Sisi cinta yang sangat mempengaruhi sulukmu, bermanfaat buat menempuh kehidupan duniamu dan cinta luar biasa demi mencapai kebahagiaan akhirat...Jangan silap anakku, kerana aku ingin kau cinta Allah, cinta Rasul dan cinta Islam.
Friday, April 27, 2007
Donat petang Jumaat
Umi suka masak walaupun tak la pandai sangat. Entah kenapa bila pagi tadi Umar minta
nak beli pau dan sekejap nak donut untuk jadi bekal ke tadika, idea untuk buat donut
sendiri tiba-tiba terkeluar dari benak fikiran. Amacam? Buat donut sendiri nak tak.
Apa lagi, rancangan nak buat donut sendiri diatur dalam fikiran. Ok...set..pagi ni Umi akan
hantar baju-baju yang beratnya hampir 300kg ke kedai. Tengahari lepas ambil Umar dari
tadika, mesti! mesti! mesti dapatkan tepung dan acuan donut. Punye la excited nak
membeli sampai lupa "hello Umi! ni kan tengahari..mesti sesak punya!"...Patah balik dari
lorong ke Bagus Baking Solution Center tu terus menuju ke kedai runcit timbang kati.
Seronok sangat rasanya kalau dapat beli sesuatu dari kedai tauke tu. Apa lagi? Treat diri
sendiri biskut bantal RM2.00 sepeket dan love letters coklat serta bahan wajib donut iaitu
tepung. Singgah kedai bakeri cari acuan donut..ah! salah kedai.
Balik rumah, selesai makan Umar tanya lagi, "Umi, kata nak buat donut?!" Why they never
understand when we say "Nanti" means "Not Now". Pandai-pandai la Umi menyusun kata
dan kebijaksanaan agar Umar si Cerdik tu dapat menerima.
2.30petang Umi keluar lagi. Selesai urusan ke Taska D'Sayang ambil si Comel Ulya pulak.
Jom ya! Kita beli acuan donut. RM15 jugak la berbelanja..coklat masakan, colored sprinkle
dll.
Masuk je rumah, Ulya dah menjerit2 cari abangnya,"Uman! Uman! Nengok ni..ya ada ni!"
Ok jom..jom..anak2..Sambil di kiri mengelek Ulwan (hangat2 kepalanya), tangan terus
mencapai bekas tepung. Umar dengan mangkuk besar, tak sabar-sabar.
Mana la resipinye nih...ok..ok..4 cawan tepung..hmm..ok...Umar & Ulya penuh dengan
tepung di tangan.
Ok..ok..susu 1/2 cawan..hmm..lagi...campur yis dalam susu...
"Umi, tengok Ulya ni!"
Haaa! Susu dah masuk dalam tepung!? Allah! Spontan Umi tinggi suara pada
Umar..."Siapa suruh masukkan susu dulu! Tak dengar arahan..tengok apa dah jadi??"
Merah muka Umar..air mata mula bergenang..tunggu masa untuk jatuh..
Ah! Sensitif benar anak Umi yang seorang nih. Ok takpe..dah tersilap nak buat
macamana? teruskan..tak sampai 5 minit bila adunan dah siap, mula la masing-masing
membenamkan tangan ke doh yang 'tak berapa jadi' :)
Sekelip mata air mata tadi hilang, wajah muram kembali ceria. Oh bagai air emosi anak ini.
Dah terap doh, umi goreng...Ok not bad! Kembang jugak. Sekarang the best part, cairkan
coklat. Siap goreng donut, celup permukaan atas dengan coklat dan Umar terus tabur
heart colored pastel semahunya!
Alhamdulillah dah siap. Boleh makan!!
Bagi standard kedai AbgDin jual donut yg gebu kat jalan belakang melawati, donut kami ni
kira fail! Langsung tak boleh jual! Tapi bagi kami, masa, keseronokan memproses donut
yang cantik tu lebih bermakna.
Umi harap Umar tak lupa detik ini...dan entah apa nasib donut keras itu esok pagi??..huhu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment