Thursday, September 11, 2008

Ketuk-ketuk Ramadhan


Ketuk-ketuk Ramadhan

As promised, Abi brought Umi to Nagoya Textile at Carrefour to buy the 56.1 metres long lace material for our house sheer curtain. It is not that I really want it but the HOUSE need it. The sheer in the hall has already torn here and there and already aged for 15 years! High time to take it off!
Well, as usual what we will never miss is to stop by at the newstore and get our monthly copies of magazine:
Abi’s :: Chip, Mobile World
Umi’s :: Majalah I (Mamak always mistakenly heard it as Hai magazine..keh..keh), Parenthink, and sometimes Anis or Aniqah
Umar’s :: Aulad

This time round, this recipe book “Ketuk-ketuk Ramadhan” is so eye-catching that made me spontaneously grabbed a copy of it. Nampak macam senang jo!! Haha..tunggu le bila nak masak.




The 5-cousins happily buka puasa together..khas dlm dulang..jgn kaco ktorg makan kat meja eh..


Umar’s Appetite

Ketuk punya ketuk…our Umar managed to fast from Day 1 ‘till Day 11. Alhamdulillah. What amazed us, really, he eats a LOT when breaking fast. Today, in surau he ate nasi and ayam pedas (my son hardly eat spicy food), siap tambah lagi!!..then kuih..and jelly..and he only stop eating when jama’ah already finished maghrib prayers. Balik rumah..kokokrunch, roti..MasyaAllah! Lapar betul anak Ummi..:)) Pastu gi toilet..haha..

Kena ketuk-ketuk

Today, Ummi and ‘Ulya have iftar at Ila’s house (K2, Kampung Baru) with all my adik-adik usrah presence (except Dayah..blk Klang). Almost 3 weeks we missed usrah due to exams, break and ramadhan. Thanx to adik2 for cooking tomyam and telur dadar…and not to forget the kurma castard pudding (kena kurangkan gula lg nih). Alhamdulillah, managed to give a short tazkeerah and mutabaah their ‘amal.

Ummi: Ok, brp orang dapat baca Al-Qur’an 1 juzu’ sehari?
Adik2:…(senyap)
Ummi: Ok, Z, brp mukasurat sehari?
Z: tiga ke empat muka je
Ummi: ok…macamane nak tingkatkan dari empat muka tu jadi lebih lagi?
Adik2: ..kena rajin lagi la!!

The idea of accelerating our ibadah in the month of Ramadhan lies inside us. There’s no syaitan around to whisper. But we have to push ourselves..yes! ketuk-ketuk la! Nevertheless, in order to have that inside out motivation, you must have knowledge on what’s so special that you can never miss in this blessed Ramadhan? So…why is it Soooooo Special?

Yes! We can be wealthy with thawab (pahala) just by doing these righteous deeds. Here are the 5 Wealth in Ramadhan:
1) Tilawatul Qur’an
2) Solat Tarawih
3) To go and be in Masjid
4) Zikrullah during Fajr ‘till Dhuha time
5) Infaq

Anyway, Happy Ketuk-ketuk in Ramadhan!!

p/s: nak try resipi dlm buku Ketuk2 Ramadhan esok..

Thursday, September 4, 2008

MASJID ORANG TUA VS MASJID ORANG MUDA


Bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini, umat Islam tidak kira tua atau muda, kaya atau miskin akan berlumba-lumba mengerjakan ibadat. Saban malam, masjid dan surau akan dipenuhi dengan saf-saf manusia yang tidak mahu melepaskan peluang ganjaran tidak ternilai dari Allah s.w.t. Malah, terdapat surau dan masjid yang mengadakan majlis berbuka puasa setiap hari hasil sedekah dan infaq ahli qariah. Subhanallah, betapa indahnya bulan ini apabila segala kebaikan terhimpun di dalamnya.

Untuk catatan ini, saya berminat untuk menarik perhatian kita semua tentang senario beribadah di negara kita. Kebiasaannya, masjid dan surau diuruskan oleh golongan-golongan tua atau senior. Mungkin, setelah umur pencen, apa lagi yang mereka ingin lakukan melainkan memperbanyakkan ibadah dan merehatkan diri di rumah Allah. Dari urusan tok siak, pemegang kunci, muazzin, imam, hinggalah ke urusan mencuci tandas dan juga menghidangkan makanan. Sejuk juga hati melihat ada anak muda yang ikut membantu. Namun, senario yang biasa kita lihat adalah masjid menjadi milik orang-orang tua.

Anak-anak kecil ke Masjid

Panggilan untuk menunaikan solat sunat terawih menyebabkan ibu-ibu muda yang mempunyai anak-anak kecil turut sama hadir tidak mahu melepaskan peluang beribadah ini. Apakah sifat semulajadi anak-anak kecil? Duduk diam atau berlari? Pastinya mereka akan membuat bising dan menangis ketika bermain. Melainkan terdapat ruang khas di pinggir kawasan solat untuk mereka bermain. Jika tiada, nasib tak baik lah anak-anak kecil ini dimarahi oleh nenek atau datuk jemaah masjid. ”Apa bising-bising ni? Orang nak solat buat bising!!” Paling ringan, mereka akan ditenung tajam oleh jemaah yang lain. Ini lah nasib anak-anak kecil ini. Apakah jalan selamatnya? Jangan bawa anak-anak kecil ke masjid. Titik.

Saya juga berpeluang menunaikan solat di masjid sebuah universiti Islam berhampiran. Mungkin kerana jemaahnya adalah di kalangan Islam bukan-Melayu dan juga pelajar yang telah mempunyai anak, mereka tiada pilihan selain daripada membawa anak-anak kecil ini ke masjid. Allahu akbar! Hiruk pikuk dan penuh kanak-kanak berlarian ke sana sini. Hairan bin ajaib, tiada suara jemaah yang mengherdik mereka. Saya selesa di sini. Saya tidak terganggu beribadah walau pun ramai lagi anak-anak kecil lain. Tidak ramai orang-orang tua di sini. Yang berdiri, rukuk dan sujud kebanyakannya adalah orang-orang muda.

Saya tidak mengatakan masjid ini lebih mulia dan afdal. Tapi, saya menggambarkan sebuah masjid yang children-friendly. Masjid yang menjadi tempat berpaut hati anak-anak muda untuk terus mengimarahkannya. Apabila anak-anak kecil diraikan kehadirannya di masjid, sampai besar pun mereka tidak malu alah untuk menjejakkan kaki ke sana.
Sampai bila akan ada label masjid orang tua dan masjid orang muda pun saya tak tahu. Seharusnya, masjid itu adalah tempat berkumpul semua ahli qariah dan pusat aktiviti sosial. Tidak perlu dilekatkan papan tanda besar larangan-larangan yang tidak munasabah seperti ’Dilarang Tidur’ dan ’Had untuk anak-anak bawah umur 7 tahun’. Wallahua’lam.

Wednesday, August 27, 2008

'Umar dah nak masuk sekolah!!


Lepas habis Ujian. Tu pakai badge Hari Ujian Diagnostik!

Alhamdulillah semalam...27hb Ogos, 'Umar ambil ujian diagnostik untuk masuk Sekolah Islam Al-Amin. Sekolah Umi dan Abi dulu!!!


Seronok sangat sebab ni generasi cucu pulak masuk Al-Amin. Malam sebelum tu, Umi tak pegi mana2 sbb nak buat ulangkaji dengan 'Umar;

- Iqra' Buku 2

- Hafalan Al-Kafirun, Al-Masad, Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas

- Tulis Bahasa Melayu

- Tulis Nombor 1-20 (yg nombor 12-19, Umar tulis terbalik: 21 31 41 51 61 71 81 91)

- Tulis huruf hijaiyah


Hari ujian, lama jugak 'Umar kena berkurung dengan guru2 Al-Amin. Suspen lak Umi...lepas ke anak Umi sorang nih. Tak lama lepas Umar dalam bilik ujian, Umi dan Abi dipanggil utk temuduga ibu bapa oleh Cikgu Nordina dan Ustaz Jabbar. Klaka je..Cikgu dan Ustaz kata takde apa2 sbnrnya nak tanya, segan tak tau nak tanya apa. So kami sembang2 ttg sekolah skrg.


Bila 'Umar keluar dari bilik ujian, dia kata, "menang!" (haha..sbb dia dapat goodies ada air kotak, kek dan biskut). Semua orang pun dapat anak oi! Takpe lah janji dia gembira. Moga Allah permudahkan anak ini untuk ke langkah seterusnya. Amin.

The colours of Sarawak's edible..

Umi suka sangat amek gambar makanan, sayur2an yang takde kat Semenanjung. Enjoy the colours!


Mee Kolok..rasa lada hitam..


Teh C Special! Lemak berkrim! Hehe...Teh susu tak guna susu pekat manis, tapi gula kabung. Sederhana manis dan memang minum segelas tak cukup punyer!

Kek Batik Sarawak aneka corak...cantik sangat sayang nak makan!

Pulut inti dikukus dalam Periuk Kera...hehe..kera dah tak guna dah periuk depa!




Black pepper - yg hijau masih muda, yg dlm plastik warna hitam tu bila dah kering.




Wow!! rebung beso giler!


Ni la periuk kera, selonggok2 tu diorg jual singgit je!



Buah belinjau. Biasa orang jual empingnya yang digoreng jadi keropiok. Rasa pahit2 sket.

Bunga rozelle. Rebus dan masak dengan gula untuk jadi pati jus rozel. Macam ribena rasanya!

Meow...meow..here we come!




Banyak citer bulan Ogos ni. Yea! Yea! Alhamdulillah berkesempatan memulakan hujung minggu cuti sekolah dengan join Lawatan ukhuwwah Wanita JIM Pusat ke Kuching, Sarawak. Seawal 5.30 pagi kami bertolak dari Tmn Melawati terus ke LCCT. Abi cayang tolong hantarkan Umi dengan UmmiRoses dan Nazirah untuk flight 8.50pagi ke Kuching.



Ziarah yang best ni tak lain tak bukan demi ukhuwwah..selain dapat melihat bumi Allah yang indah dan juga shopping!!



Tengok je le gambar2 ni ye..






Tu dia Mck Mas dgn beg bizneznya...mcm2 isi dlm tu tau!





Apa yg menarik dari kedai Resipi Warisan dkt Tmn Sri Wangi, Kuching ni adalah kuih sepit/kapit yg berbentuk bunga ros. Ada la yang senyum meleret tu...






Di hadapan kedai Resipi Warisan (ada idea nak buka Kedai WJIM Shoppe macam ni di Bdr Permaisuri nnti). Dr kanan: Kak Dayang, Kak Saedah, dr Har, Mck Mas (tersorok blkg Mck ros), Mck Ros a.k.a UmmiRoses, Nazirah & Me~!


Kek Batik Sarawak! Cantik sangat untuk dimakan :)


2nd day - di UNIMAS. Sesi UmmiRoses dgn student Kolej Tun Ahmad Zaidi. Bergambar bersama akhawat aktivis. Yg baju oren tu Kak Shamsiah (Pengetua Kolej, akhwt). Yg kiri Umi; Maswida (ukht blaja kat Jepun, Umi sempat berkenalan dgnnya smsa berkunjungan ke Jepun thn 2006)





Lepas prgm di UNIMAS, kami pegi kedai/kilang pasu di Batu 7. Umi sempat la mencuba buat pottery. Nampak mcm senang jek! hehe...bila dah laju berpusing..jadilah bentuk pasu yang tak pernah dibuat orang!



Gelagat Mck2 comel ni sebelum menyantap di Restoran Chilli Peppers.



Tadaaa!! Selepas santapan..Licin!



Sabtu malam Ahad, di Raudhatul Mahabbah. Ramai betul akhawat yang hadir untuk mendengar perkongsian UmmiRoses ttg RS.

Hari ketiga - kami dibawa membeli-belah di Serikin (sempadan Kalimantan,Indonesia).

Selepas tu shopping lg di Kuching Waterfront Park. Kat tepi sungai tu banyak jualan bahan kraf terutama gelang dan rantai mcm kat atas tu. Umi tak beli la...kl beli, habis diragut Ulwan,putuih!

Thursday, August 14, 2008

Orang Asli...kita apa?






Banyak perkara dan event berlaku dalam bulan Ogos..Augustus ini.. Bulan LAPAN memang banyak yang istimewa, selain daripada Hari Kemerdekaan. (belanja sambutan Hari Merdeka 2008 dipotong 40%...ye lah esoknye dah masuk Ramadhan..insaf le sket).



Alhamdulillah weekend lepas memang free! Jarang sekali dapat Umi DAN Abi free begini untuk luang masa ikut program YB Saari (ayah Umi tercenta!). So, Sabtu 090808 (punye la banyak kenduri sbb org nak akad nikah pada tarikh keramat 080808!) kami zoom zoom dengan Mazda5 baru kami ke Teluk Intan, Peghok. Walimah Cik Uwa (team Konsis kami) dengan suaminya, bakal doktor.



Ahad, 100808 ::



Seperti dijanjikan, kami sekeluarga ikut program Hari Khidmat Kesihatan di Kg Orang Asli di Kemensah. Adik Umi, 'Urwah dah bertugas sejak awal pagi lagi di dewan kecil tanpa kipas (krn tiada elektrik) dengan para doktor sukarelawan..memeriksa kesihatan para penduduk kampung.



Kami tiba jam 11.30pagi, menunggu Mama dan Ayah. Pertama kali bawa anak2 ke kampung sebegini. Anjing di merata2 tempat. 'Ulwan yang sangat inquisitive tu cuba nak mendekati tiga ekor puppies yang sedang nyenyak tidur di luar dewan. Melingkar jadi satu bulatan. Nak cakap comel ke? Tp tak tahan geli tengok anjing yang togel separuh badan takde bulu.



Majlis dimulakan dengan ucapan Tok Batin diikuti dengan YB. Skillful betul Ayah berucap dengan orang Asli.



Khatibun naas 'ala qadri 'uqulihim

(berkatalah dengan manusia menurut kadar kemampuan aqal mereka)


Belum lama duduk, 'Ulya, my 'lil girl dah minta pegi toilet. Ha kena la pegi kat lereng bukit tandas simbah org Asli punye.


Disebabkan anak2 Umi excited tengok macam2 binatang, kami tak stay dalam dewan. Sibuk melayan anak2 menjenguk di bawah teratak mereka. Ada itik..ayam..kucing..dan wajib..anjing!

Apa la yang anak-anak terjenguk2 tu...hehe..tak biasa tengok binatang2 kampung!



Tanda meraikan kami, wakil penduduk membawa sebakul DURIAN yang baru dikutip dari hutan. Berkenduri durian la kami! tapi isinya agak mengkal kerana baru dikutip. Tak lupa manggis penyedap rasa.


Comel betul tengok anak2 makan buah kat pondok di lereng bukit. Pakcik2 orang Asli ni, campak je kulit durian kat bawah pondok depa.


Ayah kata, tak payah la bagi souvenir sweets pada anak2 depa tu. Bagi la set berus gigi!! Sbb kena ajar depa ttg kebersihan. Jalan pun kaki ayam. Nak kena belajar ni skill mendekati anak2 org Asli.


Ustazah yg mengajar anak2 depa pun datang nak bagi motivasi pada para ibu supaya menggalakkan anak2 mereka ke sekolah. "Sayang..saya terkilan sangat sbb org Kristian dah masuk dulu tempat ni..setiap Ahad diorg ada sembahyang kat dewan ni!" Aduh!! Tamparan hebat betul. Padahal kampung ni belakang rumah Umi je. Sape nak take up kerja dakwah ni? ..hmm..


Selesai kunjungan tersebut, kami cari spot baek punyer nak bawa anak2 celup2 dalam air sungai. Tak la plan beriyer nak mandi. Belanja diorang makan aiskrim then kebooosh dlm air.


Enjoy tak anak2?? ALHAMDULILLAH...


Moga mereka lebih kenal ada sekelompok masyarakat yang dipanggil Orang Asli. Dan kita pula apa?? Kita orang ISLAM.

Wednesday, July 30, 2008

Eating habit




Nak citer kekaguman Umi dan Abi pada anak ketiga kami ni, 'Ulwan. Dia boleh makan dan makan dan makan lagi..Fuh! Pagi tadi breakfast separuh roti telur (kak Ulya makan pun tak habis). Then dia minta cereal! Kebetulan Abi teringin makan durian yang Opah bawa balik dr Taiping...PUN dia minta jugak. MasyaAllah! Hebat betul selera makan anak Umi ni.







Dalam milis ibu yang Umi subscribe hari ini ada posting tentang Anak Tak Pandai Makan. Wah! memang macam-macam pengalaman ibu handle anak tak pandai makan. Makan pun kena ajar kan?



Abang Umar masa kecik pun kughuih, nampak gitar! Suruh makan extra sikit je, dah muntah balik. Mihun kena potong pendek2 kalau panjang2 susah nak telan. Macam2 jugak lah yang Umi cuba, buat hiasan2 (macam tips yang biasa orang bagi) dengan ada muka yang comel atas pinggan dll. Tapi tak selera jugak makan...kecuali Pasta, Spaghetti, Pizza! Amboi2...macam anak mat salleh nampak. Gambar bawah ni masa Abg Umar 9 bulan ikut Popo, Umi dan Abi visit Kong Kong di Bendigo, Australia. Berselera betul makan yoghurt! Tauk tahu lah macamana selera makan Abg Umar boleh ok. Umi dah tak berapa ingat. Tapi memang kena banyaaaaak Sabar. Tapi Abg Umar makan sikit tapi kerap. Dan kawan Umi, Dr Aisyah tak berapa setuju sebab in-between-meals buatkan anak tak nak makan banyak for heavy meals. Masing2 punye mazhab la. Hehe.




Kak Ulya's story..well, Umi still have the same problem. She's so picky and fussy. No sayur. Not a single daun sup yang sangaaat kecik kemetot. Not even bawang. Haiyoo! Umi played helikopter terbang nak masuk dalam mulut pun fail gak. Tengok mood la. Ada sekali tu masak ayam masak kurma. Kak Ulya nak nasi sama kuah AJE! Ok lah, janji makan. Tup..tup ..dia makan nasi tambah lagi sekali.



Conclusion Umi, lain anak lain eating habit. Yang penting introduce food, vege and variety of food sejak awal usia lagi. Bila dah pandai memilih tu yang susah sket la. Ni dua (dari berbanyak2 lg) perkara yang sangat penting Umi rasa semua parents kena faham. Nak baca lagi pg kat http://www.saferchild.org/foodtips.htm



Children don't eat like adults do: Do you get frustrated when your child wriggles around, talks a lot at the table and stops frequently to play with things or stare out the window? We know such behavior can try one's patience, but it might help to know that it's normal. Deal with the fidgeting calmly -- while still insisting on good manners and on eating a proper meal. For example, your children should learn to sit properly at the table while eating. They should not watch television or play games while eating. They should not crawl on the floor, or leave the table before finishing. They should learn to chew with their mouths closed (this will not happen for some time, though!) and to not talk with their mouths full. They should ask for things politely, and they should ask for permission to be excused.



Don't miss breakfast: Breakfast is a critical meal for you and your children -- it wakes up the body and provides fuel for the day. Studies show that children who miss breakfast (teens, too!) have a harder time concentrating in school, and they're more likely to eat poorly later. Get up a few minutes earlier if you must, but make sure your children have food in their bellies before they leave the house. Try to serve breakfasts that include fruit, protein and fiber. Even if food is served at school or daycare, give your children something healthy to nibble on before they go. Sharing meals together is not just nutritionally sound, it's also an important part of family cohesion.