Wednesday, August 27, 2008

'Umar dah nak masuk sekolah!!


Lepas habis Ujian. Tu pakai badge Hari Ujian Diagnostik!

Alhamdulillah semalam...27hb Ogos, 'Umar ambil ujian diagnostik untuk masuk Sekolah Islam Al-Amin. Sekolah Umi dan Abi dulu!!!


Seronok sangat sebab ni generasi cucu pulak masuk Al-Amin. Malam sebelum tu, Umi tak pegi mana2 sbb nak buat ulangkaji dengan 'Umar;

- Iqra' Buku 2

- Hafalan Al-Kafirun, Al-Masad, Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas

- Tulis Bahasa Melayu

- Tulis Nombor 1-20 (yg nombor 12-19, Umar tulis terbalik: 21 31 41 51 61 71 81 91)

- Tulis huruf hijaiyah


Hari ujian, lama jugak 'Umar kena berkurung dengan guru2 Al-Amin. Suspen lak Umi...lepas ke anak Umi sorang nih. Tak lama lepas Umar dalam bilik ujian, Umi dan Abi dipanggil utk temuduga ibu bapa oleh Cikgu Nordina dan Ustaz Jabbar. Klaka je..Cikgu dan Ustaz kata takde apa2 sbnrnya nak tanya, segan tak tau nak tanya apa. So kami sembang2 ttg sekolah skrg.


Bila 'Umar keluar dari bilik ujian, dia kata, "menang!" (haha..sbb dia dapat goodies ada air kotak, kek dan biskut). Semua orang pun dapat anak oi! Takpe lah janji dia gembira. Moga Allah permudahkan anak ini untuk ke langkah seterusnya. Amin.

No comments: