Thursday, December 23, 2010

Mural Artists

"Boring la Ummi..." keluh Umar.

Umar dah kebosanan sambil menghitung hari-hari bila sesi persekolahan baru akan dibuka. Tambah pula Ummi dalam pantang sepanjang 25 Nov (adik Zulfa lahir) hingga awal Januari 2011, lebih terbatas lagi pergerakan untuk beraktiviti. Kalau Ummi 'sihat', panjang la langkah anak2 ni sebenarnya. Nak tak nak, Ummi pun jenuh memikirkan idea 'aktiviti' harian anak2 di rumah -- selain menonton TV dan bermain game di komputer. TQ Abi belanja beli buku ni sebagai sumber idea.

Kebetulan pula, semalam kontraktor datang untuk mula kerja-kerja membaiki kerosakan di rumah (paip tersumbat, bocor dll.) dan juga akan mengecat bilik anak2, so boleh la Ummi benarkan anak2 'kerjakan' dinding yang dah jadi medium ekspresi seni mereka tu. Sebelum ni, siapa punya tangan kreatif ntah yang cop alamat Brotherhood Arts sepanjang ruang dinding tu. Arghh! Tapi cuba tanya semua orang yang ada anak kecik, mesti wajib ada 'secalit' contengan si kecil pada dinding rumah, kan?! Buat kenangan mak bapak dia. ~

So, semalam, Ummi baru teringat ada cat mural dalam kabin...apa lagi, jom little Einstein (program kat TV IQ Astro) kita kerjakan dinding kita!! Yeah!

Lepas tu jenuh la Ummi nak mencuci tangan dan kaki kanak2 bertiga ni. takpe2, yang penting no more 'BORING' word! Smile T_T


Umar: pokok, Ulya: kereta comel, Ulwan: yang calit2 warna warni tu adalah roket katanya!
(nampak tak ada kesan cop syarikat sepanjang dinding tu -- dah ummi cover dgn cat putih)

No comments: