Banyak perkara dan event berlaku dalam bulan Ogos..Augustus ini.. Bulan LAPAN memang banyak yang istimewa, selain daripada Hari Kemerdekaan. (belanja sambutan Hari Merdeka 2008 dipotong 40%...ye lah esoknye dah masuk Ramadhan..insaf le sket).
Alhamdulillah weekend lepas memang free! Jarang sekali dapat Umi DAN Abi free begini untuk luang masa ikut program YB Saari (ayah Umi tercenta!). So, Sabtu 090808 (punye la banyak kenduri sbb org nak akad nikah pada tarikh keramat 080808!) kami zoom zoom dengan Mazda5 baru kami ke Teluk Intan, Peghok. Walimah Cik Uwa (team Konsis kami) dengan suaminya, bakal doktor.
Ahad, 100808 ::
Seperti dijanjikan, kami sekeluarga ikut program Hari Khidmat Kesihatan di Kg Orang Asli di Kemensah. Adik Umi, 'Urwah dah bertugas sejak awal pagi lagi di dewan kecil tanpa kipas (krn tiada elektrik) dengan para doktor sukarelawan..memeriksa kesihatan para penduduk kampung.
Kami tiba jam 11.30pagi, menunggu Mama dan Ayah. Pertama kali bawa anak2 ke kampung sebegini. Anjing di merata2 tempat. 'Ulwan yang sangat inquisitive tu cuba nak mendekati tiga ekor puppies yang sedang nyenyak tidur di luar dewan. Melingkar jadi satu bulatan. Nak cakap comel ke? Tp tak tahan geli tengok anjing yang togel separuh badan takde bulu.
Majlis dimulakan dengan ucapan Tok Batin diikuti dengan YB. Skillful betul Ayah berucap dengan orang Asli.
Khatibun naas 'ala qadri 'uqulihim
(berkatalah dengan manusia menurut kadar kemampuan aqal mereka)
Belum lama duduk, 'Ulya, my 'lil girl dah minta pegi toilet. Ha kena la pegi kat lereng bukit tandas simbah org Asli punye.
Disebabkan anak2 Umi excited tengok macam2 binatang, kami tak stay dalam dewan. Sibuk melayan anak2 menjenguk di bawah teratak mereka. Ada itik..ayam..kucing..dan wajib..anjing!
Apa la yang anak-anak terjenguk2 tu...hehe..tak biasa tengok binatang2 kampung!
Tanda meraikan kami, wakil penduduk membawa sebakul DURIAN yang baru dikutip dari hutan. Berkenduri durian la kami! tapi isinya agak mengkal kerana baru dikutip. Tak lupa manggis penyedap rasa.
Comel betul tengok anak2 makan buah kat pondok di lereng bukit. Pakcik2 orang Asli ni, campak je kulit durian kat bawah pondok depa.
Ayah kata, tak payah la bagi souvenir sweets pada anak2 depa tu. Bagi la set berus gigi!! Sbb kena ajar depa ttg kebersihan. Jalan pun kaki ayam. Nak kena belajar ni skill mendekati anak2 org Asli.
Ustazah yg mengajar anak2 depa pun datang nak bagi motivasi pada para ibu supaya menggalakkan anak2 mereka ke sekolah. "Sayang..saya terkilan sangat sbb org Kristian dah masuk dulu tempat ni..setiap Ahad diorg ada sembahyang kat dewan ni!" Aduh!! Tamparan hebat betul. Padahal kampung ni belakang rumah Umi je. Sape nak take up kerja dakwah ni? ..hmm..
Selesai kunjungan tersebut, kami cari spot baek punyer nak bawa anak2 celup2 dalam air sungai. Tak la plan beriyer nak mandi. Belanja diorang makan aiskrim then kebooosh dlm air.
Enjoy tak anak2?? ALHAMDULILLAH...
Moga mereka lebih kenal ada sekelompok masyarakat yang dipanggil Orang Asli. Dan kita pula apa?? Kita orang ISLAM.
No comments:
Post a Comment