Tuesday, May 26, 2009

Career Woman and Latte

Look who's talking? Mc.CAI in the middle as moderator, Kak Dian is the other panelist

Last weekend was quite interesting for me. I was being appointed in my JK Wanita JIM Pusat in a meeting last 2 weeks to be one of the panelists in a forum called Wacana Wanita dan Kerjaya. Being a homely type of sister and want-to-stay-at home mother in the beginning, then my life turned to be a biz-woman. When we asked our son, "What do you want to be?"...his answer is,"Jual barang macam Ummi Abi."

Haha..jual barang pun kerjaya jugak kan! Glamour term is 'Business man'. Ehem..ehem!

Alhamdulillah the crowd was fairly from the Gen-Y (born 1980 till 1990) and other senior working mothers too. What striked my attention was the presentation by Ustazah Maznah, on Tasawwur Kerja seorang wanita yang digariskan dalam Islam.

Here are the Tasawwur Kerja outlined by Ustazah:
SATU :: Untuk mencari nafkah membantu keluarga - hukumnya harus, bukan WAJIB
DUA :: Untuk menyumbang kepakaran dan memenuhi keperluan fardhu kifayah terhadap masyarakat
TIGA :: untuk infaq fi sabilillah, sebagaimana Zainab binti Jahsy, isteri Rasulullah yang menyama' kulit kambing dan sedekah hasilnya
EMPAT :: Kerja untuk pangkat dan kemasyhuran - Big NO!

Biasa dengar, "kalau I tak kerja, sampai mati la tak boleh nak beli pinggan mangkuk baju cantik2 yang I nak. Bila minta dengan suami, macam menyusahkan aje!" Yang ni masuk dalam Tasawwur Kerja keEMPAT tu.

Astaghfirullahal 'azim, takutnye Ummi if I fall in the forth category - bekerja bagi mengelakkan terperap di rumah dan nak cari kawan di luar.

Ummi luruskan niat balik, nape yang Ummi sibuk2 tolong Abi berniaga ni. Kata Ustazah lagi, di akhirat nanti subjek utama yang akan ditanya Allah pada seorang wanita adalah hal KEIBUANNYA! Apakah dia telah menunaikan tanggungjawab sebagai ibu dengan baik?

Muhasabah buat kita semua, adakah kita bekerja kerana sebab yang betul dan syar'ie serta tidak mengabaikan tanggungjawab asasi?


Latte
Petang selepas Wacana, Abi panggil balik cepat sebab kena pegi rumah parents-in-law. Auntie Noora, my mom-in-law's new neighbour and a very heartwarming lady, invited all of us to her house for hi-tea. The food are all fantastic. Yummylicious! Surprise2! She did all by HERSELF without any servant. She cooked bakso, breadpudding, cheese tart, santan pudding, and not-to-forget, her LATTE!

When she served the first round cups of latte to the gentlemen, Abi requested Ummi to learn how to make one. Heh..Camano tak tau?!

Auntie Noora took out her perkakas and showed me how in her neat and tidy kitchen.
"Use Farmhouse or Marigold brand of freshmilk, heat the milk in microwave oven just for 1 min."
"Mix the coffee, my favourite brand is Vira (aiyoo! auntie, saya guna kopi biasa je) with susu pekat manis. Not too sweet b'coz we need to get the coffee strong taste."
"Here is the secret, use this Bodum electric frother to make the heated milk frothy."
"Or you use this coffee presser to pump the milk till it becomes frothy."
"Pour the coffee mixture in a cup, then pour the froth, and sprinkle Cinnamon Powder on the milk froth."
"For kids, you may make chocolate drink and sprinkle cocoa powder on the milk froth."

Ummi, my mom-in-law, Auntie Noora and Auntie Fadilah

Punye la baik hati Auntie hadiahkan Ummi bodum electric frother sebab dia dah ada coffee presser. Thank you so much Makcik yang baik hati!

Electronic Frother (guna bateri)..yea yea dpt yg ni!
Coffee press yang sebelah kanan tu, dia tunjuk je sbg contoh.

Auntie beli semua perkakas canggih manggih masa dia kerja dulu. See? Wanita bekerjaya biasanya ada duit untuk beli apa yang dia mahu. Well, for me, Abi is the banker. I don't keep the money with me. Do I have to be liberated from this policy? Wallahua'lam. My hubby knows the best and weak part of me, i think. Tepuk dada tanya iman ye Ummi ;)

Thursday, May 21, 2009

Papan Tanda

Perjalanan Ummi Abi berniaga sendiri adalah sesuatu yang menarik untuk dirakamkan. Sekadar untuk berkongsi pahit manis mengusahakan perniagaan sendiri sebagai usaha menyara hidup berkeluarga dan misi untuk menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat. Adik Ummi, Urwah minta agar perkongsian ini didokumentasikan. Tunggu lah masanya pasti akan tiba. Jeng..jeng..

Setelah memulakan perniagaan Enterprise (Perkongsian) pada tahun 2004, kemudian disusuli dengan incorporation atau menaik taraf kepada Sdn. Bhd. pada Jun 2006, alhamdulillah kami kemudiannya menimba pengalaman mengusahakan perniagaan dari sebuah premis di Melati Utama.

Lot pertama kami bernombor 73-2. Blok paling hujung dari Petronas, tingkat paling atas. Selama 2 tahun kami tiada papan tanda. Keh..keh.. Dah puas Ummi pujuk Abi naikkan signboard, tapi sampai kami dah keluar dari lot tu, memang Abi tak nak pasang signboard. Alasannya, "kita menyewa je.." Hmm...ok lah boss!

Jadinya...setiap kali customer nak datang,Ummi akan bagi landmark kedai orang: "cari kedai kami kat blok yang ada Restoran Nasi Dagang atau Restoran Rumah Thai...sori kami takde signboard lagi." Masa dah nak pindah, tumpang glamour satu kedai famous lain, "kedai kami betul2 atas kedai Secret Recipe, tp tingkat 2." Bila kenangkan balik, kelakar nye...

Dalam pertengahan tahun 2008 kami memutuskan untuk tidak lagi menyambung tenancy dengan landlord melalui ejennya, Mr Low yang sangat profesional dan baik orangnya. Dia orang pertama dalam hidup panggil Ummi dengan panggilan Mrs Ammar. :)

Dan pada 1 Januari 2009, kami berpindah secara rasminya ke Lot 37-1. Blok sebelah kedai lama.
Dan...dengan rezeki yang Allah kurniakan, kami beli lot tersebut. Hakmilik kekal! (sementara kat dunia ler). Dan tiada alasan lagi tak nak pasang signboard kan Abi kan??

Cerita nak pasang signboard ni pun panjang gak, sampai 2 bulan setengah baru berjaya pasang. Tapi bila dah naik papan tanda tu, kembang kuncup gak la senyum. Alhamdulillah.

120509 - 4 orang pekerja Neontech sampai di premis kami dengan 2 signboard: horizontal dan vertical

Tali guni terjuntai yang diikat dari tingkat 2

Tali diikat pada signboard. Ready untuk naik!

Yea! Dah naik!

Tu dia! Amacam, kacak tak? ;)

Thanx a zillion buat semua keluarga, rakan2, dan pelanggan2 yang menyokong kami.
Sounds cliche: "Tanpa anda siapa lah kami."

Tuesday, May 19, 2009

The Mind of Boys

Melihat Ulwan membesar dan mempunyai seorang abang, Ummi dan Abi selalu mengatakan, "Lainnya Ulwan berbanding Umar."

One feature that Ulwan is obviously so different from Umar is his FIERCENESS. I don't know exactly who should undergo Anger Management course, the Ummi or the son? !_! It seems the whole world belongs to him. Makan minum, toys, Ummi adalah hak milik Ulwan seorang. Tak boleh share!

Kalau kak Ulya peluk Ummi, marah.
Kalau abg Umar share lasy toys, marah.
Kalau Abi snap foto Ulwan, marah.
Kalau Ummi nak habiskan food yg tak habis, marah.
kalau semua orang marah Ulwan, dia marah balik!

Haru tak? Isk..isk..Bukan salah ibu mengandung..huhu..

Teman bergaduh selalunye kak Uyya!
Tapi bila semua orang dah marah, teman yang paling dicari kak Uyya!

Comel kan? ;)

Ok, let's not focus on the negative behaviour, but enforcing the positive side that's hidden in him.

Hopefully, Ulwan kan menjadi 'manusia logam' sebagaimana Umar Al-Faruq. Garangnya semasa jahiliyah, tapi Islamnya beliau terus menjadi sang penggegar musuh. Amin ya Rab.


Good Side of Ulwan

Ulwan baru menemui hobi baru -- CONSTRUCT LASY. This one thing that he has in common with Abg Umar.

Sekarang Abg Umar dah tahap advance. Binaan Abg Umar semakin kompleks. Tapi untuk tahap beginners macam Ulwan, not that bad. He can construct ship, house, bike of his version. And daaa...i can see the fruits of his imagination in reality. Alhamdulillah.

Umar's bug/beetle

Disebabkan Ulwan tak suka diambil gambar (don't know why, yg ni x sama langsung dgn abg kakak), Ummi terpaksa menjadi paparazzi sekejap.

Diambil gambar secara mengejut oleh Ummi semasa bermain Lasy di siang hari.

Di malam hari..


Pasang roda

Badan motor yang panjaaaang.


Boys Learn Differently

Melihat perkembangan anak-anak membesar di depan mata dan karakter mereka yang unik serta berbeza, menyebabkan Ummi tertarik untuk cuba memahami cara belajar anak lelaki.

Kredit buat Pak Utih yang mendedahkan mengenai penulisan karya Michael Gurian mengenai Boys. Dalam pendidikan, kita harus memahami cara berfikir seorang lelaki dan memahami fisiologi tubuh badan yang telah Allah ciptakan. Fitrah yang dicipta buat anak lelaki adalah berbeza dan sama sekali tidak boleh dibandingkan dengan perempuan. Sebab itu lah, kita perlu faham mengapa dikatakan Men from Mars, Women from Venus. Baca la sendiri baru best..hihi.

In short, the mind of boys different from girls because of boy:
1) one-directional, more focus
2) show interest in exploring
3) more likely to ignore voices - even PARENTS!
4) take hours to process emotion
5) rely heavily on non verbal communication

Ummi sedang pujuk Abi untuk beli buku Boys and Girls Learn Differently dari kedai buku kinokuniya. Kalau ada penemuan menarik lagi, akan Ummi share lagi kat sini ok.

So love our boys dearly. They are unique and have special place in our heart. Kesabaran kita para ibu membesarkan mereka akan menjadikan mereka lelaki pejuang untuk Deen ini pada masa depan nanti. Allahu Akbar!

Wednesday, May 6, 2009

Fikir dan Zikir



Fikir dan Zikir I: Dinosaur datang!!

Hujung minggu pertama bulan Mei baru-baru ni, Ummi Abi free daripada komitmen program yang biasanya penuh. Bila Abi tanya, "ok,nak bawa anak2 pegi mana?"...fikiran Ummi pun melilau untuk mencadangkan tempat menarik dan sesuai untuk anak-anak. Maklumlah, kami tiada kampung (the real kayu papan house in rural area). Popo TokBun (Abi's parents) stay in Bukit Jelutong and Opah TokAbu (Ummi's parents) stay in Tmn Sri Ukay. Hehe...kira2nya Bukit Jelutong tu jauh sket la (kurang dari sejam..kiki).

Kebetulan Ummi nampak iklan pada billboard di persimpangan Setiawangsa-Desa Tun Hussein Onn, mengenai Pameran Monsters & Dinasours di MidValley Mall. Apa lagi!! Ni peluang menarik.

Alhamdulillah pada 2 Mei, immediately selepas selesai solat Asar kami menuju ke MidValley. Ummi tak suka sangat datang sini sebab mall yang terlalu besar dan sangat ramai orang. Pameran Dinasours di Hall 3, Aras 3. Tiket yang kami beli berharga RM12 untuk Dewasa dan RM8 untuk Kanak2. Ulya dan Ulwan under-age, so FREE!

Ruang pameran tidak terlalu besar, dimulakan dengan pameran semut, tarantula, rama-rama di ruang depan. Dan ruang belakang adalah dinasour yang famous seperti T-Rex, yang ada tanduk tiga, yang ekor panjang..(sori x ingat nama). Dinosaur2 ni dikawal oleh robot mekanikal yang bergerak seperti real, ditambah dengan sound effect dan suasana seperti di dalam hutan menyebabkan anak2 Ummi teruja melihat makhluk Allah yang telah pupus ni.

Apa yang menarik adalah persoalan2 yang ditanyakan oleh anak-anak dari pemerhatian mereka. Terutamanya dari Umar dan Ulya, seperti:
"Dinasour makan apa, Ummi?"
"Dia makan orang ke?"
"Kenapa badan dia macam tu?"
"Kenapa bunyi dia macam tu?"
..dan macam-macam soalan lagi.

Bila balik rumah, Ummi ajak anak-anak belek ensiklopedia tentang Dinosaur. Semakin berfikir mereka tentang ciptaan Allah ni. Ummi sebut yang sebelum Nabi Adam diusir dari syurga dan dihantar ke bumi lagi, dinosaur telah dimusnahkan Allah, sebagai persediaan manusia hidup di bumi.

Kalau anak seusia Umar (6 tahun lebih), penceritaan perkara yang 'real' adalah sangat penting untuk dikaitkan dengan kehidupan yang nyata. Fikir dan Zikir! May Allah grant him wisdom to realize that the most real and eternal is PARADISE LIFE. Amin ya Rabb!


Fikir dan Zikir II: Laskar Pelangi

Ingat lagi obses Ummi tentang novel bersiri Laskar Pelangi tulisan Andrea Hirata, dari Pulau Belitong? Lihat sini. Surprise2! Isnin baru ni, Ummi dikunjungi teman baik Ummi, Dr. Aisyah (married to Indonesian and currently staying in Jakarta) yang pulang ke Malaysia untuk renew visa anaknya, Hamzah. Aisyah hadiahkan Ummi VCD Laskar Pelangi yang dah lama Ummi tunggu2. Yea!

Balik rumah, Ummi ajak anak2 tonton bersama. Tapi berhari2 anak2 tengok sebab kena tido awal. Movie yang diadaptasi dari novel LP ini mengangkat scene yang betul2 menarik dari keseluruhan kisah Ikal, Lintang dan Mahar yang bersekolah di SD Muhammadiah, Gantong (di Pulau Belitong).

Sambil menonton bersama, Ummi Abi ajak Umar berfikir, berkaitan dengan scene dalam movie tersebut.
"Tengok abang tu pegi sekolah naik basikal jauh-jauh, kena lalu kawasan buaya melintas lagi. Syukur Umar pegi sekolah naik kereta kan?"
"Sekolah dia buruk je, hujan je, kelas banjir."
"Abang tu belajar sungguh-sungguh waktu malam, pasang lampu pelita je."

Alhamdulillah, anak kecil ni berfikir dan dia buat kesimpulan, "Kena belajar rajin-rajin baru jadi pandai ke Ummi?" Ummi senyum meleret mengiyakan. "Umar kena bersyukur dapat semua yang Allah bagi, kena lagi rajin belajar."

Next target, nak buat tayangan video untuk Kelab Kelas Tahun 1 Al-Amin. Moga ada iktibar buat semua untuk terus Fikir dan Zikir.