Monday, February 9, 2009

Ya Bunayya La Tushrik Billah

Hari Ahad cuti Thaipusam semalam Ummi & Abi berkesempatan bawa anak2 ke Pulau Pinang untuk memenuhi undangan walimah sahabat lama Ummi, Ukhti Fatimah Danial (gelarannya Uda sejak sekolah dulu). One-day-trip ni turut disertai oleh cikgu sekolah kami, Cikgu Hasnah. 


Alhamdulillah syukur pada Allah, Uda dapat jodoh pada umur 30 tahun. Semua urusan kita adalah ketentuan Allah kan? Lambat atau cepat adalah di tanganNya. Gembira dan terharu melihatkan sahabat lama menemui kebahagiaan, insyaAllah hingga ke akhirat. Amin.

Apa yang menarik dalam trip kali ini adalah kerana kami tak menyangka akan menyaksikan sambutan Thaipusam secara dekat, right in front of our eyes!! Kebetulan kami turut merancang perjalanan untuk menziarah bapa sahabat kami, Hj. Othman Mydin, yang sakit di Hospital Pulau Pinang. Tanpa disangka, kami perlu melalui jalan penuh sesak dengan penganut & 'pengabdi' agama Hindu yang memenuhi nazar mereka sempena sambutan Hari Thaipusam ini. Fuh! Sang pembawa kavadi, cangkuk2 besi ditusuk ke kulit2 mereka untuk mengangkat kavadi bermacam rupa. So scary! (dah lama dok dkt Batu Caves, memang tak pernah pg tengok secara dekat).

Mereka berjalan di tepi kereta kami ketika kami sedang menunggu polis trafik mengawal lalu lintas. Anak2 buat pertama kali (termasuk Ummi dan Abi) menyaksikan sambutan ini. Kami mengucapkan kalimah La Ilaha IllaLLAH dengan penuh rasa bersyukur dengan nikmat Islam yang penuh keindahan tanpa 'ibadah'2 yang aneh sebegitu rupa. 


Gambar pengabdi dewa Hindu, yang diambil dari dalam kereta kami.

Diiringi alunan tabla dan muzik Tamil (mungkin mantera2 mereka), anak2 muda Hindu menari seperti tidak sedarkan diri. Dari jarak dekat Ummi dapat lihat mata merah mereka dan di tangan ada yang memegang Tiger Beer. Sah mereka mabuk.

Dengan kesempatan tersebut, Ummi jelaskan pada Umar tentang hal syirik. Kalau sebelum ni, Ummi selalu sebut hal syirik pada Umar, tapi kali ini depan mata, anak2 lebih nampak maksud 'sembahan' lain. Wallahua'lam sejauh mana mereka menghayatinya.

Semoga kita sama2 belajar nasihat Luqman Al-hakim buat anaknya seperti yang dinukilkan dalam Surah Luqman..."ya Bunayya la tushrik billah."

2 comments:

ahl mujahideen wa syuhadaa' said...

bace post ako yg ni teringat kat rumah ada satu buku tentang bagaimana menjawap soalan anak berkenaan ketuhanan. nnt dh bc skit blh kongsi, insyaAllah

the author said...

anfal... kami pun pi juga walimah kak timah. tapi sampai sana jam 3 ptg. tak sempat kita jumpa ek!
-najah-