Saturday, June 20, 2009

Pasta Lover

Anak-anak Ummi ni ada lidah omputeh sket. Kalau masak pasta pasti laku berbanding nasi. Lagi pun masaknye lebih mudah. Quick and easy!

Selama ni kalau buat lasagne memang dah tau dah buat white sauce...tapi rupa2nya white sauce ni boleh guna untuk macam2 gak. So, kali ni Ummi masak spiral pasta. Goreng agak basah2 sket.

Bahan-bahan:
A - Filling

Spiral pasta - rebus dan tos
3 ulas bawang putih, cincang
500 gram minced beef
1 tin kecil pes tomato
1 tin kecil sup tomato Campbell
1 batang carrot diparut
Serbuk oregano, basil secukupnya untuk naikkan aroma Italiano
Garam & Gula secukup rasa
Kiub pati ayam (No MSG ye)

Tumis bawang putih, campur daging kisar, tomato2 (pes & sup), carrot yang diparut dan akhir sekali pasta yang telah direbus. Tambah garam, gula dan rempah Itali secukupnya.

B-Topping

4 sudu tepung gandum
4 sudu butter
2 cawan susu rendah lemak
5 keping cheddar cheese
Garam & Pepper secukup rasa

Kacau tepung dan butter dalam periuk atas api perlahan. Masukkan susu, cheese, garam dan pepper dan kacau hingga pekat.

A+B=nyum2!

Letak pasta yang siap digoreng dalam mangkuk dan tutup bahagian atas dengan white sauce. Kalau bajet lebih, boleh la tabur parmesan cheese. Bakar dan tadaaa!



5 comments:

mama uzma said...

salam...
kak anfal..sedapnya...
x de lebih ker...??hihi...

* shuhada * said...

alahaii..seedapnyer... dah laaa shu tgh lapar nih..

Pija Madzlan said...

tak pernah lagi masak sesuatu yang seperti ini....teringin pulak nak mencuba

Anonymous said...

yum yum yum sedapnyer... umah Melawati dekat kalu nak g ni hehehe

Najah Farahin said...

anfal,
sama la dgn anak2 kat sini, kalo mkn spageti ker pasta ker...lebih suka dr makan nasi.bkn anak2 aje, baba pun sama daa...
kiter pinjam resepi awak ye, brg2 ada dah kat umah ni, boleh le mula membuat projek best nih.
tq2
-najah-