluar salah seorang anak, berjanjilah untuk membawa anak lain pada masa lain dan yang paling penting TEPATI JANJI.

4) Kenali apa yang disukai dan tidak disukai anak. Elakkan melakukan perkara yang tidak disukai anak. Contohnya Ulwan suka pegang kepala shower sendiri apabila mandi. Adakalanya Ummi nak cepat, Ummi terus mandikan Ulwan. Bila Ulwan merajuk dan tak mahu mandi, MASA yang lebih diperlukan untuk memujuk. Aduh! Trick nya adalah, masuk toilet je Ummi tanya,”Ulwan nak pegang shower ni sendiri?” Bila dia happy, fuh…selamat takde yang merajuk.

Begitulah hidup kita dengan anak-anak seolah-olah bermain layang-layang. Ada masa kita kendurkan tali, ada masa kita tarik kuat tali dengan tegang. Yang paling penting nilai asas didikan kita mestilah merujuk pada Al-Quran As-Sunnah. Moga anak-anak menjadi generasi rabbani, yang takut hanya pada ALLAH!.

Monday, January 18, 2010

Anak-anak penghibur jiwa yang lara

You are my sunshine.
You are apple of my eyes.
You are my sweetie pie.

Itu omputeh kata.

Anak-anak permata hati.
Pengubat jiwa yang lara.
Penawar duka.

Itu orang Melayu kata.

Yep! semua orang yang bergelar ibu dan bapa pasti mengiyakan perasaan ini. Dan saat Ummi Abi dalam kerunsingan, kegusaran, melihat anak-anak yang gembira pasti menjadi penawar hati.

Apa lagi bila...
Umar dah mula hafal An-Naba'
Ulya dah rajin solat pakai telekung Maksu Silah yang Opah bagi
Ulwan dah pergi playschool dan balik rajin buat 'homework'

Tambah bahagia bila...
Umar minta Ummi kejutkan Solat Subuh
Ulya baik hati nasihatkan Ulwan supaya minta maaf dengan Ummi
Ulwan cakap,"Uwan sayang Ummi." "Uwan sayang Abi."

Ya Allah, jauhkan anak-anak kami dari fitnah dunia! Jadikanlah mereka pemimpin bagi orang-orang bertaqwa. Amin.


Sunday, January 10, 2010

HAJJ 1430H: Allah answered our prayer (5)

Alhamdulillah, setelah tidur sejenak dan bangun semula pada jam 11.30 malam, adik Ummi, Marwah (Wawa) dan suaminya, Shahrul (Sagol) datang ke khemah kami. Adik Ummi yang sedang menuntut di Jordan datang untuk mengerjakan haji bersama sekumpulan mahasiswa dari Jordan. Dengan perbelanjaan tidak sampai RM2,000.00, mereka menaiki bas selama hampir 2 hari dari Jordan ke Madinah dan ke Mekkah. MasyaAllah! Adventurous betul! Story Wawa kena baca kat sini.

10 Zulhijjah, 11.30 malam hingga 11 Zulhijjah, 2.30 pagi

Malam itu, kami (Ummi Abi, Wawa Sagol) dan 3 pasangan (teman sebilik Ummi Abi: Kak Sarinah & suami, Kak Yati & suami, Kak Fuziah & suami) berjalan kaki menuju Mekkah. Bunyi macam hebat je. Hehe…sebenarnya dengan kefasihan adik Ummi dan suami yang boleh bercakap bahasa Arab pasar, memudahkan kami untuk balik menaiki ‘public transport’ ke Mekah. Kami berjalan dari kawasan khemah di Mina ke ‘town’ Aziziah selama 1 jam. Dari situ, kami menaiki pick-up truck (kenderaan yg dah ‘tua’ dan pemandu yang ganaz!) menuju ke Mekkah. Orang tempatan akan sebut, “Al-Haram! Al-Haram!” sebagai tanda kereta sapu mereka menuju ke Mekkah. Perjalanan sejauh 7km tersebut mengambil masa 2 jam, kerana kesesakan jalanraya!!

Sagol dan Abi, berjalan melalui terowong Muaissem

Hampir saja rasa putus asa untuk menaiki pick-up truck tersebut kerana ‘traffic jam’ yang terlalu teruk. Ingin saja turun dan berjalan kaki pulang ke Mekkah. Tapi mengenangkan rakan sebilik yang agak berumur, kami teruskan menaiki truck tersebut.

Pemandu truck menurunkan kami berhampiran dengan Masjid Kucing (di belakang kawasan sa’ie, spesifiknya di Marwah). Dan kami berjalan pulang ke hotel dan jam sudah menunjukkan pukul 2:45 pagi. Penatnya tak terkata dan kami terus tidur untuk mendapatkan semula tenaga demi meneruskan manasik haji pada esok hari.

Tawaf dan Sa’ie Haji

Setelah selesai Tawaf Haji

Selesai menunaikan solat Subuh di bilik hotel dan juga MANDI selepas 3 hari tidak mandi (sejak 8 Zulhijjah), alhamdulillah terasa segar dan bertenaga semula. Kami berempat (Ummi, Abi, Wawa dan Sagol) berjalan menuju Masjidil Haram untuk melaksanakan Tawaf Ifadhah atau tawaf rukun bagi manasik haji kami. Subhanallah, kami bernasib baik kerana ruang tawaf tidak terlalu padat. Dalam masa 30 minit kami dapat menyelesaikan ibadah tawaf dengan penuh ketundukan dan kerendahan hati. Moga Allah terima ibadah haji kami!

Memandangkan kami belum bersarapan, Abi membuat keputusan agar kami bersarapan pagi terlebih dahulu sebelum meneruskan ibadah sa’ie haji. Ke manakah lokasi sarapan kami? Kami makan chocolate bun dan cinnamon roll di salah satu cafĂ© di dalam As-Sofwah Mall berhampiran Pintu Malik Abdul Aziz (pintu 1). Nyum..nyum. Alhamdulillah, bila perut dah kenyang, kami pun masuk semula ke dalam masjid dan naik escalator untuk ke Tingkat 4, ruang paling atas di kawasan sa’ie.

Sarapan kami berempat bernilai SR40++. Kenyang amat sangat!

Abi melaksanakan ibadah sa’ie dengan birasnya, Sagol, dan Ummi pula dengan Wawa (mereka berjalan lebih laju dari kami..huhu) Banyak perkara yang Ummi dan Wawa bualkan selepas itu. The best moment with my sister that I would never forget. Luv u Wawa!!

Ummi dan Wawa di Aras 4 tempat sa'ie

Sampai di Marwah setelah 7 pusingan, maka selesailah sa’ie haji kami. Dan syukur Alhamdulillah gugurlah baki 3 larangan ihram kami, menandakan kami telah bebas dari kesemua 13 larangan ihram.

Pulang ke Mina

Selepas solat Zuhr dan makan nasi Kabsah yang dibeli dari Tazaj (ala-ala fastfood tapi jual nasi Mandi, Maklouba dll.), kami menaiki pick-up truck di hadapan hotel menuju ke Mina. Kali ini, bahagian belakang truck terbuka. Oleh kerana ruang duduk dalam truck terhad, Abi, Sagol dan tiga lagi rakan kami menaiki bahagian truck yang terbuka di belakang. Wah! Enjoy la Abi.

Menaiki truck balik ke Mina

Mabit dan bermalam di Aziziah

Selepas mabit atau bermalam sebagai cukup syarat kami menghidupkan masya’eril haram, Ummi dan Abi bergabung dengan rakan-rakan Wawa dan Sagol, iaitu Ukht Asma’ dan suami serta Akh Khairi, berjalan pulang ke motel mereka di Aziziah. Kami berjalan lagi!

Dari kiri: Wawa, Sagol, Abi, Aiman, Asma', Khairi. Kami berjalan bersama mereka pulang ke motel di Aziziah

Malam terakhir kami di khemah di Mina

Menarik juga motel Wawa. Setiap unit ada 3 buah bilik dilengkapi bilik air dan dapur (boleh masak tapi tong gas dah hilang diambil orang). Ada kemudahan mesin basuh dan juga peti ais.

12 Zulhijjah: Kami nafar awal

Pagi itu, Sagol bawa kami bersarapan di mat’am (restoran) makanan Arab. Kami makan nasi dengan ayam golek dan juga ayam yang dipanggang atas bara. Kerja pelik juga pagi itu adalah kami minum air gas. Haha! Ini gara-gara makan nasi Arab (tak tau apa namanya) hingga kekenyangan. Itu pun kami ‘tapau’ (bungkus balik) sisa nasi, roti dan ayam yang tidak dapat kami habiskan. Burp! Alhamdulillah.

Selepas solat Zuhr, kami mulakan perjalanan kembali ke Mina untuk melontar ketiga-tiga jamrah buat hari terakhir (kerana kami melaksanakan Nafar Awal). MasyaAllah! Umat sangat ramai kerana selepas Zohr adalah waktu afdhal melontar. Unit polis yang bertugas mengawasi pergerakan para jemaah. Kami memilih untuk melontar di Aras 4 kompleks Jamarat kerana Aras 1 terlampau sesak. Kami sempat bergambar di ruang lapang selepas Jamrah Aqabah tetapi awas kerana guard mengarahkan kami bersurai segera.

Berjalan menuju Aras 4 Kompleks Jamarat

Abi and the boys al-hajj

Alhamdulillah tamat sudah KESEMUA manasik haji kami dan sekarang masanya untuk pulang terus ke Mekkah.

Jalanraya…jalan-jalan…

Jalanraya sesak dengan manusia, laluan kenderaan penuh dengan bas yang beratur tapi tidak dapat bergerak keranan kesesakan jalan. Sagol ada bertanyakan harga penumpang menaiki bas atau truck pulang ke Al-Haram, tetapi harga melambung tinggi! Dari sekepala SR50 ke SR100 dan juga SR200. Mahalnye! Akhirnya kami memutuskan untuk berjalan kaki terus ke Mekkah. Jarak yang harus ditempuh adalah 7 km.

Pemandangan jalan menuju ke Al-Haram dari Kompleks Jamarat

Bermacam ragam manusia

Fuhh! Bermacam ragam pemandu motorsikal, pick-up truck, bas di atas jalanraya. Bingit dengan bunyi hon. Penumpang dipadatkan di dalam dan di atas bumbung kenderaan. Kami pula enjoy berjalan kaki di kaki lima jalan, melalui simpang-simpang, menelusuri 2 buah terowong dan akhirnya setelah hampir TIGA jam berjalan kaki, kami sampai di Masjidil haram, tepatnya di ruang lapang berhampiran kawasan sa’ie.

Dan Ummi Abi seterusnya pulang ke hotel, manakala Wawa dan Sagol beserta 3 orang rakan mereka meneruskan perjuangan mereka untuk menunaikan Tawaf Wada’ memandangkan mereka akan menaiki bas pulang ke Jordan pada malam itu juga.

Penat dan puas tak terungkap dengan kata-kata. Kami hanya mengharapkan ibadah kami tidak dicemari dengan niat terpesong, dosa-dosa dan kata-kata yang keji. Alhamdulillah selesai sudah.

Perjuangan seterusnya adalah berISTIQAMAH mengutip 100,000 pahala bagi setiap kebaikan yang dilakukan, dengan menunaikan solat berjamaah di Masjidil Haram. Apakah Ummi Abi sudah ‘menang’ atau ‘ujian’ kami baru sahaja bermula? Wallahua’lam.