Tuesday, February 16, 2010

Day without Plastic Bag


Disclaimer: Untuk sahabat2 di luar negara yang dah biasa dengan budaya 'tanpa plastik' janganlah gelakkan tau sebab kejakunan Ummi ni...hihi..

0#0#0#

Permusafiran Ummi dan Abi baru-baru ini ke France membuka mata kami tentang konsep: Conserve Energy, Reuse, Recycle. Kita sering mendengar tentang kepentingan memelihara dan memulihara tenaga dari alam sekitar kita. Namun dengan BUDAYA atau kebiasaan dalam masyarakat kita di Malaysia, berapa orang yang sanggup atau rajin untuk:
  • mengasingkan sampah2 kita kepada kategori: Plastik, Kertas, Tin, Kaca dan juga sisa makanan
  • kumpul kategori2 sampah dan membuangnya di tempat kitar semula kelolaan Alam Flora atau tong-tong Recycle for Charity
  • shopping hanya dengan membawa 'grocery bag'. Dengan kata lain NO PLASTIC BAG!
  • beli makanan bungkus dengan membawa bekas kosong sendiri. Maknanya tidak menggunakan pek polystyrene atau plastik.
  • menukar lampu luar rumah kepada jenis sensor. Pada waktu malam, lampu sentiasa terpadam tetapi akan terpasang apabila sensor mengesan kewujudan objek/orang yang bergerak di bawahnya.
Reaksi biasa: "Hish! Leceh! Ngengada je!"

Well, kenapa di negara lain seperti di Jepun, Perancis, Australia (sekadar menamakan beberapa negara) budaya tersebut boleh dilaksanakan oleh masyarakatnya? Kerana apa? Kerana wujudnya KESEDARAN tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan FAHAM tentang bahan-bahan pencemar yang terkandung dalam plastik dan polystyrene. Dan budaya itu telah dimulakan dan menjadi satu amalan yang diteruskan secara sihat.

Maceh Mama!

Ummi dan adik-beradik telah dididik oleh Mama (Opah panggilan anak-anak Ummi) untuk membuang sampah kotak/kertas, plastik, botol kaca dan tin ke dalam bakul yang telah disediakan di satu sudut di dapur rumah kami. Kami akan mencuci kotoran terlebih dahulu dari kotak (susu dll.), botol kaca (sos, kicap, dll.) atau tin (tomato paste dll.). Kalau Mama terjumpa sampah yang tidak sepatutnya dibuang ke dalam tong sampah biasa, dia akan bising, "Siapa yang buang ni?" >_< style="font-weight: bold;">

Hari tanpa Beg Plastik

Sejak 1 Januari 2010, kerajaan negeri Selangor telah mengeluarkan pekeliling ke semua premis-premis perniagaan agar menjadikan hari Sabtu sebagai Hari tanpa Beg Plastik. Di bawah exco YB Elizabeth Wong, usaha ini sangat-sangat dipuji kerana memulakan satu budaya yang baik. Jika pelanggan mahu menggunakan beg plastik, caj 20sen dikenakan. Baik la melabur lebih sikit beli shopping bag besar untuk load barang-barang kan?

Bila Ummi ke France baru-baru ini, Ummi melihat sendiri supermarket langsung tidak menyediakan beg plastik kerana semua pelanggan akan membaw shopping bag sendiri, atau meletakkan barang-barang yang telah dibayar ke dalam troli semula (dan akan load ke dalam container di dalam kereta masing2). Hidup je kan tak guna beg plastik??

Tadi Ummi dengan ditemani Ulya pergi shopping sedikit groceries di Carrefour Wangsa Maju, langsung terlupa azam untuk tidak menggunakan beg plastik dan hanya membawa shopping bag dari rumah. Tapi ketika Ummi beratur untuk membuat bayaran, Ummi cakap dengan adik cashier,"Dik, tak payah guna plastik beg ye." Cashier dengan wajah terkejut,"Ha! Boleh ke? Takpe ke kak?" Tersenyum Ummi sebab tengok wajah 'kaget'nya.

So, lepas scan item, cashier terus serah barang2 pada Ummi dan tidak memasukkannya ke dalam beg plastik Carrefour. Cik Ulya yang baik hati yang telah sedia duduk di dalam troli membantu Ummi menyusun barang2 kami.

Fuhh! Not bad for a start. Lepas ni kena INGAT bawa shopping bag!

So kawan-kawan, especially mothers, please start this good culture to protect our environment. Bukankah Syariah ini diturunkan untuk melindungi manusia dan ALAM??

6 comments:

hikmah kembara said...

salam ziarah..... :)

Baitul SMR said...

tepat sekali.. setuju 100%

Kalau di German, even the glasses are sorted by white bottles, brown bottles, and green bottles. Maybe sebab depe suka minum arak kot :P

but then, your mama is like my mama.. hihihi. walaupun org mesti gelak napelah nak susah2 pi hantar sampah2 tu ditempatnya..
kami datang sini, it makes the latihan sangat berbaloi ^_^

Anonymous said...

mar: hehe..our mama come from the same generation. mg terus istiqamah recycle kat msia nnti!

Ammi Sara said...

Alhamdulillah,,
good on u to start.
Bg kami Alhmdlh dah start about a year ago, itu pun becoz ada experience di Australia, kat penang ni pun dah start monday-wednesday no plastic bag day, cuma rakyat M'sia ni masih kurang 'kesedaran', bile thurs-sunday je diaorg shopping kalo boleh 1 brg 1 bag!. huhu..buat collection beg plastic g2.

Kami pun ada experience muka 'kaget' cashier anfaal. Kami shopping bulanan(bygkan penuh trolley)then on 'plastic day'lak tu, pastu kami bw recycable bags, pelik je muka mamat tu, hehe..

Baby Waidi pun dah 80% ber CD (cloth diapers), another step to preserve the environment. InsyaAllah sbnrnye byk lg yg kita boleh buat. Lets all 'go green'. jgn jd hulk sudah..

ahl mujahideen wa syuhadaa' said...

kat jordan, awah buat sorang2 je..kumpul botol2 dlm plastik, pastu letak tepi tong sampah luar rumah, nnt pakcik yg kutip sampah - klu die ada nak duit lebih- die pegi jual botol2..klu taknak...buang camtu jelah huhu...

Abdullah Mujahid Hasanuddin said...

teingat masa awal2 kempen ni ikhwah beli barang kat giant hari sabtu utk daurah..dah bayar semua baru tau takde plastik! terpaksa "pinjam" bakul giant isnin baru pulang~