Sangat best kan bila setiap detik masa kita digunakan sepenuhnya?...berpagi-pagian dalam beramal...jika ada pagi jgn ditunda hingga petang dan jika ada petang jgn ditunda hingga ke pagi. Ummi memang beriman betullah dgn ayat Al-Quran dan hadis ni. Bila kita cinta Akhirat, kita kan beramal untuk lebih dekat menghampirinya. Moga amal kecil Ummi diterima Allah.
"Dan ingatlah, ketika engkau (Muhammad) berangkat pada pagi hari meninggalkan keluargamu untuk mengatur orang-orang beriman pada pos-pos pertempuran (peristiwa semasa Perang Uhud) Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui."
(Ali 'Imran: 121)
29 hari bulan 11
Pagi-pagi bersiap ke Surau Ansar, siri kedua Tamrin Pengukuhan Islami untuk adik-adik KARISMA mahasiswa UKMKL. Mantap Aqidah, Erat Ukhuwwah! Kehadiran sekitar 14 orang tidak melunturkan semangat Ummi, apa lagi melihatkan cahaya wajah-wajah yang bersungguh-sungguh menyerap segala ilmu yang disampaikan. Moga ilmu tercerna membentuk fikrah solehah.
Selesai Ummi berkongsi tajuk Mahabbatullah (Cinta Allah), Ummi mohon dari adik-adik Karisma beransur untuk bersiap sesi malam pula. jeng..jeng..
Kak Roha orang yang bertanggungjawab mengusulkan nama Ummi untuk sesi wawancara di
Radio 24. Slot kali ini dipelawa oleh Institut Integriti Malaysia. Sdri Rajes menghubungi Ummi untuk berbincang isi kandungan bualbicara tersebut. Alhamdulillah kredit buat Kak Rosnah, WJIM Pahang yang memberikan input sebagai bahan persediaan buat Ummi.
7.30 malam keluar dari rumah, Abi memandu M5 kami dan meluncur laju ke bangunan Bernama di belakang Perpustakaan Negara. Jalan MRR2 jam, naik highway PROLINTAS line clear, turun melalui Jln Tun Razak jam lagi. Ummi senyaaap je sebab; satu-dah dup dap dup dap jantung, dua-sempat ke nak sampai sblm ke udara 8.15 mlm ni. Alhamdulillah lps U-turn dekat Bulatan Pahang, jalan clear.
Ummi turun kereta terus ke Tingkat 15 untuk ke pejabat dan konti Radio 24.
Tuan Asmawi, deejay bertugas malam itu menyambut Ummi di ruang menunggu. "Ok, Anfaal dah ready?"
Mula2 suspen sgt kena dok atas kerusi tinggi menghadap Tuan Asmawi dengan deep voice nya. Mujur Tuan pandai membuatkan Ummi rasa lebih santai dengan gurauannya. Alhamdulillah selama 1 jam setegah ke udara dengan tajuk bualbicara 'Integriti dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak' dapat Ummi sampaikan dengan baik. Tak tengok skema jawapan sangat pun sebab Tuan tanya soalan yang tak berkaitan sangat. I was just using my common sense, knowledge from reading and experience of raising 3 kids. Ummi pun maklum tak ramai yang akan sepanjang masa pasang Radio 24 tuh. So, yang tau Ummi 'on air' saje la yg alert. Anyway, timekaceh sayang sangat2 pada Abi yang teman Ummi dan menjadi pengkritik tetap. Umar sempat dengar di radio, tergelak-gelak bila Ummi ceritakan mimpi Umar jadi Geng Bas Sekolah. :p
30 hari bulan 11
Awal pagi terus ke Surau Ansar untuk mengambil adik-adik Karisma dan bawa mereka ke Masjid Wilah di Jalan Duta. Istimewa sangat hari ini, kerana aturcara asal Tamrin untuk ke Alang Sedayu berehlah ditukar ke sesi
Bedah Filem movie Sang Murabbi (yang hangat di pasaran). Sayang sekali dewan sangat besar tapi tidak penuh. Apa pun kami sangat enjoy dengan persembahan nasyid Izzatuna (menyampaikan soundtrack movie ini), forum bedah filem oleh Pak Sutradara, Pemain Utama dan Artis Jemputan, Ibu Neno.
Ibu Neno sempat menyampaikan puisi yang begemersik suaranya, diiringi oleh dua orang anak gadisnya. Puisi yang akhirnya mencanangkan tentang 'Sedeqah' tu membuatkan hati mana yang tidak betah untuk menghulurkan infaq pada kotak2 yang ber'gerak'. Tambah lagi sesi 'Auction' untuk Akhirat dilaksanakan dgn baik sekali. Untuk pertama kali juga, Ummi berjaya bid untuk infaq dengan 'tukaran' VCD yang diframekan siap tandatangan tiga tetamu istimewa Sang Murabbi dan t-shirt istimewa SM. Memandangkan 'masa-dah-time' sebgmna yg telah dijanjikan dengan adik-adik, kami berangkat pulang jam 12.45 tengahari walau pun tayangan penuh SM belum bermula. Takpe lah..nanti kita buat tayangan filem sendiri eh.
Frame istimewa dgn signature mahal Pak Zul Ardhia, Pak Irwan Renaldi & Ibu Neno Warisman hasil bidding Ummi :)
Bersama Mbak Widyana, sang murabbiah satu saat dulu
Mbak Susita, dari Acheh, pernah ketemu di Cibubur, Jakarta dlm tahun 2004
Selesai hantar adik-adik balik ke KTSN, Tasik Titiwangsa..Ummi bergegas pulang ambil Abi untuk ke Kelana Jaya. Semua kaum kerabat Hj Mohd Zain & juga YB Pak Abu turun serta rupanya dlm walimah anak-anak Dato' Amir Nordin ni. An old time friend for both families. Hehe..Macam reunion je jumpa ramai orang.
Petang balik rumah rehat sekejap, dan keluar LAGI!..untuk penuhi undangan Auntie Shiladewi, jiran tetangga Jalan J yang menjemput Ayah dan kami semua sekeluarga menikmati chapati dan tosei. Auntie Shila beriya-iya suruh kami makan semua yang dia masak. Dari kuih karipap, koci, kari daging hingga lah mihun goreng. Aiyoyo! Auntie...kami sudah kenyang..jangan marah ya..
Di rumah Auntie Shila, kenyang makan chapati & tosei
End of worthwhile days
Tenaga Ummi malam itu hampir habis. Hidung dah tersumbat sebelah. Kepala sudah sakit. Oh dear doctor, i just need those pills to make me rest. Telan sebiji actifed, minum sesudu ubat batuk hitam dan Ummi mau tidoq...ZZzzzz..
Dan esok menanti untuk diisi demi Cinta Akhirat....rabbana afrigh 'alaina sabran wa tsabbit aqdamana wansurna 'alal qaumil kafirin...