Thursday, February 19, 2009

Anger Management

Pernah tak dengan tulus, ikhlas serta polos, anak-anak kita menyatakan, "Ummi selalu marah Umar bila...."??

Pernah tak tanpa dipinta, anak-anak dengan sukarela dan sukahati menyatakan, "Tadi Ulya tolong Ummi tutup gate."??

Pernah tak selepas menyatakan terima kasih pada si abang dan si kakak, yang adik akan bertanya, "Ulwan pulak?"

Haaaa..tu la statement2 yang keluar anak-anak Ummi sejak 2menjak ni yang memberi satu iktibar buat Ummi. Hikmahnya dalam kehidupan dan dakwah juga.


Umar sebut, "Ummi marah Umar bila tetamu datang dan tumpahkan air." Menurut hawa nafsunya, wajar lah Ummi marah atau sebenarnya menegur dengan kata2 yg agak tegas (huh?). Tapi kalau menurut pendidikan cinta buat anak2 ini, tindakan marah bukanlah satu perkara bijak untuk meluruskan kesilapan mereka. Jadi, apa yang harus Ummi Abi lakukan? Apa lagi tatkala tetamu datang, they really show the 'true colors' just for the sake of getting parent's attention. Huwaaa..

Again, I'm referring to what Nancy Samalin says;
How to Express Anger without Doing Damage?
1) Take an Adult Time-Out
    When anger makes you see red, it means: Exit, Wait, Quit. Leave the room, put on earphones (of Al-Quran recital or calming nasyeed) or shut yourself in the bathroom. Briefly let your children know why you're leaving the scene. For example, you might say, "I'm feeling so furious right now that I don't want to see you until I've calmed down."

2) Hold your tongue
     We are at our most vulnerable & are least able to discipline effectively when we're upset. At those moments, remind yourself, "I will respond more effectively if I calm down first."

3) Maintain a perspective
    Sometimes kids will display annoying behaviour just to goad you into a reaction. Ask yourself before going over any particular issue, "How important is this?"

4) Recognize when you're at a risk
     Be aware that the temptation to lash out at your child, verbally or physically, is greatest when you're at your wit's end.

::::::

Kita sering tertarik untuk menegur kesalahan anak dan jarang2 sangat kita tertarik dengan positive deeds mereka. Ummi and Abi trained ourself to acknowledge every good deed and achievement of our kids. That's called Positive Reinforcement. 

And that's how my little Ulya and Ulwan trying to do when I 'missed' giving them apreciation/compliment. Ulya tolong buka kan gate sebelum kami ke kedai, dan tanpa segan Ulya dengan bangga menyatakan kebaikannya. Dan Ummi pun menyanyi2 mengucapkan terima kasih dengan persembahan ala2 di pentas orkestra. DAN...abang Umar pun menuntut ucapan terima kasih untuk kebaikan yang pernah dilakukannya (i.e. tolong letak sock Ummi di tempatnya). Haha..DAN...si kecil Ulwan pula menagih tuntutannya dengan dua patah kata, "ulwan pulak!"

Begitulah kehidupan sebagai muslim, menuntut kita merangkumkan SEMUA akhlak baik dalam satu perkara: JANGAN MARAH.

Malah belajar lah menghargai kebaikan orang lain walau sekecil mana pun.

p/s: terima kasih Abi yang selalu melayan kerenah Ummi :D



7 comments:

`Ain said...

masya Allah!betul la Anfal.kekadang anak2 yg banyak sabar dengan parent kan. terima kasih kerana mereka sabar dgn kita.

ummu umar said...

kak ain...anak2 bnyk mendidik kita menjadi insan yg lebih baik. Good to hear frm u. Dah blk manjung ek?

Ummu Anis said...

Salam anfal. Bila baca citer ni teringat plak kisah yg diceritakan oleh Saiful Islam. Tak ingat baca kat blog dia atau majalah. Antara katanya, anak-anak lakukan sesuatu negatif kerana bila dia buat negetif kita akan bagi attention kat ia >> marah. Walaupun mungkin sakit, boleh nangis kena hukum Ummi dan Abi tapi mereka 'puas' sbb Ummi Abi bagi 'perhatian' akan perbuatannya. Sebab bila buat positif, Ummi Abi biarkan jer. Setelah mendapat khidmat kounselor, Saiful Islam dan isteri akan biarkan anak-anaknya ketika mereka melakukan perkara negatif spt gaduh sesama adik beradik. Just leave them. Manakala kalau buat positif, Ummi Abi akan bagi perhargaan, akan duduk sama-sama dan ckp perkara yg baik2. LAma-kelamaan anak2 nini mendapat pendidikan : Buat negatif tak dpt perhatian Ummi Abi. BUat positif uMmi Abi bagi perhatian.. then mereka perubah selepas itu. Rupa2 anak-anak jadi begitu kerana mereka inginkan perhatian.. hmmm... byknyer kene belajar utk didik anak zaman sekrg ni ya... thaks atas perkongsian

ummu umar said...

huwa...panjangnye komen KM.Masih dan ingin terus belajar :)

ahl mujahideen wa syuhadaa' said...

ako, lps bace entry ako ni, awah teringat yang saiful islam tulis dalam buku aku terima nikahnya tu, sama yg ummu anis maksudkan tu.
abi dinasour umi monster, mcm tulh kot tajuk bab tu.

best best..thanx ako. byk bantu awah.love you!

en_me said...

thanx samer2 berkongsi maklumat.. salamms dr me dikejauhannns

am0i ida said...

Salam kak anfal..

nice entry..suke sgt baca sb kena kat batang hidung sendiri...mcm saya mmg ibu yang garang tp bila nikah dengan suami, saya byk belajar erti sabar sabar dan sabar..sb suami amat2la penyabar orgnya...

jazakillah sudi share kat cni...dan info dari ummu anis juga sgt membantu saya...isk kejam bila difikirkan kisah2 memarahi anak nie sedang meka tak bersalah...

betul kata akak, anak2 yg byk mengajar kita sbnrnya...luv u so much kak...thanks a lot!!!