Tuesday, December 16, 2008

Allah sedang menguji tahap cinta duniamu

Pagi tadi, sebenarnya banyak agenda yang harus Ummi penuhi>>hantar Umar ke kelas tahfiz>>terus ke Kg.Fajar utk sesi ke3 Bengkel Seni Muslim Cilik>>tengahari ada yg nak jumpa di kedai>>petang ikut rombongan JKP Wanita JIM bertemu Pn.Erma Fatima (Yayasan Citra Karya)....

Namun, wa makaruu wa makarallah waLLAhu khairul makirin. Selesai menghantar Umar ke aras 2 kelas tahfiznya, Ummi terima sms dari staf kedai:
"Kak call anum, kedai kena pecah masuk, laptop hilang."

Semua program cancelled! 

Menggigil Ummi, terus mulut laju menuturkan Innalillah dan Astaghfirullah. Apakah dosa yang aku lakukan? Owh..serba tidak tahu.

Yang pasti kereta meluncur laju mengambil Abi di rumah dan terus ke kedai kami. 

Pencuri itu bijak tapi tidak lah begitu bijak. Abi ada alasan tersendiri. Si P nampaknya memang berhajat mengambil aset berharga di kedai kami iaitu mac yang baru 3 bulan bertapak di meja designer kami. Laci, almari dan ruang stor langsung tidak digeledah. Ringgit dalam laci pun tidak berusik. 

Terduduk sebentar kami di sofa. Bro.designer sampai..ah!tak terkata. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Kami pun mengeluarkan bermacam teori siapakah gerangan yang cukup pro memecah masuk dan mengambil HANYA set mac yang satu ini dan tidak pc yang satu lagi. Allahu ta'ala a'lam.


Ruang kunci di bwh pintu kaca yg digerudi dan dikeluarkan dgn begitu kemas dan pro.


Dulu ada sekarang takde..ruang kosong atas meja ni dulu menempatkan mac bro.designer kami

"Come on Abi...what's next?"Ummi dengan gaya Sherlock Homes pun ada juga. Seperti biasa the hubby will be quite..do the thinking-tak terjangkau apa yg dipikir lama sangat tuh. And the wife..do the talking-jom kita gi report polis, jumpa pemaju, jumpa sekuriti, ganti kunci...bla2. Dah habis pk, baru la Abi ajak Ummi bertindak. Waaa..tensen2...

Route::Balai Polis Wangsa Maju>>IPD Sentul>>Kedai>>Hardware shop cari locksmith>>Tnggu locksmith dtg sampai ke petang (pastu x dpt dtg pulak..huhu).


Di IPD Sentul, Sarjan Noordin sdg mengambil keterangan, "Awak ada syak sesiapa?"


The CSI-unit tiba di lokasi kejadian

Lesson learnt:
ONE
make a routine to do data back-up, thumbdrive, external hard disk etc.

TWO
be more cautious on security aspect, should you have more budget, hire own security guard, or else put on reliable alarm system like ADT, put on CCTV, double triple the lock (solex, grill, shutter)

THREE
this should be no.1 utmost in all Mukmins' hearts::tawakkal 'alalLAH. HasbunalLahu wanikmal wakeel.

Kl ada yg nak cadang cara yang lebih baik, sila kan. 

1 comment:

Zsa Zsa said...

ehhh laa..kesiannye..sabar2