Tuesday, October 26, 2010

Responsibility = Able to respond

Pagi ni, antenatal check up (seminggu sekali dah bermula) **lagi! Sementara tunggu giliran, Ummi baca buku (memang bawa bekal dalam beg) "How to Teach your Kids: Responsibility". Buku ni buku lama, Opah yang turunkan kat Ummi (nak kemas almari dia sebenarnya..hehe).

Memang menarik untuk faham macamana nak terangkan pada anak2 konsep berTANGGUNGJAWAB. For example: there should be time for PLAY, and time for WORK. Dan sebagai parents, kita kena faham, anak2 tidak dilahirkan untuk terus BEHAVE. Kita kena wujudkan sistem yang menjelaskan secara terang dan nyata, apa LIMITS, peraturan yang konsisten dan mudah dijangka dalam keluarga kita.

Baca dan baca, dan hari ni terus Allah nak bagi hands-on training lepas baca teori dari buku.

Nak tau apa?

Lepas selesai appoinment di Subang, Ummi Abi pun balik rumah, dalam pukul 2.30 petang. Kedengaran lah suara 3 orang kanak2 (Ulya, Ulwan dan sepupu diorang-Intissar) menjerit2, "Ummi jangan naik dulu! Tunggu bawah!" Apa la yang diorang dah buat tu? Tapi Ummi malas nak naik dulu sebab nak reheat lunch. Abi naik atas untuk lihat apa yang terjadi, jeng..jeng... terus kedengaran 'guruh kilat petir': @#%&

Apa yang kanak2 tu dah buat?
.
.
.
Diorang dengan rajin sekali nak bersihkan lantai pakir, end up jadi banjir dan air meresap dalam lantai kayu pakir!

Sebagai denda Abi bagi 'time-off', semua kena berdiri mengadap dinding. Ada la 20 minit kot diorang kena berdiri. Ummi (yang tak sampai hati) mula bersuara, "Dah la tu..kita bukan nak threat diorg sebab salah dengan denda. Kita ajar diorang consequences lepas terbuat silap. lepas ni biar tau limit." (sambil berusaha untuk apply apa yang dah dibaca pagi tadi..macam klaka je bunyi nye kan?!)

'Time-off'

Dan sesi tazkirah pun bermula, part ni memang ayat2 Abi power la! Dengan Ummi diorang memang tak berapa nak makan saman.

Abi: Semua beratur sini. Apa jadi bila air banjir kat atas lantai kayu?
Anak2: Basah..
Abi: Cuba tengok pakir kayu dekat tepi toilet, banyak yang reput dan tanggal sebab basah. Nanti kalau rumah kita semua dah takde pakir, cantik tak?
Anak2: Tak cantik..
Abi: Ulya suka ke rumah kita tak cantik?
Anak2: Tak..
Abi: Kalau nak cantik kena buat apa?
Anak2: Kena jaga..
Abi: Ha! macam tu lah..kena jaga elok2. Lain kali janji tak buat lagi. Senyum (dan buat funny faces)
Anak2: (dari muka serius dan sedih, terus tergelak! dan masing2 salam minta maaf)

Tazkirah session

What I learn today from the book and from the reality, kids learn to respond well when we as parents:
- communicate clearly
- reinforce by telling the consequences of misbehaviour, NOT by threatening
- provide them less ambiguous option (e.g. nak rumah cantik ke tak nak?)
- avoid blaming
- set standards as what we want the kids know our expectations (e.g. jaga rumah)

At the end of the day, we want the kids to be able to respond to any circumstances - face the problem - not hiding it nor avoiding it. Be brave, kids! Because you'll carry loads of responsibility when you grown up...da'ie of the Ummah insyaAllah!!

Sunday, October 24, 2010

Hey you little fella..stop kickin'


Ngee..the little person inside me is so active..can hardly tell the routine. It's just night and day. At certain times, i whispered, "Hey stop kickin' me!"

But you see, when you are active, it makes me happy 'coz the nurse and doc won't be so worried. That's why I need to monitor what they call as FMC (fetal movement chart). It has to be minimum 10 ticks of baby movement in the chart within 12 hours. If the movement is less than 10 by 12th hour, it is not a good sign. Well, all mothers out there know this. And hence, keep kicking dear, 'coz it means good news that you are healthy inside there.

FMC

The abang2 and kakak just can't wait to see you!! We'll see you insyaAllah...

Tuesday, October 19, 2010

Kaching! Kaching!

Hari ini Ummi dan Abi ke bank awal pagi..ada beberapa urusan syarikat yang perlu dibereskan. Seperti biasa sebelum keluar rumah, semak dulu apa sahaja urusan di bank hari ini, biar tuntas!

Dan Ummi pun teringat, eh! jom lah bank in duit raya anak2 dan juga duit simpanan Umar dari duit poket harian sekolahnya. Sebagai hadiah, Ummi Abi tambahkan lagi RM50 setiap seorang menjadikan jumlah duit raya untuk disimpan hari ini adalah RM200.

Saban tahun, semua simpanan anak2 kami letakkan di dalam akaun Tabung Haji. Akhir tahun, kalau rezeki bisnes alhamdulillah ok, kami berikan BONUS simpanan buat anak2.

Selepas mengemaskini buku akaun, fuh! ternyata berbukit dah simpanan anak2. Pulang dari ofis, Ummi Abi update la kat anak2 buku simpanan masing2.

Iklan: Kami menyimpan dalam Tabung Haji! :D

Abi: Umar, tengok simpanan Umar dah RMXXXX!
Umar: Fuyyo! Banyaknye!! Umar boleh beli apa?
Abi: Duit ni kena simpan. Tapi kiranya dah boleh laptop ni (impian Umar untuk beli laptop dengan duit simpanan sendiri bila masuk sekolah menengah nanti, comel kan?).
Umar: Umar nak beli laptop dengan iPhone 4 la Abi!
Abi: hehe...zaman Umar nak beli bila besar nanti, dah ada iPhone 10 kot!

Ha! Tu la dia perbualan bapa dan anak gila gadget!

"nanti Ulya nak beli dompet dari duit ni ye Ummi!"

Yang paling penting, kena la ajar anak2 ni menabung dari kecil. Didik mereka tentang nilai 'untuk mendapat sesuatu yang diinginkan, perlu berusaha ke arahnya'. Tidak lupa juga penerapan nilai taqwa dalam mengurus duit, iaitu Rezeki itu dari Allah - kita kena berusaha sebagai sebab yang mewajarkan rezeki Allah diturunkan pada kita. Duit bukanlah segala-galanya untuk membeli kebahagiaan TAPI kita perlu ada duit untuk hidup dan terus mengabdi diri sebagai hambaNya, bukan meminta2 dari manusia.

Moga anak2 Ummi Abi tidak menjadi hamba duit, tapi bijak mengurus duit agar lebih KAYA di AKHIRAT sana nanti. Amin!

The Loving Daughter

Mempunyai anak dara yang seorang ini (buat masa ni la) cukup memberikan pelajaran buat Ummi Abi - beza membesarkan anak lelaki dan perempuan. Tidak mahu mencatatkan apa bezanya di sini. Cukup untuk berkongsi betapa istimewanya setiap anak di satu sudut hati Ummi dan Abi.

Ulya, anak perempuan kami ini, kasih dan sayangnya lebih--melimpah ruah.

Kalau sayang Ummi Abi, lepas solat, balik sekolah, mesti dia dakap erat Ummi Abi.

Kalau Ulwan menangis, pandai betul memujuk adiknya yang seorang ini. (kalau dah gaduh, masam muka juga!)

Kalau dengan sepupu2 kecilnya, Ilhan & Said cukup sayang..dibelai dan didukung, walaupun adik2 tu tinggi 3/4 dari ketinggiannya!

Kalau menangis, hiba dan sayu, ditambah berjurai2 air mata di pipi.

Kalau melukis dan mewarna, coretannya penuh 'I Luv Ummi..Ulya Luv Ummi'...

Bahasa cinta Ulya: I Luv U Umi / Ulya Sayang Umi

Dan alhamdulillah, anak ini, dengan bahasa cintanya telah Allah kurniakan kelebihan sehingga dianugerahkan Pelajar Terbaik Perempuan Amal Hidayah Pre-School dua tahun berturut-turut.


Ada yang bertanya, "Macamana boleh dapat terbaik ni?"

Ummi...tiada jawapan. Haza min fadhli rabbi. Yang pasti, SEMUA anak berpotensi besar untuk menjadi yang terbaik.

Terbaik akhlaqnya.
Terbaik hafalannya.
Terbaik bacaannya.

Biar semua bekal yang kita berikan, menjadikan anak-anak kita TERBAIK untuk masuk ke SYURGA-NYA!

To my dearest Ulya, our loving daughter...we'll always love you no matter who and what you are! Keep it up girl!

Tuesday, October 12, 2010

Umi Abi asyik salahkan Umar je!

Bersihkan sawang2 dulu dalam blog ni sebelum masuk...huhu..sori lama tak update (alasan common: Ramadhan--Syawal!)

~~~

Banyak story dari didikcinta sebenarnya. Saban hari....merenung setiap kejadian yang pasti meningkatkan nilai taqwa hanya jika kita mengambil ibrah di sebaliknya. Pemergian arwah Tok Wan Hj Jaafar Ismail pada 15 Ramadhan 1431H, pemergian bakal ibu muda Ukht Raihana dalam kemalangan pada akhir Ramadhan, kes pembunuhan jutawan Dato' Sosilawati dan juga akhir Ramadhan yang penuh tazkirah ruhaniyah buat diri Ummi...serta seribu satu macam lagi yang menginsafkan.

Tak perlu diperincikan, yang penting bagaimana kita mengambil pengajaran untuk menjadikan kita hamba yang lebih bertaqwa padaNya. Lebih amal dari cakap, lebih berkorban dalam apa jua hal.

Coretan kali ini adalah tentang anak sulung Ummi, Umar yang semakin membesar. Disember ini akan mencecah umur 8 tahun dan sejak bulan Syawal lepas, Ummi perasan beberapa karakter ketara pada diri si bujang ni.

Our big boy - the 'screen' generation! Kalau dalam kereta tak dapat main game kat iPhone Abi/tengok movie..dia akan cakap: Boring!

Memberontak.
Cepat bosan.
Bercakap dengan nada tinggi.
Mudah tak berpuas hati.
dan lagi..
dan lagi..

Raya memang BORING!

Satu insiden yang Ummi tak lupa pada hari ke2 Syawal di dalam kereta, bergaduhlah si abang dgn si kakak (Ulya) tentang punca apa-Ummi pun dah lupa. Secara automatik, Ummi toleh dan tanya, "Umar! kenapa adik nangis tu??"
Umar:"Ulya ni! Orang panggil tak dengar! Ummi mesti nak salahkan Umar kan!"
Ummi:..bla..bla..panggil adik baik2..bla..bla (I sounded just like my mama! ngee)
Umar: (nangis)...RAYA MEMANG BORING! ASYIK KENA MARAH JE!!
Ummi: (tersenyap)

Sampai la sekarang ni, jiwa Umar sensitif betul bila adik2nya menangis, Ummi Abi akan panggil Umar (sesi timbangtara sebenarnya) - tiada niat untuk menyalahkannya sebagai abang sulung, sekadar bertanya. Tapi itulah PERSEPSInya...'Umi Abi asyik salahkan Umar je!'

Proses Belajar buat Ummi Abi

Fasa Umar dah berbeza - 8tahun pasti lain cara tegurannya berbanding ketika dia berumur 5 atau 6 tahun. Adakalanya Ummi terasa gerun, menangis dalam hati andai Allah tidak menjaga urusan anak2 dek kelalaian kita sebagai ibu bapa menjaga urusan Allah.

Terbayang, kisah2 di suratkhabar tentang remaja hari ini yang melarikan diri dari rumah, merempit dan macam-macam lagi. Jauhkanlah ya Allah dari anak2 kami.

Dalam perubahan2 yang ada pada Umar, anak ini sebenarnya semakin suka belajar. Soalan2nya tentang kehidupan menambah nilai dalam pengetahuan dan bicara kami. Soalan seperti:
  • orang Islam semua masuk syurga ke?
  • great white shark tu apa?
  • elektrik lawan air siapa menang?
  • virus tu apa?
  • macam mana nak print?
  • dan macam2 lagi...
Nilai-nilai positif kami cuba terapkan dengan mencari bahan2 yang boleh menjadi visual aids melalui youtube, google, ensiklopedia. Umar akan mengamati ilmu2 baru dengan penuh minat. Apa yang diperolehinya diterjemahkan dalam bentuk lukisan. Ya! Umar suka melukis dan selalunya menakjubkan kami!

This is process of learning for me. To learn-unlearn-relearn.

Kami masih belajar menjadi ibu bapa yang baik. Bukan hanya dengan anak2 sendiri tetapi dengan semua anak2 di luar sana. We have BIG responsibilites for the ummah!

Akhirnya...kita berusaha dan hasilnya?...hasbunallah wa ni'mal wakeel!