Saturday, June 27, 2009

Penderitaan Manusia menyesakkan dada

Sebenarnya posting ini telah lama dieramkan tapi tak berkesempatan untuk menetas dek masalah cuaca. Hujan ribut minggu baru ni memang betul2 mengesani kami. Imagine how our life is soooo dependent on this 'creature'. Ayah once said 'dabbatul ard' (binatang yang merayap di bumi) yang akan muncul sebagai tanda Hari Kiamat berkemungkinan besar adalah Internet. Ngeri membayangkan 'creature' ini mengawal kehidupan kita.

Anyway, Ummi nak kongsi 2 movie bertemakan latar belakang sejarah yang sama iaitu Holocaust. Maaf sebab detail sejarah ini pun masih Ummi telaah dan baca. (Banyak tol nak baca, seerah Nabi dan sahabat pun belum betul lumat!) Yang menyesakkan dada adalah kerakusan bangsa Jerman (di bawah pimpinan Adolf Hitler dan tentera Nazi) melakukan ethnic cleansing. Yang senak perut bila melihat kekejaman Jerman membunuh Yahudi secara beramai-ramai.

Ohh! Tapi di mata anak kecil Yahudi itu, mereka tidak mengerti. The Boy in the Striped Pyjamas menggambarkan persahabatan Bruno, bangsa Jerman dan Schmuel, bangsa Yahudi dengan sempadan kawat duri yang tulus tanpa prejudis berakhir dengan tragedi menyayat hati. Baca lagi di sini.Sebab itu apa yang harus kita fahami adalah TIDAK SEMUA bangsa Yahudi itu berhati busuk dan keji seperti Yahudi Zionis. Ah! Kita semua selalu dikaburi dengan prejudis bangsa dan stereotype. "Berlaku adillah kerana itu lebih dekat dengan taqwa," YB Nga Kor Meng memetik dari Al-Quran.


Dan movie kedua (Defiance) yang berkaitan menggambarkan kisah benar sekumpulan orang Yahudi yang diketuai oleh Tuvia Bielski dan 3 adik-beradik lelakinya yang melarikan diri ke dalam hutan di Bellarusia, Poland. Hebat betul kesungguhan mereka untuk survival di dalam hutan, malah ketika musik sejuk 3 bulan dengan bekalan makanan terbatas! Baca lagi di sini.

Seharusnya, Yahudi Zionis merefleksi kejadian survival keturunan mereka ini dengan warga Palestin yang hidup dalam pelarian hari ini. Sekali lagi...mengapa sejarah tidak dijadikan iktibar dan pedoman buat manusia? Tidak buat golongan Yahudi Zionis ini, kerana mereka dinukilkan oleh Allah dengan jelas sebagai golongan yang TIDAK AKAN REDHA dengan Islam selama-lamanya!

Ya, penderitaan manusia memang benar-benar menyesakkan dada, jika kita benar-benar berfikir dan mengambil iktibar darinya. Anak-anak Ummi, renunglah kehidupan orang yang lebih susah dari kita, tidak sesihat kita dan tidak sebahagia kita...pasti kita akan BERSYUKUR! Usah diungkit apa yang kita tiada, tapi lihatlah apa yang kita ada.

1 comment:

Ummu Anis said...

Salam anfal. Hmm kalau tak silap akak, pembunuhan Yahudi beramai-ramai tu mmg dirancang oleh zionist sendiri. Tujuan supaya masyarakat dunia merasa simpati dgn org Yahudi. Dan mereka mmg telah berjaya melakukannya.. mereka sanggup lakukan apa sahaja utk menakluki dunia.. kalau tak silap akak dgr masa Hj Shahool buat pengisian dlm TOPS. Selama ni akak pun cam rasa teruk juga la nazi tu. Tapi bila dpt tahu fakta sebenar.. Zionist keturunan yahudi tu lagi dahsyat.. wallahu'alam