Tak sah rasanya kalau cuti sekolah tak anjurkan apa2 aktiviti. Kali ni, Ummi dan makcik2 Wanita JIM Titiwangsa organize aktiviti cuti sekolah di Taman Warisan. Dan tiba-tiba Opah (mama Ummi) pun dapat idea untuk lancarkan Karnival Cuti Sekolah untuk semua kanak-kanak di kawasan terpilih dalam DUN Hulu Kelang. Antaranya adalah kanak-kanak Flat AU1, AU5, Kg. Fajar, Kg. Kemensah dan juga Taman Warisan.
Kali ni di Tmn Warisan, kami buat sukaneka dan sesi English is Fun. Meriah betul sukaneka ni. Sukan beraneka yang di'kitar semula' memang tak pernah basi. Hehe...Tak caya..cuba la main, memang best:
::Isi air dalam botol guna span
::Tiup gula-gula dalam tepung
::Baling telur
::Campak belon berisi air dalam baldi
Game ikut tahap - ada Tahap 1 (darjah 1-3) dan tahap 2 (darjah 4-6). Kelakar betul la anak-anak tahap 1 ni. Berlari ikut laluan kumpulan, tapi bila perah span masuk botol air orang lain! Menjerit2 mak budak2 ni beri tunjuk ajar. Bila tiup tepung lagi best, amek gula2 dengan tangan letak kat mulut dan lari!! Apa2 pun..memang FUN lah!
Lepas rehat dengan jamuan makan kuih2 karipap, cek mek molek dan kasui air tangan Kak Seri, anak-anak pun masuk semula ke dewan. Ummi tayangkan movie Kungfu Panda hanya untuk 20 minit, dengan selang 3 kali berhenti untuk Teacher Zana mengajar English.
They have to analyse the characters involved in the movie. Akhlaq and Aqidah lessons cross the movie:
(1) Can a mother pig married to the father duck get a panda son?
(2) Is it ok to tell lie (when Panda told his father duck that he was dreaming about noodle instead of kungfu fighting?)
For the younger ones, they were asked to spell name of animals. What a superb idea to be done just from watching a movie, right?
Alhamdulillah Umar had a great fun and yang paling best dia cop hadiah awal2 kat rumah (sebab Ummi tukang beli hadiah)! Hihi..
Happy holiday!
No comments:
Post a Comment