Monday, July 12, 2010

Humorous Ulwan!


Ulwan is talking nonsense...again?

Ulwan, my youngest boy ni always think out loud whatever in his mind...without fear and prejudice to anyone. Haha..these are some of his funny conversations:
Kisah 1: Baju

Ulwan: Kat skolah wan tadi kawan wan pakai baju sama macam wan! (baju, i.e. tshirt MuslimTjr. keluaran BroArts)
Umi: Ye ke? yang mana satu?
Ulwan: Yang sama mcm wan pakai...tapi tiba2 dah hilang dah..
Umi: (hmm..dah macam pelik je)
Ulwan: hilang kena gigit tikus!
umi: biar betul wan!
Ulwan: (gelak dan senyum cheeky)
Umi: (dalam hati: sah le dalam imagination je tu)

Kisah 2: Gunting rambut

Satu hari Umi terperasan ada bentuk V di sisi kiri kepala Ulwan, belek punya belek, aik! ini kesan gunting ni!
Umi: Wan, sape gunting ni??
Ulwan: Teacher wan!
Umi: Teacher yang mana? Pakai spek ke tak?
Ulwan: Ha'a!! Teacher wan yang pakai spek tu gunting rambut wan..
Umi: (tak percaya...terus call Abi)
Abi: bukan teacher dia, tp DIA sendiri yang gunting...dia pegi amek gunting Ulya dalam laci, tengok2 je dah bertakik rambut tu!
Umi: wan!! (umi geletek dia)
Ulwan: haha!! umi kena tipu!!
Umi: (pandai mereka atau dia memang bayangkan cikgu yang potong sebenarnya?)

Self-Talk

Selepas beberapa kali insiden berkaitan Ulwan (penuh imaginasi dan banyak bercakap sendiri waktu bermain)...Ummi belajar sesuatu berkaitan hal ini bila baca buku "How to raise a Child with a High EQ", by Lawrence E. Shapiro.

Menurut penulis, kita boleh ubah cara anak2 bertindak dengan mengubah cara mereka berfikir. Manusia mempunyai kapasiti bercakap dengan diri sendiri dan membina 'inner dialogues'. Pakar terapi turut menggalakkan "self-talk" sebagai cara untuk mengenalpasti tingkahlaku dan akhirnya anak2 dapat belajar menghadapi masalah mereka. Untuk melatih "self-talk", IMAGINASI tinggi diperlukan.
"Between the ages 3 and 4 (stage Ulwan!), children develop the ability to create a picture in their minds and even run it like a movie." (page 125) This will help to develop a child's EQ - ability to change the way to act by changing the way to think!

Humor

Satu penerokaan baru Ummi adalah tentang unsur jenaka/humor yang Ulwan gunakan bila menyebut "Umi kena tipu!" Bila kala la kitorang ni ajar anak macam tu?

Tapi, bagi penulis dan psychologist, anak2 yang 'skilled at humor may be more successful in their interactions throughout their childhood'. Unsur humor yang terbentuk adalah satu kemahiran sosial seorang anak dengan orang sekelilingnya. Pada tahap umur 3 tahun (seperti Ulwan), dia berada pada peringkat ke4 humor. Anak tahap ini akan tertawa dengan 'conceptual incongruities'.

Contohnya: kalau kanak2 berumur 3 tahun meletakkan botol ke dalam mulut, nampak biasa bagi anak berumur 3-4 tahun. Tetapi, apabila bapa/ibunya sendiri yang meletakkan botol ke dalam mulut dalam bertindak seperti baby, itu memang SANGAT KELAKAR baginya!

For real, Ulwan loves to play fighting Kamen rider with Ummi. Whatever action that Ummi does, he'll find it funny (imagine this gemok mother buat keluar api dari tangan, bergolek2 dengan dia atas katil..mesti la dia suka! haha!)

So, not to worry so much because this stage (imaginative & humorous 3 y.o. kid) will fade and someday we'll miss him in his funny behaviour so much!

Friday, July 2, 2010

Non exam-oriented kids


Dua minggu lepas heboh satu Malaya tentang isu Pemansuhan UPSR dan PMR. Dan Ummi sangat tertarik dengan perkembangan semasa ini. Baik di radio, akhbar dan sembang2 sesama guru, semuanya hangat tentang cadangan Kementerian Pelajaran ini.

Semua perkembangan pasti ada pro dan kontranya. Tapi marilah kita lihat apa telah berlaku dalam dunia pendidikan di Malaysia hari ini:

1) Populasi pelajar perempuan memasuki universiti tempatan adalah antara 70 hingga 80%

2) Pelajar seawal usia 12 tahun (darjah 6) mengalami kemurungan dan ada yang membunuh diri kerana keputusan peperiksaan tidak mencapai sasaran cemerlang

3) Alam pekerjaan memperlihatkan persaingan sengit graduan yang ada 'advantage'-soft skill, kemahiran berucap dan interpersonal

4) Dunia hari ini dikuasai oleh golongan yang mempunyai maklumat. Maklumat di hujung jari boleh diperoleh dari 'perpustakaan gergasi' iaitu internet

5) Keupayaan mengurus Emosi dan Spiritual mampu menentukan integriti pelajar pada pegangan nilai - tidak terbatas pada Intelektual semata2

dan macam-macam lagi.

Ramai yang memberikan pandangan positif dan tak kurang para pendidik yang tidak setuju peperiksaan dimansuhkan atas alasan pelajar 'tidak akan belajar'. Ummi no comment atas alasan masing2, sebab semua pihak menilai berdasarkan pengamatan dan pengalaman sebenar mereka.

My Umar

Ummi pula melihat secara real pada Umar, yang dah masuk Darjah 2. Kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira) memang sangat kritikal pada fasa awal.

~ Bayangkan hampir semua matapelajaran menuntut Umar untuk menulis. Kalau tulisan buruk, tak faham dibaca memang SAKIT JIWA!

~ Dengan kemahiran membaca akan memperkayakan lagi anak seusia Umar untuk meneroka bermacam2 perkara (of course untuk google info dalam internet, membaca intisari rancangan pada suratkhabar, membaca label pada peket produk dan seribu satu macam lagi yang berhuruf).

~ Keupayaan mengira juga adalah survival kehidupan! Kenapa? Sebab dia akan belajar, sekadar contoh, berapa ringgit diperlukan untuk membeli sesuatu di kantin sekolah dan yang penting tidak mudah ditipu orang!

Semua kemahiran asas 3M (malah menurut Kak Rosnah, terkini ada 4M iaitu Menaakul-reasoning & problem solving) akan dinilai melalui Ujian Awal Tahun dan Peperiksaan Pertengahan Tahun. Melalui ujian, pelajar akan dinilai prestasi dan kefahamannya. Kalau semasa ujian bulan Mac lepas Umar dapat 52% (sebenar bukan contoh..hihi), lepas dah kena marah & leter & ulangkaji intensif oleh Ummi...peperiksaan baru-baru ni alhamdulillah dapat 86%. A great leap, son!

Tapi kan, kan, kan...kalau ikut Pak Utih, sistem pendidikan Malaysia adalah pro-feminin. Dan anak lelaki Ummi macam Umar perlu push, paksarela untuk perform dalam exam. Ada tak agaknya cara lain untuk menilai dan mentaksir kemahiran 3M tanpa exam? Ada ke? Ni kena bincang dan berdialog lagi dengan yang pakar.

Pembelajaran sepanjang hidup

We both believe in school as place for kids to socialise, learn values of sharing, bergaduh and adapting in real community life. At the same time, we don't totally disagree on great homeschooler like Coach Sha or Mamafiza. It is a matter of choice.

Yang paling penting adalah PENGLIBATAN AKTIF IBU BAPA dalam mendidik anak2. Mengajar nilai ilmu, iman dan ihsan (dekatnya Allah dengan kita untuk mengawasi). Pembelajaran berlaku secara formal dan tidak formal. Di sekolah atau di rumah. Sesama kawan di sekolah atau dengan ahli keluarga di rumah. Pasti ada cara untuk menilai keupayaan dan kemahiran 3M mereka dalam aktiviti harian mereka.

Let's think of activities that nurture the 3M values at home. Let's be an active parents! Because we wouldn't know what turmoil they will be facing in their future. Bak kata Saidina Umar Al-Khattab: Didiklah anakmu untuk hidup di zamannya.


Umar & Eksplorasi penyu - haiwan terancam


Ulya and girl cousins - belajar melawa & main mak2

Ulwan di alam sayuran - dia cuma faham nak MAKAN! =p

Wednesday, June 23, 2010

Alhamdulillah berjaya diselamatkan..fuh!


Blog Ummi tiba2 merajuk agaknya sebab dah terrlalu lama tak diupdatekan. Tiba2 akhir minggu lepas Ummi sendiri tak boleh masuk blog sendiri. "The blog has been removed."

Hiks! Nak sign in gmail account pun tak boleh, katanya Google detect activity yang menyebabkan account Ummi temporarily disabled. Bila pulak la Ummi buat kerja2 tak senonoh? Hish..Seram sejuk pulak bila fikirkan kalau semua catatan Ummi hilang dan lesap begitu sahaja.

Alhamdulillah lepas dapat verification code dari Google, dan tukar password, fuhh...lega dah dapat retrieve balik.

So, blog dear, jangan merajuk ok. Too many stories left to be told. Will update soon, untuk tatapan anak2 nanti bila mereka besar.

Tuesday, May 11, 2010

Weekend of Abi and kids ONLY


Photo shooting session--phew!

It has been weeks that my weekend was occupied with programs...But last weekend was special (*suka hati) because Bibik took off work and Ummi has to be in Shah Alam the whole weekend, SO...the kids need to stay with somebody. With whom? Yea!! With Abi!

Saturday morning, Abi bawa anak2 dan anak2 kawan Ummi ke studio untuk photo shooting tshirt MuslimTjr. kami. Dah lama dah tertunggu2 moment ni sebab menanti semua baju siap dari kilang. Huh! Berjanggut rasanya...

Illy, our designer, bought a pack of BigApple donut for the kids as a treat and to brighten the day before the shooting session begin. But, just imagine how to make sure 8 kids turn to be ok while they will fight for stuff and merajuk and boring and sulking...bla..bla (boleh agak tak anak sape yg merajuk tu??....anak Ummi->Ulwan la!!)

Abi kata 2 jam lamanya nak shoot budak2 model amatur ni. Lepas habis sesi shooting, Abi hantar semua balik rumah dan belanja anak2 & staff kami pegi makan. Sampai rumah, FLAT!! Patut le Ummi call tak angkat2 fon.

Malam tu pulak ada Konsert Lifeline for Gaza, dan sekali lagi Abi kena rush bawa anak2 ke Shah Alam dengan barang2 dagangan Brotherhood Arts. Ummi pula ambil staff dari Setia Alam, Klang selepas maghrib dan janji untuk berjumpa Abi di Stadium Malawati. Kami pasang satu 'offer bin' di celah2 canopy gerai lain dan longgokkan baju2 untuk dijual. Rasa macam peniaga pasar malam pulak. Selesai set-up gerai, Abi bawa anak2 masuk ke dalam stadium untuk berkongsi semangat perjuangan bebaskan Palestin. Moga semangat juang turut mengalir dalam jiwa anak2 kami.

Selesai majlis dan urusan gerai malam itu, Abi bawa anak2 balik rumah dan Ummi uruskan staff dan kembali ke tempat program di Shah Alam. Gitu gini, alhamdulillah dapat tidur jam 2 pagi. (Ibu ngandung ni tak sedar diri,pushing herself so hard as if she's so strong to do everything..hihi)

Ahad pagi, Abi perlu ke Subang untuk beri penyampaian, sekali lagi diangkut semua anak2. Dan kata Abi sepanjang perjalanan dalam kereta, Abi buat kuiz, contest tengok bangunan tinggi, nasyid ramai2 dan tak kurang juga kena melayan Ulwan yang bergaduh dan merajuk dengan Ulya (regu main dan juga bergaduh!)

Sekitar jam 10 pagi Ummi dapat call dari Abi, tapi yang bercakap kat telefon adalah anak2. "Happy Mother's Day Ummi!!" Bahagianya rasa...(senyum sendiri kat tmpt program)

Dan malam itu kami berjumpa semula di rumah dengan seribu satu cerita dari anak2. Ummi hulurkan tangan pada Abi,"TQ jaga anak2 hujung minggu ni!" A weekend of Mother's Day celebration with Abi taking care of the kids...

Thursday, April 29, 2010

Bestnyer rasa BEST!

Alhamdulillah Ummi rasa dah makin ok. Kena melawan/berjihad rasa malas! Hari tu mlm lepas usrah dgn cousins (huhu, mlm tu ada atin & lal je)...dan pekena special yoghurt+avocado drink air tangan Mak Teh, Ummi muntah beriya2 sampai keluar darah. I think it came out from throat yang luka kot. So painful sbb perut rasa pedih.

Lepas tu tak selera nak makan sangat, just makan bubur je. Tapi next day tu ada pulak Food Tasting kat SACC untuk program Malam Amal Raudhatus Sakinah (2 Mei nanti). Wajib la pegi sbb Pengarah (ummirose) dapat datang lambat sikit dan Timb.Pengarah 1 (Cgu CT Aini) tak dapat datang. Pilih pulak meja VVIP untuk rasa food (bukan makan je, tapi kena komen sbb nak bagi VVIP makan)! Makanan memang menyelerakan tapi sbb spicy dan heavy, Ummi amek sikit2 je (takut sia2 je makan, nanti kuar balik).

Apa yang kelakar adalah, Ummi jadi macam sihat je 'berbakti' macam tu walau pun sebenarnya ikutkan perasaan, nak baring je. Kenapa yek? Dan Ummi discover yang Ummi memang suka la terlibat kerja2 sukarela ni. Tiada paksaan untuk mendapatkan bayaran atau keuntungan. Semuanya mesti bersih LILLAH ta'ala.

So, Ummi kuatkan semangat lepas ni kena banyak menyibukkan diri supaya tak melayan rasa loya and mengada2..hihi..

Next in line:
- exercise & eat healthy food
- My Hal Bazar (BroArts roadshow)
- Kembara Dakwah ke Melaka
- Malam Amal RS
- Forum Selamatkan Keluarga
- Konsis

Dan badan akan jadi best sebab RASA BEST! Dan sekarang ni tengah rajin melayan macam2 blog masak. Biar bagi semangat sikit Ummi layan anak2. Kata Abi sambil tersenyum,"Biarlah asal Ummi happy."

Tengah berangan nak masak ni nanti bila free (anak2 Ummi mesti suka!):

Sumber: http://food-4tots.com/

Monday, April 12, 2010

No-Mood Mode


Ummi in no-mood mode
haha...

Why?
No answer...

Just feel like wanna sleep all day long
wanna lepak at home cuddling Ulwan
and craving to eat soupy noodles
tell me all about it
tomyam, wantan soup, indomee...

Wake up Ummi!
Wake up!

But something for sure
starting today
my antenatal appoinment will be a monthly routine!
glucose test, weight, BP reading, doc advise..
bla..bla..

Pls make do'a that Ummi won't be TOO LONG
in this
No-Mood MODE

..try to smile..

Tuesday, March 23, 2010

PS is a hot issue now!

Seolah-olah Allah nak membuka mata semua orang bila tahun 2010 mencatatkan terlalu banyak kes BUANG BAYI..bayi dihurung semut, bayi dibuang dalam tong sampah, bayi selamat tapi menggigil kesejukan dek basah dalam kehujanan dan bermacam2 kes lagi!

Astaghfirullahal 'azim...adakah ini bala buat umat dek kerana kita melupakan Nahi Mungkar secara agresif? Dan bila negara kita dikejutkan dengan laporan Berita Minggu, 21 Mac, Ahad lalu:


17,303 anak luar nikah didaftar 2009
Oleh Mohd Azis Ngah
2010/03/21

KUALA LUMPUR: Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang. Alwi menjelaskan dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya kepada Berita Minggu.

~~~~
Dan PS menjadi hot issue sekarang. PS bukan playstation tapi Pendidikan Seksual.
Menteri Wanita sarankan,
wakil Kementerian Pelajaran pun bincangkan...
di dada akhbar heboh meminta PS dilihat secara serius..
di corong radio para pendengar beriya2 memberikan komentar pro dan kontra...

TAPI..

sumber mana sebenarnya jadi rujukan kita?
agamakah atau sekadar silibus pendidikan yang diceduk bulat2 entah dari mana?

Sungguh! Sungguh! Sungguh menakutkan dan menggerunkan buat seorang ibu seperti Ummi. Menjaga maruah diri seorang wanita yang sangat mahal harganya untuk pembentuk generasi zaman ke zaman. Bagi Ummi, PS ini tidak salah malah perlu diterapkan mengikut kesesuaian umur.

Jika kita sebagai ibu bapa tidak mendidik mereka dengan cara yang benar, anak-anak akan meneroka sendiri malah mungkin dengan cara yang salah.

Dipetik dari sini:

"If you tell kids about sex, they'll do it. If you tell them about VD(venereal diseases), they'll go out and get it. Incredible as may seem, most oppositions to sex education in this country are based on the assumption that knowledge is harmful. But research in this area reveals that ignorance and unresolved curiosity, not knowledge, are harmful. Our failure to tell children what they want and need to know is one reason we have the highest rates of out-of-wedlock teens pregnancy and abortion of any highly developed country in the world."
What Kids Need to Know, Psychology Today, October 1986. Dr. Sol Gordon, Professor Emeritus, Syracuse University, and an expert on sex education

Dan juga dari sini:
It is our firm belief that facts about sex should be taught to children in a way commensurate with their age as they grow up both by the family and the school. We emphasize that this should be done within the total context of Islamic ideology and Islamic teaching, so that the youth-beside getting the correct physiologic knowledge become fully aware on the sanctity of the sexual relation in Islam and the grave sin of blemishing such sanctity whether under Islamic law, or far more important in the sight of God. Provided the Islamic conscience is developed we see no reason to shun sex education (unfortunately the rule in many muslim countries), and we believe it is better to give the correct teaching rather than leave this to chance and to incorrect sources and to the concomitant feeling of guilt by the hush-hush atmosphere in which this is done.

Ibu Bapa kena tingkat Ilmu

Ummi nak recommend buku tulisan Dr. Harlina Halizah Siraj & Noralina Omar bertajuk "Berbicara mengenai Kesihatan Reproduktif Remaja:Panduan untuk Ibu Bapa dan Guru". Beli dan bacalah (promosi nampaknya..) bagi membantu kita menerangkan pada remaja tentang PS.



Bagi Ummi pula yang mempunyai anak-anak bawah umur 8 tahun, Ummi gunakan buku Birds, Bees and Kids yang dibeli khas dari majalah Parenthink. Buku ni colourful dan penuh grafik yang comel (sesuai untuk tatapan kanak2). Senang nak cerita tentang reproduksi. Cuma ada bahagian yang memang tidak sesuai dengan Islam kerana penulis buku menyesuaikan topik ini dengan budaya di Barat (topik gay pun ada! huh!).


NAHI MUNGKAR

Dah baca, dah tahu, dah sedar...jadi apa perlu kita buat?

Jadi, Ummi mencadangkan kita semua menyumbang kepada usaha murni yang dilakukan oleh Pusat Perlindungan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah (RS). Sila lawati http://www.raudhatussakinah.com/ untuk melihat maklumat lanjut. Apa tunggu lagi? Jom sama2 laksanakan NAHI MUNGKAR ini!!