Thursday, February 11, 2010

Memujuk: Satu kerja yang memerlukan MASA


Antara agenda penting dalam sehari dalam hidup Ummi dan Abi adalah ‘memujuk’ anak-anak. Sebagai contoh, untuk keluar dan meninggalkan anak-anak di rumah perlu MASA yang khusus untuk menerangkan soalan-soalan berikut:

Tajuk perbualan: Ummi & Abi nak keluar kejap ada urusan
Soalan-soalan:

· Pergi mana?....kedai/rumah kakak2

· Ada apa?...kerja/usrah/meeting dll.

· Kenapa tak boleh ikut?...sebab bla..bla..bla..

· Kenapa abg umar/ulya/ulwan je blh ikut?

Kalau Ulwan lain pula halnya, Ulwan sangat cepat merajuk. Istilahnya “majuk”! Ummi tidur mengiring menghadap Abi, dia kata: “Ummi ni tak sayang wan pon!” Kalau tegur sesuatu dengan suara yang agak tinggi, katanya: “Ummi/Abi ni asek malah (marah) wan je! Tak nak sayang sudah!”

Fuh! Macamana la anak kecil umur 3 tahun dah pandai guna ayat-ayat cinta ni. Ha ha..

Poin Ummi tulis adalah kerana tugas memujuk anak-anak mengambil masa. Adakalanya di saat semua orang telah bersiap dan rushing untuk keluar, pada saat itu lah tersilap kata dan teguran boleh membawa padah, kerana Ummi dan Abi perlu mengambil MASA untuk memujuk. (This case applicable to toddler age like Ulwan)

Girl pulak lain kisahnya. Kalau tak cakap dengan terus terang, air mata akan meleleh di pipi. Sayu pulak Ummi tengok. Ambil masa sikit untuk pujuk Ulya (the only girl at the moment), peluk dan kiss dia bagi tenang.

Menjadi Ibu Bapa Proaktif

Dari pengalaman Ummi, sebagai ibu bapa kita pun haruslah bijak mengendalikan situasi ini dengan mengambil tindakan proaktif dengan:

1) Bincang lebih awal dengan anak-anak dalam membuat sebarang keputusan (contoh: ada yang boleh ikut, ada yang tinggal di rumah) bagi mengelakkan ada hati kecil yang terguris. Bila anak dah menangis, kita sendiri pula rasa bersalah.

2) Bercakap dengan telus. Tidak perlu menipu. Anak kecil pasti faham.

3) Jika ada giliran untuk bawa keluar salah seorang anak, berjanjilah untuk membawa anak lain pada masa lain dan yang paling penting TEPATI JANJI.

4) Kenali apa yang disukai dan tidak disukai anak. Elakkan melakukan perkara yang tidak disukai anak. Contohnya Ulwan suka pegang kepala shower sendiri apabila mandi. Adakalanya Ummi nak cepat, Ummi terus mandikan Ulwan. Bila Ulwan merajuk dan tak mahu mandi, MASA yang lebih diperlukan untuk memujuk. Aduh! Trick nya adalah, masuk toilet je Ummi tanya,”Ulwan nak pegang shower ni sendiri?” Bila dia happy, fuh…selamat takde yang merajuk.

Begitulah hidup kita dengan anak-anak seolah-olah bermain layang-layang. Ada masa kita kendurkan tali, ada masa kita tarik kuat tali dengan tegang. Yang paling penting nilai asas didikan kita mestilah merujuk pada Al-Quran As-Sunnah. Moga anak-anak menjadi generasi rabbani, yang takut hanya pada ALLAH!.

1 comment:

Abdullah Mujahid Hasanuddin said...

salam,posting yg best!! jzkk
tgh buat persiapan..dua bulan je lagi ni :)