Friday, December 5, 2008

Bengkel Seni Muslim Cilik




Hari ni dah hari ke2 Ummi dan para fasilitator bersama-sama anak-anak Kg.Fajar mengisi masa lapang cuti sekolah mereka dengan Bengkel Seni Muslim Cilik.

Semalam, tema kami adalah tentang 'Haji'. Menarik juga sebab kebanyakan anak-anak ini tidak tahu asal-usul ibadah haji. Dengan mata yang bundar, tekun mendengar tentang korban dan haji. Bagi kategori umur 10 hingga 12 tahun, mereka dikehendaki menyiapkan miniature ka'bah dari kadbod. Bermain cat dan glitter la anak2 ni.

Kategori umur 6 hingga 9 tahun pula sibuk melipat origami binatang ternak yang boleh dikorbankan seperti lembu dan kambing.

Hari ni pulak tentang 'Solat'. Malu alah betul anak2 ni nak demo kan tatacara solat. Berbekalkan VCD 'Rahsia Seputar Solat' dari Indonesia, Ummi tayangkan satu slot mengenai 5 wwaktu solat. Kemudian, Ummi ceritakan kisah Israk Mikraj dan betapa kita harus bersyukur kerana Ar-Rasul s.a.w yang memohon 50 kali waktu solat dikurangkan menjadi 5 kali sehari sahaja. Apa kerja seni hari ni pulak?

Tahap 1: cari bahan di sekitar dewan-daun,bunga,batu, dan hias rajah lukisan mengenai 5 Waktu Solat. Fancy!

Tahap 2: siapkan poster ajak orang solat. 

No comments: