Sunday, March 8, 2009

Anakku Belajar Menulis

Tahukah anda bahawa anak-anak belajar menulis sejak dari bayi lagi?

Maksud Ummi kemahiran menggunakan tangan dilatih sejak kecil sehinggalah ultimatum nya memegang pensel dan menulis di atas garisan yang lurus.

Kemahiran menulis melibatkan perkembangan:
1) Motor kasar - memegang objek, menumbuk, memulas tombol pintu, membaling dan menangkap bola dll.
2) Motor halus - mengutip kacang, menekan loceng, menggunting, zip & unzip, membutang baju, mengikat tali kasut.
3) Koordinasi mata dan tangan - untuk membaling bola, anak perlu koordinasi mata (tempat sasaran balingan bola) dan gerakan tangan (kuat atau perlahan).


Corak Perkembangan Kemahiran Motor

Setakat yang mampu Ummi pantau dan lihat perkembangan anak-anak Ummi yang tiga orang ni, setiap anak mempunyai pattern yang sama.

Memegang
Umar pernah pegang keropok lekor yang panas. Dek kerana panas, dia menangis, tapi belum berupaya melepaskannya.

Melepas
Jika diminta membaling bola, Ulwan hanya mampu melepaskan bola yang dipegang ke lantai.

Mengoyak kertas
Ulwan boleh menyoyak kertas dengan menceraikan kertas dengan tangan kanan dan kiri. Belum boleh menggunakan jari jemari untuk menarik kertas dari atas ke bawah.

Menggunting
Ulya memegang telinga gunting dengan 2 jari (ibu jari dan jari telunjuk) untuk menggunting. Tapi membuka semula telinga gunting dengan dua tangan.

Mengutip
Mengutip tablet vitamin C dr tapak tangan Ummi dengan 2 jari (ibu jari dan jari telunjuk).

Memulas
Ulwan memulas tutup botol air. Memegang botol dengan dua tangan dan menuang ke dalam cawan. Adakalanya tersasar dari mulut cawan dan tumpah ke meja. Hehe..Takpe2. Amek kain lap, lap air tumpah ye nak.

Menggenggam
Ummi minta Ulwan buka tapak tangan, Ummi letakkan sweet wrappers dan minta Ulwan genggam tapak tangan kemas2. Ok, tolong buang kat tong sampah ye.

Membuka jari satu persatu
Pada tahap sekarang, 2 tahun 5 bulan, Ulwan dah boleh buat bentul pistol dengan jari2nya. i.e. buka ibu jari dan acu jari telunjuk, manakala jari2 lain disimpan. Tapi bila buat tanda 'Good' (tunjuk ibu jari sahaja), Ulwan tak boleh lagi :p Dia cuma mampu tunjuk jari telunjuk je. Haha.


Dan seribu satu macam lagi aktiviti pergerakan motor halus yang perlu dilatih untuk membantu anak bersedia untuk menulis.

Hasilnya, perkembangan inilah yang membantu anak apabila masuk alam persekolahan. Tidak boleh tidak, anak kita mesti menulis dalam semua subjek.

To my surprise, masa di program qiyam hari minggu baru ni, Umar tulis sesuatu tanpa disuruh ketika Ummi sedang mendengar tazkirah. Ta daa!


This is Umar's version of Palestine flag. The triangle should be red in colour. Black stripe missing. hihi.












"This is a perang pelestin.

hibap...Gaza...hibap" (he wanted to write 'hidup' actually!)









Read more about Child and Writing from my Sifu here

3 comments:

Unknown said...

Salam ziarah,,sebuah blog yang menarik,,,jemput ziarah ke blog saya untuk tujuan muzakarah dan sila add blog saya sebagai rakan blog anda...Jazakallahkhair....

duha said...

salam ziarah kak anfal..ahaha...cute laa umar :) lame tak jmpe die..msti da besaa..hehe

Little Mo-On said...

salam kak anfal...

subhanallah,

comel la barisan mujahid and mujahidah akak...

allahu akbar...

^_^