Thursday, May 21, 2009

Papan Tanda

Perjalanan Ummi Abi berniaga sendiri adalah sesuatu yang menarik untuk dirakamkan. Sekadar untuk berkongsi pahit manis mengusahakan perniagaan sendiri sebagai usaha menyara hidup berkeluarga dan misi untuk menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat. Adik Ummi, Urwah minta agar perkongsian ini didokumentasikan. Tunggu lah masanya pasti akan tiba. Jeng..jeng..

Setelah memulakan perniagaan Enterprise (Perkongsian) pada tahun 2004, kemudian disusuli dengan incorporation atau menaik taraf kepada Sdn. Bhd. pada Jun 2006, alhamdulillah kami kemudiannya menimba pengalaman mengusahakan perniagaan dari sebuah premis di Melati Utama.

Lot pertama kami bernombor 73-2. Blok paling hujung dari Petronas, tingkat paling atas. Selama 2 tahun kami tiada papan tanda. Keh..keh.. Dah puas Ummi pujuk Abi naikkan signboard, tapi sampai kami dah keluar dari lot tu, memang Abi tak nak pasang signboard. Alasannya, "kita menyewa je.." Hmm...ok lah boss!

Jadinya...setiap kali customer nak datang,Ummi akan bagi landmark kedai orang: "cari kedai kami kat blok yang ada Restoran Nasi Dagang atau Restoran Rumah Thai...sori kami takde signboard lagi." Masa dah nak pindah, tumpang glamour satu kedai famous lain, "kedai kami betul2 atas kedai Secret Recipe, tp tingkat 2." Bila kenangkan balik, kelakar nye...

Dalam pertengahan tahun 2008 kami memutuskan untuk tidak lagi menyambung tenancy dengan landlord melalui ejennya, Mr Low yang sangat profesional dan baik orangnya. Dia orang pertama dalam hidup panggil Ummi dengan panggilan Mrs Ammar. :)

Dan pada 1 Januari 2009, kami berpindah secara rasminya ke Lot 37-1. Blok sebelah kedai lama.
Dan...dengan rezeki yang Allah kurniakan, kami beli lot tersebut. Hakmilik kekal! (sementara kat dunia ler). Dan tiada alasan lagi tak nak pasang signboard kan Abi kan??

Cerita nak pasang signboard ni pun panjang gak, sampai 2 bulan setengah baru berjaya pasang. Tapi bila dah naik papan tanda tu, kembang kuncup gak la senyum. Alhamdulillah.

120509 - 4 orang pekerja Neontech sampai di premis kami dengan 2 signboard: horizontal dan vertical

Tali guni terjuntai yang diikat dari tingkat 2

Tali diikat pada signboard. Ready untuk naik!

Yea! Dah naik!

Tu dia! Amacam, kacak tak? ;)

Thanx a zillion buat semua keluarga, rakan2, dan pelanggan2 yang menyokong kami.
Sounds cliche: "Tanpa anda siapa lah kami."

8 comments:

hADIE said...

masya allah...
tahniah la da ade kedai sendiri...
kat tempat yg memang TOP plak tuh...
kem salam kat Abg Ammar...

-Hadi Deseventh-

Khazinatul_Asrar said...

akhirnyaa...
hehe. padahal dh penah dtg time da ade sign board tu. hehe. mmg betul pun, dulu saya terintai2 gak kat kedai lama akak, bila la nak letak sing board ni. Hehe. Alhamdulillah!

Mabruk Bro Arts!
Keep it up ^__~

aliah said...

salam kak anfaal.pekabo ye?:)

wahh dh ade signboard!mabruk2.moga trus maju dan berkembang dlm rahmatNya.hehe lps ni sngla nk bgau klau org tye ''kt mane kdai tu?'' huhu.

-aliah tarmizi (cucms) :D

ummu umar said...

to hADIE: Syukran.tempat TOP jadi susah jgk cr parking.Itu cabaran lain plak.

to K_Asrar: Syukran.kl dah tau kedai katne,mmg takde la dongak2 tengok signboard kan?

to aliah: Alhmdlh sihat.Mmg signboard ni memudahkan semua.Habaq la kat kawan2. :)

'adz said...

mabruk dah ada kedai sini,
bila nak buka caw dkt ireland/uk..
ke dah ade?? promo brng2 dkt sini plak

Alang Atie said...

salam...alhamdulillah dah ade signboard..klu tak..tiap kali lalu melati tu...jenuh jugak nk mencari kedai..terdongak2 pale..hehehe

ummidamia said...

OO... akak n hubby punye ke Brotherhoods Arts tu? Sy orang Kelate. Memang obvious la signboard tu bila dah sampai Gombak.

Tahniah. Selamat maju jaya.

Saya bagi full support utk akak! hehe

Anonymous said...

http://13dfgsdfg57.com/