Friday, October 31, 2008

Tak Pandai la Ummi..


Ada sorang kawan Ummi cakap, orang Mesia ni nak jalan senang, cakap je "Tak pandai lah..." kalau diminta buat sesuatu. Sejauh mana kebenaran tak pasti pulak kawan Ummi dah pernah buat research ke survey ke. 'Tak pandai' sebenarnya adalah another 'limiting belief' atau kepercayaan yang membataskan. Sedangkan jika tak pandai, pasti ada cara untuk pandai walau dengan cara apa pun. Resipinya adalah berusaha dan jiddiah (bersungguh).

Bercerita ttg hal ini, anak-anak Ummi pun mudah sebut, "Tak pandai la Ummi", jika diminta:
> tolong sidai towel kat ampaian
> tolong lipat selimut kecik
> tolong sapu roti dengan jem
dan macam2 lagi.

My answer always, "Cuba dulu...siapa kata tak pandai?"

Dan Ummi kena ambil masa sikit, ajar Ulya sidai towel sendiri. Umar dah boleh sidai towel dengan kemas, cuma kalau 
datang angin malas dia letak je towel terperuk ATAS ampaian...bukan sidai! 

Cerita Umar

Ummi akan minta Umar kemas tempat tidur bila bangun pagi. Walaupun selimut kecik pada pandangan Ummi, dia rasa selimut tu besar dan susah nak lipat. Ummi ajar pegang bucu ke bucu...dan biasanya dia lipat versi sendiri..Ok la..

Cerita Ulya
Ummi: Ulya pegang hujung towel kanan, Ummi pegang hujung kiri..letak atas ampaian dan tarik biar jatuh ke bawah..tangan lagi satu tolak towel sampai sebelah belakang dah turun separuh...ok kemaskan kanan kiri biar rata
Ulya: ...macam ni? (dia buat sendiri dengan bantuan Ummi)
Ummi: ha..macam tu..goodgirl!
Ulya: (senyum tersipu2 malu)



Cerita Ulwan
Our sweetie pie ni semua nak buat sendiri. Dia belum boleh cakap "tak pandai". Kiranya dia lagi pandai laa dari semua orang kat rumah ni! He can spread peanutbutter on his toast. Ulwan boleh pasang permainan lasy dan construct menjadi aeroplane & helicopter versi sendiri. 


Kadang2 kita mak2 ni rasa ala lambat la diorang ni, kita buat lagi cepat. Well, hello! assalamualaikum! itu namanya menCACATkan anak sendiri. Anak kita semua pandai, genius. Jangan kita pulak yang degeniuskan mereka. They need help. We offer them guidance. 

Don'ts of Teaching Independence:

SATU
Jangan terlalu cepat beri bantuan. Selesaikan masalah anak mungkin buat kita rasa lega, tapi kalau kita empower anak untuk selesaikan sendiri dia akan rasa lebih lega.

DUA
Jangan risau macam2..kl buat sendiri luka, terjatuh, tersilap. Biarkan anak belajar dalam kawalan sendiri. Life is uncertain.

TIGA
Jangan cepat meremehkan perasaannya jika ada masalah. Bila anak tersilap, dia akan frust dan marah. Tanya apa perasaannya. Iktiraf emosinya.

EMPAT
Jangan push lebih dari kemampuannya. Elakkan dari mengatakan, "Abang kan dah besar...tak takut kan?" Ni pun Ummi baru tahu, sebab biasa je cakap macam ni sebelum ni..haha.


Do's of Teaching Independence:

SATU
Biarkan anak belajar consequence. Tak salah untuk tersilap, terjatuh. Yang pasti dia akan bangkit dan bangun.

DUA
Berikan bimbingan. "Lain kali tak nak jatuh kena buat apa?"

TIGA
Empati. Dengar dan ladeni perasaan mereka. It's OK to feel sad,angry, frustrated etc.



Thursday, October 16, 2008

You're Happy..I'm Happy

Biasa dengar tak orang cakap 'terrible two'? Well..trouble ke terrible ke..tp anak umur DUA tahun biasa akan ada ragam sendiri. Maklumlah peralihan umur baby ke toddler.

Dan Ummi sedang menghadapinya dengan Little Abdullah Ulwan.  Bila datang tantrum, fuhh..dia akan hempaskan kepala ke lantai, berguling2 dan melompat dan terus duduk. Aduh! Ummi yan
g rasa sakit. Most of the time, we had no choice but to give in (not advisable). Huh...otherwise he'll hit me, menjerit menangis sampai suara hilang. Ummi masih belajar tentang SABAR dan cuba beberapa tips ni:

(Sumber: Loving without Spoiling, by: Nancy Samalin)
#1 Offer a distraction - biasa Ulwan mengamuk2 tu, kami akan buat gaya terkejut, "Ha! Cicak!@kapal terbang@etc!".
Tapi hr tu raya balik Johor, perjalanan lama, dah cuba distract mcm2 dah x berkesan sbb dia dah boring tahap dewa. Haha..

#2 Provide help - kadang2 Ummi tak perasan, dia sebenarnya marah sebab nak cuba buka tutup bekas makanan dll. Tapi nak tahu akhirnya apa yang tak kena mahu la 5 minit dia menangis & meronta2. Haiya!! HulkUlwan (Abi panggil dia bila dia mengamuk)

#3 Plan ahead - selalunya, perkara/barang yang direbutkan tu ada pada abang Umar / kakak Ulya, so awal2 Ummi dah pesan bagi adik Ulwan dulu. Atau nak ambil left-over food Ulwan mesti minta izin adik dulu. Latihan yang baik juga untuk abg/kakak berlemah lembut.

#4 Be firm but calm - sori, belum betul2 berjaya lagi..sbb banyak masa Ummi stressed out juga. Ya benar, Allah sedang mengajarku tentang SABAR!

#5 Don't give in once you've said NO - setakat ni, Abi cakap Ulwan ni dah pandai manipulate Ummi. Dia berguling2/hentak kepala kat lantai - akhirnya dpat juga.

Itu la cabaran si cintaku Ulwan sorang ni. Anyway, tantrum don't last forever. What's most important thing to me is if you are HAPPY, I AM HAPPY.

And here's a song dedicated to you by Bro.Umar (still practicing for his concert soon)

You Are My Sunshine
My only sunshine.
You make me happy
When skies are grey.
You'll never know, dear,
How much I love you.

Please don't take my sunshine away


Mama madrasah pertamaku


Dear readers, 

This is an exclusive writing about my mother (unedited). Which will be published in a book .  


IBU MADRASAH PERTAMAKU

Aku lahir sebagai anak sulung buat mama dan ayah ketika mereka masih belajar di United Kingdom. Ayah lebih banyak bercerita tentang memori-memori kecilku di sana, berbanding Mama. Pernah satu petang aku duduk-duduk bersembang dengan Ayah, beliau menyebut secara tiba-tiba, "Kakak kena hargai pengorbanan mama. Dia berhenti belajar lepas A-Level lepas mengandungkan kakak. Kalau dah lahir nanti siapa nak jaga kat UK tu." Terlihat mata Ayah berkaca. Aku diam sahaja tetapi kata-kata itu tidak pernah kulupa sampai bila-bila.

Ya. Memang Mama melahirkan kami tujuh beradik dengan jarak enam orang yang pertama selang dua tahun setiap seorang. Cuma adik bongsu kami lahir ketika saya sudah pun mencecah usia 19 tahun. Mama tidak bekerja di luar tetapi setia bekerja sepenuh masa di rumah membesarkan kami.

Ketika usia di sekolah rendah lagi, saya sebagai kakak dilatih Mama untuk membantu menguruskan adik-adik yang masih kecil.

Mama Contoh Wanita Berhijab Buatku

Ketika Mama tiba di UK, Mama belum lagi menutup rambutnya. Gambar hitam putih dalam pasport Mama ketika terbang ke UK untuk sambung belajar pun masih lagi gambar hitam putih si gadis remaja bertocang kiri kanan.

Alhamdulillah dengan kesedaran dan pendedahan oleh pelajar-pelajar berbangsa Arab di UK, Mama termasuk dalam golongan yang mendapat hidayah untuk berhijab. Tudung awal Mama corak petak-petak yang kemudiannya kami jadikan alas meja di rumah. Lucu.

Berkahwin dengan Ayah lalu Mama menjadi aktivis pelajar gerakan Islam lewat 70-an saat Revolusi Iran meletus. Mama dan ramai lagi rakan-rakan muslimah lain memilih untuk mengenakan niqab atau purdah (tudung beserta kain penutup hidung dan mulut). Seingat saya, Mama pakai purdah sehingga akhir 80-an.

Saya tidak pernah lihat wanita lain sebagai contoh ketika itu. Mungkin semasa kecil, kami tidak mempunyai televisyen di rumah untuk saya terpesona dan kagum dengan wanita berfesyen ketika itu. Satu hari saya pernah berkata pada Mama, "Bila besar nanti kakak nak pakai tudung macam Mama." Seawal umur 6 tahun Mama mendidik saya memakai tudung. Masih segar di ingatan saya perjalanan kami ke Australia selama tiga bulan mengikut Ayah, kebanyakan foto saya adalah bertudung. Alah bisa, tegal biasa.

"Mama kita jahitkan baju cantum-cantum untuk kita"

Satu kemahiran Mama adalah menjahit. Berbekalkan mesin jahit jenama Singer hadiah Ayah, Mama mampu menjahit apa sahaja. Kain-kain perca dijadikan selimut. Lebihan kain dari baju-baju orang dewasa Mama cantumkan menjadi gaun untuk saya. Saya sangat bangga dengan baju jahitan Mama. Semua pakaian kami adik-beradik hasil kreativiti Mama. Hingga seluar dalam pun dijahitnya. Kami bersyukur seadanya.

Berbekalkan kemahiran menjahit ini, saya masih ingat Mama dan rakan-rakan menjalankan projek membuat anak patung Muslimah. Mama jahit cantuman kain untuk potongan kaki, tangan, badan dan kepala anak patung tersebut, dan kerja saya dan adik-adik menyumbat kekabu di luar rumah.

Potongan bahagian badan anak patung tersebut dicantum dan baju serta tudung muslimah dikenakan pada anak patung tersebut. Seingat saya, anak patung yang dijual dengan harga RM12 seunit ini merupakan satu-satunya alternatif permainan anak perempuan selain Barbie doll.

Ketika saya bermain dengan anak patung buatan sendiri itu, sebenarnya secara tidak langsung Mama menanamkan nilai dan konsep tentang aurat Muslimah pada kami.

Meningkat Remaja

Usia saya meningkat remaja dan Ayah mulai sibuk dengan tanggungjawab memimpin organisasi kemasyarakatannya, JIM (Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia). Yang pasti, Mama sentiasa di sisi Ayah menemani. Maklumlah ketika itu, saya dan dua adik lelaki saya sudah boleh berdikari, tinggal saja di rumah jika Mama keluar mengikut Ayah untuk sebarang aktiviti menyantuni masyarakat.

Saya sudah boleh memasak dan mengurus pakaian dengan adik-adik. Mama berikan kebebasan untuk saya uruskan. Walaupun dengan kenakalan remaja saya, selalu juga kena marah kerana hard core peminat drama Cina Hong Kong jam enam petang setiap hari di televisyen, saya tetap perlu menguruskan tugasan harian rumah. Saya menyusun jadual giliran sesama adik-beradik setiap hari bagi meringankan beban Mama.

Aktivis Masyarakat

Saya selalu rasa Mama saya muda walaupun setiap tahun umurnya bertambah. Kenapa? Sebab Mama tidak boleh duduk diam walaupun profesinya surirumahtangga. Selesai urusan rumah, Mama akan ke Pejabat Presiden JIM tidak jauh di belakang rumah kami untuk kerja-kerja mengedit Buletin Nasional untuk edaran ahli-ahli. Adakalanya kami semua dibawa ke pejabat Ayah untuk melipat buletin-buletin tersebut dan ada masanya kerja-kerja tersebut dibawa pulang untuk kami siapkan!

JIM selalu mengadakan aktiviti luaran seperti sukan, ekspedisi mendaki gunung, masuk gua dan perkhemahan. Mama tidak pernah ketinggalan dan kami semua di'angkut' bersama. Jangan tak percaya..Mama saya sudah menawan Gunung Kinabalu! Itu satu lagi impian saya.

Sampai sekarang sudah bercucu tujuh orang pun, Mama masih aktif malah bersenamrobik dalam bulan Ramadhan.

Mama - Menteri Kesihatan Rumah Kami

Saya memang penggemar makanan manis. Kata orang puteh, 'sweet tooth/teeth'. Mama pula sebaliknya. Mama sentiasa prihatin tentang pemakanan yang sihat. Masakan Mama jarang sekali menggunakan santan. Bagi penggunaan gula dan penambah perisa dalam makanan, Mama akan selalu bising pada kami. 'O'o..Menteri Kesihatan dah datang," usik kami adik-beradik.

Sejak kecil, kami semua dibawa berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan gigi secara berkala. Ubat cacing dimakan dua kali setahun. Dek 'Menteri Kesihatan' inilah kami sekeluarga sentiasa sihat. Alhamdulillah.

Fasa Kehidupan di Sri Ukay

Fasa hidup kami sekeluarga di Taman Sri Ukay, Ampang mulai akhir tahun 1995 mencatatkan perubahan. Saya sudah tamat sekolah menengah dan genap umur 17 tahun, Ayah hantar saya belajar memandu kereta. Sejurus selepas dapat lesen memandu, saya 'terbang' ke sana-sini. Dan yang paling penting Ayah amanahkan tugas besar untuk menghantar dan mengambil adik-adik pergi dan pulang dari sekolah setiap hari.

Saya tidak menyambung pengajian di IPTA tetapi di kolej swasta di tengah kota. Sebab itu saya banyak masa di rumah untuk menguruskan hal adik-adik saya.

Pada suatu malam, selesai sahaja makan malam, Ayah memulakan bicara memaklumkan Mama mengandung lagi. Adik bongsu saya ketika itu sudah berumur 8 tahun. Teruja betul kami semua untuk menyambut ahli keluarga baru. Mama sudah pun berumur 39 tahun saat itu.

Kandungan kali ini lebih payah dan lebih banyak komplikasinya. Saat usia kandungan Mama enam bulan, doktor mengesahkan uri bayi berada di bahagian bawah menyebabkan berlaku pendarahan. Bagi mengelakkan sebarang risiko, doktor menasihatkan Mama agar berehat di hospital.

Saya lah pengganti Mama saat itu menguruskan adik-adik dan juga rumah. Tidak lama selepas Mama direhatkan, keluarga kami diuji lagi. Ayah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terlibat dalam gerakan Reformasi (Ayah sebagai Presiden JIM ketika itu turut sama membantah pemecatan DS Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri). Selama 15 hari saya menjadi kepala keluarga buat sementara kerana Ayah disimpan pihak polis entah di mana dan Mama pula direhatkan doktor di hospital. Pengalaman ini saya anggap sebagai ujian penilaian selepas melalui madrasah Mama dan Ayah selama ini.

Saya menjadi matang dengan pengalaman ini. Berinteraksi dengan pihak polis, tetamu, saudara dan tidak kurang guru sekolah adik-adik saya.

Fight for Your Right !

Ayah dibebaskan dari tahanan polis selepas 15 hari ditahan dalam pengalaman tahanan ISA tahun 1998 itu. Namun, semangat Ayah tidak pernah luntur. Tidak goyah malah makin teguh. Teguh kerana Mama yang cekal di sisi Ayah. Tidak pernah dia merintih, mengeluh, menyesal Ayah memilih jalan perjuangan itu. Saat kami menangis, Mama tidak pernah menitiskan air mata.

Tahun 2001 kami diuji lagi. Kali ini Ayah ditahan kedua kalinya di bawah ISA malah dihantar ke Kem Tahanan Kamunting di Taiping. Fuh! DUA tahun. Dan selama DUA tahun juga Mama tanpa gagal pergi melawat Ayah di kem setiap hujung minggu atau setiap giliran yang dibenarkan oleh pihak kem.

Mama sentiasa tegas mengingatkan saya dan adik-adik untuk berani bangkit memperjuangkan hak kebebasan Ayah. Pengalaman ini mendidik kami adik-beradik menjadi lebih peka dan sensitif dengan hak-hak kami (dalam batas syara'). Hak sebagai pengguna, sebagai mahasiswa, sebagai warganegara.

Berbekalkan ketegasan dan kecekalan Mama, kami terus berjuang untuk pembebasan Ayah. Turun naik mahkamah, balai polis, SUHAKAM. Serah memorandum, demonstrasi, berjumpa media dan macam-macam lagi.

FIGHT FOR YOUR RIGHT! Ajar Mama. Ajar, didik, leter dan bermacam cara lagi Mama ungkapkan nilai-nilai baik buat saya dan adik-adik.

Terima kasih Mama kerana tiada sekolah sebelum Mama yang menanamkan nilai-nilai ini dalam diri saya. Engkaulah Madrasah pertamaku!

 

Friday, October 10, 2008

Syawal stories

What happened to Ummi & family this raya?




1) Bibik went back hometown for 40days -- Umi & Abi back to old days, doing all the house chores by ourselves




2) Semua adik-adik Umi ada di Malaysia - tapi yang dah kahwin semua turn raya dgn mertua




3) Kids' Atok & Opah join our Mazda5 visiting relatives right from Ampang, Klang, Banting to Melaka and Johor. Fuhh!




4) 4th day raya - Umar had viral fever..then melarat ke Ulya and Ulwan and now still recovering..Uwaaa! Siannye anak Umi. Dalam fridge ada 3 set ubat demam+batuk+selsema+antibiotik (kaya poliklinik kotaraya tuh!)




5) Family Dinner best sangat sebab semua orang ada: 3rd day - with Abi's family at Chakri's Palace, 4th day - with Umi's family at Ayam Bakar Wong Solo

6) Wawa & Sagol and daughter, Hanin fly back to Suweileh, Jordan on 6th day raya. jumpa lagi 2 tahun..Isk..isk..






What I learned from this Eid?




1) Makan ingat baek2 sket eh!




2) Insaf melihat atok/nenek yang tua renta - Ya Allah, janganlah Kau jadikan aku hidup terlalu lama hingga membebankan orang lain. Jadikanlah umurku teriisi dengan amal yang bermanfaat buat yang lain.




3) My kids have no kampung -- they enjoyed so much interacting with nature (kejar ayam, dengar ayam berkokok pagi2 etc.)




4) Travel mana-mana kena bawa ubat demam/parasetamol




5) Dinner kat luar kena cari tempat yang sesuai untuk anak2 berlari.








Layan je la pic ni...
Kat Klang - kat sini Ulwan enjoy kejar ayam..Umar dah tukar tshirt Ben10 hadiah puasa penuh.



Kat Tampin - the 3 generations: Abi, Tok Bun (left), Tok Nyang



Kat Pantai Rombang, Melaka - jumpa Wan (Ummi's grandfather:Mama's site)



Kat Kulai, Johor - jalan raya rumah jiran, berkenan kat anak patung besar dari Ulya. Peluk le puas2!



Ayam Bakar Wong Solo - Atok Abu belanja anak cucu (yang takde dlm gamba Ummi sbb tukang amek gambo & Umar yg terbaring demam)



Nyum2! Masakan Jawa Solo..pastu pekena jus poligami. Sape yg minum tu ek?